AMBIL BERAT
Saya sangat peka terhadap pelajaran anak-anak saudara saya. Bila balik kampung, kalau mereka ada kelas tuisyen kat sekolah, saya rela pergi tunggu tepi longkang dekat pintu pagar sekolah. Sengaja saya tak masuk kawasan sekolah sebab tak nak anak saudara saya malu. Sebabnya saya tak handsome tak bergaya mana, nanti dia malu pula kalau kawan-kawan dia tanya…Tu sapa?
Tentang buku-buku sekolah jangan cakaplah. Sebut saja subjek apa, siapa penerbitnya, saya akan usaha carikan, saya belikan. Walaupun ibubapa mereka mampu, saya mahu juga libatkan diri, saya mahu ada satu kehidupan. Biarlah kawan-kawan selalu pandang saya hidup senang sebab tak ada tanggungjawab. Macamlah mereka tahu sangat mengenai kehidupan saya ni...(baca dengan nada agak signikal). Saya selalu mengikuti perkembangan/pengucupan pelajaran anak-anak saudara saya dengan gigih. Saya selalu beritahu mereka ilmu itu penting…
MASUK MRSM
Sebenarnya saya juga mahu mereka masuk MRSM. Sebagai seorang yang mempunyai master di dalam pentadbiran awan, saya tahu benar apa itu MARA, dan kaitannya dengan MRSM. Kalau dapat masuk mereka akan ditempatkan di suatu tempat yang persekitarannya adalah baik untuk membantu perkembangan pelajaran. Kebetulan ada MRSM di Muadzam yang kebetulan lagi hanya sekangkang kera dengan tempat penginapan saya iaitu di Perumahan UNITEN. Kalau mereka dapat masuk MRSM Muadzam tidaklah saya terpaksa membelah kesunyiaan yang semakin mengigit tangkai hidup saya ni…(baca dengan nada hati yang pasrah, he he he)
SYARAHAN PERDANA SAYA
Dah dua tiga hari saya tak jamah nasi (tapi saya makan mee goreng, pulut dengan rendang, roti canai dan makanan lain, he). Semasa saya makan rendang ahad lalu berbuih mulut saya berleterkan adik saya. Saya beritahu kita sebagai ibubapa mestilah bertindak lebih daripada hanya menyuruh baca buku dan buat latihan. Kita mesti sediakan persekitaran yang konduksif yang dapat membantu pengajaran anak kita. Kita kena jaga didiplin mereka. Kira berbuihlah mulut saya berleter sambil sekali-sekala menyumbat pulut dan rendang ke dalam mulut.
Dalam syok berleter tajuk `macam mana nak pelihara anak tersebut biar pandai belajar’… Tiba-tiba saya terfikir. Eh anak aku dapat 5A ke? dan hakikatnya saya tak ada anak pun! Anak kucing ada…tapi tu pun jiran yang punya... Kalau ada anak mungkin dapat 5F kot? Tapi adik saya beritahu tak ada gread `F’ dalam UPSR’.
ABANG MEMANG PENYAYANG
Bila balik muadzam pun saya masih rasa sedih, bila sampai kedai makan saya tak oder nasi pun, saya oder mee rebus dan dua sek roti bakar je. Tup-tup bila pergi opis buka blob, saya terbaca blog `Aku…kan Abanggg (Thursday, November 19). Dalam blog tersebut Abang ceritakan betapa dia bersyukur dan bangga sebagai seorang bapa. Bila membacanya hampir menitis air hidung saya. Bagi saya Abang adalah seorang bapa yang hebat dan tabah. Yang tetap berusaha ke arah pencapaian pelajaran anaknya. Siti Nurshahirah harus bersyukur dapat seorang bapa yang ambil berat dan amat penyayang.
KAKAK SAYA
Lain pula dengan Kak saya, dia ada sms beritahu dia malu untuk masuk bilik guru sebab keputusan UPSR anaknya. Kakak saya guru cemerlang tiap tahu…tapi anaknya?.... Saya faham perasaannya, saya juga rasa sedih dan sedikit menyesal mengenai syarahan perdana saya. Memang senang saya cakap sebab saya tak ada anak. Tapi campur tolok ada juga kebenaran dalam syarahan saya tu.
Kakak saya seorang yang bertanggungjawab, daripada dahulu lagi dia ada melahirkan kerungsingan pasal anaknya. Dia pernah kata kepada anaknya `Malu mak ke Key (ayah saya) sebab anak-anak key pandai-pandai belaka’.
Entahlah saya tak boleh komen banyak-banyak sebab ibubapanya pun guru, pensyarah. Namun saya berazam akan lebih giat lagi terlibat dalam pembelajaran anak-anak saya. Opps! Anak-anak saudara saya, he he he maaf.
KULIAH PENDEK MAK SAYA
Saya tanya pula pendapat mak saya…dan seperti biasa mak saya jawab dengan selamba tetapi bagai halilintar membelah bumi pada diri saya. Nak tahu mak saya kata apa? Berjaya dalam pelajaran satu hal. Berjaya dalam hidup satu hal lain, begitu juga berjaya dalam alam pekerjaan dan lain pula berjaya dalam alam rumahtangga… saya tabik spring kepada mak saya. Walaupun pelajaran tak setinggi bangunan KLCC tetapi dia ada sesuatu untuk dikongsi. Sekali lagi saya rasa nak menitis tapi kali ini saya ke bilik air sebab nak menitis…(air kecil).
SAYANG ANAK
Dan saya juga terpaksa akui kita sayang kepada anak/anak saudara kita bukang kerana anak/anak saudara kita cerdik, atau mirip Farid Kamil atau pun `dengar kata’ kita. Kita sayang kerana dia anak/anak saudara kita... dang bukangkah love doesn’t ask y kang?
Jan: Banyak rupanya kita kena belajar dalam hidup, dan saya rasa saya baru saja masuk darjah satu dalam persekolahan dunia reliti…