Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, March 30, 2015

Ketakutan kita pada GST

He he he...
 
 
 
SEPULUH daripada sepuluh kawan yang saya temui melahirkan kegusaran mereka mengenai GST yang akan berkuatkuasa esok lusa. Bersungguh-sungguh mereka percaya GST akan menyusahkan kehidupan mereka.... Saya mendengar dengan teliti dan `buat-buat' bersimpati dengan mereka...
 
Saya tidak menyalahkan mereka kerana saya sendiri juga ada kekhuatiran akan perlaksanaan GST akan membebankan diri saya dan masyarakat amnya.
 
Jika dilihat dari sejarah negara-negara yang melaksanakannya, hampir seratus peratus Negara terus mengamalkannya kerana kesan perlaksanaan GST membawa keuntungan kepada negara dalam jangka pendek dan kepada rakyat dalam jangka panjang. Ini kerana kerana hasil kutipan cukai dapat digunakan  ke atas pembangunan ekonomi dan sosial. Pembangunan ekonomi inilah akhirnya akan dinikmati oleh rakyat. Dan dalam kamus ekonomijan, tiada pembangunan tanpa inflasi. Ibarat tiada cinta tanpa airmata...

Namun begitu tentulah pembangunan ekonomi dan sosial `makan masa' untuk dilihat dan dirasai oleh rakyat. Contohnya lihat pembangunan bandar-bandar kita ibarat menanam benih hari ini, tak kanlah esok lusa dah berbuah.
 
Dan maksud `rakyat' tadi adalah rakyat yang rajin...kalau rakyat yang malas, bangun tidor tengahari... Kita beri subsidi gajah rimau pun, dok gitu jugoklah...
 
Sesuatu yang baru, asing dan tidak difahami akan menyebabkan manusia berada di dalam kegusaran. Perkara ini memang berlaku sejak zaman kucing kirong lagi, maksud saya mereka bukan sahaja gusar tetapi juga menanam tanggapan yang negative. Seolah-olah habislah mereka bila ada GST nanti.
 
Saya tidak menyalahkan diri saya dan kawan-kawan saya seratus peratus kerana bagi saya kerajaan masih tidak cukup usaha dalam memberikan penerangan kepada rakyat mengenai keperluan negara kepada GST. Masa yang dimiliki bagi memberi kefahaman kepada rakyat mengenai kepentinagan-kepentingan perlaksanaan GST tidak digunakan dengan maksima. Contohnya perlaksanaan GST penting untuk membasmi pengangguran di kalangan siswazah kita. Bahawasanya GST akan membawa generasi akan datang ke tahap kehidupan yang lebih selesa. 
 
Bagaimana pula GST dapat menghapus pengangguran? Mengapa bila kena bayar cukai tahap kehidupan lebih selesa?  Haaa...di sinilah saya berpendapat penerangan GST tidak sampai ke akar umbi yang sebenar-benarnya. Hanya diulang-ulang `negara lain semua sudah buat GST...maka ia baik"... Haaa. Dan dicampur pula dengan isu politik, maka bertambah kaburlah pemahaman rakyat.
 
Mungkin keberkesanan positif perlaksanaan GST tidak secara langsung terhadap kita tetapi kesannya ke atas kesejahteraan hidup anak cucu kita pada masa akan datang.
 
Dan rakyat kita pula bukanlah jenis yang ingin atau suka mencari ilmu pengetahuan selain galak menghadap television pada lewat petang. Melihat drama adanya. Atau `main' telefon bimbit. Haaa..

 
 
Mereka ini terus berada dalam ketakutan yang wajar. Saya kata wajar kerana dengan pengetahuan yang hanya seciput, dan dengan fikiran negatif,  memang layaklah mereka gusar!
 
Abang Jan: Gusar para peniaga akan `menaguk di air yang keruh"... Haaa...

Wednesday, March 25, 2015

1000 Mawar: Buat hati yang mengerti...

 
 
"Jatuh cinta pada yang tidak ikhlas adalah satu tragedy yang sadis bagi pemuda yang setia... Ia akan merubah segalanya, bukan sahaja tanggapan mengenai cinta, kasih dan sayang..."
 
 "Kepiluan sebuah hati, kemusnahan sebuah harapan dapat dilindungi dengan senyuman...tetapi tidak mata..."
 
 
- Abang Jan, Mac 2015
 
 
Terimalah lagu ini buat hati yang mengerti...:
 

Peluang untuk membentuk generasi muda semakin nipis

Saya bersetuju dengan pendapat jika mahu wujudkan dunia yang sejahtera, manusia mesti melahirkan generasi yang bijaksana. Kita tidak mahu miliki generasi yang kcau-bilau dan tipu daya, atau generasi yang bodoh dan sombong tetapi perasan cerdik dan benar. Atau kedua-duanya sekali.



 
 
Generasi itu adalah manusia. Manusia yang bermula daripada bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa. Manusia tidak terbentuk dengan semulajadi menjadi baik, bertimbangrasa, berdisiplin, santun dan bijakana.

Generasi dewasalah harus bertanggungjawab membentuk dan tanamkan nilai kemanusiaan yang baik. Sedangkan nabi kita juga melalui `pembedahan' untuk muncul sebagai manusia yang seharusnya dihormati dan disanjungi.
 
Apabila melihak anak kawan saya yang nakal pecahkan pasu antik yang saya beli RM450, saya terus berpendapat bahawasanya kenakalan itu dapat dikawal. Pasu tersebut mungkin dapat dibeli semula, namun kesantunan dan ketertipan tidak dijual beli dimana-mana...

Tidak bolehlah kita sebagai ibubapa mengandaikan nakal itu sifat biasa dan tidak perlu ibubapa berbuat apa-apa. Ini hanya pasu, bila besar mungkin Bank Negara `dipecahkannya'...

Namun saya percaya untuk menghapuskan sama sekali sifat nakal pada kanak-kanak  adalah mustahil sebab mereka tidak cukup akal. Tetapi kita tidak bolehlah lepas tangan...
 
Namun siapakah paling bertanggungjawab terhadap perkembangan sahsiah diri anak-anaknya? Ayahnyakah? ibunyakah? Masyarakat? Kerajaan? Haa...
 
Secara tradisi ibulah yang selalu ada di rumah. Ibulah pendita yang mengajar banyak perkara sehingga maha hebatnya ibu, kita simbolikan syurga itu dibawah tapakm kaki mereka. Sebab mereka buat banyak perkara, maha besar tanggungjawab dan pengorbanan mereka pagi petang siang malam.

Namun keadaan tradisi ini telah mulai berubah apabila berlaku pembangunan dalam ekonomi dan dunia pendidikan. Dalam masyarakat moden si isteri tidak selalunya berada di rumah. Dengan taraf pendidikan yang tinggi, wanita mula keluar bekerja untuk membantu kewangan keluarga.

Dewasa ini jarang ada lelaki yang boleh sara anak bini.

Dalam kajian yang dibuat oleh sebuah universiti awam, 50% lebih wanita keluar awal pagi untuk pergi kerja dan kembali ke rumah lewat petang atau awal malam!. Mereka menghabiskan purata antara 8 hingga 10 jam sehari ditempat kerja. Haaa... Dan peratusan ini terus bertambah dari setahun ke setahun.
 
Apabila mereka pulang dari kerja, mengaku letih lesu dan stress. Yalahkan, nak urus rumah, anak-anak dan suami. Sebab itulah mereka tidak dapat menjalankan fungsi surirumah dengan baik sebab mereka bukan surirumah.

Mereka menghadapi cabaran yang hebat untuk membesarkan anak-anak, maka tidak bolehlah bebanan membentuk sahsiah anak-anak diletakan di bahu si isteri sahaja. Mereka letih dari segi fizikal dan mental. Mereka bekerja dua alam. Satu alam kerja dan satu menjadi pekerja dalam rumahtangga. Dengan balik lewat petang atau awal malam, mati hidup balik dan jadi zombie pun mereka tidak mampu merasai nikmat keseimbangan antara kerja dan keluarga.

Hendak harapkan suami? Kadang-kadang mereka rasa mereka macam tidak ada suami pun..he he he.

( maksud mereka mungkin suami mereka juga sibuk bekerja...)

Maka sebab itulah peluang untuk membentuk generasi muda ini semakin menipis. Dan peluang untuk kita menjadikan bumi tempat yang sejahtera juga semakin tipis. Sebabnya anak-anak yang terbiar akan membuat onar, kesannya besar dan berpanjangan terhadap pembentukan bangsa dan negara.

Mereka yang tidak terbentuk akan menjadi ejen pemusnah bumi dengan caranya sendiri...

Haaa...
 
 

Pernah tak terfikir...?

Pernah tak terfikir anak kita ada hak atas gambar mereka?. Hak untuk tidak dipaparkan berleluasa gambar mereka tersebut dalam FB kita? Atau sebab mereka anak kita, kita boleh buat apa sahaja ke atasnya...
 
Kata kawan saya "Mengapa pulak saya tak boleh letak gambar-gambar anak saya yang comel yang baru boleh menirap tu dalam FB saya?".
 
Saya diam...
 
Malas nak jawab...
 
 
 

Monday, March 23, 2015

Dia tak pandai jaga anak!!!



Bersambung... (tak mula pun lagi...he he)

Cinderella 2015: Biarlah saya terus `bermimpi'...



 
Selalunya orang yang sabar, halus tutur kata, baik dan selalu tersenyum akan mendapat kehidupan yang baik. Itulah yang kita selalu dengar (dan mahu dengar). Ringkasanya pembalasan positif bagi mereka...sebab keajaiban sebenarnya ada...
 
Dan cerita Cenderella mengiakan kata-kata tersebut.
 
Tidak ada banyak perkara yang berjaya menarik hati saya apabila menonton cerita ini. Ceritanya seperti biasa sahaja. Seperti cerita-cerita yang diberitahu kepada kita.
 
Saya dapati ramai juga ibubapa yang seret anak-anak mereka untuk melihat cerita ini. Mungkin mahu menanam moral kepada anak-anak kerana mereka tak sempat buat. Sibuk dengan kerja dan KPI. 
 
Seperi biasa, watak Cenderalella adalah watak yang baik hati...Dan mak tirinya jahat hati...
 
Adegan yang paling saya suka apabila dentungan jam 12 malam menukarkan Cinderalle, tikus, kuda, angsa dan lain-lain kembali ke bentuk asal... Yang lain-lain biasa sahaja.
 
Saya suka lihat Kate Blanchett (mak tiri), dia nampak jahat...
 
Saya beri 3 bintang untuk cerita ini (maksima 5 bintang).
 
 
 
Saya pun tidak mahu komen panjang-panjang, semua orang tahu ini cerita...
 
Semua orang boleh bermimpi suatu hari nanti akan ada orang  datang `menyelamatkan' mereka. 
 
Kita tidak perlu membayar untuk dapatkan mimpi yang indah...

Abang Jan: Saya terus bermimpi dia berlari kepada saya meninggalkan segala-galanya...SEGALAnya. |Datang memeluk erat dan berkata "Menipu Abang adalah perkara terburuk sekali...yang saya lakukan dalam hidup saya"...

Oh...saya hanya teruskan mimpi hingga tutup mata...titik.

 

Friday, March 20, 2015

Everything happens for a reason, right?

Saya senyap sebab kawan-kawan perempuan saya seolah `bersising lengan', menghentam bekas suami salah seorang kawan kami.
 
Daripada cerita seolah-olah 100% kesalahan ditimpa kepada suami kerana berkahwin lain...
 
Saya senyap sebab saya fikir jika tidak dengan Si A, suami kawan saya tersebut juga akan curang dengan orang lain. Tapi bolehkah kita terus guna perkataan `curang' apabila seorang suami jatuh cinta kepada orang lain bila dia ada isteri?
 
Bagi saya isteri dia cantik pada asalnya tetapi kini terlampau obess dan tidak menarik. Kalau "jaga bentuk jaga rupa tiru macam saya" - bak kata Saloma. Mungkin ceritanya lain. Tapi ini cerita lain.

Saya pula senyap sahaja sebab kalau saya beritahu sebagi bini kita kena la jaga penampilan...nanti saya dicop gila seks. Lelaki gila seks. Tapi seanjang umur 45 tahun ni saya tak pernah pun jumpa seorang lelaki yang tak gila seks... Haaa...
 
Orang lelaki memang orang lelaki. Kasih sayang mereka di mata, percayalah saya. Mereka tidak pusing pasal pengorbanan isteri mereka. Lelaki memang begitu (tidak semua),... Mereka setia di depan mata...(tidak semua). Mungkin hampir semua. He. Mereka adalah lelaki. Kita kena sedar bila kita kawin dengan lelaki. Kalau tak tok sah kawin dengan lelaki...
 
Mengapa sudah ada isteri tapi masih jatuh cinta dengan perempuan lain? Kata kawan saya.

Berdosakah? Tentu tidak kan... Haaa...
 
Sekarang peluang ada di mana-mana. Mereka boleh berpoya-poyi kat mana-mana. Perkara yang paling mustahil adalah menyekat mata dan hati suami ke arah lain...


Selain sebab lelaki itu gatal (boleh ke tuduh mereka gatal semata kerana nak kawin lain? tak adil kan?), mungkin ada sebab lain...

Abang Jan: mesti ada sebab kan?

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Wednesday, March 18, 2015

Gemuk dan tidak menarik...

Saya berbisik ke telinga kawan saya " Man rasa tu bukan perkara pelik. Bini dia gemuk dan tidak menarik. Lambat laun dia cari perempuan lain pulak... dia bukannya kaki setia macam Man... Tapi dia bukan pulop lelaki jenis galok."

Kawasan perumahan yang lebih selamat...

Mulai beberapa bulan yang lalu, kawasan perumahan saya telah dilengkapkan dengan pengawal keselamatan. Apabila majoriti penghuni bersetuju untuk membayar sejumlah duit untuk tujuan kempen keselamatan, saya terus memasukan diri saya dalam kumpulan majoriti tersebut.
 
Sebenarnya rumah saya tersebut hanyalah merupakan rumah singgah apabila berada di Kuantan. Saya tidak menetap di situ. Namun saya sangat rela untuk membayar bagi meminimakan kebahayaan kawasan perumahan tersebut.
 
Memanglah mustahil untuk menghapus terus rasa bimbang di hati, namun dengan ada pengawal keselamatan, saya berpendapat ia adalah salah satu langkah yang proaktif bagi membendung jenayah pecah rumah. Tidak boleh kita hanya menyerah sahaja, tanpa melakukan apa-apa.
 
Tidak seperti kawasan perumahan kakak saya yang memang disediakan pengawal keselamatan, kawasan perumahan kami menghadapi pelbagai cabaran apabila mahu diwujudkan. Namun alhamdulilah mereka sangat bersepakat dan bekerjasama. Sesekali saya juga membaca `telegram' mereka. Saya tidak mengenali mereka namun saya berharap niat murni mereka akan tercapai.
 
Jadi tidak sewenangnnyalah orang luar boleh masuk kawasan perumahan tersebut.
 
Untuk menjayakannya memang memerlukan kos dan semangat yang tinggi, setinggi pembayaran kita untuk meminimakan risiko.
 
Jika seluruh penduduk dapat bekerjasama, banyak perkara yang positif boleh berlaku....
 
 
 
 

Thursday, March 12, 2015

Minggu pertama semester baru...

Minggu ini semester saya sudah bermula. Saya mengajar 140 pelajar diploma bagi mata pelajaran Malaysian Ekonomi. Mengajar pelajar diploma berbeza dengan mengajar pelajar ijazah. Pelajar diploma memerlukan banyak tunjuk ajar.
 
Mengajar mereka lebih`letih', namun kita akan gembira apabila melihat perubahan yang dapat kita buat. Mereka sangat muda dan bertenaga. Saya selalu cuba mengajar dengan lebih baik daripada pensyarah saya mengajar saya.
 
Minggu pertama sibuk kerana banyak perkara harus diperhatikan. Jumlah pelajar mendaftar juga semakin bertambah. Namun itulah kerja saya. Saya tidak mahu mengeluh kerana setiap pekerjaan ada cabarannya tersendiri.
 
Seperti pensyarah lain, saya berharap agar pelajar saya kuat berusaha dan cemerlang...

Tuesday, March 10, 2015

Siri Bintang Pujaan: D'lloyd, Reviews


Artis: D'lloyd
Tajuk Album: Siri Bintang Pujaan
Grene Muzik: Kompilasi
Penerbit Eksekutif: Universel Muzik Sdn Bhd (2014)





Hanya allah yang tahu apa yang saya rasa hingga kini, apa saya lalui dan alami. Kalau boleh saya ingin pergi jauh-jauh... tetapi ke mana arah? Segala sumpah dendam yang saya lafazkan pada setiap matahari terbit adalah kerana kasih sayang saya yang besar. Ingat hanya kasih sayang yang besar dan suci sahaja boleh melahirkan dendam yang hebat. 
Semoga pada suatu masa dia juga akan merasa betapa sakitnya hati kecewa kerana cinta...dan menghargai kasih sayang saya yang besar...pengorbanan saya.
Hayati lagu ini:
Cinta Hampa

Ibarat air di daun keladi
Walaupun tergenang tetapi tak meninggalkan kesan
Pabila tersentuh dahannya bergoyang
Air pun tertumpah tercurah habis tak tinggal lagi

Begitu juga cintamu padaku
Cinta hanya separuh hati kau lepas kembali
Nanti disuatu masa kau juga kan merasa
Betapa sakitnya hati kecewa kerana cinta

( korus )
Bila kau lihat
Pemuda yang lebih gaya
Cintamu pun segera
Berpindah kepadanya

Tapi biarlah kau cari yang lain
Kan kau buat sebagai korban cinta palsu hampa
Nanti disuatu masa kau juga kan merasa
Betapa sedihnya hati kecewa kerana cinta

Ayah saya peminat D'lloyd, maka sedari kecil saya minat D'lloyd. Semasa lagu Cinta Hampa ini meletop, saya masih tidak tahu apa itu, rindu, cinta dan stim. Saya baru dilahirkan. Saya masih tak bersunat.

idak menduga pula akhirnya setiap patah lagu ini mewakili kehidupan saya. Bak lagu tema drama swasta petang-petang...he. (menyampah)
Banyak lagu yang merdu didengar dari kompilasi ini. Tidak rugi membelinya. Boleh layan. Dan saya percaya banyak lagu dalam album ini akan terus malar sepanjang masa. Contoh lagu `Tak mungkin', `Cinta Hampa', `Keagongan Tuhan' (mak saya minat sangat lagu ini), `Mengapa Harus Berpisah', `Mengapa Harus Jumpa' dan `Apa  Salah dan Dosaku'.
Saya amat berpuas hati...
Semalam saya layan CD ini sampai pagi sambil lap habuk-habuk di rumah saya.
Tetapi kadang-kadang saya rasa saya kena terima hakikat apa yang terjadi adalah kebaikan untuk kedua-dua pihak. Saya bukan yang terbaik untuk dia dan tiada yang terbaik untuk orang baik macam saya...(jangan marah, he he)
Saya tujukan khas lagu Cinta Hampa ini untuknya. Semoga dia terbaca posting ini dan terus meraung...
He he he...

Monday, March 9, 2015

Cadangan umur bersara 62 tahun oleh CUEPACS

"Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengkaji cadangan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya umur persaraan wajib penjawat awam dilanjutkan kepada 62 tahun daripada 60 tahun."
 
Pada pendapat saya, sebenarnya ia bukanlah isu umur semata-mata tetapi isu sumbangan yang mampu diberikan oleh individu terhadap masyarakat. Maksud saya kalau umur 65 tahun tetapi masih boleh beri sumbangan dari segi fizikal atau idea, memang patut si polan itu masih bekerja. Teruskan sumbangan.
 
Ia juga harus dikaitkan dengan isu jenis pekerjaan. Dalam dunia politik, pensyarahan, perguruan dan beberapa bidang lain, faktor umur bukanlah kayu pengukur. Malah mereka lebih bagus melalui usia. Jadi harus diteliti bidang mana yang harus dipilih untuk kelangsungan kerja.
 
Pemikiran kita juga adalah salah satu penyebab kepada faktor pembinaan tanggapan kita. Maksud saya jika kita anggap umur 50 sudah tua dan tua itu kita definasikan sebagai `tidak larat', maka tidak laratlah kita....Haaa...
 
Namun ramai yang saya jumpa mereka ini masih `steady' walaupun sudah 60 tahun. Haaa...
 
Mengenai lambakan siswazah di pasaran, itu adalah satu isu lain. Jika mendapat markah yang baik, pihak kerajaan akan tetap mengambil mereka bekerja. Namun jika keputusan tidak memuaskan, atau tidak cemerlang ia patilah merumitkan, menunggu masa yang lebih lama untuk mendapat kerja,.
 
bersambung...
 
 
 

Chelsea dah masuk robok



1. Pemburuan set pinggang Chelsea telah bermula, membawa saya ke beberapa Pasar Karat sehingga ke Anggerik Mall Shah Alam.

2. Mulanya saya mahu beli satu jea sebagai `ibu'.

3. `Ibu' itu bermakna memberi motivasi untuk saya kumpul yang lain.

4. Kononnya boleh mengajar saya bersabar.

5. Namun saya hilang `arah', sehingga meminta penjual tersebut balik ke rumahnya ambil apa yang dia ada, he he he.

6. Saya sudah letak Chelsea pada tingkat paling akhir dalam robok tu...

7. Saya rasa pelik sangat...beli pinggan tapi tidak diguna. Emak saya kata berdosa.

8. Namun ini saya katogerikan sebagai koleksi saya.

9. Mungkin saya akan guna sekali sekala.

10. Saya mahu belajar buat kueh Lompat Tikam.

11. Sekian, tamat.

Friday, March 6, 2015

Saya, Daryl dan Astro




1. Saya peminat cerita the walking dead.

2. Watak yang saya suka adalah Daryl.

3. Dia senyap, cekal, berani, tahu apa yang nak dibuat, dan baik.

4. Dan dia setia pada ketuanya Rick.

5. Saya beli posternya.

6. Walaupun saya sudah berusia, keghairahan membeli poster tidak luput.

7.Tapi malangnya saya sudah tidak dapat tengok The Walking Dead sbb Astro dah letak cerita itu dlm siaran yg berHD.

8. Saya tak ada HD...

9. Ini mungkin satu strategi pemasaran..

9. Sampai hati Astro...

Bayar cukai pendapatan guna kredit kad?

 
 
 
Bayar cukai pendapatan dengan menggunakan kad kredit?
 
Saya tertanya-tanya adakah ini merupakan satu langkah yang sihat untuk kewangan isirumah? Sebab kita semua sudah sedia maklum pada masa yang sama pihak bank negara ingin mengurangkan hutang isi rumah (yang mencecah 80% daripada pendapatan isi rumah).
 
Namun tidak salah jika langkah ini sebagai langkah memudahkan cara pembayaran kepada pihak tertentu. Maksud saya pihak yang bijak menggunakan kad kredit.
 
Dan langkah ini bukanlah satu paksaan. Kalau satu paksaan tentulah satu kebodohan dan saya tidak rasa pihak yang terbabit bodoh. He he he.
 
Tepuk dada tanya selera sebab tanpa bayar cukai pendapatan guna kad kredit pun dah ramai yang bangkrup sebab guna kad kredit. Manakala yang disiplin menggunakan kad kredit terus akan berdisiplin dan mendapat manfaat daripadanya. 
 
Takkanlah kerana banyak kemalangan di jalanraya maka kita tidak nak bina jalan raya. Haa...
 
Takkanlah kerana banyak berlaku penceraian, kita tak nak kawin...oppss.
 
 
Abang Jan: Dok gitu...?
 
 
 
 

Manusia memang hipokrit tetapi...

 
 
Manusia memang hipokrit kerana ada sebab masing-masing tetapi janganlah terlalu hipokrit sehingga kawan-kawan naik rimas di belakang.
 
Saya bosan dengan sifat mega hipokrit kawan saya yang satu ni. Mahu saja saya `remove' bukan sahaja dalam geng wasap saya tetapi juga rasa nak `delete' saja dia dari arus hidup saya.
 
Saya rasa saya juga ada sifat hipokrit, dan setiap manusia lain juga ada sifat hipokrit tetapi tahap dan jenisnya tidaklah melampau-lampau.
 
Saya paling menyampah bila dia menunjukan imej yang baik di alam wasap dan di alam mayan juga, tuhan sahajalah tahu perangai laki bini ini.
 
Nasihat saya, janganlah ukur orang melalui mata atau alam wasap.  Apa yang mereka paparkan mungkin bukanlah sifat sebenarnya. Rasanya para pembaca juga pernah mengalami apa yang saya alami. Kita akan rasa tertanya-tanya "dia tak sedar ke dia sangat hipokrit".
 
Tak kiralah pakai tudung sampai ke lantai atau berjanggung kalah Tok Janggut tetapi niat untuk menunjukan baik sangat tu janganlah seakan menjadi acara harian...
 
Abang Jan: Tunjuk baik juga tapi sekali sekala...he he he.

Thursday, March 5, 2015

Kisah lagu `Ku jangan ditinggalkan' - Sanisah Huri, dan kesalahan kawan saya...

Kali ini saya menulis mengenai kisah cinta kawan saya. 
 
Kawan saya ni seorang pekerja bank, lebih tua dari saya, tidak pandai bergaya tetapi suka kelihatan simple bila berpakaian. Kami berkawan melalui kawan saya yang lain. Rasanya dah masuk sepuluh tahun kenal, cuma beberapa tahun ini saja kami berkawan rapat.
 
Pada suatu pagi ketika kami bersarapan makan nasi lemak di gerai tepi jalan, dia menyanyi:
 
Kasih..
Kasih...
Mengapa aku ditinggal pergi...?
Hatiku masih padamu...
Cintaku hanya untukmu...
 
 
Saya terkejut. Saya terkejut bukan kerana sambil makan nasi lemak pun dia boleh menyanyi, tetapi saya terkejut sebab suara dia sedap (kalau muka tak handsum biasanya suara sedap) dan saya pernah dengar masa saya sekolah rendah dahulu.
 
Kata kawan saya lagu itu lagu saduran Hindustan yang bertajuk `Chaltte chaltte'.
 
Sebab itulah kemudiannya saya cari di Youtube dan menyanyi di sepanjang jalan ketika memandu. Boleh layan lagu ni.
 
Namun posting ini bukan pasal lagu sahaja tetapi pasal kisah hidupnya. Sebelum ini saya ada terdengar yang dia tu duda dan telah bercerai 18 tahun dahulu. Namun saya tidak dapat pastikan betul atau tidak sebab saya berkawan tidak kira status. Kawin ke tak kawin ke, tidak jadi halangan untuk berkawan. Dan saya juga jenis tidak bertanya pasal keluarga kawan saya walaupun baik giler.
 
Selepas menyanyikan lagu (sambil makan nasi lemak) dia bercerita pasal perkahwinannya. Masa tu saya oder air secawan lagi sebab tentu cerita ini panjang dan saya memang berniat nak masukan dalam blog saya.
 
Dia mulalah bercerita dia sayang benar kepada bekas isteri dan anak-anaknya. Sehingga selepas bercerai dia tidak kawin lagi. Dia beritahu amat perit melihat bekas isterinya kawin lagi dan berbahagia. Anak-anaknya pun tidak suka kepadanya.
 
Dia ceritakan segalanya dan punca sebenar perceraian tersebut...
 
Masa kami berpisah tu dia sekali lagi beritahu dia menyesal atas kesilapannya tersebut...dan saya beritahu dia..:
 
"Tu bukan kesilapan... tu kesalahan..."
 
 
 
Abang Jan:
 
 
 
 

Wednesday, March 4, 2015

Ku Jangan Ditinggalkan - Sanisah Huri






Kasih..
Kasih...
Mengapa aku ditinggal pergi...?
Hatiku masih padamu...
Cintaku hanya untukmu...
(ulang sekali lagi rangkap pertama di atas)

Kini engkau, tiada lagi
Dipandangan mata
Tinggallah kukeseorangan
Tinggalahlah kukesunyian

Taman-taman kasih
Masih jadi kenangan
Mengenang dirimu
Tak pernah bertemu
Oooo di mana?
di mana dirimu masih kucari...

Hatiku masih pada mu
Cinta hanya untukmu...

Kasih..
Kasih...
Mengapa aku ditinggal pergi...?
Hatiku masih padamu...
Cintaku hanya untukmu...

Taman-taman kasih
Masih jadi kenangan
Mengenang dirimu
tak pernah bertemu
oooo di mana?
di mana dirimu masih kucari...

Hatiku masih pada mu
Cinta hanya untukmu...

Kasih..
Kasih...
Mengapa aku ditinggal pergi...?
Hatiku masih padamu...
Cintaku hanya untukmu...

Adakah malas membaca adalah sifat semulajadi?

Saya suka membaca. Saya tidak pasti naluri tersebut datang dari mana. Kemungkinan besar saya terpengaruh dengan ayah saya yang suka membaca. Namun kenapa pula bukan semua adik-beradik saya suka membaca? Tidak terpengaruhkah mereka?
 
Mengapa saya utarakan isu ini? Sebabnya sistem pelajaran kita lebih cenderung kepada peperiksaan yang memerlukan kita menulis jawapannya. Dan jawapannya kebanyakannya boleh didapati jika pelajar membaca. Haaa...
 
Kalau minat membaca itu boleh dipupuk maka gagallah ibubapa, pihak sekolah dan pak menteri dalam menjayakan masyarakat yang membangun. Mereka gagal memupuk semangat untuk membaca.
 
Untuk maju di dunia dan di akhirat, kita mesti membaca. Tidak boleh disangkal akan hakikat ini.
 
Membaca memerlukan kesabaran dan ketekunan. malah paling penting kerajinan. Orang yang malas belajar tidak mungkin akan minat membaca dan mengulangkaji.
 
Abg Jan: Bila membaca surat cinta lama...air mata tiba-tiba menitis. Sayangnya dia padaku pada suatu waktu dulu...

Tuesday, March 3, 2015

Pyrex Chelsea: Saya kembara...

1. Hujung minggu lepas saya bangun seawal pukul 4.30 pagi.

2. Saya bangun bukan kerana mahu sembahyang sunat atau mengamalkan ilmu ghaib, saya bangun untuk kembara Chelsea.

3. Sebenarnya hobi terbaru saya adalah mengumpul set pinggan mangkuk Chelsea. Hati saya tiba-tiba tertawan...Chelsea nampak simple dan moden walaupun ia keluaran 50 tahun lepas.

4. Seperti cinta saya yang bertahan tak berakhir...(pulak dah).
 
5. Saya pergi bersama kawan saya, dan oleh kerana kawan saya ada urusan di Kuala Lumpur, saya balik naik bas dari Seremban. Saya rela.

6. Kami mahu ke Shah Alam dan Port Dikson... Khabarnya di pasar Karat sana ada menjual barang-barang lama. 
 
7. Kali ini saya mahu kumpul Chelsea untuk diguna juga bukannya bukan buat pamiran dalam almari lama tersebut.

8. Set Chelsea ni keluaran tahun 60an, buatang England, seangkatan dengan Matchmaker, Fiesta, Harvest and Autumn Glory. Tentu para pembaca pernah tengok set ni kan?
 
 
Autum Glory dikeluarkan pada tahun 1969.
 
 
Set Chelsea yang saya kejar...gambar cilok dari internate.
 
9. Bagai impian menjadi kenyataan saya juga jejaki kaki ke Anggerik Mall, Shah Alam. Selama ini saya berangan sahaja kerana saya tidak berani memandu sejauh itu. Dan saya percaya tiada orang yang hiraukan impian saya. Siapalah saya...(baca dengan nada sedih di perenggang ini)

10.Saya terhutang budi kerana akhirnya ada sahabat yang sudi melayan keinginan saya. Budinya tak terbalas.

11. Saya terharu dan sedih. Terima kasih tuhan.

12. Saya hanya mampu beli Chelsea sebagai `ibu' sebelum saya mengumpul keseluruhan set tersebut.

13. Tentu makan masa yang lama sebab saya tidak ada banyak duit dan barang seperti ini bukannya ada dijual di kedai-kedai. Kadang-kadang nak dapat satu pun susah.

14. Saya harap saya gembira...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home