Salam...
"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."
Total Pageviews
Followers
Thursday, March 8, 2018
Menggunakan kekerasan dalam mendidik anak-anak
Secara umum, saya percaya ibubapa zaman sekarang tidak menggunakan kekerasan fizikal atau mental dalam mendidik anak-anak. Ramai ibubapa zaman sekarang lebih cenderung mengambil pendekatan `lembut' atau zaman sekarang dipanggil psikologi.
Tidaklah pula mendidik anak-anak dengan cara keras yang diamalkan pada masa dahulu, dikecam pada masyarakat dahulu. Apabila zaman berubah, ibubapa berubah, anak-anak berubah dan akhirnya masyarakat yang berubah.
Namun dalam satu-satu rumahtangga ibubapalah yang lebih tahu akan isi rumahtangganya dan bagaimana mereka menggunakan pelbagai jenis pendekatan. Yang paling utama dan penting adalah ketegasan dalam mendidik perlu dan ia mesti berterusan. jangan sekejap tegas, sekejap tak, sekejap boleh, sekejap tak boleh. anak-anak akan keliru. Dan hal ini tidak ada sesiapa boleh campur tangan.
Kes dera berbeza. Kes dera berfrofile tinggi. Harus ada pihak luar yang menyiasal sama ada dera atau mendidik. Kes dera, punca penyakitnya ada pada ibubapa tersebut sehinggakan ia mendera. Ia bukan penyakit pada anak-anak. Anak-anak adalah mangsa dera. Yang sebenarnya perlu dibentuk adalah ibubapa tbukannya anak-anak. Ibubapa seperti ini hanya tahu kawin dan bersetubuh tetapi tiada ilmu dan kesabaran dalam mendidik anak-anak.
Kita yang dengar-dengar hujung telinga ini tidak perlulah buat spekulasi, doakanlah kebenaran akan timbul. Bukannya menghukum. Tetapi biasalah, masyarakat internate Malaysia lebih teruk daripada masyarakat internate lain.
Wednesday, March 7, 2018
Tuesday, March 6, 2018
Lelaki istimewa milik saya
22Satu-satunya lelaki istimewa milik saya
4 Februari 2010
“Ayah saya memberikan hadiah paling hebat kepada saya –
kepercayaannya. Ia tidak dijualbeli di kedai. Maka hidup saya mudah…”
Ayah pernah miliki kereta
Moriss Marina dan Mercedies. Dan pada penghujung usia ini ayah hanya miliki sebiji Pajero dan
sebiji Kancil. Kancil itu sudah tidak boleh bergerak. Sekung tepi garaj kereta.
Saya masih ingat pada zaman kanak-kanak sebelum ayah beli kereta, ayah pakai Vespa. Saya selalu juga naik vespa, ayah suruh berdiri di hadapan. Sebagai lelaki muda inilah sahaja kenderaan ayah.
Dari kecil saya melihat
ayah saya memandu kereta. Namun kereta-kereta tersebut tidaklah pula memberikan sebarang inspirasi. Tidak pernah pula saya mahu memiliki Mercedes sebagaimana ayah. Sepatutnya
saya terinspirasi apabila melihatnya. Biasanya persekitaran akan memberikan
inspirasi terhadap cita-cita kita. Saya ada baca hal ini dalam buku motivasi.
Namun saya pernah bercita-cita mempunyai seorang pemandu.
Jika saya perempuan, tentu
saya tidak akan bawa kereta. Saya akan biarkan suami uruskan segala perkara
yang melibatkan kereta dan jalan raya. Saya faham kenapa perempuan mahu miliki lelaki yang berkereta, mereka bukan pentingkan diri tetapi sayangi diri. He he he.
Ayah saya pernah meramalkan
saya akan dapat memandu setelah saya keluar universiti dan berkerja.
Mungkin ramalan itu lahir apabila melihat saya masih lagi tidak boleh bawa
kereta sedangkan remaja sebaya sudah boleh bawa kereta. Dan logiklah anologinya, bila bekerja akan pakai kereta.
Saya tidak tahu bagaimanakah perasaan seorang ayah apabila anak lelakinya masih tidak miliki kereta pada
usia lewat 30an. Sedihkah seorang ayah?
Tentulah ayah saya sedih jika ayah saya jenis manusia yang mengukur kejayaan dan kebahagian hidup seseorang itu ada kaitan dengan keboleh dan keupayaan miliki kereta. Tetapi ayah
saya tidak jenis begitu. Ayah saya cerdik. Dia suka membaca, ayah membaca pada setiap hari,
sehinggalah matanya kurang nampak... Saya sedar ayah saya kurang membaca kerana matanya sudah tidak terang...
Melihat ibubapa bertambah tua adalah satu perkara yang memakan diri saya sedikit demi sedikit. Namun ini lumrah kehidupan kata kawan saya. Saya tak kira jika lumrah planet pluto sekali pun, saya tetap terkesan.
Saya yakin ayah saya adalah lelaki yang paling cerdik
pernah saya jumpa di panet bumi ini. Walaupun saya berkerja di menara gading saya tidak bertemu dengan orang yang mengalahkan kecerdikan ayah saya. Ayah pandai membina falsafah hidup.
Ayah tidak pernah sepatah
pun menggambarkan hidup akan susah bila tidak ada kereta. Ayah tidak memberikan
tekanan, mungkin ayah tahu jika diberikan tekanan saya tetap tidak tertekan. He
he he.
Saya tidak tahu bagaimana
perasaan ayah saya apabila ayah tahu saya membeli kereta kerana ayah berada di kampung.
Tidak pula ayah menalipon bertanyakan itu ini. Atau ayah memang yakin dengan
saya? Entah. Ayah saya tidak banyak cakap. Dia sama seperti ayah Melayu lama
yang lain. Ayah zaman dulu...yang banyak berkomunikasi secara non verbal.
Saya ada menyuarakan kepada
ayah mengenai keinginan saya untuk memandu pulang ke kampung. Kononnya saya sudah
berani bawa kereta. Tidak beberapa lama kemudian ayah datang melawat saya di Muadzam Shah. Ayah datang menaiki bas dari Besut. Pada mulanya saya tidak dapat meneka kenapa ayah saya datang kerana biasanya ayah saya tidak suka keluar dari kampung. Kehidupan kampungnya sangat meresap dijiwa ayah. Ayah mungkin deman kalau tinggal di luar kampung lebih dari tiga hari. Ini gurauan yang selalu kami adik beradik cakapkan apabila kami berkumpul dan cuba mengajak ayah ke rumah masing-masing.
Rupanya ayah saya datang Muadzam Shah semata-mata mahu memantau dan
mengenalpasti corak pemanduan saya. Mungkin ayah saya risau. Mungkin ayah saya
dapat mencium ketakutan yang saya alami apabila memandu. Seorang ayah tentu
tahu segalanya tentang anaknya. namun itu telahan saya sahaja kerana ayah tetap tenang seolah ia adalah hari-hari biasa sahaja.
Pendek kata, ayah saya kelihatan tenang dan saya juga kelihatan tenang. Seolah hari-hari biasa.
Maka hari ini adalah hari `dalam sejarah'. Pertama kali saya memandu
pulang ke kampung. Semasa memandu ayah ada di sebelah saya. Ayah isap rokok dengan tenang. Ayah tidak banyak bercakap sepanjang
perjalanan.
Sepanjang jalan saya
berdebar tetapi saya berlakon untuk kelihatan tenang, lagipun ayah saya ada di
sebelah. Apalah sangat boleh berlaku? Itulah yang saya sematkan di minda. Saya
bina keyakinan tinggi. Superhero ada di sebelah.
Perjalanan yang saya lalui
lancar, sehinggalah pada satu jalan di daerah Setiu saya lihat ada dua buah
lori di hadapan saya. Oleh kerana saya ditemani ayah, saya harus rasa yakin dan
berani. Saya mesti tunjukan kemahiran saya. Saya terus melintas lori di hadapan dan masuk semula ke jalan kiri. Kini
saya di himpit dua buah lori yang besar dan ganas. Satu di belakang dan satu di
hadapan. Pada masa ini saya kawal debaran di hati supaya ayah saya nampak saya
tenang. Sebenarnya selagi saya berada diimpit dua buah lori, hidup saya tidak akan
tenang...
Dan kemudiannya saya berjaya pula melintas sebuah lagi yang berada di hadapan. Sebenarnya itulah
kali pertama saya melintas lori! Biasanya saya ikut sahaja lori dari belakang.
Debaran sangat kencang sehingga saya bertekad tidak akan
melintas lori lagi seumur hidup. Itu tekad saya.
Sebenarnya tentulah saya takut
kerana di negara kita purata kematian akibat kemalangan jalan raya pada setiap
hari adalah 18 orang!
Perjalanan mengambil masa
lima jam. Apabila selamat sampai di kampung, ayah masih tidak beri apa-apa
komen. Cuma ayah bertanya kenapa corak pemanduan saya kadang-kadang ke tengah,
kadang-kadang ke tepi.
“Ikut irama lagu dari CD yang dipasang”. Saya
jawab.
Saya berada di kampung
beberapa hari. Saya sempat bawa kereta ke Bandar Jerteh. Saya juga ke Kuala
Besut dan ke Pantai Bukit Keluang. Saya mesti tengok ombak. Tengok Lautan China
Selatan. Mengimbau kenangan lalu. saya pernah muda...
Apabila saya balik semula
ke Muadzam, saya masih ditemani ayah. Ayah duduk relek di sebelah, kali ini ayah asyik bercerita kisah-kisah lalu. Antara cerita ayah ialah dia tidak ada duit masa dia mahu kawini emak saya, kawan-kawannya memberikan dia duit. Masa itu ayah saya duduk de tepi sungai Jerteh. Banyak lagi yang dicerita tetapi saya tidak ingat kerana saya fokus kepada pemanduan saya. konannyalah, he he he.
Apabila tiba di Muadzam
Shah, ayah saya naik bas pulang semula ke kampung.
Saya rasa satu langkah yang
besar telah saya lalui. Sekarang saya mahu pandu seorang diri balik kampung.
Saya percaya saya boleh buat kerana saya sudah bercadang jika ada jalan yang
saya takut tempuhi, saya akan berhenti sekejap untuk tenangkan fikiran di tepi
jalan, he he he.
Namun ayah saya datang lagi
kali kedua. Kali kedua ini ayah saya berkereta ke Muadzam. Kata ayah, ayah akan
memandu di belakang kereta saya. Saya tahu ayah ingin memantau saya. Semasa memandu saya selalu pandang cermin di
hadapan untuk memastikan kereta ayah sentiasa ada di belakang kereta saya. Saya
berasa lucu dengan gelagat saya ini. Namun yang penting saya mesti mencipta
sejarah memandu seorang diri balik kampung!
Apabila saya fikirkan
semula, ia member seribu makna. Makna seorang anak yang takut bawa kereta, dan
makna kasih sayang seorang ayah yang tiada batasannya (walaupun tidak dilafazkan kepada anaknya sudah
dewasa).
Saya rasa syahdu
mengingatkan pergorbanan dan kesungguhan ayah dalam memastikan pemanduan anaknya mencapai tahap `standard’.
Saya sangat terhutang budi
pada lelaki ini. Ayah yang terbaik di dunia.
Dan malam ini, saya berasa ayah saya benar-benar seorang ayah yang hebat, seorang lelaki yang pernah saya kenali dalam kehidupan saya.
Tidak dapat saya bayangkan kalau saya tidak miliki seorang ayah.
Terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kadang-kadang
Home
Labels
- 1000 MAWAR (47)
- Alahai... (25)
- Alam buku (31)
- Berangan... (11)
- Buku untuk dijual (12)
- Catatan peribadi... (43)
- dari skrin... (28)
- FILEM (35)
- Kawan... (35)
- Kebahagian (2)
- Kesihatan (49)
- kewangan (68)
- Kuantan (4)
- Lirik pilihan... (29)
- Mankisue... (15)
- Menyolo... (19)
- NUKILAN RASA (6)
- PENDIDIKAN (19)
- PML (11)
- POLITIK (3)
- Politikus (18)
- PUISI (13)
- Rumahtangga (53)
- SHARIFAH AINI (64)
- Sikap dan sifat (16)
- Untuk dijual (6)