Pada pilihanraya lalu, saya balik kampong untuk menyokong Datuk Seri Haji Idris Jusoh. Beliau bertanding bagi kawasan parlimen Besut.
Saya menyokong beliau dari segi idea dan gerak kerja untuk membangunkan dunia pendidikan Malaysia. Idea dan gerak kerjanya dalam kerangka memajukan bidang pendidikan tinggi sangat membanggakan saya. Datuk Seri dengan dunia pendidikan tidak dapat dipisahkan.
Lebih kurang 30 tahun lalu, saya dapat bantuan pemberian komputer dari beliau semasa saya belajar di UM. Pada masa tersebut pelajar yang memiliki komputer boleh dibilang dengan jari. Ia sangat menolong saya terutama dalam menyiapkan thesis master saya.
Masa berubah, itu sudah hampir 30 tahun dahulu. Saya pun sudah berumur 50an. Dan saya sudah ada uban di tepi telinga. Dan apatahlagi Datuk Seri sudah beruban sepenuhnya.
Kali ini saya balik bukan untuk mengundi beliau. Beliau sudah tidak mahu bertanding. Beliau sudah nyatakan beberapa kali sejak bulan oktober lalu. Alasannya beliau mahu beri peluang kepada golongan muda. Beliau percaya dengabn adanya golongan muda, UMNO akan lebih bertenaga dan diminati pengundi. Saya dapati beza sekali pendirian beliau berbanding dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Ya lah kan setiap orang ada pendapat sendiri. Kita harus hormati. Namun dalam politik umur 66 tahun masih muda...
Secara peribadi saya mahu mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada beliau. Orang yang saya kagumi dan kenali. Rasa rugi pun ada jika beliau tidak bertanding, tetapi kita tidak tahu lagi kerana dalam politik apa saja boleh berlaku. Apa yang terjadi pada masa akan datang tidak di tangan kita.
Sekian sahaja.
No comments:
Post a Comment