Saya rasa gembira dan bersemangat...
Salam...
"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."
Total Pageviews
Followers
Saturday, January 31, 2015
Orked sudah berbunga...
Saya rasa gembira dan bersemangat...
Friday, January 30, 2015
Saya di COBA Red Carpet 2015
Saya bersama Encik Wan Taufik |
Saya tidak pandai bergaya. Perkara ini saya sedari semenjak saya darjah satu. Walaubagaimana pun saya tetap katogerikan diri saya sebagai seorang yang ada personaliti dan unik untuk didampingi.
Saya tidak kelihatan segak bergaya di dalam gambar. Orang kampong saya panggil `tok makan gambar', maknanya tidak kelihatan menarik di dalam gambar. Pun begitu di luar gambar pun saya tidak seorang yang bergaya. He he he.
Jadi saya rasa gerun untuk `pose' di COBA Red Carpet 2015. Di Red Carpet kita tidak boleh bergaya macam biasa sebab di sini kita ada tanggungjawab pada diri kita untuk menyerikan majlis ke ke tahap yang berprestage. Saya tidak suka kepada orang yang terlalu mementingkan diri dan anggap semua perkara di sekelilingnya adalah `biasa' sahaja dan konon dirinyalah yang lebih real. Huh!. Kita mestilah hormati majlis orang...
Saya cuba untuk menjadikan majlis sebagai suatu majlis yang diinginkan.
Jadi saya buat gaya klasik di mana nescaya saya rasa selalu dibuat oleh lelaki yang tak mahu tanggung banyak risiko. Saya cuma tahan nafas, tersengeh dan letak satu tangan ibu jari ke dalam poket seluar. Jangan lupa kangkang sedikit kaki. Kita bukan penyanyi kumpulan nasyid.
Saya paling suka pose En Sharif, beliau bergaya bintang. Dengan melihat gaya beliau yang simple kita sudah tahu dia adalah bintang, bukan orang sembarangan.
Encik Sharif... |
Thursday, January 29, 2015
SUKMA RINDU - Various Artist (Warner 2010)
Album ini saya beli di Muadzam Shah. Suatu petang selepas habis kerja nak pergi beli burger. Saya merayau di kedai-kedai... Sampai di kedai jual CD, saya CD ini.
Istimewa CD ini ialah ada 26 lagu duet yang popular!. Ada yang popular bukan pada zaman kita namun ia `sedap' didengar telinga.
Namun ada juga lagu yang tidak sedap didengar oleh telinga saya. Contohnya lagu "hati ini telah dilukai' oleh Ajai dan Kris Dayanti, dan lagu `Pagi' oleh Datuk Shela Majid dan Afdlin Shauki. Mungkin sebab tidak pernag saya dengar atau mungkin memang tak sedap pun. He he he.
Namun ada juga lagu yang tidak sedap didengar oleh telinga saya. Contohnya lagu "hati ini telah dilukai' oleh Ajai dan Kris Dayanti, dan lagu `Pagi' oleh Datuk Shela Majid dan Afdlin Shauki. Mungkin sebab tidak pernag saya dengar atau mungkin memang tak sedap pun. He he he.
SUKMA RINDU – Various Artist
(Warner, 2010)
(Warner, 2010)
CD 1:
Jangan Menjeling (Azlina Aziz & Ahmad Fauzee
Melangkah Seiringan (Sudirman & Noor Kumalasari)
Bercanda Di Pasiran Pantai (Sudirman & Anita Sarawak)
Tanda Kasih (Uji Rashid & Hail Amir)
Mawarku (Eddie & Hamidah Ahmad)
Rintihan Rasa (Uji Rashid & DJ Dave)
Kerana Rindu Ini (Seha & Shuib)
Melodi Cinta (Zaleha Hamid & Aziz Ahmad)
Hati Ini Telah Dilukai (Ajai & Kris Dayanti)
Pinang Sirih Pinang (Ismail Haron & Anita Sarawak)
Gelora (Sharifah Aini & Ali Ahmad Anwar)
Dari Hati Ke Hati (Rafeah Buang & R Ismail)
Budi Setahun Segunung Intan (Ahmad Jais & Kartina Dahari)
Bila Bermula (Sarena Hashim & Halim Merican)
Gunung Payung (Roy & Fran)
Kita Insan Biasa (Dayangku Intan & Jay Jay)
Pergilah Sayang (Ella & Korie)
Pandang Pandang Jeling Jeling (Siti Nurhaliza & SM Salim)
CD 2:
Ai Ya Cik Siti (Ismail Haron & Anita Sarawak)
Kehebatan Cinta (Fran & Jamal Abdillah)
Kesederhanaanmu (Azlina Aziz & Adnan Abu Hassan)
Kau Warna Hidupku (Razis Ismail & Yusni Hamid)
Dunia Batinku (Ella & Tam Spider)
Serasi Bersama (Ajai & Nurul)
Yang Tersayang (Iwan & Amelina)
Ku Miliki Bayanganmu (Khadijah Ibrahim & Ramli Sarip)
Cinta Abadi (Fran & William)
Dunia Cintaku (Sharifah Aini & Latiff Ibrahim)
Pagi (Sheila Majid & Afdlin Shauki)
Sandarkan Pada Kenangan (Jamal Abdillah & Sarah)
Mendung Tak Bererti Hujan (Ella & Deddy Dores)
Nyanyian Sepasang Hati (Anuar & Ellina)
Joget Si Pinang Muda (Sharifah Aini & M Sani)
Manusia (Roy & Fran)
Cinta Abadi (Uji Rashid & Hail Amir)
Uda Dan Dara (P Ramlee & Saloma)
Bila sampai ke track lagu Kak Pah, saya terus pilih lagu seterusnya. Saya masih tidak bersedia untuk dengar lagu Kak Pah...Wednesday, January 28, 2015
`Red Carpet' COBA 2015
Sukar untuk melihat kawan-kawan saya bergaya semasa mereka berkerja, jadi saya abadikan beberapa gambar yang saya kira menarik...
Abang Jan: Gambar saya tak ada, saya tak fotogenik, just fotogedik...heheh
Kesan rotan cikgu...
Rotan pertama (dan itulah rotan terakhir saya bagi katogeri meniru), saya terima masa darjah empat. `Anugerah' tersebut membuatkan saya tidak lagi membuat perbuatan meniru itu sampai kini dan insyallah sehingga saya mati.
Sejak itu saya tidak pernah meniru dalam Penilaian Darjah Lima, SRP, SPM, STPM, Ijazah dan juga peperiksaan master saya. Saya juga tidak meniru dalam kuiz dan kertas kerja. Dalam kertas kerja saya tidak meniru walau sepatah. Setiap yang saya kutip saya berikan rujukan yang lengkap.
Sebabnya apabila saya dirotan, barulah saya sedar akan perbuatan itu adalah berat. Perbuatan meniru adalah kesalahan besar. Pada masa itu saya meniru kerana ada latihan dan saya tak tahu jawapannya.
Saya ke depan kelas sambil menghulurkan tangan dengan muka yang perit. Batang rotan bulu ayam halus tu akhirnya hinggap di tangan saya. Semasa menuju ke bangku barulah terasa pedih dan panas. Sangat menyakitkan.
Balik rumah saya tidak beritahu ayah sebab takut akan `ditambah' lagi. Mati hidup balik ayah tak akan berpihak kepada saya... Ayah saya dan semua guru adalah krooni. Ayah saya kuat PIBG.
Nasib baik saya tidak meniru sebab kalau saya meniru dan dapat `result' yang baik. Result tu akan diguna untuk cari rezeki (cari kerja). Dan kita akan dapat rezeki dari perbuatan yang salah. Kita guna gaji tersebut untuk anak bini kita...(guna `result' yang sebenarnya kita tiru...).
Besar benar kesan psikologi rotan tersebut.
Walaupun sudah terlewat...saya ingin mengucapkan secara rasmi terima kasih kerana merotan saya...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kadang-kadang
Home
Labels
- 1000 MAWAR (47)
- Alahai... (25)
- Alam buku (31)
- Berangan... (11)
- Buku untuk dijual (12)
- Catatan peribadi... (43)
- dari skrin... (28)
- FILEM (35)
- Kawan... (35)
- Kebahagian (2)
- Kesihatan (49)
- kewangan (68)
- Kuantan (4)
- Lirik pilihan... (29)
- Mankisue... (15)
- Menyolo... (19)
- NUKILAN RASA (6)
- PENDIDIKAN (19)
- PML (11)
- POLITIK (3)
- Politikus (18)
- PUISI (13)
- Rumahtangga (53)
- SHARIFAH AINI (64)
- Sikap dan sifat (16)
- Untuk dijual (6)