'' Sebenarnya saya berhijrah ke Pekan ni sebab kekasih saya mati. Awak tau tak bagaimana perasaan saya untuk gagah hadapinya? '' Saya buat-buat muka sedih sambil tunduk ke lantai. Pada masa tersebut kami baru tamat menjaga peperiksaan. Saya lihat dia duduk di kerusi belakang dewan, sebab tulah saya terus menuju kepadanya. Saya ingin berkawan dengannya dengan lebih rapat.
'' Saya datang nak bina hidup baru...Dulu saya gemuk sekarang tinggal tulang je... walaupun dia telah mati saya tetap akan mengingatinya sampai saya mati...''. Kata saya sambil menggulung-gulung lebihan kertas jawapan peperiksaan. Saya duduk sopan di kerusi... Saya buat muka jebeh sikit
Saya lihat mukanya...dia nampak sedih mendengar cerita tersebut. Namun kata-kata saya tersebut adalah separuh benar, bukannya palsu belaka. Memang saya datang ke Pekan nak mulakan hidup baru tetapi bukannya kerana kekasih saya mati, he he he.
Saya lihat mukannya bertambah sedih apabila saya buat-buat muka masam dan memandang ke arah luar...(pulak dah). Kadang-kadang saya tiba-tiba bangun mengurut lutut sambil membaiki seluar dan duduk semula dengan lesu. Semasa bangun tu saya buat bunyi kecil `aaah...' seolah sarat penderitaan yang saya bawak dari Besut. Saya betul-betul berlakon masa tu, ingat senang ke nak tarik perhatian perempuan?. Rosyam Noor kalau ada kat situ, meraung!
Pada masa tersebut dia masih kurus dan kucup je, dan saya pun masih kurus (walaupun agak handsome). Pada masa tersebut saya juga tak ramai kawan, masa tu saya malu-malu kucing lagi (sekarang malu-malu rimau).
Pada masa tersebut iaitu lebih kurang 8 tahun dulu, saya baru sahaja mendaki populariti di kolej tersebut. Maklumlah semasa saya datang ramai lagi pensyarah seleberiti yang tengah top. Saya menghampirinya untuk dijadikan kawan... Pada masa tersebut saya fikir mesti dia balik rumah sewa nanti dia beritahu ke kawan-kawannya ``kesian sukiman kan...kekasih dia mati?'' Tentu dia cerita kekasih saya mati...(rupanya tidak, dia bukan jenis cerita kat orang...he he he)
Kami semakin bertambah rapat, dia pula berminat hendak tahu tentang cerita kekasih saya yang `mati' tu, he he he. Puas jugak saya mereka skrip dan dialog atau kadang-kadang cepat je saya alih kepada topik lain... Namun nasib baik saya lelaki (...senang je nak karang ceritakan, lepas tu lepas tangan? he he he). Bila berjumpa cerita kekasih saya `mati' tu selalu bersambung, macam episod pulak. Sehinggalah saya tak daya nak menulis skripnya lagi...he he he.
Nak reka cerita senang sahaja tetapi nak serasikan dengan mimik muka tu yang payah. saya bukan orang teater. Nasib baik rupa saya agak naif dan nampak tidak bersalah, jadi kukuhlah cerita yang saya garap.
Selepas itu kami jadi kawan baik. Tidak benar saya rapat dengannya setelah dia beli kereta. Saya bukan lelaki minat ke besi. Kami dah rapat semasa dia masih berjalan kaki pulang dan datang ke kolej. Kami pernah sama-sama melenggang balik kerja dan datang kerja dulu.
Dia kata saya baik, jujur dan bijak. Kata-kata tersebut saya akan ingat sampai mati sebab saya rasa memang betul kan? He he he. Emak saya pernah kata begitu pada saya juga...tak kanlah emak saya tipu...kan?
Saya rasa itulah satu-satunya tipuan yang besar saya padanya. Selebihnya saya cuba bersikap jujur terhadapnya sebab dia jujur dan kalau saya menipu pun dia akan dapat rasa, he he he. Pada 14hb ni saya akan gagahi diri untuk hadir hari bahagianya. Saya mahu hadir untuk sokongan, semangat dan tanda saya bahagia bila dia berbahagia...kerana daripadanya saya mengetahui dengan lebih jelas apa itu erti persahabatan.
Jan: Dapat mengenalinya, berkawan dengannya..., antara yang termanis dalam hidup...
2 comments:
nape x mskkn skali kesan dr penipuan tu slps ia terbocor....sure wat2 lupa ni... hehehe
hehe...aku atu siapakah insan yg kena tipu ngan ko tue...x baik ko tipu die tau...hehe...
Post a Comment