Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, February 22, 2010

Perihal ubat...

Malam semalam saya bergegas ke klinik. Lepas magrib saya rasa pening kepala. Pening kat belakang kepala. So cepat-cepat saya ke kereta. Sampai di klinik baru saya sedar, saya tak pasang lampu kereta!
Apa sebabnya ya? Saya dah makan ubat ikut time. Roti canai dan nasik lemak lama dah saya tak jamah. Saya banyak makan buah. Dalam peti ada anggur, oreng, buah jambu (dua jenis). Ada karot dan tomato buat jus...
Selepas doktor pam lengang saya, dia kata darah saya naik. Dia tambah kata lagi:
" Man kena banyak rehat, mungkin banyak sangat kerja..."
Saya cepat-cepat beritahu doktor yang saya memang makan ubat ikut time (takut nanti dia syak saya tak makan ubat). Tapi memang saya makan ubat tu, sekali juga dengan ubat gatal. Saya tak cerita la semalam saya tidur pukul dua pagi, dan malam sebelumnya tidur pukul 3 pagi. He he he.
Setelah ambil ubbat, saya melenggang keluar dari klinik, kepala masih pening lagi. Hajat nak singgah kat seven eleveng. Nak beli roti gadiniar. Tiba-tiba terima sms:
01390476...: askum sir..rindu sir, sy student m'sian economy last sem, tgh pract skrg ni..nnti ktorg balek, sir ajar la ktorg bness ethnics ke bhs melayu ke..baru la best! he he..
Jan: La ada jgak yang ingat kat sir. Macam x caya pulak. he x2.
o1390476...: mesti la ingt!! sy rse selama sy blajr dkt muadzam, kelas sir la yg paling x bosan dan sy suka sgt dengar sir ckp pasal economy. pengetahuan sir yg dasyat amat sy kagumi...he he.. oklah sir, slamat mlm. hav a gud rest 4 tonite!
Jan: ok, take care ya...thanks.
Saya rasa pening kepala saya dah setengah hilang. Ada juga student yang ingatkan saya di dalam hutan rimba ni rupanya... hargai saya. Saya bukanlah hebat sangat, bukan sekali dua saya tersalah masuk kelas dan selamba je ajar dengan bersemangat...(sehinggalah seorang pelajar biasanya beritahu saya tersalah kelas!, he he).
Entah apa yang saya ajar pasal ekonomi kepada pelajar semester 5 tu ya?..., saya selalu je bimbang takut tak ikut silibus. Dan lebih takut, takut syok sendiri...
Jan: Kadang-kadang student juga beri ubat kepada kita kan...

Takziah atau tahniah?



SAYA berfikiran positif. Saya rasalah... Saya selalu percaya penceraian tidak selalunya buruk walaupun pada tahap pertama melaluinya bagai nak mati. Bagai hilang separuh dari diri, termasuk dengan harganya sekali.
Tetapi tentulah penceraian tu halal sebab bukan semua orang berupaya kawin dan apatah lagi mempertahankan perkawinan tersebut... Bukan semua orang boleh berkawin walaupun setiap hari dia beritahu orang dia nak kawin, he he he.
Mengikut agama walaupun tuhan tidak suka dia tetap halalkannya... sebabnya ada yang perlu (kalu perkawinan itu terlalu menyeksakan, sapa nak dudk lagi kan?) dan selepas perpisahan yang perit kita boleh bangkit semula dengan penuh kejayaan. Ramai yang berjaya... (tak kurang juga yang terus terduduk...he he he) .
Berita sedih ke gembira?
Dalam mesyuarat tadi ketika timbalan dekan sibuk memberikan butir pengurusan dan pentadbiran, saya terkedu 2 saat sebab kawan baik saya beritahu seorang kawan saya bercerai!.




Yang bercerai tersebut bukanlah kawan baik saya walaupun dari kaca mata saya dia baik. Namun dia menarik perhatian saya. Tertarik (bukan unsur seks ya...) juga kepadanya sebab dia putih, dia selalu pakai baju yang cantik-cantik, dan ambil berat tentang para pelajarnya.
Dia bukan jenis pensyarah yang ambil lewa terhadap pelajarnya. Pernah saya lihat dia marah kat pelajarnya, sampai saya pun naik takut melihatnya tetapi saya buat-buat kemaskan meja, alih patung kaca orang yang sedang berkiss yang kawan saya hadiahkan dari Paris. saya juga buat-buat bilang berapa student yang tak datang, dan akhirnya buat-buat pinjam kakileter pada Kamal Azie, he he he.
Saya respek pada pensyarah sebegini yang marah ke pelajarnya bertujuan untuk mendidik.




Dari angin lalu ini...




Dari angin lalu yang jauh di pendalaman ini saya mahu mengirimkan tahniah atau takziah? Entah. Saya pun tak tahu nak bersimpati atau sebaliknya. Saya tak tahu banyak cerita...

Yang pasti tentu dia perlukan kekuatan bila berpisah dengan orang yang dia sayanginya, atau pernah sayang...? Saya buat-buat tanya kawan saya dia bersedihkah, menangiskah? Walaupun jauh di sudut hati saya tahu tak kanlah dia nak melompat...atau beli SK II untuk meraikannya.




Mungkin kita boleh ucap tahniah jika dia terlepas daripada bebanan hidup yang dibuat oleh pasangannya. Kita biasanya tak tahu sebab kita lihat luaran sahaja. Kadang-kadang bila kawin dapat anak kita katakan tentu akan bertambah bahagia. Wal hal mungkin itulah mula punca timbulnya musibah. Cetek fikiran kita kan? Tak dalam mana... Saya ada kawan macam ni.




Dan mungkin boleh ucap takziah jika dia telah cuba mempertahankannya penuh kesetiaan, kejujuran dan telah cuba sedaya upaya memenuhi tanggungjawab dan kehendak pasangannya tetapi stil keanot go ong...tetep kena KENCING! Ya lah mana tahan jika kita je disuruh berubah sedangkan pasangan kita tak nampak kekurangan dan kelemahan mereka sendiri.
Dalam rumahtangga perkara yang paling remeh boleh menjadi besar. Tan Sri Ramlee pernah mengajar kita kan...pasal sambal belacan pun boleh sampai bercerai berai...




Typical Asian/Melayu female




Dalam kelambu orang berkawin kita tak tahu, tetapi jika pasangan kita terlalu menuntut kita atau membentuk kita, kita mungkin jadi rimas kan. Dan lama-lama menyampah sebelum ke tahap benci first kelas punya.
Ada lelaki memang nak akan isteri yang typical Asian/Melayu female. Dia nak isteri dia macam mak dia juga. Pandai menjahit dan menyulang, anyang ketupat, pandai buat krostis, pandai buat bubur kacang.
Dan lebih giler lagi nak isterinya buat air nescafee susu sebijik macam mak dia buat! Huh! Bangun pagi sediakan sarapan, makan tengahari dan makan malam, dengan sapernya sekali kalau boleh. Huh! (sekali lagi)




Dia nak makan daripada tangan isterinya, semua dia nak isteri dia sediakan. Makan minum lipat kain, lipat langsir dan karpet dan sebagainya. Tetapi dalam masa yang sama isteri bekerja untuk menyumbangkan kepada keselesaan ekonomi rumahtanga. Balik kerja tentu letih, balik lewat petang.
'' Janganlah terlalu mencari kesempurnaan sangat dalam rumahtangga... Kalau kita boleh terima ketidaksempurnaan dalam rumahtangga kita tu sempurnalah rumahtangga kita tu..." (amboi saya ni macam dah 8 kali kawin, he he he.)




Tiada kesimpulan...




Boolah pasal penceraian itu, boo-boo..., kita fokus kepada bagaimana nak bangun bila dah terduduk? Macam mana ya, orang disekeliling mungkin boleh nasihat je. Dan nasihat tersebut memang betul, cuma kita yang terduduk ni susah senang nak aplikasikannya, kita kena buat sendiri. Orang lain tak boleh tolong. Kita kena tolong diri sendiri... Kejamkan bunyinya.




Kalu kita jenis boleh tidur sekatil secadar tetapi berlainan bantal dan mimpi, silakan.. silakan, panjangkanlah perkahwinan tersebut, mana tahu pasangan boleh berubah....he.


Tetapi ada golongan yang lebih realis... " Kita sayang kat orang kerana orang itu sayang kat kita. Kalau orang tu dah tak sayang kat kita, apa yang tinggal yang ada padanya untuk kita bertahan sayang? Apa yang tinggal?'' (amboi sekali lagi saya berfalasampah dengan gaya melontarkan pertanyaan kepada khalayak...)





Jan: Kucuba memapah diriku, mengheretnya ke pesisir yang selamat, kurawati lukanya, kusirami dengan seribu mawar agar darah luka itu dapat kusucikan biar ia sembuh... ah...dia benar-benar tak ada hati perut! Oh...sayangku, kaulah pendusta, dusta,dusta...oooo...x 2

Friday, February 19, 2010

Kereta baru, apam lama dan kambing.

Saya tidak tahu apa yang saya mahu tulis. Maka saya sertakan sedikit sms antara kawan saya dengan saya. Kawan baik saya Donna (sudah tentu nama samaran) merupakan kawan baik sejak belajar di UM dulu.
Awal tahun lepas di bercerai tapi kini lakinya nak rujuk balik.... begitulah isunya... Oleh kerana ada smsnya yang berbau lucah (maklumlah dalam kelambu org berumah tangga) saya tak siarkan, bimbang pulak anak saudara saya terbaca... mari kita ikuti smsnya...

Donna: Aku jatuh cinta lagi la man...

Jan: Dgn sapa pulak? sapa pulak lelaki malang tu? he 3x

Donna: my ex husband

Jan: huh!

Donna: malah dia ajak i rujuk balik... i bagi syarat terima balik kalu dia ceraikan isteri dia...ok x?

Jan: x ok, jgn libatkan bini dia, u just nak dia semulakan, utk batin je... i'm rite?

Donna: tpi slpas bcrai kita org akhirnya baik & rapat. dia bhak bhagia, skrg dia x bhagia...

Jan: x baik runtuhkan msjid, sdgkan bakar greja pun brdosa...

Donna: tpi dia bhak bhagia...

Jan: x kan x serik lagi. masa dia ceraikn dulu snang je kan? kot-kot dia rindu apam lama kau je.

Donna: entahlah man...tpi dia dah brubah.

Jan: tpi x patut kau bri syarat gitu.. .ksian la bini dia. aku pun x caya dia nak guna kereta lama bila dah ada kereta baru. jgn terasa ya. he 3x

Senyap seketika, bimbang jugak takut dia terasa sebab saya sebut `kereta lama'... Saya sms kembali...he 4x

Jan: Aku paham prasaan mung, tpi jgn rampas hak org...

Donna: tpi dulu hak i di rampas...

Jan: biarlah kita ni jahat @ jalang tpi jgn ssekali runtuhkan masjid ... jgn bina bagia atah airmata org.

Donna: tpi dah tertulis dia memang hak i, tapi dirampas dari i...

Jan: dan dah tertulis jugk bkn hak kau kan? he he...aku x respek la kau.

Donna: Tapi sapa la nak kat aku man, janda...

Jan: kau boleh cari yg lain kau stil bgetah. kalah anita sarawak. senang je rasa kalu kau nak...

Donna: Tapi ni peluang, dia nak betulkan kesilapan dia...
Jan: Kesilapan ke? kesalahan? beza tu oiiii... aku rasa kesalahan...
Donna: but i stil love him
Jan: dia dah ada bini. dulu kau jugak marah org ambik laki kau. ni kau nak jadi gitu pulak. bina hidup baru, byk lelaki lain kalu nak sekadar teman tidur, nak lahir anak...he 3x
Donna: Entahlah man.
Jan: adakah kau jenis lemah pada rayuan manja? apa best sgt dia?
Donna: @#$%! **....lipat..****^ (18sx)....

Jan: Maksud aku selain seks! soft skillnya?

Donna: Nope, no. nothing... hanya seks dan kenangan pernah hidup bersama man.

Jan: tapi kita tak selamanya hidup dgn seks semata. nanti tentu menopouse jugk. maaf aku macam dr sakit puan pulak, he 2x

Donna: Kau tak faham man... kau tak kawin
Jan; entahlah aku nak ckp apa, aku x penah mrasa... Aku seks pun x dpt, ksih syang pun x dpt...(baca dgn nada terkilan sdikit pasrah)
Donna: Tapi seks penting kan dalam rumah tangga...?

Jan: aku harap kalau ada le org nak ke aku jgn la krn seks semata, atau nak menunpang teduh. tapi seks penting gak, kalau aku kambing tentu x ada org nak tido dgn aku...he 2x


Begitulah antara smsnya, saya pun sebenarnya tak reti nasihat pasal rumahtangga orang. Hidup saya pun tengah huru hara sekarang. Saya ada jugak cadangkan cari nasihat kepada tok kadi ke, tok iman ke atau uastad-ustadzah... tok alim, he he he dan sewaktu dengannya...he he he

Tapi biasanya kawan akan cari kawan jugak kan bila ada masalah sebegini kan, kan?
Jan: Sex can make someone stay in a relationship for the wrong reasons… Huh!

Wednesday, February 17, 2010

Pantun `saya terbuang...'

Balik bercuti ke Bota Baharu,
Singgah pulak di selatan Siam;
Ada tempat berteduh baru,
Dalam diam saya terbuang...

Dari Besut kerja di Pekan,
Dari Pekan akhirnya ke Muadzam;
Dalam hati rasa terkilan,
Hanya mati padam kenangan.

Petang hari merebus ubi,
ubi direbus di dalam kuali (teafel);
Tuan di awam saya di bumi,
berkirim surat kepada rajawali.

Pantun :Luka di hati....

Kuat sungguh angin utara,
Terbang melayang si buah sena,
Luka di tangan nampak ketara;
Luka di hati badan merana...

Pergi ke hutan mencari ubat,
Miang sungguh si daun buluh;
Luka di tangan boleh diubat,
Luka di hati hancur luluh.

Sakit badan ditikam belati,
Anak teruna berbadan sasa;Bukan senang mengubat hati,
Tujuh purnama tidak terasa.

Saturday, February 13, 2010

Datuk Sharifah Aini semasa kecilnya

Dulu nampak naif je, kini jangan...






57 tahun dulu... kedengaran suara tangisan seorang bayi perempuan di Kem Nee Soon, Singapura. Tangisan yang tepat pada pukul 7.30 malam memecah kesunyian waktu maghrib hari Jumaat.

Dan pada masa itu tiada siapa yang tahu tangisan tersebut akhirnya bertukar menjadi suara yang lemak merdu teralun dan beralung bukan sahaja di negaranya sendiri tetapi juga sehingga ke peringkat antarabangsa...

Dan pada 20.1.2010 nan lalu setelah 57 tahun berlalu (juga tiada siapa yang tahu) kerana alunan suara lemak merdu itu juga saya hampir terlanggar tiang elektrik semasa baru balik dari kerja …nasib baik cepat saya break. Saya terleka seketika kerna, kerna suaranya membawa saya seolah ke dunia lain…ke tempat lain (nasib baik tak tergolek aksiden, kalau tak mungkin benar-benar `dunia lain’, he he he)

Kelahiran bayi ini adalah anugerah bagi sepasang suami isteri Syed Jaafar dan Sharifah Noor. Namun kegembiraan itu tidak bertahan lama, kehidupan bayi ini mula mendapat ujian. Panas pagi sampai ke petang, dan malamnya masih panas... Kedua-dua ibu dan bapa kandungnya menghadapi kemelut perpisahan. Dan beliau yang masih bayi diserahkan kepada sepasang suami isteri berbangsa Cina...

Apabila peristiwa tersebut diketahui oleh datuk dan neneknya iaitu Syed Sahil Ali dan Tengku Wan Mariam Tahir. Mereka mengambilnya semula dan membelanya seperti anak sendiri… Tak apalah menjaga cucu sendiri, cucu kita jugak kan? Namun berapa lama dia dibela oleh keluarga cina tersebut tidaklah saya ketahui. Ada yang kata 3 tahun, nenek saya (yang meninggal dunia tahun 1991, umur 87 tahun) menyatakan masa nenek dan datuknya datang ambil. Kakinya berkudis. Entah benar entah tidak, entahkan saja penyedap cerita...

Tapi sumber dari nenek saya kata, dia memang dibela oleh datuk dan neneknya, dan...

Dan...
Dicurahkan kasih,
Dicurahkan sayang,
yang tak berbelah bagi...
yang bagi tak terbelah...

Oleh kerana kasih sayang yang diterimanya seperti kasih seorang ibu dan ayah kepada anaknya, menyebabkan beliau lebih mesra dengan panggilan abah dan emak kepada datuk dan neneknya (tentu datuk dan neneknya rasa muda kan...he he he).

Ketika usianya mencecah tiga tahun dia dibawa oleh abah dan ibunya ke Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru. Kehidupan beliau pada masa tersebut sangatlah susah sebab Abahnya (Datuk) ketika itu bekerja sebagai pemandu teksi, sementara ibunya (nenek) pula menguruskan rumahtangga.

Pernah saya melihat dalam satu temubual berbahasa inggeris, beliau menangis dalam bahasa inggeris sambil menceritakan bagaimana abahnya yang baru pulang dari kerja membawa satu plastik kecil berisi beras…pada masa tersebut nak makan pun susah…

Pada masa itulah Dato’ Sharifah Aini bertekad untuk merubah keadaan hidupnya. Dia mahu majukan diri dan berdiri sama tinggi dengan orang lain dengan penuh keyakinan. Tidak mendapat kasih sayang sebenar daripada ibu dan bapanya bukanlah satu halangan yang boleh membuatkan diri rasa kurang dan terundur ke belakang…

Beliau selalu menolong neneknya memasak dan mengisar lada. Semasa kecilnya juga dia menjual kuih muih serata kampung, dan pada masa tersebut dia digelar Pah Ani. Beliau tidak dapat melanjutkan pelajaran akibat daripada kemiskinan yang dialami oleh keluarganya. Namun itu juga bukanlah penghalang diri untuk dia maju.



Jan: Bila saya dengar lagunya, saya selalu bayangkan dia ada depan saya menyanyikannya... suaranya merdu, dia nyanyi daripada jiwa...


Thursday, February 11, 2010

Suatu masa jauh dari hari ini...

Apabila berjaya nanti
Apabila segalanya ada...
Kau akan merasa kosong
merasa tak bahagia...

Kau kan menoleh ke belakang...
mengimbau dari manakah engkau bermula...?
Dan di situlah aku akan ada...
kau akan `nampak' aku...
menangis sayangkanmu....

Apabila berjaya nanti
Apabila segalanya dapat...
kau pasti menoleh ke belakang lagi...
melihat aku yang ada di `situ'
yang hodoh
yang gemuk
yang tak berada
yang pernah kau hina...
Ya! akulah itu!
AKU! AKU! AKU!
yang memegang sekaki payung
memayungi seekor biawak pasir dengan penuh kasih sayang...
(sambil aku sendiri basah...)

Nanti suatu masa jauh dari hari ini...kau akan tahu:
apalah sangat nilainya harta
apalah sangat pentingnya gaya
apalah sangat indahnya rupa
dan apalah susahnya untuk setia...

Dan suatu hari itu tuhan akan sangat marah
kerana engkau sangat berdosa!
Dan pada masa itu aku sudah sangat mati...
kerana tanpa nyawa aku tak bermaya...!

Wednesday, February 10, 2010

Sumpah di hadapan laut...

(Sajak khas untuk Laut China Selatan yang ada di belakang rumahku....)

Deburan ombakmu setia
terasa pipi basah ini dihembus angin
angin yang segar bersih...jujur kasih yang mesra
Putih buih ombakmu cuma seketika
hilang kemudiannya ada pula...
Ah...malu pula diri ini keseorangan (sedangkan yang lain ada pasangan)

Kulihat lagi,
Muka lautmu membiru adalah sejarah dada hidupku
hamparan pasirmu adalah diari mangsa sepertiku...
sudah berapa ribu tersedu?
sudah berjutakah sumpahan tercipta?

Antara celahan Pulau Rhu dan Bukit Keluang
dan antara teritip itu.
Antara kerang dan kulit siput pantaimu...
aku pernah berlari-lari di sini sana...
daripada kanak ke dewasa
daripada telanjang ke berbaju
daripada licin ke berbulu

Kulihat lagi,
Biru lautmu mengundang rasa kesalku.
Kerana aku percaya!

Aku percaya dengan cita cinta
konon ada,
ada kononnya,
Ada manusia yang setia dan menghargai :

Kini,
Aku datang kerana biawak pasir itu...
kusapu airmata dengan lengan baju
malu untuk kelihatan tersedu
tetapi hatiku tuhan tau...

Terima kasih atas segalanya...
salam pada pantai
salam pada laut
salam pada kerang
salam pasa pasir...

Aku bersumpah demi tuhan..., (di hadapan laut itu...)


Jan: Wow! banyak punya kecewa ya? he he he.

Tuesday, February 9, 2010

Perasaan ingin diam bila hati ingin mati...

...bilakah berakhirnya riwayat sebuah perasaan?
Riwayat kasih sayang, mungkin juga cinta dan harapan...
Ya! kerana jalan ceritanya telahl ama punah
Kanvas layar berhabuk tercalar-cerai,
carik robek...
yang akhirnya menjadikan hati ini bisa bernanah
yang sakitnya sampai ke tulang tubuh...
tulang tubuhku yang kian kaku, (bila hati kian sayu...)

Menghitung hari di sini...
terasa saja baik mati...
Mati bermula daripada hati...
kerana dialah yang tercedera tidak mampu bernafas...

(Ah! Lautan China Selatan itu tidak mengerti
kerana selalu menjadi diari diri untuk orang lain.
diri orang lain... bukan untuk biawak pasir... )

Apabila pelita tiada apa guna sumbunya...?
Hati yang sakit
menjadikan aku ingin saja berdiam
juga menjadi tuli
dan akhirnya buta tanpa nafas

kerana...? ( biarkan... biarlah...rahsia...)
kerana hati ini
ingin mati...
ingin saja mati...

Monday, February 8, 2010

UP CLOSE AND PERSONAL WITH DATUK SHARIFAH AINI

Saya taklah sibuk sangat, malah saya semakin tak sibuk... he he he.




Rasanya tiada apa yang nak ditulis dah... semuanya telah jelas lagi tersuluh, he he he. Sehari-hari sama sahaja. Tiada yang banyak berubah daripada pagi hinggalah ke lewat petang. Semuanya sama, langit tetap membiru dan awan tetap putih...hati tetap pilu (pulak dah).




Namun hati teruja bila membaca berita mengenai UP CLOSE AND PERSONAL WITH DATUK SHARIFAH AINI yang akan diadakan pada 17 April di Grand Ballroom, Hotel Concorde. Khabarnya ia dibuat bagi memenuhi permintaan peminat yang tak puas mendengar suara Kak Pah ketika persembahan bersama Anuar dan Adibah diadakan sebelum ini.




Katanya lagi kali ini peminat sendiri boleh pilih lagu kegemaran mereka. Saya bayangkan tentu air mata saya menitis satu dua titik bila dengar lagu live `Seribu Mawar'. Pada masa tersebut apabila dato' ada berdekatan dengan saya. Terus saya nak peluk dia, saya minat sangat. Saya tak kiralah apa kata ustad-ustad di negara Malaysia.




Lagipun saya bukannya baik mana...dan ada lagi orang yang lebih syaitan daripada saya. Ada...




Jan: Sesekali dengar lagu " Engkau Pendusta" nyanyian Tok Pah rasa nak mati syahdunya...terus capai Malboro... hisap dus-dus-dus...tidak hirau amaran kerajaan.


Tuesday, February 2, 2010

Kaedah gambar...?

Seiring sejalan... (sebelum meraung seorang diri, hehehe)

ENTAH kenapa tahun ini ramai sangat yang `mahukan' saya, macam goreng pisang panas jadinya. Sebenarnya sindrom ni dah mulai ketara pada awal tahun ini apabila saya dah mula expose diri secara besar-besaran... Saya tonjolkan diri bukannya sebab apa, sebab saya juga mahu diri saya rasa saya penghuni dunia, seorang makhluk bumi.
Ikhlas saya cakap saya bukan nak cari bini atau teman tidur... Saja saya nak bergaya sikit untuk kepuasan diri (he he he). Saya mahu kelihatan segak dan kemas kerana saya semakin berusia... Kalau boleh nak jadi macam artis barat, makin tua makin segak dan `berisi'. Kalau ada orang terguda, bukan salah saya, (he he he sekali lagi). Lagipun tahun ni umur saya 40. Saya baru nak hidup...
Sekarang jangan tak tahu, tiap hari saya sikat rambut dan pakai minyak rambut. Sikat rambut sentiasa ada di dalam saku seluar, he he he. Saya pakai minyak wangi tiap hari dan pakai kemas sikit. Paling saya nak gelak saya sudah pandai keawi kasut saya, bersinar nar-nar, he he he. Sehingga ada pelajar tegur kononnya saya buang tabiat... Tak tahulah selama mana ianya akan bertahan...tapi tak lama rasanya...he he he. Saya tahu benar siapa saya sebenarnya...
Kembali semula... huh! Bayangkan masa saya guna motor pun dah ada yang ter`gila’kan saya, inikan pula saya dah ada kereta (walaupun Myvi sahaja...). Bayangkan...(baca dengan nada kearek...)
Dalam satu kes beberapa minggu lepas, saya tidak mampu menolak secara terus terang, ... dan akhirnya saya tersepit jadi mangsa mereka. Tetapi kalau tolak cara baik pun saya juga akhirnya akan dinegatifkan. `Terlalu pemilih', `macam handsome sangat' `batang dah berlumut' dan macam-macam saya dengar orang menghina di belakang.
Kaki rokomen ni sepengetahuan saya ada di mana-mana. Pernah nak jadi satu cerita tahun lepas dua orang perempuan dan seorang lelaki bertegang kata kerana saya. Seorang itu tak setuju bila seorang lagu utarakan nama calon untuk saya. Seorang lagi tak setuju, dia kata `terlalu gemuk la untuk Sukiman..., Sukiman suka yang kurus kaki panjang macam pen kilometrikol...'. Masa tu saya hanya tercengang sambil berfikir tahukah mereka pendetailan atau bagaimana orang yang saya suka peluk, cium dan gomol?. Cakap sesuka hati je...huh!
Kita kembali pasal inti penulisan. Ceritanya bermula apabila seorang tutor berjumpa saya dan bertanyakan saya nak ke `berkenalan' dengan seorang gadis?. Gadis tersebut adalah anak saudara kepada bekas laki dia (dia yang rekomenkan ini hidup pun tunggang langgang…hanya berkahwin selama setahun, tetapi bercerai, nantilah saya cerita di lain posting mengapa dia bercerai. Sedih sangat ceritanya... tu pun kalau dia izinkan saya papar ceritanya dalam blog ni).
Gadis yang direkomenkan tersebut bekerja sebagai guru di sebuah daerah pendalaman. Tutor tu beritahu emaknya (emak gadis tersebut) rungsing sebab anaknya tak pandai bergaya dan tak pandai `berkawan' dengan lelaki. Pada masa yang sama juga ada seorang pensyarah mahu perkenalkan saya kepada seseorang guru juga...huh! Apa ingatkan saya ni produk baru dalam pasaran ke?
Tengok la dulu gambarnya, berkenalanlah dulu… Saya terkedu namun saya buat-buat malu seperti pertama kalu tengok CD blue dengan kawan-kawan serumah masa second year di UM dulu (tahun 1991....). Namun awal-awal lagi saya beritahu yang saya ni jenis sekali tengok berkenan dan atau tak berkenan, ong the spot saya beritahu... jangan kecil hati nanti. Saya beritahu saya mahu tengok gambarnya dulu, saya tak nak buang masa. Saya minta gambar muka berukuran paspok dan sekeping lagi gambar sedang berdiri tidak berbaju kurung. Saya demand... (he he he laughing maniacally)
Dan beberapa minggu kemudian (nak dijadikan cerita) selepas saya lihat gambar-gambar tersebut saya beritahu direct kepada tutor tu '' Mak dia patut rasa rungsing...'' Tercengang tutor tu. Kejam saya kan? Kejam kan? Entah kenapa saya jadi begitu... Kalau tak menarik di mata saya pun tak payahlah saya kata apa-apa kan, atau kena kata?
Saya beritahu Adnan (salah seorang kawan rapat) yang saya dah tengok gambar-gambar calon-calon tersebut tersebut. Adnan tak banyak cakap (seperti biasa) tetapi dia kata sampai tunjuk gambar? Ya, sampai tunjuk gambar saya beritahu Adnan.
Bagi saya kaedah gambar bukan dikira baru dan telah lama diamalkan, ianya sebagai salah satu kaedah. Pada pendapat saya memang banyak cara kita nak marketkan barang di pasaran. Dan memang banyak cara kita nak `tolak' barang tersebut di pasaran kalau tak mahu. Tak yah beli, tapi nikmati iklannya... he he he. Kejamnya saya, ha ha ha (Laughing maniacally again).
Apabila kita lihat gambar orang yang nak dicalonkan kepada kita, sebenarnya ada dua sahaja di kepala kita. Tok soh nak menipulah ada dua saja iaitu PERTAMA berkenan, KEDUA tak berkenaan.
Dan kalau kita yang guna kaedah ini, kenalah tanggung risikonya. Bila orang tak berkenan kat kita tak payahlah kita berasa hati, muka kita bukan cantik macam Anita Sarawak atau sangat handsome macam Farid Kamil.... Ianya soal hati dan perasaan. Soal hati ni subjektif bukannya objektif... Bila tak berkenaan kalau `berkawan' pun akan jadi sebagai kawan je (meminjam kata-kata Sani iaitu salah seorang kawan rapat saya di tempat kerja lama saya yang tiap-tiap tahun nak bertunang...).
Hal ini orang tak faham kecuali orang yang dah pernah disuakan dengan gambar-gambar calon...
Jan: Kejam ke saya?

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home