Saya pengguna tegar LPT2. Kini sesekali sahaja saya balik menggunakan jalan `jalan pantai'.
Saya dapat bezakan perjalanan jauh saya dahulu berbanding dengan perjalanan saya sekarang. Tiada masalah di LPT2 ini kecuali ia membosankan. Namun itu tentulah kegagalan saya menceriakan perjalanan saya.
Pemain CD di kereta saya pula sudah tiga tahun rosak. Saya hanya mendengar radio, namun benci jugak dengan gelagat sesetengah penyampai yang buat lawak dan ketawa sendiri. Tetapi tak apalah mungkin itu cara mereka cari makan.
Memandu dalam waktu yang lama sangat memenatkan, mengantuk dan membosankan. Namun LPT2 ini memberi kesenangan yang besar kepada saya. Saya boleh memotong dengan selamat dan saya dipotong dengan selamat.
Saya tidak ada keperluan setakat ini untuk membuat perjalanan pada waktu malam. Saya masih lagi memilih waktu siang dan berpendapat jika ada apa-apa yang tidak diingini biarlah pada waktu siang. Panjang sikit langkah dan akal saya.
Bukan saya takut hantu tetapi saya lebih rasa selamat menjalankan perjalanan di waktu siang. Saya tidak percaya langsung hantu menyebabkan kemalangan. Malah bagi saya sangat kolot dan mengarut.
Kawan saya ada beritahu di sesetengah tempat adalah tempat `keras'. Saya tergelak dalam hati. Saya dah lali dengan cara manusia menyalahkan hantu dalam banyak hal dan kejadian, padahal mungkin merekalah yang `hantu'nya. He he he.
Saya memandu seorang diri, jadi amat munasabahlah saya rasa bosan dan mengantuk. saya ada berhenti di RnR tetapi keadaan RnR ini baru beroperasi, tidak menarik lagi. Mungkin pada masa hadapan ia akan lebih menarik untuk saya berhenti.
Saya dapati banyak juga kemalangan yang berlaku di LPT2 ini. Kemalangan yang terjadi mungkin kerana faktor pemanduan dan keadaan fizikal lebuhraya itu sendiri, bukannya disebabkan hantu-hantu yang berkeliaran.
Saya tetap berpendapat LPT2 ini banyak manfaatnya, Sebab tulah apabila muncul isu LPT2 patut ditutup, sekali lagi saya rasa nak tergelak, kecewa dan rasa nak pindah duduk di Afrika...
No comments:
Post a Comment