Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Saturday, April 30, 2011

Kisah dalam kelambu?





Sejak saya ada blog, semua kejadian di sekeliling saya, saya perhatikan dengan lebih teliti, dan kadang-kadang sangat teliti. Pendeknya saya semakin banyak bercakap dengan diri sendiri. Saya suka melihat orang terutama apa yang mereka buat (bukan apa yang mereka kata).

Kemudiannya bila balik ke rumah terus saya menulisnya di dalam lap top, kalau saya fikir ia sesuai saya akan posting. Kalau tak sesuai saya masukan ke dalam folder 18SX, he he he. Kalau saya mati mungkin ada orang baca.

Saya ada satu cerita pasal seorang yang suka berblog. Sehingga semasa dia menolong isterinya memasak di dapur, dia sempat berblog. Semuanya dia blogkan. Saya tak tahulah blog dia nama apa sebab saya jarang membaca blog orang lain, he he he.

Saya cerita ini daripada kawan saya di Selangor. Saya suka blog yang hidup, maksud saya blog yang ada pahit manis, suka duka dan positif dan negatif. Saya suka membaca bagaimana hati-hati resah menjadi tabah dalam menjalankan kehidupan. Sebab saya percaya semua orang ada kelemahan dan dengan kelemahan tersebutlah mereka gagah meneruskan kehidupan...

Kembali kepada tajuk posting. Suatu hari dia blogkan perihal negatif isterinya dalam blog. Tetapi dia tulis bukan isteri dia, dia tulis kononnya isteri kepada kawan baiknya. Tetapi isterinya faham ianya dituju kepada dia... Yang nak dijadikan cerita isterinya tidak bertindakbalas secara tradisi. Malah isterinya menerima teguran tersebut dengan positif dan membaiki diri.

He he he, mengapa tak kritik secara terangan sedangkan tidor sekatil, bersetubuh bersama dan guna bilik air yang sama? Mungkin bukan semua orang boleh terima kritikan secara terangan...termasuk pasangan kita yang sangat ego tersebut?

Jan: Tak baik you, kisahkan `kisah dalam kelambu' gitu!

Shoulder to cry on - Tommy Page

Tomy Page dulu tak handsum mana, kurus kediding terpaksa pakai baju besar untuk nampak besar.


Sekarang handsum...
(Saya pun macam dia jugak, masa remaja tak handsum mana...sekarang? Wow! (pulak dah))


Suatu waktu dulu tiada kemudahan internet. Dengar nama internate pun tak pernah. Kalau orang sebut internet mungkin kita ingatkan iannya kawan kepada nenek kita. Sekarang ada internate untuk cari lirik lagu. Dulu untuk dapatkan lirik lagu susah jika kita tidak membeli kasetnya. Saya terpaksa dapatkan lirik lagu ini dengan mendengar balik banyak kali daripada kaset yang saya rekod/tape daripada radio. Saya kena PAUSE/PLAY/PAUSE/REWIND banyak kali untuk dapatkan lirik lagu. Huh jenuh juga.
Tapi saya PAUSE/PLAY/PAUSE/REWIND juga kerana terlalu minat lagu ni sebab liriknya menyentuh kalbu dan kehidupan saya....(pulak dah). Tetapi lirik ini mungkin ada kaitan dengan semua orang (universal sifatnya), sebab kita manusia. Kita perlukan kawan, kita bukan kera sumbang.
Jika pembaca blog ini berada di era saya (old skool) beginilah cara untuk mendapatkan lirik lagu jika kita tidak membeli albumnya. Sukar untuk album Tomy Page sampai ke pekan saya tinggal. Mereka mungkin kena buat macam saya untuk dapatkan lirik lagu Justin Baiber tu, he he he. PAUSE/PLAY/PAUSE/REWIND...
Ni liriknya:
Life is full of lots of up and downs
But the distance feels further
When it's headed for the ground
And there's nothing more painful
Then to let your feelings take
you down

It's so hard to know
The way you feel inside
When there's many thoughts
And feelings that you hide
But you might feel better
If you let me walk with you
By your side

Chorus:

And when you need
A shoulder to cry on
When you need
A friend to rely on
When the whole world is gone
You won't be alone
I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be your friend to rely on
When the whole world's gone
You won't be alone 'cause I'll be there

All of the times
When everything is wrong
And your feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I'll help you work it out
And carry on

Side by side
With you till the end
I'll always be the one
A Shoulder To Cry On Continued

To firmly hold your hand
No matter what is said or done
Our love will always continue on

Chorus:

Everyone needs a shoulder to cry on
Everyone needs a friend to rely on
When the whole world's gone, you won't be alone
'Cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one to rely one
When the whole world's gone, you wont be alone
'Cause I'll be there
And when the whole world is gone
You'll always have my shoulder to cry on


Saya hubungkaitkan lirik ini dengan persahabatan yang saya jalinkan. Dulu saya banyak kawan rapat. Namu bila mereka sudah kawin mereka sudah tidak rapatkan diri dengan saya. Walaupun saya cuba merapatkan diri dengan mereka...tetap ada jurang. Lalu saya menghayunkan langkah kaki pergi (baca dengan nada serba salah seolah mak mertua datang bertandang duduk seminggu di rumah kita, he he he.)
Saya tujukan lagu ini khas buat kawan-kawan baik saya yang pernah menemani perjalanan hidup saya. Walau di mana mereka berada, kahwin atau tidak, ada anak atau tidak, tak bercerai atau bercerai berai, kerja kuli atau manager...saya tetap doakan mereka berbahagia, dunia akhirat.
Jan: Kepada pembaca blog saya yang tidak pernah dengar lagu ini, dengarkanlah, ianya berbaloi baloi...

Friday, April 29, 2011

Video Azizah?

Dua tiga minggu ini, ramai yang hangat bercerita mengenai isu video seks Anuar. Tak terkecuali ianya menjadi bahan kawan dan jiran saya untuk membicarakannya. Ada kawan saya yang yakin sangat individu tersebut adalah Anuar, manakala ada juga kawan saya yang kata tak serupa langsung dengan muka Anuar. Mereka tidak semena-mena mengheret sama saya ke dalam kancah isu video seks ini. Saya juga ada menerima sms daripada kawan bertanyakan pendapat saya... penting sangat ke pendapat saya?

Malah ada antara kawan saya di kampung, di Besut, yang sms bertanya "Hebat ke, ganas tak?", saya rasa soalan tersebut tak ada kena mengena dengan isu sebenar. Maruah dan moral pemimpin kita.

"Awak dah tengok ke Man? tanya kawan saya. Saya jadi serba salah. Kena tengok ke? Biasanya jika saya buka youtube saya cari lagu-lagu lama terutama lagu Kak Pah di era 70an...
Terus terang saya katakan, saya tak berminat nak tengok video seks tersebut (video seks lain? No komen, he he he).

Katanya...khabarnya selepas part 2, akan disusuli dengan video yang di Bangkok pula... Saya tak juga berminat nak tengok. Dan Umi Hafida katanya ada 18 video! Saya tak juga berminat...

Yang paling saya nak tengok ialah video Azizah... Katanya video Azizah ada.

Jan: Saya berminat nak tengok.




Lynas Malaysia Sdn Bhd



Saya pernah menonton beberapa filem Amerika yang mengisahkan kesan buruk radiasi terhadap manusia dan alam sekitar. Pendedahan diri kepada radiasi bukan sahaja mampu menyebabkan kematian semerta, tetapi juga kepada kesan jangka panjang. Contohnya, radiasi mampu mencacatkan janin dalam kandungan (bagi yang mengandung).
Kepada yang tidak mengandung atau masih lagi tidak kahwin (mungkin terlalu memilih atau memang tak ada orang nak...) jangan cepat rasa lega sebab radiasi berlebihan juga akan memberi kesan kepada kualiti seperma/telor/semen (kita berkemungkinan melahirkan anak yang cacat selepas bersetubuh dengan pasangan apabila kita kahwin nanti). Kesan langsung lain ialah barah pada sistem pembiakan kita. Contohnya barah rahim. Rujuk cerita Erin Brockovich (kisah benar dilakon oleh Julia Robot).
Kakak beli sofa baru
Pada hujung minggu yang lalu ketika saya bertandang ke rumah kakak, ketika saya sedang sedap merasai kemewahan/keempukan sofa yang baru dibeli kakak, saya ditanya oleh abang ipar mengenai isu pembinaan sebuah kilang di Gebeng. Kilang tersebut bukannya kilang biasa yang buat roti atau selipar jepun tetapi sebuah kilang yang dikuatiri membebaskan bahan radiasi.
Kepada yang tidak suka membaca suratkhabar dan tidak gemar mendengar berita jam 8 malam, sebenarnya sebuah kilang yang berharga RM700juta sedang giat dibina di kawasan penindustrian Gebeng, Kuantan (entah-entah dah siap pun). Projek ini diusahakan oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation (syarikat dari Australia). Saya ada juga mendengar bahawa syarikat ini ada membuka tender kepada negara-negara lain tetapi ditolak mentah oleh negara tersebut. Hanya Malaysia yang `sudi' menerima `lamaran' tersebut.
Pembinaan kilang tersebut tentulah meresahkan hati warga Kuantan, termasuk saya yang sudah membeli rumah di Kuantan (memanglah hajat nak menetap di Kuantan sampai saya padam, kecuali kat kampung saya ada KFC). Tentulah saya rasa bimbang, tambahan lagi saya sudah terpengaruh dengan filem Amerika dan info di internate mengenai bahana radioaktif. Saya bimbang telur saya rosak, he he he.
Kata PM kita...
Apabila timbul isu keselamatan kepada rakyat, PM kita yang tahu keresahan hati masyarakat Kuantan telah memberi jaminan kajian akan dibuat. Satu panel bebas dianggotai pakar khabarnya akan membuat kajian berhubung soal keselamatan dan kesan kilang berkenaan. Ya lah kita ni mana tahu sangat pasal bahan-bahan radioaktif ni. Macam sayalah, cuma tahu bahan-bahan nak buat kek buah atau kak pisang jea...
Khabarnya bahan radioaktif ni kebahayaannya ada skala. Kira ada ukuran sama ada bahaya atau tidak. Itulah gamaknya yang hendak dan patut dibuat kajian. Namun kilangnya sudah dibina, baru nak kaji?
Kita tidak hairan kenapa isu ini meresahkan hati, jantung dan limpa masyarakat Kuantan. Mereka tak sedap duduk, tak sedap bangun bila memikirkan hal ini. Terutama penduduk yang peka terhadap keselamatan alam sekitar dan tahu sedikit sebanyak pasal radioaktif. Ya lah kan, kalau kilang itu dibina di daerah kita, tentu kita bimbang. Nanti kita terradiasi, sapa nak jawab? Siapa yang nak bayar hutang bank rakyat kita? Kad kredit? Tuiesyen anak?
Kata Tun...
Sebenarnya sebelum itu saya juga ada membaca satu pernyataan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad yang Malaysia mungkin tidak sesuai dibina kilang yang berkaitan dengan radiasi. Kata Tun kita tiada pengetahuan dalam mekanisma kawalan atau penyeliaan bencana. Saya berpendapat seolah-olah Tun juga menunjukan kekhuatiran beliau berhubung dengan isu ini.
Kata menteri terlibat
Datuk Seri Mustapa Mohamed (menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), ada memberitahu yang kajian akan dijalankan dengan terperinci. Keputusan kajian ini diharapkan dapat meredakan kebimbangan penduduk Kuantan. Juga untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada mereka yang giat mempolitikkan isu berkenaan. Maka buat masa ini tiada lesen pra-operasi akan dikeluarkan kepada Lynas oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA). Maknanya kilang tersebut tidak akan beroperasi selagi kajian terperinci dibuat.
Siri penerangan kepada khalayak
Sementara itu beberapa siri penerangan yang dianjurkan oleh LPTA dan kerajaan negeri diadakan di sekitar Kuantan baru-baru. Namun dengar khabarnya siri-siri penerangan tersebut gagal mengatasi kebimbangan yang bermukim di hati penduduk Kuantan.
Jan: Hati ini dah lama ter`radiasi'...

Tuesday, April 19, 2011

He wants more...( a tiger story...)

Just for decoration (" Sekadar hiasan...")



Once upon a time, there is a powerful tiger live in the stone juggle. The tiger has a loving wife, a beautiful home, and wonderful children, but he wants more.

The tiger was so famous and always approached by dozen of beautiful young female tigers day by day. He becomes obsessed with them and eventually starts an affairs. The affairs began unstoppable. But his selfishness actions soon catch up with his wife...

His wife is so sad and act violently towards them…and lastly they got divorce. The divorce settlement would be one of the most expensive in the stone jungle. The wife still love him but she had lost her trust in him gitu.

She gets a lot of money but did say that" money can't buy happiness” or put her family back together (read this line with the sad heart…).

The wife said she was unaware of his husbands' affairs and that she had went "been through hell".

Jan: There is a danger in loving somebody too much, it hurts when you know that only your heart you can trust…(pulak dah…)

Friday, April 15, 2011

Walau Tsunami...


Tiap kali mak datang bertandang ke Muadzam, abang amat gembira. Sudah 2 minggu abang ingat kat mak namun abang pendam sahaja. Kalau abang ingat kat mak abang tengok gambar mak dalam frame. Kalau ikut hati abang akan kol dan suruh mak datang. Abang sangat perlukan mak buat masa ini, mungkin setahun dua terakhir ini.

Namun abang tahu ayah lebih memerlukan mak. Abang yakin sangat tempat seorang isteri di sisi suaminya. Begitu juga dengan cucu-cucu mak di kampung akan rindukan mak. kalau mak datang duduk dengan abang. Abang pendamkan saja dalam hati. Tak apalah abang harung hidup ini seorang diri... bang tak ada pilihan.

Namun minggu ini mak datang, abang gembira dan dapat tidor lena. Sudah lama abang tidak dapat tidur lena. Biasanya abang akan bangun tengah malam untuk minun air dan termenung sekejap...sebelum tidor semula.

Mak beritahu mak teringat sangat ke abang, sebab itu mak walaupun datang naik bas.... Mungkin bila abang ingat kat mak, mak akan ingat kat abang. Abang mahu mak berada dekat dengan abang. Insyallah kalau suatu hari nanti abang sudah sembuh. Abang akan berdikari...

Abang akan tempuh walaupun Tsunami...

Jan: Abang percaya masa ubat paling mujarab. Tuhan ada, mak selalu kata tuhan ada...

Sedetik lebih - Anuar Zain


SEDETIK LEBIH


Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu


Jan: layan jelah walaupun lirik tak ada kena mengena dengan hidup ini...

Thursday, April 14, 2011

Belakang rumah saya




Setiap bahagian rumah haruslah diberi perhatian sama rata, maksud saya kita harus menjaganya, membersihnya semaksima mungkin pada setiap inci. Sebabnya? Sebabnya mudah, itu adalah rumah tempat kita tinggal. Bukan tempat beruang tinggal. Bukan sahaja ruang tamu, bilik tidor dan ruang makan, hatta dapur dan bilik air sekalipun kita mesti jaga, jadikannya menarik. Itulah yang cuba saya amalkan dan tanamkan di minda saya.


Begitu juga kawasan luar rumah kita, selain bahagian depan rumah yang kemas dan menarik, bahagian belakang rumah juga harus dititikberatkan. Namun apa yang sering saya dapati ialah bahagian depan rumah sahaja kemas, belakang rumah tidak kemas.


Di bahagian belakang rumah saya terdiri daripada belakang 3 buah rumah lagi. Dan kebetulan sisi rumah saya iaitu taman saya berhadapan dengan dua buah belakang rumah. Saya tidak mahu mengomel panjang, nanti ada yang akan kata "sapa suruh beli rumah macam tu?". Begitulah jawapan orang kita selalunya, selalu tidak fikir panjang mengenai perlunya mengubah minda.
Kadang-kadang rasa tidak sedap mata memandang kerana ada ketikanya jiran menjemur baju di pagar rumah yang kami kongsi bersama. Sakit juga mata saya memandang pemandangan di belakang rumah saya. Untuk buat tembok sepanjang 110 kaki memerlukan duit yang banyak. Namun terpaksalah saya memikirkannya jua memandangkan saya suka melihat kekemasan. Buat masa ini saya pejam mata sahaja melihat keadaan tersebut.


Saya ingatkan bila duduk di kawasan perumahan semi D begini dan kawasan agak bandar, penghuninya akan lebih peka terdidik mindanya. Teringat saya kepada usaha kerajaan untuk menyediakan kemudahan kelas pertama di beberapa bandar besar tetapi mentaliti masyarakat kota masih di kelas ketiga.


Jan: Selak bawak karpet, tengok apa ada? Huh!

Wednesday, April 13, 2011

Majlis yang tidak perlu saya hadiri...

Walaupun masa telah lama berlalu, mukim hati saya masih lagi mengingati bulat matanya teruja. Dia ajak saya ke majlis perkahwinan yang glamour dan meriah di Kuala Lumpur. Saya tahu ada majlis sangat glamour dan meriah, saya ada membaca dalam majalah. Majlis sebegini bukan semua orang dapat hadiri. Orang kaya, ternama dan berada (tetapi muka taklah handsome sangat) akan buat majlis secara besar-besaran. Mereka suka dan mampu.
Saya menolak untuk menemaninya sebab saya fikir... tidak layak saya ke majlis sebegitu. Saya tidak kenal tuan penganjur dan keluarganya, saya secara officalnya tidak dijemput. Dan tentulah majlis tersebut bukan majlis saya. Saya sedar...dia yang beria berkawan dengan orang kaya raya, bukan saya.
Namun saya sanggup pergi kalau ada duit lebih kalau itu mengembirakannya, beri bahagia. Sebab tentulah majlis sebegitu saya kena pakai baju mahal, kasut mahal dan pakai bow. Saya rela membelinya kalau saya ada duit saya, kalau dia akan bahagia. Kerana kebahagian dia, saya rela tercongok congok macam rusa masuk kampung di majlis tersebut, saya rela belaka. Kalau boleh saya mahu letak bahagia itu di atas tapak tangannya...
Tetapi kenyataan jauh dari mimpi, saya tak ada banyak duit. Saya sedih dan terkilan... Sedih dan terkilan sebab saya tahu dia hendak sangat-sangat ke majlis tersebut, hendak menyesuaikan diri dengan orang-orang kaya raya. Nak berbaik dengan keluarga orang kaya raya. Begitulah perangai dia, walaupun dia papa kedana dan tak punya apa-apa, dia suka kepada gaya dan kemewahan. 2 perkara yang saya tak miliki...
Itulah yang dia kejar...saya terlepas pandang sebab terlalu sayanginya...
Jan: akhirnya saya `hilang ' dia kepada keluarga kaya raya tersebut... dan bila jiwa hilang raga, hidup saya tak pernah tenteram...tidak akan pernah.

Tuesday, April 12, 2011

Jakung



Dinner tersebut sebenarnya untuk meraikan kejayaan projek organisasi, bukan hari keluarga. Untuk hari keluarga, organisasi memang peruntukan suatu hari yang bernama HARI KELUARGA. Saya ulangi, HARI KELUARGA.

Saya datang daripada jauh, dari Semenanjung. Saya bawa baju batik dari Semenanjung kerana saya sudah menduga akan ada majlis diner mendiner ni. Saya hadir awal untuk hormati majlis, lagi pun saya bukan ahli politik atau orang besar(yang perlu datang lewat?, he he he).

Tidak lama kemudian dewan makan tersebut penuh dan saya dapati ramai peserta yang terpaksa berdiri di belakang dewan, termasuk AJK majlis. Beberapa orang kawan saya juga terpaksa berdiri di belakang dewan.

Esoknya, kawan baru saya beritahu tak patut betul sebab ada peserta yang bawa anak-anak mereka sampai penuh meja. Masa mendaftar pihak urus setia ada tanya " ada bawak spouse ke". Ini untuk siapkan meja dan bilangan kerusi yang secukupnya hanya untuk pasangan, bukan ahli keluarga yang lain.

Kejadian sebegini juga terjadi apabila saya kembali ke Semenanjung. Saya hadiri suatu majlis di sebuah hotel bertaraf 5 bintang. Saya lihat ada peserta terpaksa duduk kiri kanan dewan apabila peserta lain bukan saya bawa pasangan tetapi juga anak-anak. Ada yang dah habis melawa tapi kena duduk tepi dinding, he heh e.

Saya ada juga buat-buat tanya " eh sapa tu, Meor (bukan nama sebenar, saya jumpa dia di seminar tersebut sahaja. Kira kawan b aru)?. Meor jawab " Saya bawak adik ipar sekali...."...

Saya rasa ada majlis kita sesuai bawa anak-anak dan ada majlis kita bawa pasangan kita dan ada majlis kita sendiri sahaja pergi... sendiri fikirlah.

Jan: Saya terdengar ada bayi yang menangis dalam dewan semasa tetamu kehormat (daripada luar negara) buat ucapan...dalam hati saya berkata "Selamat datang ke Malaysia". he he he

Monday, April 11, 2011

Wild Country -Avon

Minggu lepas, sedang saya asyik menyelongkar tong sampah di hadapan sebuah rumah, saya terjumpa botol minyak wangi Wild Country. Saya tersenyum sorang di tepi jalan...

Minyak wangi pertama yang saya pakai ialah Wild Country - Avon. Pada zaman persekolahan minyak wangi ini sahaja yang ada dijual di bandar. Minyak wangi ini saja yang mampu saya beli. Harganya RM15.90 (kalau saya tak silap). Saya ini sebenarnya bukanlah `Wild' sangat tetapi itulah yang ada...
Pada zaman itu saya pakai jimat sangat, sikit sahaja setiap hari. Maklumlah mahal...saya kumpul daripada duit belanja sekolah saya.
Zaman sekolah dan zaman universiti saya pakai yang murah-sahaja. Bila bekerja dan ada duit baru saya pakai yang mahal sikit. Berbezakan dengan pelajar sekarang, sesetengahnya guna duit PTPTN untuk beli yang berjenama. Bukan saya hendak mengata, saya ada bukti!.
Saya harus pakai minyak wangi. Pada zaman remaja saya, kakak pernah beritahu bahawa badan saya berbau. Saya sebenarnya tidak pula menyedarinya. Lagipun saya bukan jenis kucing yang suka jilat badan sendiri.


Jan: Pakai untuk kepuasan diri sahaja...dan menolong hidung orang lain, he he he.

Friday, April 8, 2011

SSM (Stress Seribu Mawar)

Bahagian B: NOVEL DAN CERPEN
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.
1.Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Tidak sampai pun setengah jam, dia sudah berada di dunia fantasinya. Slide-slide yang ditayangkan sudah tidak memberi makna kepadanya. Sesekali dia melihat jam tangan Montblancnya (yang tiruan), dia terasa sangat boring… Dia melemparkan pandangannya ke arah peserta lain, kelihatan peserta lain mengangguk ngangguk dan tekun menyalin sesuatu. Dia bertambah tension, mengapa peserta lain begitu tekun? Bukan menarik sangat pembentangan yang dilakukan oleh professor tersebut, dan semua nota sudah disediakan di dalam fail.

Sesekali dia melemparkan pandangannya ke arah Engku Nurain Suliatie, peserta yang paling cantik di seminar tersebut. Tetapi tiada kesegaran yang timbul di mindanya. Skit pendek Engku Nurain Suliatie tidak memberi impak seksual dalam dirinya. Wajah Engku Nurain Suliatie yang mirip Rozita Cik Wan juga tidak meninggalkan bekas di hatinya...
Dia terasa rugi membayar ratusan ringgit untuk seminar tetapi gagal member tumpuan dalam tempoh yang lama. Sengaja dia memilih tempat paling belakang di seminar tersebut. Dia ingin duduk diam bersendirian. Semenjak pagi tadi dia tidak bercakap sepatah pun...

Hari kedua seminar ini terasa bagi dirinya berada di hospital sakit jiwa. Dia terasa terasing dalam duka yang berlarutan, yang meragut harapan bahagia masa depannya. Hakikatnya bukan tiada orang yang menyapanya di seminar tersebut tetapi dia seolah ingin mengasingkan dirinya daripada kelompoknya. Dia merasa menyesal kerana hadiri seminar ini. Dia akui dia membuat keputusan yang salah. Dia sepatutnya memilih seminar lain yang lebih pendek memandangkan lusa dia harus bersiap sedia ke Paris.
"Menyampah betul aku...tetapi aku juga yang bersalah" Sepanjang ceramah tersebut itulah yang berlegar di kotak fikirannya. Semua percakapan negatif ada dalam mindanya. Dia turut menyampah dengan profesor botak yang berada dihadapannya, yang giat menayangkan slide-slide pembentangan entah apa.

Tiba-tiba dia teringat semalam dia tersalah masuk dewan pada sesi petang...dia terlupa. Terasa malas dan letih, rasa menyesal dan putus asa untuk meneruskan seminar ini. Esok aku blah je...." Detik hatinya walaupun seminar tersebut berlangsung selama 3 hari.


Majlis Peperiksaan 1 Malaysia, 2011,Novel Seribu Mawar tidak mungkin memekarkan, Bab Viii – Kelopak terlerai, dalam Mutiara Sastera Melayu Moden. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Balairaya.


a) Siapakah watak `dia' yang dimaksudkan dalam petikan di atas? [2 markah]
Watak `dia' yang dimaksudkan dalam petikan di atas ialah Mankisue.
b) Dengan berdasarkan petikan novel Seribu Mawar tidak mungkin memekarkan “ Bab VII” –Kelopak terleraidalam Mutiara Sastera Melayu Moden, jelaskan dengan terperinci 6 (ENAM) simptom stress yang dihadapi oleh watak `dia' dalam petikan di atas. [25 markah]
Stress bermaksud tekanan bertubi-tubi yang dihasilkan daripada keadaan yang tension. Begitulah keadaan yang dihadapi oleh watak utama iaitu Mankisue. Dalam petikan tersebut kita dapati Mankisue mengalami 5 tanda stress secara psikologi, antaranya:
Pertamanya, beliau tidak berupaya memberikan tumpuan terhadap seminar tersebut. Kita dapati Mankisu kerap kali melihat jam di tangannya, dan beliau juga tidak mengendahkan slide-slide pembentangan yang dilakukan oleh pembentang di seminar tersebut. Hilang daya tumpuan merupakan satu faktor penting akibat stress.
Kedua, rasa terpinggir dan perlakuan meminggirkan diri. Kita dapati Mankisue sengaja memilih tempat duduk paling belakang. Ini sebenarnya menandakan beliau ingin meminggirkan diri secara langsung. kita juga dapati beliau sendiri juga merasa dipinggirkan di seminar tersebut walaupun ada peserta lain yang meyapa beliau.
Ketiga, kita dapati orang yang stress kerap kali silap membuat keputusan atau tindakan. Daripada petikan di atas kita dapati Mankisue bukan sahaja tersilap masuk ke bilik seminar yang lain tetapi juga silap merangka jadual hariannya. Beliau memang tidak sepatutnya menghadirkan diri ke seminar tersebut kerana beliau sepatutnya bersiap untuk ke Paris.
Keempat, watak Mankisue yang bermonolog dalam diri secara negatif. Sudah menjadi kebiasaan bagi sesiapa yang stress berkencenderungan untuk melihat apa saja disekelilingnya sebagai suatu yang negatif. Contohnya dia tidak menyukai profesor, meragui keseksian Engku Nurain Suliatie, dan dia juga tidak senang hati dengan ketekunan peserta lain menghayati siri pembentangan tersebut.
Kelima, kita dapati ada rasa kecewa dan tak berdaya yang dalam, dalam diri Mankisue. Petikan tersebut tepat untuk menggambarkan bagaimana tanda-tanda seorang yang mengalami stress. Kita dapati akhirnya beliau mengambil keputusan untuk ponteng seminar tersebut kerana rasa kecewa dan tidak terdaya.
Kesimpulannya, amat jelas watak Mankisue mengalami 5 simtong stress iaitu tidak berdaya memberikan tumpuan, rasa terasing daripada kelompok,silap dalam membuat keputusan dan tindakan, berfikiran negatif dan putus asa untuk hidup.
Jan: no komen...

Thursday, April 7, 2011

stress dalam berkerja...

" Keturunan kami tak ada yang bodoh-bodoh, semua cerdik belaka" Katanya kasar melalui talipon. Terkejut jugak saya sebab perkara tersebut tidak ada kena mengena dengan sifat bodoh atau tidak. Saya tidak kata anak dia bodoh. Tidak pernah kata walau sekali pun...walau dalam hati.
" Sebagai pensyarah, awak kenalah tolong bangsa kita. Sapa nak tolong orang Melayu?, kita sesama Melayu" Katanya seolah memberi syarahan terhadap saya. saya diam sahaja. Saya pulak diceramahkan olehnya.
Saya tetap sabar, saya jaga tata susila dan nama baik tempat saya bekerja. Kalau ikut kan hati saya memang tidak mahu angkat panggilan daripadanya, kalau ikutkan hati tentu saya melawan balik cakap tersebut. Seluruh keluarganya menalipon saya. Ibunyalah yang paling menganggu saya hari-hari. Begitu juga dengan abangnya. Ada sampai pukul 3 pagi pun kol!. Ini kisah benar.
Kedatangan ke kelas tidak sampai 40%. Saya bukan tidak berhati perut. Saya telah mengikuti arahan daripada ketua saya dan proses pembaran tersebut tidak melibatkan saya seorang untuk menentukannya dan ianya mengikuti prosedur yang sah. Sudah banyak kali surat dihantar kepada ibu bapa. Last-last saya `diserang' seolah saya seorang yang tidak berbakti...
Saya stress bercampur pilu...(pulak dah).
Jan: seolah diri ini tidak berbakti kepada bangsa...

Wednesday, April 6, 2011

Stress: Peluklah dahku...




Orang kita taboo kalau berpeluk. Peluk selalu dihubungkaitkan dengan keinginan seks yang membuak. Maksud saya melakukan hubungan seks. Seolah peluk tu seks sahaja tujuannya, huh!


Namun pelukan juga mewakili kemesraan sesama makhluk hidup. Pelukan mesra suami isteri, adik beradik, kawan baik, jiran dan kucing mahupun anjing. Kepada pembaca budiman, minggu ni berapa kali kau orang peluk pasangan masing-masing? (yang atas katil tak kira)... Tidak perlu jawab di entry ini, jawab sahaja dalam hati...(yang tak berkahwin tu peluklah sapa-sapa, he he he. Atau baca je lah).


Apakah perasaan yang dirasai oleh pasangan kita bila dipeluk? Cuba balik kerja petang nanti bila sampai rumah terus peluk suami/isteri masing-masing (jangan suami/isteri orang!). Sambil peluk katakan ianya tanda sayang dan tidak berniat apa-apa kecuali sayang dan penghargaan, dan beritahu lagi kena ada sebab yang kukuh ke jika mahu peluk? Tak perlukan...?, tanya dia balik jika dia hairan. Mungkin pasangan kita rasa buang tabiat atau kita dah mereng, tetapi cuba amalkan selalu...kita memberikan syurga dunia kepadanya...


Pelukan dikatakan dapat mengurangkan stress kehidupan. Pelukan seolah ubat mujarab dan ajaib untuk menurunkan gemuruh akibat stress menenpuhi kehiduapn ini. Dan semasa dalam pelukan tersebut bukan sahaja perasaan tenteram dan syahdu tetapi juga tubuh badan kita menyesuaikan diri secara positif, iaitu meredakan tekanan.


Tentulah bahagia kalau ada orang peluk kita pagi petang, siang malam terasa dunia ini ana yang punya. Kepada yang berkahwin adakah wajar kita berpelukan depan anak-anak? Maksud saya pelukan mesra. Mungkin itulah salah satu cara untuk kita melahirkan kemesraan depan anak-anak. Tetapi pelukan tersebut bukanlah berpanjangan dan ghairah, berakhir di atas tilam...


Tentu kita jawab banyak cara lain lagi untuk pamirkan kasih sayang kan? Padahal kita tak pandai pamir pun, kita malu! He he he. Tidak mengapalah pemikiran masing-masing sebab posting ini hanya mahu menyatakan bisanya kesan pelukan terhadap diri yang stress.


Malah kalau selalu dipeluk, mungkin dapat hindari stress.


Jan: Peluk bantal golek...tiada hangat dalam dakapan...

Tuesday, April 5, 2011

Stress: Pengaruh Personaliti







Adakah anda jenis gelabah atau jenis tenang? `Cara’ kita pandang/bertindakbalas dengan persekitaran juga boleh menyumbangkan ke arah peningkatan stress dalam kehidupan kita…


Ada orang kelihatan tenang dan redha apabila dia dilanda masalah. Kita mungkin cop dia manusia jenis tidak berperasaan atau jenis selamba badak. Hati batu. Namun dalam hati kita kaguminya. Dalam hati kita kata `eee kalu kena kat aku tak tahulah…eee’. Sambil kita gerakan badan kita seperti kita tertengok ulat bulu. Tetapi malangnya gerakan badan kita sudah tidak kemas dan seimbang. Maklumlah pagi makan nasi, tengahari makan nasi dan malam makan nasi. Bersenam haram!


Bila dia ditinggal dek kekasih hati dia tetap redha. Kekasih dia hina akan kekurangan diri dia (setelah dapat yang baru lebih handsum dan kaya) dia terima. Kita tahu kekasih dia sebenarnya main kayu tiga dengan kawan baiknya sendiri. Kita rasa kesian ke dia tapi dia terima. Dia kata dah takdir, sudah suratan. Kita kagum sangat ketabahan dia. Tetapi bila dia hadiri majlis perkahwinan kekasih dan kawan baiknya tersebut (siap bawa hadiah sedozen gelas kaca), kita rasa kita tidak boleh terima. Kita pula yang stress!


Bila markah kuiz 1 dicampur dengan markah kuiz 2 jumlahnya tak sampai bilangan jari tangan, dia selamba sahaja. Bila dia tak boleh jawab soalan mid term dia tak stress… Bila dia dibar oleh pensyarahnya, dia terus bercadang akan ubah sikap di semester depan. Dia percaya orang yang luarbisa dan berjaya semuanya mengalami jalan yang berliku. Dia perasan…(he he he).


Ada orang nampak ganas tetapi hobinya mengumpul stem dan bermain piano. Manco sangat tapi rupanya jenis gelabah giler. Jenis cepat berdebar. Bila terpijak siput babi terus rasa sangat bersalah. Tidak boleh duduk diam… Malamnya bermimpi dimakan oleh siput babi yang dipijaknya petang tadi cuma saiz siput babi tersebut besarnya sebesar kereta. Siput babi tersebut memakannya hidup-hidup. Mula-mula kaki, betis lutut dan seterusnya… Setiap malam dia terbangun dari mimpi tersebut pada pukul dua pagi, berpeluh-peloh. Dua tiga hari darah gemuruh. Terpaksa la maknya jumpa tok iman mintak air semayang hajat (penenang hati).


Ada orang berpersonaliti jenis agresif dan gelabah, kalau tak dapat apa dia hajat, dia sangat tertekan dan risau,cemburu. Dia akan kejar jugak dan tanamkan dalam diri kalau tak dapat sesuatu yang dihajat, tidak lengkap kehidupan dia (kononnya). Ada orang bila sudah berusaha gigih tetapi gagal, dia redha jea...dia sejuk dan pandang dunia yang luas.


Kita jenis mana yea? Untuk menangani stress pertamanya kita kena tahu kita jenis manusia macam mana.


Jan: terkadang damai, terkadang resah… itulah aku.

Stress boleh membawa maut?




Kelihatan beberapa orang sedang resah menunggu di pintu luar bilik ICU, kelihatan juga beberapa orang jururawat lalu-lalang dihadapan pintu bilik ICU tersebut...pergi mari-pergi mari seolah tiada kerja nak dibuat. Tiba-tiba keluar seorang doktor, kelihatan sugul dan berkata:


“ Maaf mak cik… bersabarlah. Pihak kami telah berusaha sedaya upaya tetapi jantung Simon terlalu lemah, relakanlah ketentuan ilahi” Sambil doktor yang muka macam kartun tersebut tunduk sedikit.


(kemudiannya tiba-tiba jururawat entah datang dari mana, juga kelihatan sedih…tumpang sekaki).


Begitulah biasanya dialog yang kita jumpa dalam drama swasta Melayu. Tiada dialog yang berbunyi “ Maaf mak cik, Simon mati kerana stress, tak terpikul bebanan hidupnya...".


Tapi mungkinkah sakit jantung tersebut berpunca akibat stress? Haaa…


Dalam buku “Man Alive: Beating Stress tulisan Toni Battison” yang saya beli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (boleh pinjam kalau nak pinjam), ada menyatakan stress akan member kesan kepada fizikal kita. Kita mungkin akan:


1. Sakit kepala


2. Tak bermaya walau bernyawa


3. Masalah dalam pernafasan


4. Mulut jadi kering (tetapi tak kering idea bila mengumpat, hehehe)


5. Ada jerawat kat leher


6. Ada masalah nak hadam makanan


7. Hilang selera makan


8. Kerap kencing


9. Berpeluh


10. Ada jerawat kat atas belakang kita


11. Sakit sendi


Saya pernah ada jerawat kat leher dan atas belakang, tetapi tak ingat masa tu stress atau tidak. Hilang selera makan? Mustahil. He he he.


Namun tanda tersebut bukannya bahaya sangat kan, tak kan membawa maut…TETAPI stress ni akan memburukan lagi kesihatan kita jika kita dah sedia ada penyakit:


1. Darah tinggi


2. Sakit belakang


3. Asma (lelah)


4. Migraine (sakit kepala)


Jan: Haaa...bolehkah stress membawa maut?

Monday, April 4, 2011

Stress: Bagai aur dengan tebing...

Pernah atau tidak rasa stress? Kalau pembaca blog ini dari planet bumi dan hidup pada zaman milinium ini pasti pernah rasa stress. Dewasa ini, semua kerja kita kena buat bukan sahaja dengan tepat, tapi cekap dan cepat…


Stress ni kira tertekan. Dan tertekan tersebut akibat tension.


Tension tu apa pulak? Tension tu keadaan tidak tentu lahir daripada keadaan/perkara yang kita tidak boleh hadapi atau terima. Kita rasa serabut perut... Kita tidak dapat hadapi/terima mungkin perkara tersebut sebab kita rasa iannya di luar keupayaan kita untuk melakukannya. Perkara inilah yang melahirkan tension. Dan tension nilah melahirkan stress.


Kalau stress biasa, kira okeylah sebab kita perlukan cabaran dalam hidup. Tidak ada cabaran bermakna kita mati…mati sebelum mati. Tak kan nak selamba badak 24 jam...


Yang bahayanya pagi petang siang malam kita stress tetapi kita tidak redakan strees tersebut. Kita kata biasalah bila kerja mesti rasa stress...tiba-tiba tergolek, he he he.


Rasa-rasa dapat tak kita hindari stress dalam hidup kita? Mustahil kan? Dalam satu hari kita kena buat banyak kerja kan, laksana banyak tanggungjawab. Perasan tak? Jangan kata orang kerja opis saja stress, orang kerja sendiri juga stress, kalau yang tak ada kerja tu lagilah stress kan…


Di tempat kerja kita stress, balik umah kita stress? Dalam kubur?


Jan: Stress sebab Maya Karim ajak berbaik semula...(he he he, perasan)




Friday, April 1, 2011

Di hujung semester...

Pada hujung semester biasanya ada pelajar yang masuk bilik khas untuk bergambar. Terasa glamour pula, bak artis di Jom Heboh. Saya tidak menolak bila diminta bergambar, saya anggap itu suatu penghargaan.





Saya tidaklah beria sangat, saya cuma sambat kot saya. Jarang saya pakai kot kecuali saya rasa handsum. Namun kita kena kelihatan kemas sebab gambar ni mungkin dibawa pulang ke rumah ditunjuk kepada mak ayah. Nanti apa pula kata mak ayah mereka jika kita kelihatan selekeh macam ditinggalkan kekasih, he he he. Atau mati bini...(Ibu Mertuaku).











Saya buat-buat gaya pensyarah yang berdidikasi...




Berbesar hati, ada juga pelajar nak bergambar dengan `Anuar Zain' Muadzam...he
Entah bila berjumpa lagi...semoga awak dapat kerja kat Bank Negara.








Bunga atas meja tu pelajar hadiahkan...





Jika kita bergambar dengan pelajar, kita kenalah senyum dan ceria walaupun tadi baru je hampir pengsang bila menyelesaikan soalan pengiraan dari Amerika Syarikat. Atau bini sms ugut jangan hadiri makan malam yang pelajar buat, sebab anak deman. Atau lain-lain alasan.
Yang penting kita mesti beria-ria macam artis baru nak menapak dalam dunia hiburan. Lihat gambar di bawah:









Kurang beria...





Agak beria...






Amboi berianya... (katogeri pose maut)










jan: Biasalah bila bergambar, kena senyum. Tak kan nak sedih.


















Tips supaya tupperware tidak hilang...

Kehilangan tupperware bukan suatu perkara yang kecil. Memanglah ianya bukan isu nasional tetapi ianya isu nasional kepada jiwa raga pemiliknya. Di sini saya perturunkan beberapa panduan/tips supaya tupperware kita tidak hilang. Sesetengah daripada petua ini saya amalkan semenjak saya di tingkatan 6 bawah lagi. Antaranya:
1. Jangan niat nak menunjuk kat orang.
Maksud saya bila kita menbelinya nawaitu kita kenalah betul. Maksud saya bukan nak tunjuk kat jiran datang bertandang (kalau kita bukan jenis anti jiran), mak mertua (kalau ada, kalau masih tak kahwin, baca jelah...), atau rakan sekerja (kalau ada). Menunjuk-nunjuk adalah suatu sifat yang tidak baik walaupun bekas tersebut tipuware atau tupperware. Ia tetap tidak baik.
Kata seorang kawan saya, tupperware itu mungkin hilang sebagai pembalasan ke atas sifat riak kita ingin menunjuk (...unsur agama)
2. Pastikan ianya tersusun rapi dalam almari atau rak.
Sebenarnya tupperware kalau disusun rapi nampak cantik, seksi berwibawa dan memberikan kesan yang mendalam kepada pandangan mata. Tidak kiralah dapur kita jenis dapur basah ke atau dapur kering (dapur jarang guna kot).
Bila tersusun rapi, bukan sahaja senang mata melihat wang gaji kita mengalir ke mana tetapi juga kita cepat sedar bila ada lompang di antara tupperware tersebut. Kita cepat tahu tupperware kita tak cukup `beradiknya' (setnya), dan kita terus tertanya kat mana kita letak. Bolehlah terus kita lakukan penyiasatan terperinci.
3. Pergerakan mata yang tangkas di majlis poklak.
Semasa ada jamuan, kita kena berwaspada jika kita membawa makanan menggunakan bekas tupperware sebab orang lain juga mampu beli tupperware tersebut. Tak ada parten khas untuk kita, kita bukan seleberiti. Kita mesti berhati hati di majlis tersebut kerana:
i. Bimbang bercampur-aduk:
Bila dah banyak bekas tupperware di atas meja. Kemungkinan tertukar atau terus hilang ada!. Kawan saya ada satu cara untuk mengenali tupperwarenya. Dia tulis nama anaknya di tupperware tersebut. Dan katanya di sepanjang majlis dia tidak lepas mata daripada memandang ke arah tupperwarenya (seksa juga yea...)
ii. Bimbang kawan pinjam lepas tu senyap...(2, 3 bulan selepas siasatan baru dapat balik).
Di majlis tersebut mungkin kawan kita yang kaki tapau nak tapau makanan dan pinjam tupperware kita. Tak kan kita tak nak pinjamkan sebab walaupun tak kenal rapat sesekali dialah yang ambil anak kita ke sekolah bila kita ada hal.
Namun kita mungkin terlupa bahawa kita pinjamkan tupperware tersebut. Caranya mudah. Ambil kertas dan tulis nama, no I/C, no handphon, tarikh, hari dan waktu kawan kita ambil tupperware tersebut, he he he. Balik tampal kat peti ais guna hiasan magnet tu.
Kalau tak pun guna handphone kita. Kita seting di handphone buat peringatan. Hasilnya kalau dia tak hantar dalam masa seminggu handphon kita akan berbunyi lagi, 3 minggu berbunyi... dan lagi dan lagi.
4. Pastikan kita menggunakan tupperware yang sama.
Untuk ke pejabat misalnya kita gunakan bekas air yang sama. Bukan bekas air tupperware yang kita simpan air dalam peti. Maka kita akan ingat bekas air tupperware yang mana kita selalu guna dan bekas air tupperware mana yang kita tinggalkan dalam peti sejuk (ini bagi kes yang banyak bekas).
Begitu juga bekas makanan tupperware kita. Kita tetapkan fungsiguna yang sama. Ini mengelakan kita terlupa atau cuai.
5. Tidak perlu impresskan pihak ketiga
Jika kita nak beri makanan kepada jiran, badan pertubuhan atau NGO, pastikan kita guna bekas yang paling murah di pasaran.
Contohnya jika mahu memberi makanan kepada jiran sebelah. Kita guna bekas polistrin putih pun tak apa tapi pastikan makanan sejuk kalau tidak polistrin tersebut akan bertindakbalas dengan bahan makanan kita, jadi racun (kalau kita tak suka jiran kita, tak ada masalah panas ke sejuk, he he).
Ini mengelakan kita berhati hiba. Ya lah, kalau kita beri bekas tupperware belum tentu bekas tersebut akan kembali ke pangkuan kita dengan selamat tanpa cacat cela. Ada orang memang suka buat harta kita seperti harta mereka. Malah mereka guna dengan optimal sebab... maklumlah bekas orang!. Bila hantar kita tanya" eh kenapa tudung tupperware ni begini?"
"Tikus gigit..." jawab jiran kita dengan muka seposen.
6. Paling praktikal
Paling praktikal kita letakan semua tupperware kita dalam almari berkunci dan kunci. Ia tidak akan hilang dengan mudah. Kalau kita nak guna, kita guna yang kita beli di pasar malam sahaja. Jangan terkejut, cara ini telah lama dipraktikan oleh sesetengah perempuan. Mereka lega dan bahagia melihat himpunan tupperware dan pinggang mangkut terletak selamat di dalam almari. Untuk menambah keselamatan, anak-anak tidak dibenarkan berada dekat dengan almari tersebut.
Sekianlah sahaja sedikit panduan untuk mengelakan kehilangan tupperware. Mungkin orang lain ada caranya tersendiri termasuk dengan cara tak membeli tupperware. Kalau tak beli, tak hilanglah...
jan: Sama-samalah kita menjaga tupperware kita demi kesihatan zahir dan batin kita.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home