Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, March 30, 2010

Selamat Pengantin Baru...

Memang saya sendiri melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Saya nampak bagaimana Sani melurutkan jam tangannya. Pada masa tersebut saya ada berdekatannya di ruang tamu sedang duduk congok (santai vouge) atas sofa L (yang berharga RM1800, bayar bulan) sambil tengok tv.
Pada ketika itu, sebagai pengiat seni, hati saya terus terusik. Terdetik suatu perasaan terharu, pilu dan sayu di sanubari. Dia korbankan jam kesayangan demi adiknya!
Saya tahu benar Sani sangat suka dan sayang kepada jam tangan tersebut sebab beberapa kali (mungkin 8 kali) dia ada menayangkan jam tersebut di depan saya bergelagat seperti budak mendapat baju baru atau playstation, atau seperti kita dapat kenaikan tangga gaji... Seperti biasa saya buat-buat minat sangat melihat jam tersebut (sebenarnya saya tak minat jam, sama seperti saya tidak minat tak minat kereta, bola, badmintion, lipat baju dan Linda Onn). Tidak saya menduga akhirnya jam tangan tersebut terpaksa berpisah dengan Sani... tuhan maha kaya...
Selepas adik lelakinya berlalu, seperti wartawan baru nak naik kerjayanya, terus saya menyoal Sani kenapa dia beri jam tersebut pada adiknya? Sani kemudiannya memberitahu sebagai hadiah kepada adiknya supaya tekun dalam pelajaran... Sekali lagi saya rasa terharu!.
Kalaulah saya seorang pengarah atau penerbit filem seperti Datuk Yusuf Haslam terus saya buat filem bertajuk `Sebuah jam tangan dan kasih sayang seorang abang". Dan pastilah lepas itu bukan penonton yang menangis sedih di pawagan tetapi saya yang menangis kerana rugi. Filem tersebut tentulah tidak laku kerana penuh moral dan tata tertib hubungan kekeluargaan... (maklumlah kalau tak ada adengan selak-selak, huha-huha, gatal-gatal atau hantu (hantu entah apa) memang tak laku filem kita kan...?).
Apabila saya mahu menulis sesuatu mengenai Sani, saya juga tergaman 2 saat sebab nak pilih perihal apa? Apa materialnya?. Apa nak diceritakan lagi? Semua orang kenal Sani, dia juga terkenal dan mashor seperti saya (perasaan ke ni? he he he) di Kolej Shahputra. Saya rasa lebih baik saya ceritakan hal dalaman diri Sani yang orang lain mungkin tidak tahu... Salah satunya perihal pemberian jam tangan seperti diceritakan di atas (sila rujuk 5 perenggang di atas). Contoh lain saya selalu melihat dia beri duit belanja kepada adiknya yang datang ke rumah sewa kami.
Sani adalah rakan serumah sesewa saya di Kuantan. Kami berempat pindah dari Pekan ke Kuantan menyewa sebuah rumah di Indera Mahkote. Semasa bekerja di Pekan semasa ada isu mahu berpindah ke Kuantan, saya gusar kerana di Kuantan nanti saya nak duduk dengan siapa? Nak duduk serumah dengan Azniza? Kami bukan duduk di Amerika... Pada masa tersebut Lokman telah tiada....saya seperti burung kepatahan sayaaaap...
Sebenarnya sejak saya kehilangan Lokman, hidup saya sepi bagai keadaan malam di hutan Brazil yang gelap gelita...tanpa pelita dan cahaya. Tanpa purnama. Saya dan tuhan sajalah yang tahu. Namun saya tak nampakkan kepada sesiapa, kalau saya sebut atau tonjolkan sangat saya rindukan Lokman mungkin saya dituduh gay....
Pada masa tersebutlah Kamal Ariffin (kini Kamal Azie, dan sudah mempunyai cahaya mata) dan Sani menyakinkan saya bahawa tidak ada masalah untuk saya tinggal bersama mereka di Kuantan. Mereka boleh tumpangkan jika mahu ke tempat kerja. Dan pada awal-awal penghijrahan kami ke Kuantan, apabila Kamal dilambung ombak asmaradana dan Johari (uncle Joe) pula sibuk, saya kerap menumpang Sani ke kolej. Bukan sahaja kolej malah kerap juga ke pusat membeli belah di sekitar Kuantan, he he he. Sangat kerap sebenarnya, he.
Pada masa tersebut kami berempat masih lagi BTTT (bujang trang tang tang), masih lagi menjaga tata tertib kaum teruna. Rasanya di antara kami tiada yang pernah melakukan hubungan seks, sama ada rambang atau berjadual, kami tak pernah merasa. Bukan itu sahaja, kami banyak persamaan lain lagi. Contohnya, kena masak, kena basuh baju, kena streka baju dan kena bayar duit sewa setiap bulan. Kami juga masing-masing ada tv dan dvd player (yang berjenama).
Banyak peristiwa suka dan duka, pahit dan manis, teruja dan menyampah berlaku. Maklumlah kami insan biasa duduk menyewa beramai-ramai. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula isteri kita (yang tak nak dengar kata kita...he he he). Namun bila dikenang-kenang rasa sayu semacam... rasa hening syahdu, sebab itu adalah beberapa episod dalam sebuah perjalanan hidup kita kan...[sila baca dengan nada sedih dan sayu, dan sambil itu cuba lembutkan hati tu bawa ingat masa anda semua masih bujang dahulu, ala masa baru dapat kerja dulu sewa ramai-ramai... Huh jangan la buat-buat tak ingat pulak dah. Bukankah kawan merupakan suatu yang penting? Bukankah? (amboi 2 kali tanya)].
Sebelum ini saya sudah tahu mengenai pertunangan Sani tersebut. Dia sendiri tunjukan gambar-gambar majlis pertunangannya kepada saya semasa dia singgah di Muadzam. Tunangnya (kini isteri) cantik dan manis orangnya. Kalau boleh saya nak mintak hak eksklusif untuk memaparkan gambar sekitar majlis pertunangan beliau... Kalau boleh saya nak war-warkan dalam blog ni, bukan nak dapatkan rating (saya bukan TV3 atau Astro) tetapi nak beritahu orang ramai Sani sudah bertunang! Biar ada yang terpukul? Termasuk saya? He he he. Namun saya hormati keputusan Sani bila dia minta biarlah dirahsiakan dahulu. Amboi macam artis...
Tup-tup (tiba-tiba atau tidak semena-mena atau bahagsa inggeris bunyinya sadengli) saya dengar Sani dah berkahwin!. Saya terus kol (takut-takut Sani kena tangkap basah, his selisih malaikat 44) Sani untuk mendapatkan pengesahan, tetapi Sani tidak dapat mengesahkan berita perkahwinan tersebut. Pada masa itu dia sedang dalam kelas, mengajar. Dia minta saya kol balik pukul 10.30 pagi, (huh! kalah Farid Kamil...). Lepas tu saya tidak sempat dan terlupa nak kol Sani kembali dek asyik mendengar luahang hati kawan saya mengenai nasib lakinya yang tak naik-naik pangkat di tempat kerja.
Banyak peristiwa lain yang berlaku antara saya dan Sani, bertahun berkawan dengannya tak dapat, atau tidak cukup cerita-ceritinya untuk saya muatkan dalam penulisan pendek saya ini.
Akhir kata pada penulisan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada Sani dan pasangannya. Semoga saling menghargai dan cuba memahami antara satu sama lain, semoga masing-masing berSETIA hingga akhir hayat... hingga hujung nyawa...
Jan: ...bercintalah, berkasih sayanglah sampai mati... jangan jadi perpisahan seperti diriku...

2 comments:

uj said...

tahniah la wat sunny... hmmmm tak jemput aku ke?... hmm tapi aku menanti jemputan dari encik jan..

Jankaulu said...

Nanti majlisnya dia jemputlah kita tu...

jemputan dari encik jan? Tunggu kes Maya Karim selesai dulu...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home