Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, May 31, 2017

Pertanyaan di bulan Ramadhan kawan saya...

"Man, awak rasa macam mana ya, berbuka sorang diri?" Tanya kawan saya tiba-tiba. Saya diam sahaja. Saya tengok muka dia. Tidaklah cantik mana. Mungkin betul dulu pensyarah saya kata bahawa perempuan yang cerdik biasanya tidak cantik. Dan vice versa.

Namun kecantikan sebenar seorang wanita adalah berbudi bahasa dan sabar...

Saya serba salah hendak menerangkannya sebab tentulah huraian saya tidak menepati apa yang saya rasa. Saya rasa biasa sahaja. Mungkin sebab sudah terlalu biasa. He he he.

Kecuali dia yang tidak kawin-kawin, barulah dia rasa. He he he. teruk pemikiran saya.

Untuk memasak, memang saya tidak ada  masa dan tidak ekonomik. Memasak untuk makan seorang diri tidak ekonomik kepada sesiapa pun. Begitulah pendapat saya.

Dan saya dengan bersusah payahnya membeli makanan di bazar ramadhan. Susah payah yang saya maksudkan memang susah nak cari gerai yang menutup makanan mereka. Menutup makanan adalah syarat pertama saya. Namun ikut makanan juga, kalau yang dah digoreng dan dibeli terus, panas-panas. Tidak perlu tutup.

Namun posting ini pasal apa yang saya rasa bila saya berbuka seorang diri.

Susah saya nak jawab kecuali yang bertanya itu cuba buka seorang diri.

Cubalah...baru rasa kan?



Berbuka puasa 2017

HARI PERTAMA

Pada hari pertama puasa, saya berbuka di rumah kakak. Kakak tanya saya nak makan apa, saya jawab saya nak makan ayam.

Puasa tahun ni lain sikit. Lain sebab saya akan makan nasi. Sudah dua tahun saya tidak makan nasi. Tiba-tiba saya rasa saya nak makan nasi pada ramadhan ini.

Saya berbuka dengan keluarga kakak saya. Dan saya dapati ada pulut lepa, ada murtabak, ada roti jala dan ada lagi kueh lain. Saya suka makan pulut lepa. Pun begitu saya makan juga murtabak.

hARI KEDUA

Hari kedua saya berbuka seorang diri di rumah saya, Seribu Mawar. Saya beli nasi minyak. Saya lihat ayam kerutuk dia, RM6.50 satau. Naik RM2 berbanding tahun lepas. Tahun lepas hanya RM4.50. 

Saya tidak berkira sangat sebab saya puasa. Namun ada terdetik di hati saya, mampukah kalau saya berkeluarga?. Jawapannya adalah mungkin mampu dan mungkin tidak mampu. Tiada kepastian, tiada ketentuan.

Bila waktu berbuka, saya sengaja keluarkan piring yang paling mahal. saya tidak mahu makan dalam bungkusan kertas nasi. Saya hidang ala mengada. Siap pisau, sudu dan garpu...(walaupun sebenarnya saya akhirnya makan pakai tangan sahaja).

Saya dapati nasi  minyak tersebut tidak sangat sedap sebab menggunakan beras murah. Lauk ayam kerutuk tersebut juga agak tawar di lidah saya... Teruk saya kan? Asyik kritik sahaja.

Namun seperti biasa saya berjaya habiskannya dengan cemerlang.

HARI KETIGA

Hari ketiga sa berbuka di Muadzam. Saya beli nasi kukus di bazar ramadhan. Nasinya banyak, ayamnya boleh tahan tetapi sambal dan kueh nya `kureng' sikit. Maksud saya saya pernah makan nasi kukus yang lebih sedap.

Saya sangat kenyang sebab nasi sangat banyak. 

HARI KEEMPAT

Hari keempat saya hanya beli nasi dan ikan goren biasa. Harganya RM4 sahaja. Saya terkejut sebab murah. adakah saya handsum? Tentulah tidak jika gambar tidak di edit.

Namun mungkin ikan tersebut kecil dan agak hancur...

Saya tidak beli lauk lain kerana kawan saya sudah beri lauk. Dia masak gulai lemak daging salai. Kawan saya tersebut beri dalam jumlah yang banyak, menyebabkan saya tidak perlu beli lauk lain.

Saya juga makan dengan sambal yang diberikan oleh seorang kawan yang lain pula...

Terima kasih kawan-kawan...




Tuesday, May 30, 2017

Tidak semua orang berpelajaran tinggi cerdik dalam kehidupan...



Adakalanya beliau bukan sahaja tidak menyumbangkan apa-apa pada orang ramai, malah kehadirannya menyusahkan orang ramai...pula.

Wednesday, May 24, 2017

Saya tukar tayar... 4 sekaligus

Walaupun sudah membawa kereta masuk tahun ke lapan, subjek kereta masih mengerunkan saya...

Minggu lepas entah kenapa tiba-tiba saya rasa sangat bimbang akan keselamatan diri saya. Ia muncul di fikiran apabila/semasa saya sedang memandu balik dari kampung menuju Kuantan. Sebabnya saya rungsing sudah lama saya tidak tukar tayar kereta, agak-agak adalah lebih kurang tiga tahu.

Dalam perjalanan balik kampung tersebut, saya bertekad mahu tukar tayar kereta. Amat bahaya jika memandu jika tayar botak. Saya diberitahu oleh Ja. Dan saya juga diberitahu jangan kedekut apabila membeli tayar.

Kata-kata dari kawan saya, ada tayar yang mahal dan ada yang murah harganya. Ya, saya tahu, saya sudah beberapa kali menukar tayar sebelum ini. Dan apabila saya mahu tukar tayar, pasti terkejut pomebn tu melihat tayar kereta saya sudah botak dan sudah keluar benang. Dan apabila cina itu menunjukan benangnya, terus saya berfikir kenapa ada benang dalam tayar?. Emmm...

Saya guna dua tayar jenis Mecheline di hadapan dan di belakang saya guna dua tayar Dunlop. Sebab nya saya tukar tayar tersebut secara berasingan...

Namun kali ini saya tukar keempat-empat tayar. Entah tayar apa jenama, sukar nak sebut tetapi tayar itu berharga RM275 sebijik...

Jadi saya memerlukan lebih dari RM1K untuk tayar tersebut. Jawapan dari mana saya dapat duit tersebut adalah dari kad kredit saya. Saya bersyukur saya ada kad kredit (sudah 16 tahun). Setia pada Maybank. Tidak pernah ada masalah....syukur lagi.

Saya sedar saya dilahirkan sebagai buta kereta. Payah untuk saya memahami kereta. Samalah payah saya belajar matematik tambahan. (Sehingga kini saya masih lagi tidak faham kenapa sudah ada matematik, kena ada matamatik tambahan pula. Mungkin sengaja nak cari payah.).

Kereta saya sudah masuk tahun yang ke lapan usianya. Saya mula berfikir untuk menggantikan viper kereta kerana kawan saya beritahu viper kereta mesti ditukar. Sepanjang 8 tahun pakai kereta saya tak pernah tukar viper kereta saya sebabnya saya ingatkan tak perlu tukar...he he he.

Saya akan tukar viper tersebut tahun depan sebab kereta saya masih boleh digunakan...

Tuesday, May 23, 2017

Minat, membaca dan minat membaca...

Saya terhutang budi pada ayah saya kerana daripadanyalah minat membaca saya tumbuh. Sedari kecil saya lihat ayah saya membaca, sehinggalah kini apabila keadaan kesihatan tidak menyenangkan, beliau masih lagi membaca...cuma kadarnya kurang.

Membaca memerlukan bukan sahaja penghayatan tetapi penilian. Otak akan berkerja keras untuk menghadam walaupun pada satu idea santai. Sebabnya istilah `santai' itu juga berbeza pada setiap orang.

Sukar bagi saya untuk mengupas kenapa saya minat membaca walaupun saya sibuk. Membaca membawa saya ke dunia luas. Dunia orang lain... membaca memberi kekuasaan dan kebebasan...

Harga buku memang mahal. Tetapi oleh kerana minat saya membelinya juga sebab minat akan membuatkan kita menghabiskan duit yang besar. Jadi tidak timbul harga buku mahal apabila kita sudah minat. minat menjadikan duit tidak berharga...he he he.

Dan sesiapa yang minat membaca, ia adalah satu kelebihan baginya.

Wednesday, May 17, 2017

Kad hari lahir dari Z

Kad `baju'
Terima kasih atas kiriman kad unik tersebut, tidak ada kata yang bisa saya tulis untuk gambarkan perasaan suka saya. 
Saya berdoa Z sentiasa sihat sejahtera selalu...dan dilindungiNya.

Maaf saya tidak tahu nak tulis apa, hanya tuhan sahaja yang tahu...

Tuesday, May 16, 2017

Kehilangan gigi bongsu, pembedahan kecil di klinik kerajaan dan rupa seorang doktor

Image result for myth about dentistry
Sekadar hiasang...


Hari ini saya diberi MC. Ditemani oleh sahabat Adnan, saya ke Klinik Gigi Muadzam Shah. Saya cabut gigi geraham bangsu saya.

Dua minggu lepas saya jalani pembedahan kecil dan doktor muda (yang baru lapan bulan bertugas) tersebut beritahu apabila surut bengkak, saya harus datang untuk cabut gigi gerham tersebut. Katanya  gigi tidak boleh cabut jika dalam keadaan sakit dan bengkak.

Namun apabila bengkak surut, saya pula sibuk dengan aktiviti-aktiviti harian yang lain. Ada sahaja perkara yang harus dibuat... He he he. Saya ke sana-ke mari kerana kerja demi sebuah kehidupan.

Sebelum gigi dicabut saya dicocok dua kali untuk dimasukan ubat bius. Ia tidaklah sesakit semasa saya dicocok untuk pembedahan kecil di mana mengalir air mata saya menahan sakit. Saya tahan jua sebab malulah depan doktor muda-muda. Ada beberapa orang doktor memerhatikan kerja doktor tersebut yang baru lapan bulan bekerja.

Saya mula berfikir dalam umur 47 tahun inilah saya mungkin bermula dengan episod-episod kehilangan gigi. Semuanya ada langkah pertama. Saya percaya seperti orang yang kita sayangi di sekeliling kita, gigi juga tidak akan kekal lama bersama kita...

Image result for myth about dentistry


Saya merasai kehilangan gigi ini sebaik sahaja dicabut kerana sebelum ini saya dan seorang doktor klinik swasta (di pekan) berusaha untuk menyelamatkan gigi ini. Sehingalah episod bengkak surut-bengkak surut berlaku, di mana saya sudah tidak tahan dengan episod begini lantas ambil keputusan untuk cabut gigi ini.

Sebenarnya sebaik manapun kita jaga gigi kita, melalui faktor umur kita akan kehilangannya. Yang kita dapat hindar ialah kehilangan gigi pada usia muda. Ini pendapat saya (pendapat bukan doktor).

Sebelum ini apabila bengkak jika tak ada masa jumpa doktor, saya ambil ubat surut bengkak, tahan sakit dan antibiotik. Saya minta sendiri di Klinik. Saya ubati sendiri bengkak saya, sehinggalah doktor di Klinik swasta di Kuantan (Klinik Chan) beritahu bengkak saya jadi keras sebab banyak makan ubat antibiotik. Dan saya disarankan supaya buat pembedahan kecil di Klinik kerajaan.

Pengalaman saya, kita dapat tanya doktor dan berborak untuk mengetahui apa yang mereka akan buat terhadap gigi kita. Mereka beritahu dengan penuh maklumat apa yang terjadi pada gigi kita dan apa alternatif yang boleh dilakukan demi kesihatan gigi dan mulut kita. Tak perlulah takut.

Huh! Last-last klinik kerajaan juga akhirnya...he he he. Tetapi pengalaman saya cabut gigi di klinik kerajaan amat selesa dan nyaman. Doktor dan kaki tangan ramah. tempat menunggu selesa, siap teleyvision lagi, cuma rak pamiran dan rak buku majalah agak uzur dah. Boleh tukar dah tu. He he.

Saya percaya kos perubatan di negara kita antara yang termurah. Kita patut sangat bersyukur dan segalanya tak perlu salahkan kerajaan.

Sebelum itu gigi saya ini (kembali pasal cerita gigi|), sudah lama ditapung (ditampal), bila berusia baru bermasalah. Mungkin tapung (tampal) bukan penyelesaian, sebab dalam jangka panjang gigi tersebut perlu juga dicabut...(saya berpendapat).

Doktor yang mencabut gigi saya memang muka dan perwatakan `gaya' seorang doktor. saya dan sahabat Adnan bersetuju muka kita dan perangai kita mempengaruhi jenis kerja kita. Yalah kan kalau muka macam papan lapis tak kanlah nak jadi hero drama petang-petang... Lainlah muka macan Fattah atau Farid Kamil (nak jugak sebut nama Farid Kamil).

Saya menulis posting ini semasa makan di Tong Villion Hotel. Selepas dapat MC, selepas saya maklumkan kepada pejabat, terus saya balik tido di rumah untuk meredakan darah tinggi saya. Lewat petang barulah saya keluar cari makan sebab lapar sebab tidak ambil `lunch'.

Sambil makan saya teringat tentang pembedahan kecil saya dua minggu lepas. semasa cocok jarum saya mengalir air mata sebab sakit sangat. Ianya jauh lebih sakit berbanding dengan cabut gigi. Semasa cabut gigi saya tidak menangis dan tidak perlukan ubat tahan sakit. Saya boleh tidor dengan lena. Tidak seperti lakukan pembedahan kecil, masa bius saya menangis dan masa selepas pembedahan kecil saya menangis kerana sakit...apabila ubat bius hilang. Saya terpaksa makan ubat tahan sakit.

Jadi saya buat kesimpulan, cabut gigi tidak sakit. Malah tidak terasa pun sebab sel-sel telah dibius mamai.

Sekian sahaja, saya mahu ke Tunas Manja, nak beli roti...






Monday, May 15, 2017

Program Berselawat dan Karnival Rakyat, Felda Keratong 01



Saya berbesar hati, bersama Khairul surbaini dapat hadir ke program ini...

Ini karnival rakyat yang seronok. Dah lama tidak lihat acara tarik tali, lari dalam guni dan bawa motosikal lambat. Juga ada acara rebut kerusi.

Sangat bagus, masyarakat FELDA masih teguh dengan hidup bermasyarakat dan kejiranaan. Mereka hidup dalam masyarakat yang sebenar-benarnya.

Tak macam kita, sebulan dua kali jea tegur jiran. Konon urban sangat laaa tu...

Maaf, mengata. He he
Rebut kerusi

Friday, May 12, 2017

Saya tahu kawan saya akan bercerai melalui FBnya...

Image may contain: text

Bila baca FB kawan-kawan yang sudah berkahwin, yang suka luahkan rahsia rumahtangga mereka, saya rasa tidak selesa. Saya juga rasa pelik. Rasa menyampah.

'Seorang isteri sepatutnya pandai memasak' , jika ditulis oleh suami dan ditek kepada isterinya, dan si isteri pula balas `sepatutnya suami yang masak dalam islam'. Kita sedar apa isunya di sini.

Semua rumahtangga ada cabaran dan kelemahannya. Kisah ini bukan kisah dalam novel (novel Melayu) yang indah-indah sahaja, banyak pahit manisnya. Banyak yang gagal dengan berjaya.

Namun adalah lebih amat baik, beberapa perkara peribadi tidak dipostkan di FB. Bukan semua harus diFBkan...

bersambung...


Masih ada ruang untuk membaiki diri dan kehidupan...


Setiap manusia cerdiknya tidak sama, juga keupayaan untuk melihat atau mengjangka masa depan. Akal berbeza. Namun begitu kata orang...sebagai manusia kita sentiasa ada ruang untuk membaiki diri dan kehidupan, dan segala-galanya.

Perbaiki diri dan jujur pada diri akan memajukan kehidupan kita.

Ayat `sudah terlambat' sebenarnya bukanlah merupakan noktah. Bukan bermaksud untuk tidak perlu lakukan apa-apa. Sebabnya? Sebab kebijaksanaan dan keutamaan seseorang berbeza.

Yang paling penting adalah motivasi. Sesiapa yang hilang motivasi sesungguhnya berada dalam kerugian. Sesiapa yang merasai cita-citanya sudah tercapai juga berada dalam kerugian kerana sentiasa ada ruang untuk membaiki diri dan kehidupan. sentiasa...

Image result for never give up
Add caption

Kita kena jadi CEO juga dalam rumahtangga kita...





boleh kita aplikasikan dalam rumahtangga kita juga...kan?




Thursday, May 11, 2017

Muka surat pertama

Setelah sekian lama berkabung, Abang mula menjenguk dunia yang abang tinggalkan...

Abang terdetik untuk menulis tentang cinta, apabila melihat sepasang merpati. Bukan kisah cinta kita tetapi kisah cinta Abang...pada adik.

Abang terniat untuk menulisnya setelah melihat sepasang merpati memadu kasih di stesyen LRT...

Keluarga kita...kita jaga


Kebanyakan senjata berada di dapur...






Friday, May 5, 2017

Adakalanya macam kaca...






Hati tidak mendengar langsung! (Aku untukmu...)

Image result for CD boneka sheila majid


Semalam saya pra dengar lagu Sheila Majid, `Aku untukmu', dari album terbaru `BONEKA'.

Terus hati saya terbayang bekas kekasih saya... He he he. Soal berkasih sayang, hati saya pernah  tidak lelah. Dia (hati) muda dan bergelora.

Saya memang berhajat untuk mendengar lagu baru Sheila Majid. Bukan kerana suaranya semerdu Datuk Sharifah Aini, tetapi suaranya sangat sesuai dengan jenis lagu yang dinyanyikannya. Lagu yang bertahan lama dalam jiwa.. Jiwa saya yang pelbagai.

Saya menjinakan hati saya tapi dia tidak pernah mahu jinak. Dia tetap keras. Saya mahu dia dengar nasihat saya..tapi dia tidak pernah mahu mendengar...

Dia hanya tahu bersetia...

Maka saya tidak boleh buat apa-apa...





Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home