Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, November 28, 2008

Kalaulah saya jadi penyanyi...


Kalaulah saya seorang penyanyi, saya akan cuba menjadi penyanyi yang berwawasan seperti Sudirman Haji Arsyad. Kekaguman saya terhadap beliau sangat menebal walaupun secara peribadi saya berpendapat suaranya tidaklah sehebat lirik lagunya, muziknya atau persembahannya. Namun saya tabik kepada beliau kerana beliau insan berwawasan.
PALING PENTING

Perkara yang paling saya pentingkan ialah bagaimana mahu bertahan lama dalam industri. Saya tidak mahu menjadi penyanyi yang `sekejap ada, sekejap tak ada'. Bila lama tidak muncul buat pula `come back' yang tidak berapa menjadi...
Saya masih ingat amanat daripada Datuk Ahmad Nawab semasa saya bertemu beliau di malam Anugrah Skring 2008 nan lalu (kebetulan saya ditempatkan duduk berhampiran dengan beliau, di belakang saya Lisdawati dan Faisal Tahir). Datuk ada menyatakan jika seseorang penyanyi itu tidak memiliki sepuluh album, mereka itu tidak boleh dikatogerikan bekerja sebagai penyanyi. Mungkin menyanyi hanya hobi sahaja, atau penyanyi yang gagal…
Saya percaya sebagai penyanyi saya tidak akan bertahan lama jika tiada sesuatu yang baru untuk dipersembahkan kepada para peminat. Balik-balik bila konsert tanya peminat `dah makan ke belum?' Apa khabar, sihat tak?'. Yalah kan tentulah dah makan kalau kelaparan mereka tak akan pergi tengok konset, mereka akan pergi ke KFC. Dan tentulah sihat walafiat, kalau tak sihat tak kan nak pergi tengok konset tentulah pergi klinik. Saya tidak mahu menjadi artis seperti ini, dangkal.
Saya percaya sefanatik mana pun para peminat, mereka mungkin akan lari jika saya statik. Lagipun sukar seseorang penyanyi lelaki seperti saya untuk bertahan lama disebabkan beberapa ciri dunia hiburan di Malaysia. So saya harus sentiasa ada idea-idea baru dan segar, sesegar ombak di pantai. Di atas faktor itulah saya guna kerek telaga semasa saya buat persembahan pada hari merdeka nan lalu. Mana ada artis Malaysia yang pernah guna kerek telaga semasa persembahan mereka kan?

Saya akui kemunculan saya di persada dunia nyanyian ini hanyalah berdasarkan bakat semata-mata. Saya tidak sesegak Lokman atau sehetorseksual Khairul Nizam Subaini, jauh sekali sebergaya Anuar Zain dan sehandsome farid Kamil. Saya sedar diri saya, dan di atas kesedaran itulah saya bekerja kuat dan menjaga disiplin setiap masa di mana jua berada. Pernah dalam satu kejadian saya yang terpaksa menunggu wartawan (daripada majalah URRadio) selama 2 jam semasa di lokasi, kerana saya tiba lebih awal di lokasi. Saya tidak mahulah wartawan menunggu saya. Saya akan hormati wartawan. Sebab itulah selepas subuh pelan-pelan saya bawak kereta menuju lokasi, he he he, (dapat jugak elak kesesatan lalu lintas di KL ni).
Jan: Sukarnya nak jadi penyanyi yang berwawasan kan?

Thursday, November 27, 2008

Bertambah rapat...


`Macam mana ok duduk sini?. Tanya Kak Nor semasa kami sama-sama menunggu bas hendak pulang ke Perumahan Sepekan. Memang ada disediakan sebuah tempat menunggu bas di hadapan Kolej Shahputra, di sisi tepi pintu pagar sebelah kiri. Ada dibuat bangku pelantar sebaris sahaja, dijadikan tempat pelajar tunggu bas, bagi lecturer juga (yang tak ada kereta, tak ada motor...). Tempatnya tidaklah sebesar mana namun sangat berguna dan digunakan dengan semaksimanya.

`Ok belaka’ Jawabku pendek. Dan sesungguhnya suasana di Pekan okay belaka. Di Pekan ada bank dan ada supermarket. Dan paling aku suka ada KFC. Kat daerah tempat aku tinggal tak ada KFC, ada kedai ABC je. Mungkin tuhan nak gembirakan hati aku, Pekan ada KFC, suasana ok, cuma hatiku…

`Baguslah sama-sama duduk dengan orang Terengganu', Kak Nor tersenyum sambil mengangkat beg plastiknya dan diletakkan ke pehanya. Hari ni Kak Nor Berbaju kurung warna cream, bunga besar-besar, siap dengan daun lagi, bunga tu warna perang gelap sikit. Bunga besar sesuai dengan susuk tubuhnya yang kecil. Kainnya berwarna coklat gelap, memang sedondon dan setone (family colour).

Aku masih berdiri sambil-sambil melihat gelagat pelajar-pelajar. Ketawa bagai nak rak, apa ya yang lucu sangat tentang hidup ini…bisik hatiku yang merekah…

Pelajar memang macam tu, gelak sana - gelak sini. Kat cafetería gelak tengah makan, kat tepi tangga gelak, kat dalam kelas pun gelak (kecuali semasa aku hulurkan sekeping kertas graf dan suruh mereka hasilkan keluk daripada jadual yang dilukis di papan putih, he he he barulah diam melopong).

`Wan Zain tu jarang ada di rumah, kerja marketing gi sana sini. Tapi mereka baik. Kalau ada apa-apa mereka tolong’ Sambung Kak Nor kembali. Seperti Nurmala Shamsudin dia memberikan butiran untuk menggambarkan sifat dan sikap Wan Zain dan Rosmadie yang elok dan baik. Mungkin mahu aku rasa selesa dan suka tinggal di Pekan bersama Rosmadi dan Wan Zain.

Bagi aku Wan Zain dan Rosmadi tidak memberikan masalah. Yang jadi masalah ialah bilik air rumah tu kecil, nak duduk basuh kain pun tak muat… he he he. Dan masalah yang paling besar ialah aku sendiri yang kena basuh, kena sidai dan kena gosok!. Kat rumah mak tanya `Ada kain nak basuh?’. Dan selepas basuh dan sidai, emak akan mengupah orang kampung menggosoknya. Aku cuma perlu tolong pakai je…he he he.

Tetapi pada masa tersebut diri masih lagi dalam zaman gerhana, zaman peralihan kira zaman gelap la. Kedatangan aku ke Pekan memang mahu memulakan hidup baru…(ala, macam cerita dalam novel-novel tu la, bila something berlaku, watak utama akan muhasabah diri dan kononnya mahu mulakan hidup baru. Berhijrah untuk melupakan sesuatu kenangan. Dalam drama swasta memang banyak plot-plot cerita sebegini).

`Ok belaka Kak No’, emm.. Wan Zai memang tak dok rumoh sokmo, ada Rosmadi je, tu pun tak lekat rumoh sokmo”. Aku memberi jawapan setelah sekian lama mengelamun dan berangan tentang kalaulah ada orang boleh basuh baju aku…. Sambil-sambil tu aku menjeling ke arah Ina Library, yang daripada tadi tersipu-sipu malu.

`Wan Zain, bila balik skali skala bawak dua tiga buah beg, penuh baju nak basuh…’ Aku cuba buat kesinambungan ayat, agar ayat-ayat Kak Nor ada kesinambungan dengan ayat-ayat aku buat. Kak Nor baik, tak sampai hati aku nak duduk membantu sahaja. Dia mesra, apasalahnya berlayan cakap.

`Keluarga sihat?’ Kak Nor bertanya lagi.

Dengar saja perkataan `keluarga’, aku rasa nak mentís air mata. Bukan apa, 5 tahun selepas keluar universiti memang duduk rumah. Tempat kerja (sekolah) berhampiran sahaja dengan rumahku. Kalau jenguk daripada tingkap rumahku boleh nampak sekolah tempat aku bekerja.

Namun tak kanlah aku nak membasahi pipiku ini sebab dalam cerita mana ada hero menangis… Hero kena kuat, kena hadapi hidup ini. Walaupun sorang diri kena basuh baju sendiri, gosok sendiri, masak sendiri tanpa seseorang di belakang atau di tepi sisi bahu, kehidupan mesti diteruskan…

Aku terharu…Kak Nor selalu mengambil berat tentang diri aku, dan dalam keasingan ini aku berasa seperti ada juga orang yang pedulikan aku… yang terlontar di Pekan. Aku melihat langit, mendung... kena cepat-cepat balik, pakaian yang disidai kena diangkat, kalau tidak sia-sia membasuhnya... Mungkin hujan lewat petang ni...redup benar dah.

`Bas bas bas' Para pelajar terpekik terlolong. Tak pernah tengok bas ke mereka ni. Daripada jauh aku dapat cam, itu bas Rahmat Alam. Bila bas berhenti kami membiarkan dulu pelajar-pelajar naik. Berebut-rebut, haram tak beratur.

Aku membiarkan Kak Nor dan Ina Library naik dulu, kemudian barulah aku naik. Lega, dapat juga aku tempat duduk. Aku duduk di tepi tingkap bas, bila bas bergerak aku berpaling melihat tempat menunggu bas tersebut semakin jauh, semakin jauh daripada pandanganku...


Jan
: Bersambung...

Wednesday, November 26, 2008

PPSMI

Bukan semua perlaksanaan yang kerajaan jalankan kita sokong atau terima bulat-bulat, kadang-kadang kita juga mempunyai pendapat tersendiri mengenainya. Pendapat yang sama sekali bertentangan dengan dasar atau kehendak mereka. Saya memang kalau boleh mintak sangatlah kerajaan mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ni.


Memang betul kadang-kadang ada perkara yang kita tidak perlu banyak menyoal kerana kerajaanlah yang lebih tahu mengenai sesuatu perkara tersebut. Contohnya mengenai dasar perdagangan antarabangsa kita. Kita yang jarang membaca ni tak layaklah nak komen. Ruangan atau bahagian ekonomi di suratkhabar pun kita tak jamah, kita tak cicah. Kita asyik makan ruangan sukan, hiburan dan politik. Orang macam kita ke yang hendak beri pendapat tentang polisi ekonomi luar tu?. He he he.
Namun ni dalam kes lain, kes yang saya rasa saya nak komen sebab terkilan sangat. Penulisan peribadi ini berkaitan dengan apa yang saya nampak daripada perlaksanaan PPSMI yang saya katogerikan sebagai tidak betul. Dulu saya dah ada sentuh perkara ini rujuk `English is important BUT...he he he' (jankaulu.blogsport.com, Monday, July 7, 2008) dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik? (jankaulu.blogspot.com, Wenesday September 17, 2008).
Ini kira kali ke tigalah saya sentuh mengenai isu ini. saya cuba beri beberapa sebab musabab. Kalau mengikut kebiasaan kurangnya minat pelajar terhadap sesuatu subjek adalah kerana tahap kesukaran yang dimiliki oleh sesuatu subjek itu. Sesuatu subjek yang sukar untuk difahami tidak mendapat sambutan hangat, begitu jugalah dengan perkara-perkara lain. Jikalau ia sukar ramai orang akan menjauhinya. So cubalah fikir kalau 2 subjek ini diajar pulak dalam bahasa inggeris!.
saya berpendapat ia akan mengakibatkan kemunduran pelajar Melayu kita. Sebab itulah saya katogerikan kepada satu dasar atau jenis dasar yang tidak menjamin masa depan rakyat! (baca dengan nada tegas dan marah-marah sikit, jangan pulak marah-marah manja mengada).
Selain faktor tersebut kita juga dapat membayangkan bagaimana sibuknya cikgu-cikgu di kawasan pendalaman belajar mengajar dalam bahasa inggeris. Ke mana nahunya atau ilmu tatabahasanya di mana, cikgu pulak tak sampai mana-mana... (he he he jangan marah cikgu, saya faham ini bukan salah cikgu). Maka bila terdapat kesukaran dalam memberikan kefahaman kepada para pelajar, cikgu kena berkursus pulak dah (kursus-kursus yang sedia ada pun sudah tak terkursus, he he he). Kenalah berkursus kan, supaya berupaya menyampaikan pengajaran dengan berkesan.
Mengapa ya kerajaan terus meminggirkan bahasa Melayu? tak standard ke? Padahal kalau mengajar menggunakan bahasa Melayu pun belum tentu pandai dalam matematik dan sains...he he he. Tetapi bukan pasal standard atau pun tidak, ia pasal perpaduan juga. Pasal suatu gagasan yang lebih besar iaitu bahasa Malaysialah yang sepatutnya menjadi tali perpaduan kaum kepada rakyat Malaysia, bukan bahasa inggeris! (baca bahagian `bukan bahasa inggeris!' itu dengan nada menyampah dan tegas, sila fahami fungsi tanda seruan).
Seperti penulisan yang terdahulu saya masih berpendapat perlaksanaannya merugikan pelajar Melayu terutama di luar bandar, jangan buat perkara yang merugikan bak membawa budu ke Kelantan atau ibarat membawa keropok ke Terengganu. Malah perkara yang saya khuatir ialah kesannya kepada sesuatu yang lebih besar iaitu mungkin merupakan satu penghinaan secara langsung kepada bangsa Melayu. Namun pasti terdapat segolongan berpendapat saya menolak kemajuan dan pesimis. Saya terima... (nada sedih pulak dah...)
Leni tamadun Melayu pun dah semakin hilang identitinya, janganlah pulak Bahasa Melayu mengalami nasib yang sama...






Mengenang nasib dek kerana PPSMI kononnya...tapi adik kenalah belajar jugak, jangan pulak cari alasan...




Jan: Din oii... alahai tau la dulu u belajar oversea, tapi jgn la pulak `oversee' identiti jati diri kita gitu.

Tuesday, November 25, 2008

Telus mata cikgu Alias...

`Sepuluh kali pun saya akan ambik STPM, cita-cita saya nak ke universiti cikgu!'. Hasnah dengan tegas dan bersemangat menjawab pertanyaan cikgu Alias sambil menepuk mejanya (meja dia bukan meja cikgu Alias...).




Saya buat-buat terkejut tetapi sebenarnya saya tidak terkejut. Saya amat mengenali Hasnah. Bagi saya Hasnah pelajar yang bermotivasi tinggi, rajin dan cerdik. Dia sebenarnya kawan baik saya sejak `darjah-darjah' lagi sehinggalah sampai ke tingkatan 6. Dia juga sestudy group dengan saya. Saya tahu sangat perangainya, setahu-tahunya. Keinginannya untuk menjejakkan kaki ke universiti mengatasi segalanya. Saya rasa cikgu Alias juga mengetahuinya, saja dia tanya.




`Kalau tahun depan awok tok masuk universiti awok nak buat gapa?'. Tanya cikgu Alias kepada Supian pula yang sedari tadi kelihatan takut-takut. Mungkin dia tahu akan tiba gilirannya pula disoal oleh cikgu Alias.




`Saya ambik lagi tahun depan' Jawab Supian selamba, tak ada bernada emosi. Supian memang selamba, masa semua orang dah kecut perut fikir pasal exam, dia tetap selamba. Dia pernah menyatakan kepada saya yang `hero tok gaduh' yang memberi makna seorang hero tak perlu bergegas, cool saja tapi result gempak.




`Jadi acara tahunanlah ambik STPM ni ya?' tanya cikgu Alias dengan suara yang agak meninggi, saya tunduk sikit takut juga tengok bola matanya dah mula tajam. Mungkin dia dah bosan dengan jawapan begitu. Ramai pelajar akan memberitahu yang mereka akan mengambil STPM sekali lagi kalau keputusan yang mereka dapat tidak melayakkan ke universiti.





Di tepi dinding berhampiran dengan pintu nako, saya tengok Rosmah senyum-senyum malu sambil memandang ke arah saya. Saya pulak berdoa agar janganlah cikgu Alias menyoal Rosmah, bukan apa takut jawapannya sama dengan jawapan yang dia berikan kepada saya beberapa hari lalu.





`Aku ni Skimea, kalau tok dapat masuk U aku tok sir doh ambik STPM. Taun depan, aku nak duduk drumoh tunggu orang masuk minang aku, he he he' Itulah jawapan yang diberikan oleh Rosmah bila saya tanya apa akan terjadi kalau tahun depan dia gagal masuk ke universiti.





`Ada ke orang nak ke mung Ros? Mungkin orang buta, he he he' Saya bertanya kembali sambil berlawak walaupun jauh di sudut hati saya memang tahu yang jawapan diberikan itu jawapan yang benar, bersungguh dan serius, bukannya lawak... sebab Rosmah pernah nak tackle cikgu sejarah yang baru saja masuk mengajar kami. Kesian cikgu muda tu.




.......................................

`Sebagai guru kelas saya tahu keupayaan setiap anak murid saya untuk menghadapi STPM, saya selalu mengikuti keupayaan awak semua dalam subjek-subjek lain, cikgu-cikgu awak yang lain pun adalah kawan-kawan saya semuanya...maka kalau saya nasihat tu tolong dengar sikit ' sambung cikgu Alias panjang lebar bersyarah depan muridnya, pada masa tersebut STPM hanya tinggal 2 bulan lagi...



Daripada tadi saya memerhatikan gelagat cikgu Alias ni, dia asyik bertanyakan soalan yang sama di dalam kelas. Masuk-masuk bagai ribut terus tanya. Mungkin dia nak menaikan motivasi muridnya, yalah kalau tidak ada cikgu menaikkan semangat, tentu tidak berkesan. Tak kanlah tugas Pak Mat (tukang kebun) pulak.




Cikgu Alias adalah guru kelas saya pada tahun 1990 semasa saya di tingkatan 6 Atas di Pusat Pendidikan Yayasan Islam Terengganu. Orangnya kecil, kurus kering, misainya rungcing dan tajam sedikit. Dia selalu tersenyum dan selalu mengambil berat tentang pelajarnya, tetapi kalau dia marah, huh! bukan main marahnya.




Dia tak ada diploma dalam mengajar, pengalaman pun setahun jagung, rasanya dia baru dua tahun keluar daripada Universiti Malaya semasa beliau mengajar saya. Namun dia selalu bersungguh-sungguh dalam mengajar, sabar dan mengambil berat pasal pelajar. Selalu memberikan nasihat, tak putus-putus.




`Saya cabar awak semua, sapa nak tahu dia akan dapat berapa P dalam STPM nanti?' Tanya cikgu Alias pula. Tadi soalan kalau tak dapat masuk universiti nak buat apa kat rumah, nak jadi apa, sekarang soalan lain pula.




`Saya cikgu, saya dapat berapa P? Tanya Sabri pelajar lelaki yang kedua handsome dalam kelas saya. Dulu ada 2 orang budak perempuan tingkatan 5 berebutkan dia sampai bergaduh-gaduh, bercakaran dalam surau. Bila saya tahu hal tersebut saya tak berani masuk campur sebab Sabri pandai bersilat. Tapi sempat saya beritahu kawan baik saya `Buta ke budak perempuan 2 orang tu?' he he he.




`Awak dapat 4P, 1R ' Selamba Cikgu Alias beritahu, macam nujum Pak Belalang pulak.




`Sapa lagi nak tahu? Cikgu Alias membukakan soalannya lagi dengan berani dan tegas.




`Saya' Jawap Ramli iaitu ketua tingkatan kami, yang setiap kali masa rehat menghilangkan diri kerana kena balik ke rumah sebab katanya kena `buka pukat' sebab ayahnya pulang dari laut. Dia tinggal di Kuala Besut.




`Awak 3P 1R 1F ' jawab cikgu Alias. Macam tok nujum lagaknya...sedap-sedap je beri nombor. Padahal manalah dia tahu kan kalau ikut logik.



`Kalau awak tak berubah dari sekarang, tulah yang awak dapat Li ' tambahnya lagi.




`Sekarang sapa nak tahu sebab apa dia tak dapat 5 P? ' Cikgu Alias menyoal lagi. Macamlah dia ada mesen masa yang boleh pergi ke masa hadapan dan tengok result pelajar.




`Saya cikgu?' jawab Sabri pelajar yang dah tahu dia dapat 4P 1R tadi, mungkin kali ini dia sangat hendak tahu apa subjek dia dapat R dan kenapa.




`Awak memang rajin belajar dan bertekad nak dapat 5P tapi awak abai subjek ekonomi so awak dapat 4P sahaja, untuk ekonomi awak dapat R sahaja jika dirujuk kepada ujian-ujian awak buat tu. Kalau awak tak start tekun untuk subjek tu, itulah result yang awak akan terima nanti...' Jawab cikgu Alias.




Saya hanya diam sahaja, saya tidak berani hendak cakap apa-apa. Saya pun tidak berani angkat tangan untuk bertanya. Lagi pun buat apa tanya kalau kita sudah tahu?, he he he. Saya memang percayakan cikgu Alias daripada dulu lagi.





Semasa saya di tingkatan 6 rendah saya ada dapat tawaran ambik diploma perguruan kat maktab, saya tolak kerana nasihat cikgu Alias. Masa tu dah akhir tahun 6 rendah saya dah nak naik tingkatan 6 atas. Masa saya isi borang dulu pun saja gatal nak cuba sebab saya lihat ramai kawan-kawan saya try mintak maktab. Saya minta jadi guru bahasa Inggeris, he he he.




`Yang paling penting sekali ialah cita-cita awak, apa yang awak nak?, awak kena la tahu apa yang awak nak. Apa yang sekarang awak kejar?.' Tanya cikgu Alias bila saya dalam dilema nak terima atau tidak tawaran masuk maktab atau teruskan pengajian ke tingkatan 6 Atas, ambil STPM.




`Saya nak masuk U cikgu, dulu SPM saya teruk. Kakak saya cabar saya masuk U, dia kata dia boleh masuk U sambil basuh pinggan mangkuk dan kemah rumah' Saya beritahu cikgu Alias.




`La... janganlah masuk U kerana kakak awak masuk U ' Kakak awak cuba beritahu kepada awak, awak mampu dan lebih berpeluang berbanding dia orang perempuan yang sibuk buat kerja rumah, masak berkemas tapi masih sempat study'. Kata cikgu Alias pulak.




`Tak.... maksud saya saya bersemangat nak masuk U, tapi kadang-kadang takut saya tak dapat 5 P'. Saya memberitahu perasaan saya dengan ikhlas kepada cikgu Alias dengan nada minta simpati dan sedikit mengada.




`Kalau begitu tolaklah tawaran tersebut, semuanya atas awak. Awak yang kena buat keputusan ' Jawab cikgu Alias.




`Tapi nanti kalau tak dapat masuk U nama saya kena black list cikgu untuk masuk maktab '. Saya melahirkan kebimbangan.




`Saya percaya awak akan dapat 5P dan masuk universiti, awak sorang budak yang rajin dan cerdik, saya tahu setiap keupayaan anak-anak murid saya, setiap kelemahannya dan dalam pelajaran mana dia lemah. Saya percaya dan yakin awak boleh dapat 5P dan masuk u'. Cikgu Alias menyuntik semangat ke otak saya. Pada masa itu saya hanya fikir ` Siapalah lagi yang kita hendak letakkan kepercayaan, jika bukan guru kita kan?. Cikgu kita memberikan kekuatan pada kita, walaupun kita sendiri tidak menyedarinya.




Keputusan STPM saya tunggu dengan hati yang berdebar-debar, bukan sahaja saya berdebar kerana hendak mengetahui berapa butir P yang saya dapat. Saya juga mahu tahu setakat mana betulnya ramalan cikgu Alias terhadap pelajarnya.




Ya, semuanya betul dan tepat sekali, sangat tepat...saya kagum dengan cikgu Alias, sampai kini saya boleh bayangkan dia tersenyum riang bila ramai pelajarnya dapat keputusan yang baik sama ada dalam ujian atau peperiksaan hujung tahun.




Moral: Kita tidak tahu kehebatan guru kita, sehinggalah kita jadi seorang guru... so apa salahnya menghormatinya daripada sekarang, bimbang takut terlambat.





Jan: Kalau dapat jumpa cikgu Alias, saya nak bersalam dan cium tangannya... dulu saya tak berkesempatan... tapi entah di mana dia sekarang, mengajar di daerah mana? terlontar ke ceruk mana? Guru itu juga ibarat bola...


Monday, November 24, 2008

Tag: Inilah saya...

Dengan berblog kita dapat kepuasan, dapat membaca penulisan orang, mengenali dirinya lebih dekat....

Kalau kita perhatikan jika kita menjawab soalan-soalan sebegini ia juga mengenalkan diri kita kepada kita sendiri dan juga kepada khalayak. Ia sedikit sebanyak menjawab siapa atau jenis manusia macam mana kita ini kan…? Di sini ada jawapan yang saya berikan agak panjang, ada yang agak pendek, namun ia telah dijawab sejujur mungkin… Ada beberapa bahagian saya tidak berdaya menjawapnya.

THREE NAMES THAT FRIEND CALL YOU

Skimeaa – Segolongan kawan di daerah saya pernah panggil nama ni masa kat kampong zaman persekolahan. Mungkin nama itu disingkatkan dan diloghatkan daripada nama Sukiman. Entahlah dulu tak tanya pulak. Masa tu kira kalau orang panggil apa pun, terima je. Tapi kini saya rasa macam nama jenama piring terbang pulak.

Ada juga yang panggil Kiman, kawan rapat pernah panggil nama ni. Secara peribadi saya sangat suka bila orang guna nama ni sebab rasa sedap didengar, bunyi macam kartun dan manja… (huh mengada pulak dah).

Pada sepanjang hayat saya (setakat hayat hari ini, dan saya percaya saya hanya ada satu hayat) nama Manlah yang paling ramai digunakan orang terhadap saya. Nama ni kira terkenal, contohnya dalam drama-drama swasta apabila nak letak nama bagi watak yang baik, sopan, jujur, setia, berintergriti, dan sewaktu dengannya, nama Man selalu digunakan….

Semua nama masih berpaksikan kepada nama Sukiman, cuma cara sebutan dan singkatan sahaja berbeza.

THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE

29.04.1970, 06.04.2001, 01.01.2012.

THREE WAYS TO BE HAPPY

Bersantai di tepian pantai, mengimbau kenangan lalu, menyelak peristiwa suka duka. Kita akan rasa terkejut kerana sesuatu yang kita rasa pahit dan duka apabila masa berlalu ia ada bau harum kenangannya. Melihat kulit siput, karang di pantai, teritip di celahan batu mahu bercerita…kita menyambutnya, persilakannya mereka bercerita.

Kedua, jika rasa tention dan putus asa, saya akan memasak. Biasanya saya masak apa sahaja yang saya suka makan. Entah kenapa bila masak rasa gembira, walaupun hasil masakan itu kadang-kadang hanya layak dimasukan dalam tong sampah… He he he.

Juga bila saya rasa boring dan perlu diceriakan saya akan ke tempat beli belah. Ah bukannya saya membeli sangat, tak belah pun. Namun melihat barangan yang dijual yang terutama yang tak mampu dibeli memberikan saya seakan kepuasan. Semasa jalan-jalan tu membawa saya ke kedai buku, Cd, pakaian dan lain-lain. Gembira sangat rasa, pastu singgah lah kat kedai makan sekejap sambil bincang apa yang dah dibeli dan yang tak mampu beli dibeli tadi, he he he.

Namun sekarang saya jauh dari pantai, jauh dari pusat membeli belah, so bila rasa unhappy, start motor gi pasar beli barang masak, masak tom yam…


THREE OF YOUR FAVORITE SONGS AS OF NOW

Tiga terpilih,

Hanya nyanyian dalam sepi nyanyian Chris Vadham. Entahlah sedih bila dengar, orang kata tak baik untuk jiwa jika kita bersedih hati, namun bagi saya setelah saya dengar ia memberi kekuatan.

Saya percaya lagu ada tenaga memberikan kita kekuatan untuk harungi kehidupan, sambil bawak kita ke daerah lalu. Lirik lagu ni best, pasal orang yang mulia yang rela berkorban…dan terkorban.

November rain lagu yang saya minat sejak kat Universiti, minat sebab muzik dia datang dari langit agaknya, best.

Bunga tanjung nyanyian datuk Sharifah Ani, sebab susun atur muziknya best apatah lagi penyanyi kegemaran saya alunkan, lemak merdu. Ni antara lagu Melayu yang paling saya suka.

THREE PERSON YOU MISS FROM YOUR PAST

Maaf rahsia…

THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE THREE OF YOUR FAVORITE

Patung kucing, buku dan barang tembaga

Pasal hadiah-hadiah ni, saya lebih suka menerima daripada orang yang saya suka, bukan pasal hadiah tapi pasal perasaan…(pulak dah).

HOBBIES

Saya suka berangan atau mengelamun. Memang dari kecil kot, masa darjah dua masa dalam kelas saya berangan tiba-tiba turun UFO tengah padang sekolah dan makan guru bahasa inggeris saya yang bengis, masa tu saya sempat lari, ramai juga cikgu yang jahat terkorban (cikgu yang saya tidak suka). Sampai sekarang saya suka berangan, he he he.

Saya suka sangat mendengar lagu, bila bangun pagi terus buka lagu kebanyakannya lagu jenis slow, saya tak suka jika bising sangat.

Selain itu saya suka berkebun, menanam pokok, entah mengapa bila berpeluang melihat ia membesar ia memberi satu kepuasan kepada diri saya (selain drp terapi minda).

THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION

Langkawi
– Pernah pergi sekerat jalan tapi mengalami kemalangan dengan Lokman, kereta terbalik kat Lancang. Masa tu kami bawak tunai RM3K sorang nak berbelanja di sana kononnya… tapi tuhan maha berkuasa...

Bali
– pernah pergi sekali dulu, tak puas best sangat. Masa pergi tak ada duit…

Cameron Highlang
– Tak pernah pergi pun, katanya banyak pokok2 cantik kat sana.

THREE FAVORITE CARTOON/ANIME CHARACTER
Mickey mouse, Donal Duck dan Kampung Boy
THREE MALLS YOU USUALLY GO TO

Megamall, Kuantan Prade, terbaru East Cost Mall.

THREE FAVORITE DRINKS
1. Nescafee – tapi tak boleh minum banyak, mak marah sebab diri ada darah tinggi.
2. Teo o panas – selalu minta kat kedai.
3. Pepsi cola
THREE THINGS FOUND IN YOUR BAG

Saya tidak bawa beg selalu (tak macam lelaki francis), saya bawa bila ke kampus dan bila pergi kuantan, bila saya selak tadi ada:

1. MP3
2. Kamera
3. Buku catitan

THREE FAVORITE COLOURS
Putih, merah dan sudah tentu biru.
TOP THREE FOODS YOU LOVE SO MUCH
1. Tom Yam
2. Telur Masin
3. Kek pisang/buah.
TOP THREE 'THINGS' SPECIAL TO YOU
Koleksi barangan tembaga (antik)Add Image
Koleksi CD Datuk Sharifah Aini (setakat ni ada 15 CD sahaja), ada orang pinjam lepas tu tak hantar, dan hilang...
Hadiah daripada seseorang yang masih belum dibuka … (dah masuk 4 tahun)
TOP THREE ATTITUDES YOU LIKE
1. Bersopan
2. Baik hati
3. Rendah diri
TOP THREE FACES YOU LIKE

Maaf rahsia…

THREE THINGS YOU'LL BE DOING TOMORROW

Kemaskini fail QE.
Kemas dapur sebab ada orang nak datang baiki pintu, nanti dia tengok dapur tak kemas, he he he.

dan Edit baju (rasanya baju yang dah tak muat kena asingkan, he he he.)

TOP THREE WHY YOU ARE BUSY AT THIS TIME

Kena buat laporan mengenai Quality Environment, kena siapkan teaching profile, kena buat kuiz.

Jan: Huh! Abis jugak akhirnya….lega

Azlan bersunat

Kadar bayaran untuk perkhidmatan bersunat semasa


Sekarang kalau lelaki dewasa hendak bersunat kenalah bayar RM250. Gambar di atas yang saya pukul menunjukkan notis yang ditampal kat dinding klinik. Saya pukul gambar notis ini semasa saya sedang menunggu. Namun bukanlah saya yang nak bersunat lagi.


Hari ahad yang lalu saya berasa berdebar-debar kerana inilah anak saudara saya yang pertama nak bersunat, bukan saya. So saya turun Kuantan untuk memberikan sokongan moral kepadanya (dan juga mengambil hati kakak saya, he he he).


Saya suka anak saudara saya ini, bagi saya dia jujur, dulu dia ada bertanya di tengah-tengah orang ramai `mengapa eiman ni nampak muda tak seperti adik beradik lain?' Masa tu saya rasa nak beri RM10 kepadanya tetapi saya tak ada duit kecil.


Lihatlah gambar-gambar dia di bawah:






Tiga keping gambar di atas bukannya dipukul di muzium tapi di rumah kakak saya, he he he. Gambar-gambar tersebut dipukul sehari sebelum dia bersunat, masa ni dia masih gembira dan macam biasa. Malah sempat bergaya (atas arahan dan tunjukajar saya).



Azlan darjah 5 dan ada adik seorang lagi umur dalam 2 tahun, juga buas. Entahlah macam mana mereka boleh jadi buas sedangkan ibubapa mereka santun. Rujuk gambar di bawah:










Suasana di Klinik Doktor Rusli (Datuk)


Sayalah yang memukul gambar mereka tanpa mengira perempuan kat kaunter melihatnya. Saya buat selamba je. Hari tu ada 29 orang budak yang nak bersunat, anak saudara saya yang ke 28. Ada juga yang balik sahaja kerana kemaluan terlalu kecil untuk disunatkan.



Menunggu lebih lama daripada bersunat.





Masa menunggu lamalah jugak. Ada yang suspen apabila lepas sunat anaknya keluar bilik macam nak pengsan, sesak nafas dan terhoyong hayang. Bila panggil doktor dengan cemas, doktor selamba kata mabuk darah. Namun tak sempat nak pukul gambar, lagipun tak sopanlah pulak nak pukul gambar anak orang yang dalam kecemasan.




Ni pose selepas bersunat




Ni ambik ubat bersama ayahnya.




Sekarang sunat macam pergi klinik kerana deman je, sekejap je. Dulu masa saya sunat, 2 minggu dah naik pentas buat majlis, riuh sekampung, sedaerah. Siap panggil YB lagi bagi hadiah dan lain-lain majlis. Dan bila lepas sunat terus balik umah baring atas katil. Tapi kini Azlan lepas sunak balik makan nasi lauk tomyam dan siap tengok DVD lagi...


Jan: saya cuba mengintai dalam kain, huh! cantik buatannya, tak dibaluti kapas atau kain pun...tak ada jahitan pun nampak.

Wednesday, November 19, 2008

Lawatan kedua...: Saya rasa gembira sangat!


Pada mulanya malu jugak hendak paparkan gambar-gambar terbaru rumah yang masih dalam proses pembinaan ini. Bimbang pulak apa orang kata `rumah tak siap lagi dah canang dalam blog'. Tapi no hal kan, memang betul pun...he he he. Sebetulnya ia hanyalah luahan perasaan gembira.

Gambar 1: Gambar depan rumah, kecil sahaja dan bertiang biasa.




Sebenarnya selepas lawatan pertama iaitu pada 16 Ogos 2008 lalu, hati selalu gatal mahu mengetahui perkembangan pembinaan rumah tersebut. Kalau boleh memang mahu selalu melawat dan melihat sendiri perkembangan proses pembinaannya, macam kita menunggu sesuatu yang besar. Dalam hati terfikir `begini rupanya perasaan kawan-kawan yang dah beli rumah ya...' Namun saya selalu sibuk dan bekerja pada hari sabtu dan ahad, sering ke kampus buat kerja. Sehinggalah pada 2 November 2008 lalu baru saya berkesempatan lagi mengunjungi tapak pembinaan.



Dulu saya terjerulus dalam lopak, kini saya lebih berhati-hati. Pada kedatangan pertama saya dulu, pada masa gambar dipukul rumah ini masih lagi belum siap dindingnya, masih dalam proses pembinaan, ada dinding belum disiapkan, ada sebahagian dinding yang telah siap belum pun diplaster. Pada masa tersebut bimbang bangat takut rumah tidak siap dibina atau terbengkalai... Bukannya tidak pernah kita baca mengenai rumah yang gagal disiapkan oleh pemaju. Teringat seorang kawan saya pernah memberitahu rumah yang dibelinya sudah terbengkalai 3 tahun, namun tiap-tiap bulan dia tetap kena bayar pada bank!




Sekarang pun hati saya bimbang juga, selagi rumah ini tidak siap sepenuhnya...




Gambar 2: Daripada pintu utama boleh nampak belakang rumah jiran, dan sebuah rumah jiran.


Gambar 2 dipukul semasa saya dok cacang betul-betul kat pintu masuk rumah. Di hadapan tidak dibina rumah orang. Kalu kita duduk kaykeng soyok pun orang tidak nampak. Di hadapan rumah masih tidak ada jalan tar, sekadar jalan selut je, he he he. Bila dah ada halaman sikit kat depan, dan pintu pagar, mungkin makin rasa dekat dengan rumah depan tu. Sekarang memanglah nampak jauh kan.

Gambar 3: Kalu bilang ada 4 tiang je rumah ni, ada pintu kat tepi pulak dah.


Semasa melawat saya dapati dinding rumah sudah siap diplaster dan dicat dengan kapur putih sebelum nanti dicat warna sesuka hati pemaju perumahan. Kalau diikut hati nak warna kulit telur burung Kasawari.


Lantai di bahagian porch masih belum disimen, nanti hanya bersimenkan biasa sahaja, tak ada mozek atau apa-apa jenis lantai khas. Lantai di dalam rumah pun masih tidak dilantaikan lagi (rujuk gambar 4 di bawah):

Gambar 4: Tak dilantaikan lagi...


Terdapat botol air mineral kat tepi dinding. Kelihatan juga tangga kayu disandarkan kat dinding, dan ada paip maip kat situ.


Rumah ini serba sederhana, ada 4 bilik tetapi bilik ke empat tu kecil sahaja dan letaknya pada bahagian dapur, mungkin boleh buat store untuk letak tupperware, he he he. Terdapat dua buah bilik air, sebuah di bilik tidur utama dan sebuah lagi kat luar untuk dikongsi antara bilik-bilik lain, atau kalau ada tetamu yang nak terkencing, senang...


Paling saya gembira rumah ini ada sedikit laman di tepi sisi rumah. Saya ni jenis pencinta alam maya, maya persada. Saya gemar berkebun, kali ini bolehlah saya tanam pokok-pokok kecil dan besar, atau mungkin saya wujudkan sebuah taman kecil, buat berehat takala berduka hati, merekah hati...(pulak dah).


Gambar 5: Sisi rumah, kat belakang ada rumah yang sudah dicat.

Gambar 6: Ni kira gambar dipukul daripada bahagian porch


Jika melihat kepada gambar di atas, jauh juga rumah saya dengan rumah semi D yang berwarna putih di sebelah sana. Tapi bukanlah tanah saya, tanah jiran saya, rumahnya sama bentuk dengan saya namun akibat keluasan tanah yang dimilikinya, harga jadi RM200K lebih. Bahagian tepi sisi saya taklah besar mana, namun kalau ada duit boleh besarkan rumah tu sikit kata Ina (perempuan daripada Sentoria yang menguruskan hal rumah saya ni). Orang kata renovate, tetapi buat masa ini saya takdok pitis mas lagi.


Kejauhan dengan jiran dan luas tanahnya ini pun ada untungnya. Maknanya kalau kita seksi sedikit, jiran taklah nampak sangat (saya tak ada niat nak jadi simbol seks kat taman perumahan ni, dah cukup pengajaran saya dapat masa duduk kat taman perumahan di Pekan dulu).


Gambar 7: Pintu belakang tu pintu dapur, nampak juga pintu nako.


Ni masih gambar sisi, kelihatan 2 pintu, pintu kedua kat belakang adalah pintu dapur. Pintu dapur ni mengadap ke sisi rumah, bukan dibelakang. Apa-apa pun ianya pintu dapur, maknanya kalau ketika sedang memasak apa apa terjadi bolehlah kita cepat-cepat keluar melalui pintu tersebut, menyelamatkan diri.

Gambar 8: Gambar sisi keseluruhan rumah


Belakang rumah memang tidak berpintu, cuma bertingkat. Kira dua-dua pintu ada tepi sisi rumah, entahlah gini designnya rumah sekarang, tidak macam rumah mak dan ayah kita kat kampung. Sekarang bentuk rumah juga berubah melalui masa kot, contohnya dapur taklah besar sangat.



Saya menaiki bas dari Muadzam semata-mata hendak lihat pembangunan rumah ni. Kawan yang setia menunggu saya kat Taman Kerang... (terima kasih daripada sebuah hati terharu pulak ni). Kalau dijadikan sebuah drama swasta, pasti rating tak tinggi... sebabnya tema persahabatan bukan percintaan. Kalau nak buat filem pun, agaknya hanya Yasmin Ahmad saja yang sudi mengangkat tema jenis ini. Inilah orang kita, he he he.


Namun post ini bukan mengenai dunia perfileman kita atau mengenai keluarbiasaannya filem-filem Yasmin Ahmad, tetapi mengenai gembiranya perasaan hati dan bersyukurnya dapat memiliki sebuah rumah walaupun kecil.




Setiap rumah ada kelebihan dan kekurangannya namun kitalah yang memberi jiwa terhadap rumah yang kita miliki, kita yang duduk situ. Rumah ini tidak sebesar mana dan bahan binaannya pun tidaklah mewah. Namun seperti yang pernah saya beritahu dulu apa yang penting kita kena belajar untuk gembira dan mencintai apa yang kita miliki, walau sekecil mana pun ia...







jan: Rumah kecil tiang seribu rumah besar tiangnya satu...?

Tuesday, November 18, 2008

Are men smarter than women?


Ni saya ambik artikel dalam internate, dah lama artikel bercorak akademik ni saya simpan. Saja buat keluar untuk kita sama-sama baca dan ambik pengertian. Masing-masing tentu ada pemahaman dan pengertian masing masing...

Are men smarter than women?
No. But they sure think they are. An analysis of some 30 studies by British researcher Adrian Furnham, a professor of psychology at University College London, shows that men and women are fairly equal overall in terms of IQ. But women, it seems, underestimate their own candlepower (and that of women in general), while men overestimate theirs. Furnham talks to NEWSWEEK's Joan Raymond about his findings and why perceived IQ matters. Excerpts:

NEWSWEEK: Many studies show that men score slightly higher in IQ tests. Is this significant?
Adrian Furnham: Universally, men tend to score higher on certain specialized skills, such as spatial awareness. In the real world, that means they might be better at reading maps or navigating. Women score higher in terms of language development and emotional intelligence. But most experts agree there is no real, important overall difference when it comes to gender and intelligence.

But women think they aren't as smart as men?
That's the conundrum. What I study is "perceived intelligence," essentially how smart people think they are. I analyzed 30 international studies, and what I found was that women, across the world, tend to underplay their intelligence, while men overstate it.

So do most men think they're Albert Einstein?
There certainly is a greater male ego. It's what we call the male hubris and female humility effect. Men are more confident about their IQ. These studies show that on average, women underestimate their IQ scores by about five points while men overestimate their own IQs. Since these studies were international in scope, the results were essentially the same whether women were from Argentina, America, Britain, Japan or Zimbabwe. Another factor affecting perception may be distribution of IQ ... Although [men and women] are on average the same, the people at the very top and the very bottom of the IQ bell curve are more likely to be men. That is a pattern that we see in the university setting, with men either being at the very top of the class or at the bottom.

Do women tend to think that men are smarter than they are?
Surprisingly, [both] men and women perceive men being smarter across generations. Both sexes believe that their fathers are smarter than their mothers and grandfathers are more intelligent than their grandmothers.

What about the kids?
If there are children, [both] men and women think their sons are brighter than their daughters.

Did the data surprise you?
Absolutely. And it is worrying in the sense that it may mean parents send inappropriate or misleading messages to their children about their abilities. It is also surprising since school results, at least in Great Britain, indicate quite clearly that girls are doing better than boys in nearly all subjects. What was interesting was that some groups of people, both men and women, got it so wrong. Men with average to below-average intelligence think that they are quite clever. And very smart women think their intelligence is low.

Does any of this matter in the real world?
Men aren't more clever or smarter. But since they think they are, they are more confident about their abilities. These self-beliefs, however, may be highly adaptive. Who gets a job? A bright woman who doesn't think she's smart, or a not-so-bright man who believes he's capable of anything? Arrogance and hubris are not attractive qualities, but confident, self-belief may be. Certainly, underestimating abilities might hurt you. There's a good quote from one of your countrymen, Henry Ford. He says: "Whether you believe you can do a thing or not, you are right." And that is what is troublesome. Beliefs may be more important than actual ability in certain settings.

So women have a self-esteem problem?
I'm not advocating for self-esteem training and therapy. I think that many of the self-help gurus argue incorrectly that improved self-esteem increases performance. Helping people to perform better increases their self esteem. Giving a kind of carte blanche to self-esteem isn't a good idea in my mind. Rather, I think it should be that increased performance and feedback on the causes of that performance, ability or effort raises self-esteem. As I said, in primary and secondary schools, girls are outperforming boys. And where appropriate, their self-beliefs, hopefully, are increasing.

Do you get a lot of flack for this kind of gender research?
I study perceived intelligence. I don't research whether gender differences in intelligence are innate. That always sparks controversy. But anytime you talk about intelligence and gender, people will have strong feelings about it. Look what happened to [Larry] Summers of Harvard [the former president of the university was lambasted for suggesting that women are underrepresented in the sciences at least partly due to inherent differences in intellectual ability between the sexes]. I just let the data speak for itself. Nonetheless, sometimes I think you have to be stupid, brave or just plain naive to work in this area.

Jankaulu: Jangan kambing lebih bijak dari kita sudah! Parah jadinya....he he he.

Ukhwah kita...

MEMANG ada lebih daripada 6 bilion manusia di atas muka bumi ini. Memang ramai, kat Malaysia sahaja ada lebih daripada 27 juta orang (termasuk yang perangai bukan macam orang). Namun bukan semua orang-orang tadi sayang kat kita, ambik tahu hal kita dan mendoakan kita. Dalam 6 bilion tu, bila kita tolak mak bapak kita, adik beradik kita juga anak-anak kita, suami/isteri, semua bekas kekasih jumlahnya mungkin tak sampai pun 18 orang…

Maka apabila ada orang lain yang sayang, berkawan dengan kita, ambil tahu perkembangan kita, anak kita, bini/laki kita, kat kita tanpa apa-apa kepentingan, maka bersyukurlah…bersyukurlah.
Kesianlah juga dengan gelagat mereka… jangan kerana kita tidak boleh dapat sesuatu daripada dirinya, kita buat-buat selamba tapir je.

Hati orang kita tak tahu, hendak menyelami hati orang sukar kerana dasarnya tidak diketahui kedalaman meternya. Terasa terpanggil untuk menulis hal ini apabila saya melihat banyak kasih yang tak sampai semata kerana sayang tersebut bukan dalam bentuk `adik sayang-abang sayang'… kasih yang terabai…kasih tak bersambut. Maksud saya kasih sayang yang bukan macam cinta biasa tu. Cinta yang lebih daripada cinta biasa tu....sayang kepada manusia kerana ia manusia jugak.

Kita kena juga percaya kemungkinan orang yang sayang kat kita bukan kerana kita ni laki/isteri dia, bukan kerana kita ni anak dia atau adik beradik dia. Sayang lahir daripada hati dan tidak perlulah tanya kenapa. Bila kita sayang, sayanglah. Ia bukan pasal rupa, mungkin inilah yang dipanggil oleh pengamal agama sayang kerana allah…(berdakwah pulak dah ke ni?, he he he)

Nak cari orang yang sayangi seseorang itu semata kerana allah amat payah, sepayah dengan budak sekolah luar bandar nak ambil MUET, atau nak cari budak remaja perempuan yang selesa berbaju kurung. Memang payah, amat payah, sepayahnya kita nak menderma kepada anak yatim. Payahnya seperti nak beli satu CD yang semua lagu-lagunya best, bukan setakat satu lagu je sedap, yang lain hampeh.

So, intai-intailah di sekeliling kita, mungkin ada yang ambil berat dan sayangi kita kerana allah. Mereka mungkin kawan kita yang asyik kutuk kita (tapi dalam hati dia suka berkawan dengan kita dan hargai kita) atau guru kita, guru besar, majikan kita, pekerja kita atau atau atau….atau memang tiada oarang ambil berat tentang kita?, he he he.

Kan tidak sempurna iman seseorang itu hingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri. Kalau semua orang saling sayang menyayang, bayangkan kita hidup lebih bersatu dan harmoni, tok gitu?

Jankaulu: Tetapi layak kah aku pulak disayangi orang semata-mata kerana Allah, ataupun aku sendiri `karat’? Tanyalah soalan ini pada diri masing-masing, tentu ada jawapannya, he he he.

Saturday, November 15, 2008

Kita bukan kambing...

Dua orang budak berkaki ayam bersama seekor kambing berkaki kambing.



Kita bukan kambing, kemahuan kita banyak dan komplek. Sebagai manusia kita memiliki terlalu banyak kemahuan dan kehendak. Kalau diberi sebatang pen dan sehelai kertas, nescaya penuh kertas tersebut dek menyenaraikan apa yang kita mahu.




Kemahuan dan kehendak...


Kalau boleh daripada hujung kaki sampai hujung rambut kita mahu berpuashati. Pada muka misalnya kita mahu guna pembersih yang bermutu, contoh kita guna barangan berjenama Clinique iaitu pembersih muka RM80, toner RM70 dan pelembab yang ada anti ageing RM178! (yang cuma 50ml) dan itu tidak campur pelembab bawah mata, bawah dagu dan segala bawah lagi. Begitulah keadaannya dan jika ada duit mungkin kita gatal pulak nak guna SK II. Dan jika ada duit lebih mungkin kita nak `ubah bentuk' (nose job) hidung kita sebab dah lama kita tidak selesa dengan bentuk hidung tersebut, bentuk hidung orang Asia! Huh!...


Kita nak pakai kereta, kita bukannya kambing jalan kaki je ke sana ke mari. Dan kalau boleh nak kereta yang molek sikit contoh Honda City (model terbaru, bukan yang lama ya). Dan nak sport rim yang sepadan dengan identiti kita (pulak dah). Kalau boleh kita boleh berbangga dengan kereta kita tersebut. Kita nak kalau kita lalu bukan sahaja anak dara menoleh tetapi juga yang tak ada dara, yang akak, makcik mahu pun janda, turut tertoleh, hatta pak cik jual aiskrim pun. Pendek kata lebir ramai menoleh lebih bagus. Bukan apa bolehlah kita parking betul-betul depan kopitiam, tak lah kena parking jauh dan berjalan kaki menuju kopitiam (kerana kereta kita tak seperti kereta orang lain...)


Wah banyak sungguh ya kemahuan kita. Nescaya kalau saya terus menulisnya di sini pasti pembaca boring. So saya lurus menuju titik (straight to the point, he he he).


Malangnya...


Malangnya bukan semua daripada kita dapat memenuhi kemahuan dan kehendak tersebut (bukan keperluan). Setakat berangan ramailah. Setakat membelek-belek majalah dan mengelamun...


Sebagai manusia biasa, kita mengalami masalah kekurangan. Ya betul! kekurangan wang untuk memenuhi cita-cita dan impian tersebut. Kadang-kadang bukan sahaja kekurangan wang tetapi juga kekurangan dalam bentuk fizikal, contohnya muka mirip pintu nako namun bertekad hati hendak menyertai pertandingan Dewi Remaja atau Hero Remaja. Kononnya semua kawan-kawan galakkan mencuba nasib (padahal kawan-kawan nak kenakan kita, kita tak sedar...he he he). Namun kerapkali kekurangan `otaklah' yang paling utama sebagai halangan mencapai cita-cita dan impian tersebut.
Kekurangan `otak'...



Kerap kali kehendak dan kemahuan kita tersebut bukanlah kita perlukan sangat. Kalau kita fikir betul-betul, ianya bukan pun merupakan satu keperluan kepada kita. Dalam dunia sekarang banyak perkara aneh, perkara aneh yang menyebabkan kita merasakan/berasakan/terasakan (alahai mana satu nak guna ni...) perlu untuk kita miliki barangan tersebut. Contohnya jenis kereta yang kita pakai melambangkan siapa kita, melambangkan cara hidup kita. Kita beli banyak barang yang orang lain beli, kita mahu jadi macam orang lain, kita rasa tidak selesa dan kekurangan jika kita tidak seperti orang lain di sekeliling kita.


Orang lain oder tupperware, kita pun oder jugak, orang lain masuk Astro yang pakage harga RM98, kita nak jugak (padahal tengok tv pun kita tak sempat), Orang lain pakai tudung bawal pun kita terus tak nak pakai tudung pari. Orang buat album dangdut kita nak jugak konsep tu padahal suara kita serak-serak perasan basah... Orang lain bersumpah junjung Al quran, kita bersumpah pulak dah!


Dah tak ada kerja lain? Kambing pulak diusiknya
Sehingga kita terlupa nilai...



Kepala kita dah sarat sangat dengan kebendaan. Kita fokus kepada apa yang perlu mata kita lihat dan tangan memegang. Kita dah jauh daripada unsur nilai kehidupan yang bersifat dalaman, yang mata kita gagal nampak. Budi bahasa, sopan santun kita gunapakai masa nak buat pantun je atau kadang-kadang dalam gurindam dan lirik lagu (itu pun lagu patriotik, bukannya dalam lagu pop). Tapi ada juga perkataan ini dalam lirik lagu-lagu Datuk Noraniza Idris yang menjaga taman yang bertemakan warisan seni dan budaya kat Melaka.



Bila kita mendengar perkataan `orang itu kaya', kita terus terbayang kepada timbunan harta dan duit yang mereka miliki. Tidak sesekali kita terfikir perkataan kaya itu mungkin merujuk kepada budi bahasa atau ilmu, (ataupun kaya hutang, he he he). Terdengar sahaja seseorang itu orang kaya, kita rasa semacam, apatah lagi jika kita tidak berapa kaya. Begitu tidak betulnya masyarakat kita.


Bila kita dengar bininya cantik terus kita bayangkan muka yang putih dan licin, bentuk bujur sirih, potongan badan 30-28-32, seksi macam Inul, lincah dan debom. Ala jangan tipu la, kita tak merujuk pun kecantikan itu pada budi bahasa atau keluruhan budi. Apa? keluruhan budi? Ya, kita tak terlintas langsung!


Sebab tak datang bergoleklah...



Duit tak datang bergolek, tidak datang dengan senang. Sebab tak datang bergoleklah bila iannya datang kita kena menjaganya dengan cermat dan berhati-hati. Susahnya mendapatkan duit, susah jugalah sepatutnya kita menjaganya, kalau boleh membiakkannya. Tapi tidak, kita senang sahaja membelanjakannya. Dengan senang kita hijrahkan duit kita yang sikit itu ke daerah bahaya, daerah yang berisiko. Daripada dahulu lagi saya berpendapat tidak ada jalan mudah untuk manusia mendapatkan duit.



Sehingga kini saya bersyukur, bukan nak tinggikan diri, saya tidak pernah rugi dalam mana-mana skim cepat kaya. Saya percaya nak kaya kena makan masa, kena berusaha, berkorban dan sabar. Saya sangat percaya tidak ada cara senang nak dapat duit. Biarlah orang kata saya kedekut pun, penakut dan apa-apa lagi `pe'.


Bila ada kawan-kawan saya melabur saya bimbang sangat duit mereka lebur. Tapi susah ya nak menasihati kawan-kawan di sekeliling kita. `Ala kalau rugi pun dalam RM300 je, RM300 bahagi 12 bulan jadi RM25 je sebulan, sehari makna rugi 83 sen je, tak sampai pun seringgit!' terkedu saya mendengar penjelasan mereka. Namun saya boleh terima sebab baik-buruk pun pemikiran mereka mereka tetap kawan kita juga. Mungkin dalam hal lain kita pulak yang berfikir secara salah kan?


Ya, nasihat pasal duit sangat sensitif. Saya pernah menegur seorang kawan yang saya lihat amat boros dalam berbelanja mengunakan kad kredit. Baru keluar universiti, baru dapat duit baru nak kenal dunia. `Alah En Sukiman pun ada masalah kewangan jugak kan...?'... itulah yang saya dapat setelah saya cuba menasihatinya. Sejak hari itu saya berhati-hati dalam menasihat orang pasal duit. Saya memang tak banyak duit tapi saya hidup macam orang tak ada duitlah...


Baju Eman Manan...


Cuba bayangkan saya pakai baju baju Emang Manang. Mungkin hujung baju tu kat atas pusat saya je, Lengan pun jadi pendek. Mesti macam barut nangka atau remaja yang seolah pakai baju adik dia. Huh hodohkan... begitu juga dengan impian dan cita-cita kita yang tak sepadan.


Keburukan impian dan cita-cita mungkin akan menyebabkan seseorang itu tidak mengukur baju di badannya sendiri. Kalau ikut tekak memang ia mahu menelam makanan yang sedap sahaja, badan pun nak disaluti dengan baju yang mahal-mahal, baju pasar malam tidak mahu dijamah. Kita mahu miliki rumah dan kereta yang besar (tapi bini nak kecil je).


Walaupun muka kita macam hanger patah, kita tetap yakin kita boleh dapat bini secantik seiras Noris Karman atau Maya Karim. Bila kawan perkenalkan `seseorang ehem-ehem' pada kita, kita tak layan sebab dalam gambar kita tak dapat beza yang mana satu yang kawan kita cuba kenenkan atau yang mana satu lebar daun pintu (dalam kes perempuan tu bergambar di tepi pintu).



Namun kita boleh berubah...


Kita mahu anak kita semua masuk universiti belajar rajin-rajin, pandai juga dalam agama tak bodoh dan jahat macam kita. Namun adakah kita menabung sedikit demi sedikit untuk pelajaran anak-anak kita? Nanti bila besar mereka perlu ditutionkan. Adakah kita mengurangkan berbelanja pada masa sekarang, kurang membeli benda dan perkara lain? Seekor kambing akan membawa anak-anaknya ke padang yang ada rumput yang segar, biar anak-anaknya makan rumput. Namun anak kita bukan kambing, mereka memerlukan lebih daripada sekadar rumput...mereka perlukan tution...

Anak kambing main dekat tangga
`Ala saya tak ada duit' kita buat alasan sambil buat muka redup mata dan senyum kambing tagih kesian. Padahal kita tak kesiankan anak, bini atau laki kita. Kita tak nak berkorban supaya mereka tak terkorban pada masa akan datang... Apa akan terjadi jika kita tidak menghantar anak-anak kita ke tution? Bolehkan kita harapkan cikgu semata-mata dalam dunia seperti hari ini?



Akhirnya manusia yang berjaya dan hidup bahagia bukanlah seorang menteri, atau seorang ahli perniagaan yang kaya raya, atau seorang iman masjid. Kebahagian dan kejayaan dalam kehidupan menjangkau jauh daripada itu. Ia melibatkan bagaimana kita hadapi hidup ini dengan apa yang kita ada, mensyukurinya dan redha dengan apa yang ada dan tiada. Sesuatu yang senang tapi ramai yang tak boleh buat, he he he.

`Mentang-mentanglah kita kambing, penulis ambil senang je idup kita...' Bisik seekor kambing kepada kawannya...








jankaulu
: Tapi tahi kambing dapat dibuat baja...



Thursday, November 13, 2008

Norbaya bte Hashim

Perkenalan pertama

" Kak Norlah yang menalipon ari tu, Selamat datang ke Kolej Shahputra" Seorang wanita kecik molek bangun memperkenalkan diri. Berpakaian ala-ala blazer dan berselendang ala-ala wanita UMNO. Mesra dan sopan orangnya. Sekali tengok macam setiausaha dalam drama-drama swata TV3.

Aku menyambutnya dengan mesra, terus duduk di kerusi sesopan mungkin (tanpa disuruh-suruh ). Kemudian dia hulurkan satu borang, dan tiba-tiba bangun...

" Sukiman isi borang ni dulu", kemudian dia duduk kembali. Eh kenapa pulak kalau setakat memberi borang tak perlulah bangun, dan duduk semula… dalam hati aku rasa pelik sedikit melihat gelagat ini, namun mungkin itu adalah satu cara nak `welcome' orang, nak hormati orang...

" Sukiman duduklah dulu Kak Nor nak cari En Zuki, lepas tu Kak Nor akan uruskan tempat tinggal sukiman, jangan bimbang". Sambil tersenyum, dia bangun lagi, lalu melenyapkan diri dari pejabat.

Memanglah aku bimbang masa tu, aku nak duduk dengan sapa?, Kat bawah segala mak nika aku bawak daripada kampung, ada baldi, hanger dan beg pakaian kusandarkan di pintu, tepi dinding. Nak tidor mana malam ni ya?, he he he. Namun lega, segala kerungsingan lenyap bila Kak Nor ingatkan kembali... jangan bimbang...

Aku memandang persekitaran bilik Kak Nor, tak besar mana pejabat ni... Aku melihat atas mejanya ada banyak fail dan pelbagai kertas. Tepi hujung meja ada bekas air, emmm `tupperware'....

Ada mesen photostep dirapatkan ke dinding. Di dinding ada gambar lukisan berharga murah, terlukis Vase @ gelas kosong dan ada bunga-bungaan diletakkan gitu je... sebelahnya. Pelik lukisan tu, letakla bunga tu dalam vase tu. Entah apa maksudnya lukisan tu, aku tak tahu dan tak nak ambil tahu. Memang lukisan ada simboliknya, sesimboliknya penghijrahan aku ke Pekan...

Kira-kira 5 minit kemudian, dia datang kembali...

"Sukiman jumpa En Zuki dulu, lepas tu datang jumpa Kak Nor semula ya, maaf Kak Nor ada kerja sekejap". Dengan lembut dan bersopan dia minta diri, bergegas keluar sekali lagi dari pejabat tersebut. Dia kelihatan sangat sibuk, namun semasa bercakap matanya tetap melihat kepada aku.

Itulah satu keistimewaan Kak Nor, bila bercakap dengannya dia akan melihat kepada kita. Bukan sesetengah orang bila bersalam pun mata tak tengok kepada kita, macamlah kita ni bakal abang ipar tiri dia...padahal sunat tengok mata bila bersalam.

Itulah pertemuan pertama saya dengan puan Norbaya bte Hashim, iaitu pada hari terdaftarnya saya sebagai pekerja di Kolej Shahputra, Pekan.

Dan hari berikutnya kami berjumpa lagi dan lagi dan lagi. Akibat struktur organisasi, saiz populasi dan rekabentuk bangunan, saya dengan Kak Nor bertambah rapat. Setidaknya tiap hari akan melihat Kak Nor bila hendak ke pantry atau ke toilet (sebab kena lalu ikut pejabat).


Inilah gambar kenangan dengan Kak Nor, dipukul pada 23hb 5 tahun 2007 oleh Adnan.

Bersambung...

jankaulu: Kak Norlah orang pertama membuat diri ini merasakan/terasakan diterima oleh bumi Pekan...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home