Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, August 28, 2018

Sikap merokok di kedai makan

Pada zaman saya aktif merokok, saya merokok di kedai makan. Tak kanlah nak merokok di kedai akuarium atau di kedai seven Eleveng. Namun saya tidak pernah merasa selesa merokok di kedai makan. Saya rasa ia menganggu orang lain dan saya rasa ia mementingkan diri. 


Hasil carian imej untuk merokok di kedai makan
Stail la konon...

Dan selepas itu saya hanya merokok di kedai makan apabila tiada orang atau di kedai-kedai yang sangat terbuka ruangnya. Atau meja makan di tepi longkang. Atau di kedai-kedai besar yang tidak ada ramai orang masuk.

Namun sikap seorang pak cik tadi menganggu saya, bukan sahaja asap rokoknya tetapi sikapnya yang tidak cerdik. Rokok yang belum habis itu ditinggalkan begitu saja di atas astry, atas meja. Rokok itu masih berasap. Dan dia berlalu begitu sahaja!.

Saya rasa dia patut padamkan api rokok itu betul-betul sebelum menuju kaunter.

Mereka ada hak untuk menghisap rokok sebab kedai makan bukan kawasan larangan merokok. Malah negara kita juga tidak mengharamkan merokok. Malah beri bantuan lagi kepada penanam tembakau di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Contohnya subsidi baja Tembakau.

Namun, fikir-fikirkanlah situasi di mana adakalanya asap rokok menganggu. Kadang kadang ada ibu mengandung akibat perbuatan lelaki, kadang-kadang ada anak-anak kecil dan kadang-kadang ada orang tua yang terbatuk-batuk. 

Kalau kita tidak peka, orang akan marah dan kita marah orang itu balik sebab hak kita. Namun sekali lagi saya menyeru, apalah guna ada hak dan banggakan hak kita itu kalau ianya menganggu orang sekeliling.

Haaa, apa lagi? Tepuk!


Hasil carian imej untuk merokok di kedai makan
Gambar hanya hiasan

Thursday, August 2, 2018

Keke Challenge, mengarut!

Sepatutnya bukan semua `challenge' kita sahut, sebab bukan semua `challenge' memberi manfaat... 

Saya tidak sedar `benda alah' ini menular, sehinggalah saya terlihat di instagram. Mulanya sedap juga saya lihat sebab kopek-kopek perempuan tersebut bergoyangan ikut irama. Jadi santapan mata. Saya sudah tua tetapi nafsu saya masih ada. Namun kemudiannya barulah saya berfikir...

Saya berfikir zaman sekarang orang akan membuta tuli ikut apa sahaja atas dasar `terbaru' dan atas dasar berhibur. Tag line dia `Apa salahnya'. Saya rasa patut kita tukar tag line tersebut kepada `Apa manfaatnya?' 

Mungkin sebab saya generasi lama, saya sibuk mencari manfaat atau kebaikan bagi setiap perkara, apatahlagi yang melibatkan perubahan. Perubahan masyarakat kita.

Hidup ini penuh cabaran, sebaik sahaja kita buka mata kita berhadapan dengannya. Oleh sebab kita bukan ungka di hutan, maka kita banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Banyak orang bergantung kepada kita sebenarnya, kita tidak boleh ambil mudah akan kehidupan dan perubahan-perubahannya. Saya rasa kita boleh pilih banyak cabaran lain yang membawa kepada pembangunan diri, memaanfatkan orang ramai.

Saya tidak tahu `Keke Challenge" ini datang dari mana. Tetapi trend luar yang sebegini memang mendapat sambutan di negara yang rata-rata mempunyai pemikiran yang boleh dipersoalkan kecerdikankannya. He he he. Biasalah orang kita...semua `masyuk'. 

Mereka ini dikatogerikan dalam golongan yang dipanggil sanguinie, orang yang suka cabaran dan tonjolkan diri. Mereka suka beraksi, suka buat `drama'. Memanglah bagus sifat dan sikap sebegini, tetapi bukan semua cabaran harus kita sertai. Dulu ada kes di Ipoh, papan tanda pun mereka nak panjat, he he he. Apa masalah mereka sebenarnya?

Terima kasihlah kepada yang terlibat, membawa pembaharuan dan kemajuan. Yang besar.

`Terima kasih' juga kepada artis-artis yang turut sama menyemarakan trend Keke Challenge. Sumbangan mereka terhadap negara ini sangat dihargai. Boleh kita beri pingat, boleh kita beri gelaran. Ketika artis barat (yang kita sibuk katakan mereka tidak bermoral) perjuangkan isu alam sekitar, isu politik dan isu sosial, artis kita sibuk ber`Keke Challenge'. Taraf tu jea mereka. Sedih sungguh. Namun kita boleh kenal taraf artis tersebut, bukan semua artis buat.

Berkelakuan kelakar (kalau boleh dikatakan kelakar) di atas jalanraya atau di tepi jalanraya adalah sesuatu yang membahayakan. Ia boleh memberi sumbangan kecederaan atau kecelakaan kepada diri dan masyarakat. 

Rasanya banyak lagi cabaran hidup yang kita perlu sertai untuk menjadikan kita kuat. Wabak ini memang sekejap tetapi cukup untuk gambarkan siapa kita...

Tapi aaah sekali lagi tentu generasi ini berkata "ala cool bro, trend jea...".


Abang Jan: Terlalu banyak cabaran dalam hidup, berhati-hati dalam memilih. bimbang ia tidak membawa kita ke mana-mana pun... 


Hasil carian imej untuk animal keke challenge
He he he...lembu boleh buat!

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home