Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, May 13, 2021

Berat badan dan berhari raya di rumah kakak


Oleh kerana tidak dapat balik beraya di kampung Raja, saya beraya di rumah kakak di Kuantan. Sehari sebelum raya, saya sudah berada di rumah kakak untuk berbuka dan bersahur. Rasa gembira melihat darah daging yang kita kenali...
Bila berbuka, saya makan banyak kerana ada kambing bakar. Kakak sudah wasap terlebih dahulu kalau nak makan dia akan bakar.Saya juga makan ayam...dan juga kerepek bawang di depan TV. Saya juga makan Kiti-kat...
Sempena raya kakak saya masak nasi Arab dan nasi Minyak Saya tidak menolong kakak kerana takut dia keakok. Seperti saya jugalah, kalau saya sedang berkebun di laman, saya lebih suka seorang diri, kalau tak saya jadi keakok.
Pagi raya tadi selepas pukul gambar raya keluarga, saya makan banyak. Saya makan nasi Arab sepingang dan nasi minyak sepingang. Kira saya makan dua pinganglah, cuma berlainan jenis nasi. Sedap masakannya,,,
Saya juga makan kek Sikerek Resipi, manis leting keriengnya. Kek adalah antara makanan kegemaran saya. Malah saya pernah belajar buat kek yang simple2, seperti kek buah dan kek pisang demi kebimbangan iannya tiada di pasaran bila saya mahu makan... Lagipun bila buat sendiri kita boleh tambahkan rasa manisnya.
Pegangan saya pada masa tersebut "Apalah salahnya makan makanan manis bila hidup kita penuh kepahitan... orang boleh kata belaka...", rupanya adalah pegangan yang salah. Bila gula banyak dalam badan ia menjemput banyak penyakit. Dan penyakit itu juga adalah kepahitan, he he he.
Berat badan saya 92 kg pada bulan 8 tahun lepas. Kini berat badan saya dalam 82.5 kg. Saya rasa gembira walaupun ianya masih jauh lagi dari berat badan ideal.
Memang ada penurunan, jadi sabtu lepas saya pergi beli seluar kerja baru, baju kerja baru di ECM Kuantan (dan terbeli juga beberapa helai baju raya).
Saya sebenarnya bukanlah diet sangat, saya cuma kurangkan gula. Boleh dikatakan saya tidak minum lagi air manis kecuali saya dibawa oleh kawan-kawan ke kedai kopi ala morden yang mahal, yang bila kita memandu pulang...pahit kopinya masih berasa di tekok.
Tidak makan makanan manis, memerlukan kesabaran sebab sekeliling kita sebenarnya minuman dan makanan manis-manis belaka.
Saya percaya dua tiga hari nanti berat badan saya akan meningkat sedikit kerana kita akan makan lebih dari biasa. Di rumah kakak makanan yang sedap selalu ada.
Dari pengalaman saya, agak susah berat badan mahu turun berbanding bila ia mahu naik. Sekarang pun berat badan saya asyik tersekat 82 kg, tok degis doh (sukar mahu turun, sudah tersekat). Kena banyak melompat macam monyet sarkas kot baru turun...
Saya masih ingat kata doktor "50 tahun lebih doh makae sedak, tok puas lagi ko?" Kata doktor tersebut...ada lorat Kelantan sikit. Betul juga kata dia...
Jadi eloklah saya makan lebih sedikit dari biasa pada hari raya ini dan mulakan semula diet kurang manis tersebut.
Kepada kawan-kawan yang mungkin juga tengah berpantang, he he he. Saya ucapkan berhati-hati pada hari raya...bukan bimbang termakan lebih, bimbang termakan dengan sangat lebihnya.
Sekian sahaja, selamat hari raya maaf zahir batin.








No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home