Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, March 4, 2010

Bab 8: cerita ke I (Sendiri sepi menyosong waktu…)

Mankisue berada di atas katinya, dia cuba menggerakan badannya ke kiri dan kanan tetapi tidak berdaya. Seluruh badannya terasa sangat letih, terasa kaku dan lesu. Dia cuba mengalihkan bantal di tengkuknya, dia terasa sangat lenguh tetapi juga tidak berdaya. Kepalanya pula terasa pening dan berat. Malam tadi seperti malam sebelumnya dia masih gagal untuk tidor lena walaupun kesemua ubat yang didiskripsikan oleh Dr Soraya ditelangnya.

Namun Mankisue tidak berputus asa, dia mencuba untuk bangun. Dengan menggunakan ke dua tapak tangannya, Mankisue mula menekan tilam untuk menyokong badannya ke depan, tetapi juga tidak berjaya. Dia terlalu lemah. Semua kekuatannya telah pergi… yang tinggal hanyalah kekuatan mulut sinisnya bersama ingatan dendam membara. Kukuh kejap.

Mankisue bertambah benci kepada dirinya, kepada seluruh jumlah kelemahan yang dimilikinya sekarang. Hatinya ingin marah tetapi tiada seorang insan pun menemaninya di subuh sejuk begini. Tiada sesiapa di kiri. Tiada sesiapa di kanan. Katil di sebelah kanannya sudah dua hari kosong. Katil di sebelah kirinya juga kosong. Dia cuba gagahi diri sekali lagi. Dia mahu bangun. Dia mahu ke bilik air…

Tetapi tidak berdaya, pipi sejuk Mankisue terasa panas. Ada air mata yang mengalir...

“ Ahhhh…huh” Kedengaran keluhan kecil Mankisue. Memang dia tidak berdaya langsung. Dia sudah tidak berguna walaupun pada diri sendiri. Kalau boleh dia ingin mati saja. Pagi-pagi begini urat tulang di seluruh badannya terasa sekeras kayu dan seberat besi untuk dialih. Dia tetap berusaha untuk bangun kerana dia tahu kepentingan untuk bergerak. Dia tidak mahu mengalami kekejangan. Sudah beberapa kali dia merasai kesakitan batang tubuh akibat lama tidak bergerak. Kesakitan yang wujud akibat kekejangan berada pada paras yang tinggi… Dia tidak mahu menambahkan kesakitan pada dirinya lagi…

Mankisue kembali terbaring pasrah di katilnya, matanya tepat memandang siling hospital di wad 4 tersebut. Dia memandang kipas putih jenis KDNK berpusing-pusing perlahan. Kipas siling itu selalu setia mememaninya hingga lewat angin malam. Menemaninya untuk lelap mata…

Mankisue tahu, amat tahu…dia sudah berada di adegan-adegan penghabisan, episod terakhir hidupnya…
Jan: Kesian pulak...

1 comment:

MySra said...

man, ade ke kipas KDNK... dalam ekonomi ada la KDNk... man terbawa2 ingatan ekonomi yer.. yang mai tau kipas tu biasanya tulis KDK rasanya..

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home