Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, August 17, 2023

DIA TERUS HIDUP DALAM INGATAN SAYA


 

Sekarang jam menunjukan pukul 2.45 pagi. Setelah selesai memeriksa sebahagian kertas jawapan pelajar saya terus panjat katil. Saya mesti tidor awal, esok walaupun hari sabtu saya harus bertugas di bilik urusetia peperiksaan.

Bosan terkebil-kebil di atas katil, saya capai pen. Saya berfikir jika penulisan yang akan ditulis nanti tidak terlalu peribadi, bolehlah saya postingkannya esok hari. Namun penulisan lewat malam (sebenarnya awal pagi) biasanya bersifat peribadi dan meresahkan.

Malam-malam begini biasanya saya menulis untuk diri saya sahaja, bukan untuk dimuatkan di dalam sosial media. Kerana coretan rasa hati terlalu peribadi (kadang-kadang saya pun malu kucing sendiri apabila membacanya), saya tidak tergamak untuk postingkannya. Berkeping-keping kertas yang saya telah tulis, saya simpan di bawah katil. Bila sudah banyak terkumpul, saya masukan letak dalam peti besi. Biarlah cerita-cerita tersebut hanya saya dan tuhan yang tahu...

Ya, malam-malam begini saya rindu... Bukannya bermakna pada siangnya saya tidak rindu. Ya, pada malam hari bisanya lebih mengigit, ianya menjalar di setiap saraf ingatan...

Tiada suatu hari pun yang berlalu dalam hidup saya, tanpa saya ingatinya. Tiada. `Move on' itu bermakna menerima hakikat, bukan melupakan...

Saya berhati-hati menulis posting ini kerana kali ini saya bertekad mahu postingkan penulisan ini. Bukan sahaja saya malu tetapi saya juga berpendapat saya tidak sepatutnya berperasaan begitu sebab saya bukannya masih muda. Saya bukan lagi 17. Namun rindu tidak mengenal apa-apa dan dalam beberapa keadaan ia memang memalukan.

Pada mulanya saya fikir saya tidak dapat hidup tanpanya tetapi lama-kelamaan masa mengajar saya, apa yang terjadi adalah terbaik.

Bertahun masa telah berlalu, masa yang saya lalui... Saya pernah bertanya pada diri, kenapa masa tidak dapat memudarkannya...?Memang pada mulanya saya rasa seolah tidak berdaya melihat esoknya...tetapi hakikatnya saya tidak boleh buat apa-apa kerana setiap kali saya bangun pagi, saya masih bernafas... Tuhan benar-benar mahu menguji saya.

Tak semudah mana untuk menutup pilu, memadam rasa sedih sebab ia soal hati. Saya mengawalnya dengan `tidak layan sangat' perasaan sambil sibukan diri dengan kerja... Namun waktu malam beginilah apabila saya panjat katil... hanya pada tulisan-tulisan lewat malam itulah saya mengadu...saya coretkan rasa membisanya.

Selagi ada malam...wujudlah kekejaman...hidup ini.

Kenapa kita masih boleh bertahan hidup? Jawapannya tentulah kerana kita kuat. Kita bina kekuatan bangkit pupuk diri. Kita ajar diri kita bersyukur, kita cari kelebihan diri. Kita tanamkan dalam diri yang kita punyai hati yang baik dan hebat. Saya keraskan kepala dengan mempercayai bahawa tuhan akan akhirnya menolong (atas alasan saya adalah baik). Saya pasti saya bukanlah orangnya yang akan mati atau `selok kera' kerana cubaan hidup... Kita mungkin sukar membunuh kenangan kerana kenagan itu adalah kita. Membunuh kenangan, terbunuhlah kita. Kita juga hidup untuk orang-orang lain yang sayangkan saya...

Dalam rukun hidup, kita tidak boleh sesekali mengalah. setiap orang mungkin mengambil masa yang berbeza untuk perolehi kekuatan dalam diri. Perperangan dalam diri adalah paling hebat. Ia bergantung kepada individu. Tetapi tidak mahukah kita sembuh? Sampai bila kita akan rasa sakit? Setiap perpisahan dan kekecewaan juga adalah rezeki. Juga setiap apa yang kita dapat dan tidak kita miliki.

Setiap apa yang datang dan pergi...

 

 

-7 Januari, 2012


 

Friday, August 4, 2023

Saham Tupperware, Tupperware saya, dan kawan saya

 Mula-mula saya fikir tidak mengapalah syarikat Tupperware tutup sebab saya ada banyak dah, (bawah katil pun ada... sebab tak muat almari). 

Namun saya terfikir panjang, kesian pula kepada kawan-kawan yang berniaga tupperware, dan mereka yang turut berniaga di seluruh Malaysia. Hilang punca pendapatan sampingan. Sudahlah ekonomi begini.

Sudah beberapa tahun saya tidak membeli Tupperware, kecuali tahun lepas saya beli 2 bekas makanan yang di dalamnya boleh asingkan lauk dan nasi. Sekali sahaja pada tahun lepas. Dan tahun ini saya tidak langsung membeli Tupperware. 

Kawan saya kata saya akan dibakar api neraka jika saya tidak menggunakan Tuperware-tupperware yang saya beli. Dan katanya lagi Tuperware-tupperware tersebutlah menjadi bahan bakarnya. 

Saya ada ramai kawan yang pelik.



Saham Tupperware menjunam teruk, syarikat berdepan masalah kewangan.

NEW YORK: Saham Tupperware menjunam 49 peratus pada Isnin susulan syarikat pembuat bekas plastik dan produk dapur itu memberi amaran tentang masalah kekurangan tunai.

Jenama ikonik AS itu menyaksikan harga sahamnya jatuh kepada AS$1.24, mencecah paras terendah dalam tempoh tiga tahun, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Miguel Fernandez dalam satu kenyataan berkata syarikat itu akan berusaha untuk mengurangkan kesan yang timbul akibat masalah itu.

Syarikat yang berpangkalan di Orlando itu diasaskan pada 1946 oleh Earl Tupper.

Pada suku akhir 2022, jualan tahun ke tahun merosot sebanyak 20 peratus kepada AS$313.7 juta. Tupperware mengalami kerugian sebanyak AS$35.7 juta.

Syarikat itu juga gagal menyerahkan laporan tahunan tepat pada masanya yang boleh menyebabkan pelanggaran perjanjian kredit.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home