Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, December 7, 2023

Dapur selesa, duit sekejap hadir dan RM200K

Saya ada ternampak sebuah rumah di taman perumahan saya direnobek. Dari luar saya tengok cantik, saya berkenan. Nampak sebuah rumah, maksud saya tidak nampak bahagian baru yang ditambah dengan rumah asal. Sama besar. Hebat.

Saya berhentikan kereta, saya masuk ke kawasan rumah jiran, melihat rumah yang direnovate terutama dapurnya. Ada dua, tiga orang tukang sedang bekerja memandang kepada saya. (Handsum ke saya ni?)

Saya mahu sangat miliki sebuah dapur yang selesa. Saya kesian tengok Rojeha dan Azwa berlaga bahu semasa memasak, dan para pelajar pula duduk bersesak hiris bawang. Namun sehingga kini saya masih tidak milikinya. Ia di luar kemampuan saya. Duit sekejap hadir, dan pergi. Tak sempat nak kumpul.

Saya suka melihat dapur rumah saya di kampung, ada ruang yang luas untuk diletakan meja makan. Malah saya ada kalanya berfikir ia terlalu luas untuk berfungsi sebagai ruang meja makan. Saya pernah tidor di dapur depan almari.

Tuan rumah tersebut ramah orangnya, dia menerangkan akan suasana renovek rumah tersebut. Saya lihat ada juga bilik-bilik baru yang diwujudkan. Saya beritahu saya tinggal di lorong hadapan perumahan dekat tasik. Saya siap sebut nombor lorong. Dan saya terkejut beliau beritahu, beliau kenal kerana beliau ada membaca blog saya.

Saya beritahu sekarang saya kurang berblog, saya more on Tik Tok dan FB. Contohnya saya ada menulis di FB Dunia Wayang, dan beberapa FB tentang dekorasi. 

Secara peribadi, setakat ini, inilah renovek tercantik yang pernah saya tengok plannya. Besar ruang makannya. terima kasih kepada tuan rumah kerana melayan kerenah saya.

Dan saya sempat bertanya berapa harga renobek tersebut, beliau beritahu hampir RM200K.

Saya nak cari kat mana RM200K tersebut?


THE WICKED MOTHER-IN-LAW (1962): DR ISMADI

 

THE WICKED MOTHER-IN-LAW (1962): DR ISMADI
Watak yang paling saya menyampah dalam filem Ibu Mertua-ku ialah watak Dr Ismadi. Watak ini dipegang oleh Ahmad Mahmud (Datuk). Saya melihat watak tersebut sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, lemah-lembut, namun singkat fikir dan pentingkan diri.
Kita boleh mencintai seseorang tetapi tentulah ada batasannya...
Selain dari Jins Shamsudin, Ahmad Mahmud juga mempunyai rupa paras yang baik, dan badan yang tegap. Untuk watak Dr Ismadi, memang beliau ada gaya, dan bermuka doktor. Pakai pula cermin mata, maka lengkaplah penampilannya sebagai doktor. Iaitu sebagai doktor yang berbudi perketi, yang akhirnya malang di kemudian hari...
Memang saya tidak senang dengan watak Dr Ismadi, kadang-kadang saya rasa malu melihat wataknya sebegitu rupa. Saya ada luahkan perasaan tidak senang saya kepada Lokman Hakim (kawan baik serumah sewa zaman bujang dulu...). Saya beritahu Lokman “doktor ni bodoh...”
Watak tergilakan Sabariah dan kemaruk cinta dibawa oleh Ahmad Mahmud dengan cemerlang dan berkesan. Walaupun tinggal di England, jumpa ramai awek yang seksi menggoda, dia tetap ingatkan Sabariah. Dia ada belikan rantai untuk Sabariah semasa dia balik dari London. Di dalam biliknya juga penuh ditepek gambar-gambar Sabariah, malah ada juga gambar Sabariah bersaiz sebesar manusia.
Watak tergilakan bini orang dibawa dengan baik. Selepas Sabariah berkhawin, dia selalu termenung…berada di beranda rumahnya. Menatap-gambar-gambar Sabariah. Sepatutnya dia kena `move on’. `Move on’ bukannya bermakna kita melupakan terus kekasih hati kita (sebab mustahil kan), `move on’ tu maksudnya kita terima takdir Allah bahawa tidak ditakdirkan hidup bersamanya.
Dan dia ada beritahu keluarganya yang dia tak akan kawin-kawin jika tidak dapat kawin dengan Sabariah...(ini saya no komen...).
Dr Ismadi tergamak berbohong kepada Kasim Selamat apabila memperkenalkan isterinya sebagai bernama Maimunah Ismail. Tergaman beruklah Kasim Selamat apabila tengok muka Maimunah Ismail sebijik saling tak tumpah macam bini dia yang meninggal dunia.
Dr Ismadi jugalah yang memujuk Kasim Selamat (di bawah pengaruh Sabariah) supaya bedah mata kerana kononnya tak kanlah Kasim Selamat tidak mahu melihat anaknya.
Agak menghairankan Dr Ismadi tidak menyiasat terlebih dahulu hubungan Sabariah dengan Kasim Selamat sebelum berkahwin. Tetapi itulah …hendak sangat dah...
Bila tembelang dah pecah, tentulah Kassim Selamat kecewa dan menyatakan hasratnya untuk pulang ke Pulau Pinang tetapi masa inilah ditahan oleh Dr. Ismadi. Konon rawatan matanya tak selesai lagi. Tiket ke Pulau Pinang dah `sold out la’...dan macam-macam.
Dr ismadi ni, jenis tidak fikir apa yang orang lain rasa. Pakai sembur jea. Tentulah Kassim Selamat tak sanggup nak tinggal sebumbung dengan bekas isterinya. Tentu malam-malam terbayang bininya sebantal dengan Dr Ismadi. Siapa-siapa yang mancho tentu lumpuh jua adanya. Baiklah dia masuk bilik kemas pakaian, blah.
Tup-tup Dr Ismadi mengekor masuk bilik juga, mungkin sebab dah mula rasa bersalah kot. Dalam memujuk tu terkeluarlah kata-kata yang tak sepatutnya dikatakan oleh seorang doktor atau seorang mana-mana orang pun...
Dr. Ismadi sangat kejam dan bodoh. Ada ke patut dia kata "Pengambilan Sabariah sebagai isteri telah dibalas dengan memberikan penglihatannya semula, itu sesuatu yang adil".
Belajar je tinggi bertingkat tapi pemikiran rendah. Ada juga saya juga jumpa orang sebegini, mereka biasanya tak pandai bergaul, tidak berwatak mengembirakan walaupun belajar tinggi. Macam ada penyakit jiwa dalam diri.
Kata-kata tersebut sangat menikam jiwa. Jenis berkata tak reti tengok keadaan sekeliling. Seolah kita mendengar orang menasihati `Bunga bukan sekuntum, kumpang bukan seekor’. Jenis nak nasihat tapi tak reti. Kita dah separuh nyawa bernyawa tapi tak bernyawa, dia sebut pasal `kumbang’, pasal `bunga’. Babi betul.
Sebab itulah gamaknya Kassim Selamat mengambil keputusan membutakan semula matanya dengan mencungkilkan dengan sudu dan garpu. Sebab kata-kata itu bagai racun yang dicurah ke minda batinKasim selamat. (Patutnya bungkus elok-elok dua bijik mata tu, beli kad dan tulis `for your eyes only' jadikan sebagai hadiah kepada Dr Ismadi yang `cerdik' itu...)
Last-last sekali barulah Dr Ismadi kecewa melihat isterinya mengekori bekas suaminya sambil minta maaf. “Maafkan Sabariah Abang Kasim...Maafkan Sabariah... Sambil ada pasu yang jatuh dan angin tiba-tiba bertiup kencang....seolah-olah alam maya juga tidak merestui apa yang Dr Ismadi buat. Barulah Dr Ismadi kecewa, dia mulai sedar rasa kasih sayang tak boleh dijual beli tiada benda tara bandingannya...
Dan akhirnya Dr Ismadi slow-slow melangkah longlai masuk ke dalam rumahnya...membiarkan bininya terduduk pilu di tepi dinding begitu saja... Barulah dia tahu ada sesuatu itu tak dapat dibeli dengan rantai... Saya rasa puas sangat!
Terima kasih, Al fatihah untuk Ahmad Mahmud dan P Ramlee.
May be a black-and-white image of 2 people
All reactions:
NNik Az Rienn, Iz Adlan and 4K others

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home