Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, April 29, 2009

Muka tu penting!

Saya percaya yang muka saya tak layak untuk dimuatkan sebagai cover majalah. Kalau nak dibandingkan dengan Brat Pik, Tom Kurus atau Farid Kamil ibarat membandingkan gelas dengan cawan... Namun saya yakin rupa saya taklah buruk sehingga orang tak selesa atau benci. Saya ambil kesimpulan muka saya tidak handsome dan `sedang-sedang' sahaja iaitu dalam grade C+ (kalau nak dikatogerikan...).
Namun saya percaya muka mempunyai `kuasa' yang besar dalam kehidupan seseorang manusia. Secara terus terang ayah saya beritahu ketika saya dilahirkan dia terus melihat muka saya dahulu, kemudian barulah melihat kecukupan jari kaki dan tangan saya, akhirnya barulah melihat kemaluan saya yang kecil (pada masa tersebut).
Saya percaya muka penting, walaupun di sekeliling saya kawan-kawan nyatakan kononnya apalah pentingnya sangat rupa berbanding dengan budi bahasa, saya tak terpengaruh. Sepanjang perjalanan hidup saya selama 39 tahun (hari ini genap 39 tahun, selamat hari lahir untuk diri sendiri) banyak kejadian di depan mata saya dan saya alami sendiri memperlihatkan rupa itu penting...saya tak nak hipokrit.
Perangai sukar diubah tetapi masih boleh diubah sedikit-sedikit, namun muka hanya boleh diubah melalui pembedahan. Kalau simenteri muka tak sama, mungkin memerlukan pembedahan major. Jika hanya sedikit bolehlah ditutup melalui make up...
Kakak saya pulak seorang optimis... semasa dia di tingkatan 5 dia ada beritahu saya muka dia tak komersial so dia sedar diri dan sebab itulah dia belajar rajin-rajin. Apabila dia nak masuk Universiti Utara Malaysia mak saya membekalkan dia sebatang licu (lipstik), namun dia kata ``Tok payohlah mok, orang nok gi belajar bukan melawa''. Namun selepas balik daripada cuti semester pertamanya saya perhatikan dia mengambil beberapa batang licu mak saya untuk dibawa ke UUM...he he he.
Atas kesedaran rupa itu pentinglah saya tak nak hipokrit, saya selamba mencapai barangan clinique yang beratus ringgit harganya tersebut. Saya beli yang asas sahaja, yang special treatmeng mahal sangat. Jurujual tu pulak sibuk mendetailkan kecacatan atau keburukan kulit muka saya yang kononnya tak cukup oksigen dan macam-macam lagi, huh!. So saya belilah sebab bukannya saya nak handsome tetapi saya fikir biarlah tak handsome tetapi kulit muka bersih dan tulus, ada sinar gitu kononnya...(pulak dah).
Saya teringat pulak kisah seorang budak perempuan bernama Yang Peiyi yang berusia 7 tahun ditarik keluar daripada menyanyi di upacara pembukaan summer Olympics di Beijing. Dia digugurkan kerana `Chinese officials judged her to be not good-looking enough'. Tempatnya diganti dengan Lin Miaoke umur 9 tahun yang cute miut, comel lotea gitu untuk buat ` lip-synched' bagi pihak Peiyi. Terus budak Lin Miaoke tu jadi terkenal sehinggalah kebenaran itu diketahui...terbongkar.
Dan lebih parah lagi... Pengarah muzik pada masa tersebut menyatakan ` the deception was "in the national interest," because they wanted to "put forth the perfect voice and the perfect look."...
Jan: He he he, balik kerja nanti nak guna semula clinique cream anti ageing yang dah lama sebek di dalam laci...he he he.

Tuesday, April 28, 2009

Takkan Melayu hilang di dunia...

Ni bukan cover CD tu, CD tu cover Kak Pah bersanggul dan ada terjurai mengurai rambutnya.


Ini adalah antara berpuluh lagu dalam CD Sharifah Aini yang saya tak sempat beli. Lagu ciptaan KRU ini bertajuk Takkan Melayu hilang di dunia, lagu rentak tradisional. Dimuatkan dalam CD TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA yang condong kepada konsep album tradisional (atau kini lebih dikenali Irama Malaysia).


CD kompilasi yang dikeluarkan pada tahun 1999 ni berentak asli, zapin, keroncong, Melayu deli, sentimental dangdut dan ala Hindustan.


Lagu-lagu lama best jugak kalau layan. Lagu lama ni terdiri daripada Burung Pungguk, Sri Mersing, Hiburkanlah Hatiku, Bunga Tanjung, Di Pinggir Kayangan, Jalak Lenteng dan Teratai (rakaman live dalam konsertnya di DBKL, 1995).
Dewasa ini ramai yang tak suka lagu tradisional, terutama golongan remaja mereka lebih suka lagu yang melompat-lompat atau `kekeng soyok'. Namun tak apalah muzik adalah pelbagaian, boleh dengar yang mana satu yang kita suka. Kita tak boleh halang kesukaan orang. Cuma warisan jati diri kita, kenalah jugak kita jaga, takut lagu Melayu pupus. Kalau kita tak rakam semula nescaya boleh hilang gitu je...


Khabarnya lagu Takkan Melayu Hilang Di Dunia ni disusunan muzik dibaiki (digubah) semula Eddie Marzuki dan Firdaus. Yalahkan, kalau Kak Pah yang nyanyi kenalah ada stail dan cara alunan yang tersendiri. Bukan pakai beri je lagu tersebut, lepas tu hembus. Gamaknya sebab tulah lama kelamaan banyak lagu Kak Pah jadi malarhijau (evergreng).


Lagu-lagu lain yang ada Patah Hati, Fatwa Pujangga, Seroja, Burung Putih, Tinggallah, Keresahan, Kisah Yang Lalu, Kenang Daku Dalam Doamu, Pujaan Hatiku, Airmata Kasih dan Seri Dewi Malam.
Saya kecewa sebab lagu Gunung Banang dan sayang Musalmah tak ada... Lagu asli Gunung Banang sedap dan merdu didengar. Saya boleh layan lagu tu bejam-jam. Sepatutnya ada dalam album ni. Walaubagaimana pun album TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA adalah khazanah perjuangan Kak Pah selama 30 tahun bersama muzik tradisi.


Jan: Bayangkanlah nilai album sebegini dalam tempoh 50 tahun akan datang...

Nama merah...

Huh! Terkilan rasa, entah apa-apa... Bukan saya nak emosi tapi tuhan je tahu rasa hati ni. Lewat petang saya terima sms daripada seorang kawan saya. Kawan lama, kawan yang saya kenali sebelum saya jejak kaki ke negeri Pahang lagi. Kawan baik. Sekarang mungkin saya boleh katogerikan kepada kawan yang` pernah' baik, he he he.
Dia sms saya beritahu jangan sms dia selepas pukul 1o malam. Sebabnya takut bini dia syak. Saya terpinga tapi saya sempat balas smsnya kata `saya faham...' tanpa saya tanya kenapa. Saya kenalah faham kan. Nanti apa pula mereka akan kata... he he he. Tapi dulu tak begitu... pukul 2 pagi pun dia sms saya. Kenapa ya kini larang saya sms?
Kalau dia minta saya tak sms dia langsung pun saya faham, itu hak dia. Cuma saya rasa pelik sebab ianya tiba-tiba dan bila sya sms dia pun bukannya tanya apa-apa, cuma tanya khabar anak bini dan kampung halaman. Sebab kita pernah jadi kawan baik.
Saya terpaksalah fikir positif, mungkin sekarang rumahtangganya dalam krisis di mana isteri dia dah tau hubungan sulit lagi menyulitkannya...he he he. Mungkin isterinya pantau sebaik sahaja bunyi sms, bini dia curiga. Tapi tak kan begitu sekali kot. Mungkin sekarang hp dia tak boleh berbunyi selepas pukul 10 malam. Saya tahu dia takut bini (tapi tak takut makan luar)...
Saya ada juga beritahu Ja mengenai teori positif saya ni sebab saya kata kami kawan baik, tak kan dia dah lupa saya. Pernah masa dulu nak cari akar kayu kat kampung bila sampai kat paras air sungai yang dalam dia je yang pergi ambil untuk saya kerana saya tak pandai berenang... Dia suruh saya tunggu tepi sungai je. Oh ya Ja setuju dengan teori positif saya tu. Jangan fikir negatif tak kanlah dia lupakan jasa saya masa dia dapat interview dulu. Malaslah nak mengunkit nanti apa kata pembaca saya, he he he.
Saya faham bila malam tentulah nak rehat, ada yang nak bersetubuh, nak membaca, nonton TV dan lain-lain. Saya sendiripun pun melarang student call atau sms waktu malam. Saya nyatakan kepada pelajar saya tolonglah biarklan kehidupan malam saya corak sendiri.
Pun begitu saya ada juga bersms dengan kawan-kawan bila malam. Saya sms kawan-kawan baik saya terutama yang dah `ranum', mungkin mereka taklah sibuk seperti yang dah ada keluarga (atau saya silap?).
Jankaulu: Namamu kini kugaris merahkan...!

Monday, April 27, 2009

TINGKATAN 6 VS DIPLOMA: Suatu renungan...

Penulisan ini adalah tindakbalas daripada penulisan yang berjudul ` TINGKATAN 6 VS DIPLOMA’ yang dihasilkan oleh `asmadiabdulrahman.blogspot.com', (Monday, April 20, 2009). Pada hemat saya, penulisan beliau mempunyai nilai yang baik dalam membuka minda kita untuk menyoroti perubahan dan hakikat dalam sistem pembelajaran terkini yang kita ada, yang kita terlibat secara langsung.

RASA BERTUAH

Sebagai bekas pelajar tingkatan enam (selama 2 tahun) dan bekas guru tingkatan 6 (selama 5 tahun di Pusat Pendidikan Yayasan Islam Terengganu, Cawangan Besut), saya terpanggil untuk membuat sedikit komentar secara peribadi mengenai kedudukan tingkatan 6 sebagai suatu rantaian yang rapuh dan juga galak tumbuhnya pengajian peringkat diploma di kolej-kolej swasta.

Saya berasa bertuah kerana berpeluang dan berjaya melepasi `tangga-tangga’ ke menara dengan melalui sistem ini, iaitu sistem bertingkatan 6. Bertambah bertuah saya kerana mempunyai pengalaman selama lebih 5 tahun menjadi pensyarah di sebuah kolej yang terkenal dan cemerlangnya iaitu Kolej Shahputra, yang pada masa itu rata-rata mengendalikan program di peringkat diploma.

SAYA PECAHKAN

Untuk mengupas secara lebih lanjut saya pecahkan pernyataan yang dikeluarkan oleh Azam Md Atan (Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pengetua Malaysia) kepada beberapa bahagian:
1. Pelajar di tingkatan 6 bertuah malah sebelah kaki terjamin ke IPTA.
2. Mereka juga lebih bersedia sebelum meneruskan pengajian di universiti kerana sudah mendapat pendedahan awal di tingkatan 6.
3. Pelajar yang memilih mengikuti pengajian peringkat diploma di Ipts berbanding tingkatan 6 itulah merugikan masa belajar mereka.

Pernyataan yang dibuat boleh dipertikaikan, saya hairan seolah-olah beliau tidak mendasari falsafah pendidikan dan inovasi perubahan cabang-cabangannya dewasa ini. Secara purata kedudukan sistem bertingkatan 6 masih ditakluk lama, dan mungkin pupus melalui masa. Tiada pembaharuan yang dijalankan, tidak glamour dan tercicir. Fokus tidak diberi oleh Kementerian Pendidikan, setelah berpuluh tahun tiada pembaharuan walaupun sebenarnya ia dianggap utama dan lebih berprestage berbanding dengan sistem bertingkatan 5 (SPM).


TIDAKLAH BERTUAH MANA…

Semasa bertugas sebagai guru tingkatan 6, penglibatan saya dalam mata pelajaran Pengajian Am membawa saya bermusyuarat sehingga ke peringkat daerah. Sebelum sesuatu mesyuarat dijalankan secara tak langsung ramai guru-guru di tingkatan 6 semasa itu khuatir akan STPM tidak dapat dilalui pelajar untuk menerpa kejayaan kerana ramai pelajar tidak mempunyai kelayakan yang tinggi untuk menghadapinya.




Kelayakan untuk menempatkan diri ke tingkatan 6 rendah adalah minima sahaja, sedangkan pengajian di tingkatan 6 adalah sukar dan sangat menyeluruh asasnya (malah peperiksaan STPM adalah diiktiraf antara peperiksaan paling sukar di dunia). Dengan kata lain STPM terlalu sukar untuk mereka. Maka tidaklah dikira bertuah sangat apabila seseorang pelajar tersebut mengambil STPM.

DUNIA POSITIF

Semasa bekerja di Kolej Shahputralah pemikiran saya telah berubah, iaitu saya lebih positif terhadap dunia pendidikan yang diswastakan. Malah acapkali saya fikirkan jika kawan-kawan saya memasuki IPTS dan membuat diploma kemungkinan besar mereka akan berjaya di dalam pelajaran. Semasa di tingkatan 6, hanya 6 orang daripada kawan-kawan saya yang berjaya memasuki IPTA dengan menggunakan STPM (IPTS pada tahun-tahun 1980 an masih lagi asing bagi kami di kawasan pantai timur).

Ramai kawan-kawan merupakan pelajar yang tekun dan rajin, namun mereka gagal mendapat 5P. Saya terfikir, kalaulah kerajinan tersebut dilakukan di peringkat diploma tentulah mereka akan berjaya, apatahlagi pensyarah-pensyarah kolej Shahputra sangat mengambil tahu dan mengambil berat mengenai pembangunan pelajaran pelajarnya. Itulah bisikan hati saya.


TIDAK MERUGIKAN MASA
Belajar dalam mana-mana bentuk atau sistem tidak merugikan, begitu juga umur bukan halangan. Rezeki dan daya penakulan terhadap pembelajaran berbeza, oleh itu adalah suatu pernyataan yang negatif jika menyatakan pembelajaran di IPTS melalui diploma ataupun sijil adalah membuang masa. Pembelajaran adalah proses sepanjang hayat…dan proses yang dipilih itu mestilah yang terbaik dan terdaya mengikut faktor dalaman dan luaran pelajar masing-masing.


Dan dewasa ini faktor luaran seperti adanya tanggungjawab pihak swasta untuk pembangunan negara melalui pendidikan, maka kita haruslah memahami penglibatan pihak swasta dalam dunia pendidikan bukanlah objektif wang semata tetapi seakan mengambilalih/menerima sedikit tanggungjawab yang dipikul oleh kerajaan.

Kenyataan yang dibuat oleh seorang yang mempunyai kedudukan yang tinggi ini dikhuatiri akan memberi impak yang lebih jauh terutama dari segi merapatkan jurang pengetahuan dan pendapatan antara kaum. Satu Malaysia tidak akan tercapai jika kita tumpukan kepada suatu saluran sahaja. Jika rata-rata yang memasuki sistem pembelajaran tingkatan 6 terdiri daripada Melayu yang cukup makan, dan akhirnya gagal…(kejadian yang saya rasa banyak berlaku di seluaruh kawasan pendalaman di Malaysia…Kementerian Pendidikan sila buat kajian!) maka kesannya lebih parah kepada perpaduan kaum dan keamanan negara.

PENDAKIAN YANG LEBIH TERANG

Adalah lebih baik mereka mengikuti pembelajaran yang lebih berstruktur, lebih fokus dan pelbagaian yang dijalankan oleh kolej yang memahami dasar pendidikan negara. Contohnya pembelajaran diploma melalui kolej Shahputra yang diusahasama dengan UITM. Para pelajar memang belajar silibus yang sama dan peperiksaan sama. Mutu pembelajaran tidak dapat dipertikaikan kerana diawasi dan dipandu dengan berskala dan berjadual.

Pendedahan awal untuk memasuki universiti juga boleh didapati di peringkat diploma, malah lebih terbuka dan terkini, lebih luas liputan disiplin pembelajarannya berbanding dengan proses pembelajarn di tingkatan 6. Pelajar yang mahu menyambung pelajaran di peringkat ijazah amat dialu-alukan oleh pihak UITM. Oleh itu saya juga keliru dengan pernyataan yang dibuat oleh Yang diPertua tersebut.
TIADA YANG TERBAIK?


Namun begitu saya juga tidaklah menyatakan tingkatan enam adalah tidak berdaya saing secara total. Tingkatan 6 juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang tersendiri dan unik, salah satu contohnya perbelanjaan yang termurah untuk ke universiti.


Dan jika pelajar tersebut betul-betul mempunyai daya penakulan yang tinggi (betul-betul power bak kata blog tersebut)), ia memang menyenangkan pelajar untuk belajar di universiti kerana hampir keseluruhan asas telah diajar dengan mendalam (saya rujuk kes pelajar ekonomi yang nak sambung ekonomi di peringkat izajah…). Contohnya semasa saya belajar ekonomi di Universiti Malaya dulu pelajar daripada sistem tingkatan 6 jarang yang kena `tendang' berbanding dengan yang melaluinya dengan diploma.
Tetapi sekali lagi kita kena kembali kepada keadaan dan siapa yang berada di dalam sistem itu, Jika pelajar tersebut merupakan seorang pemalas, letak di mana-mana pun sistem pun mereka tidak akan mencapai kejayaan dan jauh sekali mahu memenuhi falsafah pendidikan negara...

Jan: Teringat bekas kekasihku semasa di tingkatan 6... Bahagiakah kau sekarang? atau dah bercerai berai?

Panas, debunga dan selsema...

Malam tadi saya tidur separuh bogel di atas lantai simen di ruang tamu. Saya bukanlah saja-saja nak berbogel saya bukan artis yang baru nak naik, atau ahli sukan renang. Dan bukannya katil saya roboh. Saya panas...
Malam tadi sama juga dengan sepanjang malam bulan 3 dan 4 nan lalu, panas di malam hari. Bertambah panas sebab rumah saya (rumah sewa) berhadapan dengan terik mentari petang. Dulu bila pukul 10 malam masih panas tetapi sekarang berlarutan sampai ke subuh baru sejuk. Berpeluh badan bila tidur, tak selesa...
Sebenarnya ramai yang mula demam2 dan selsema kerana perubahan cuaca yang ketara. Ditambah pula dengan musim debunga2 berterbangan kat kawasan hutan Muadzam ni. Kepada yang alah kepada debunga sudah pastinya menerima selsema termasuk yang menghidap asthma. Debunga cinta macam mana pulak? (Tu memang tak ada ubat sampai akhirat!).
Saya taklah berasthma, namun selsema hidung berair ni seolah tak nak lepaskan saya, saya tanya kawan-kawan saya `Kalu nak pasang airkong dalam bilik, berapa ongkosnya agak-agak?'
Saya diberitahu adalah RM1000... Emm...kenapa mahal? Dan nanti bil elektrik tentu mahal..., naik mencanak.
Siapa yang bersalah ya? siapa yang bertanggungjawab terhadap pemanasan ni? Pihak mana? Sebabnya tentulah tak selesa mengharungi hidup jika asyik selsema. Bukan nak menidakkan sifat manusia (ya lah pasti ada masa sihat dan tak sihat). Tetapi sesuatu yang boleh dicegah atau dihindari patuh dicegah dan lakukan sesuatu supaya terhindar...
Jankaulu: Salah binatang ke? He he he...

Thursday, April 23, 2009

Jolie dan UNHCRnya...


"We cannot close ourselves off to information and ignore the fact that millions of people are out there suffering. I honestly want to help. I don't believe I feel differently from other people. I think we all want justice and equality, a chance for a life with meaning. All of us would like to believe that if we were in a bad situation someone would help us."


—Jolie on her motives for joining UNHCR in 2001










Jankaulu
: UNHCR = United Nations High Commissioner for Refugees

Mati berulat...

Dalam hidup saya sebagai Mohamad Sukiman Ishak ni, dah hampir 8 kali saya diisukan dengan isu mati berulat. Masa muda-muda dulu taklah terasa sangat tetapi bila dah akhir remaja ni hati mulai mudah tersentuh…(pulak dah). Tetapi orang macam saya ni cepat-cepat tutup terasa hati dan secubanya tukar topik lain meneruskan perbualan… Jawapan saya beripun macam lawak je. Kira macam lindungi kepiluanlah konon.

``Kan nanti awak mati berulat sorang diri dalam rumah tu…’’ Ni phasa ayat yang sering saya dapat. Ya memang kadang-kadang mereka memang tak ada niat buruk pun di dalam ayat tersebut. Mereka pakai hembus je dan saya yakin mereka tidak ada niat buruk. Cuma saya insan biasa terkadang tersentuh hati. Hati saya diperbuat daripada sel tisu yang lembut bukan diperbuat daripada besi perwaja. Bila balik rumah bila menghadap cermin terfikir-fikir juga…

Kalaulah kata-kata itu adalah suatu doa, besar kemungkinan saya mati berulat. Tetapi saya tidak percaya kata-kata itu satu doa. Doa, doalah, dan kalau berdoa mesti bersungguh-sungguh dan kena ada adabnya. Namun isu mati berulat ni saya tau sangat sebab ia adalah salah satu sub disiplen daripada tajuk besarnya iaitu `Bila nak kahwin?, Ja dah nak kawin...’.

Ajal maut dan cara kematian kita, kita tidak mengetahuinya sebab kita insan biasa, semuanya rahsiaNya. Saya rasa yang lebih pentingkan ialah bagaimana kita penuhi hidup yang dianugerahNYa ini. Sama ada kita gembira tak dalam kehidupan ini dan kita ada ke tak buat kehidupan orang lain gembira? Ada tak?

Oleh kerana ia sedikit menganggu fikiran, sya sms kepada salah seorang kawan saya yang selalu berfikiran positif. Dan dia sms balik kepada saya, dia tulis:

Alar, semua orang bila mati sok pun berulat gak..He he… Apa nk susah, dh jasad jer. Sbb berulat lar, tuhan suruh tanam. Bodo betuldia orang ni…

Jan: Tapi hati tetap pilu...sebab dia diperbuat daripada sel yang berperasaan (pulak dah lagi...!!!)

Jom seimbangkan hidup kita...

Semasa bekerja di Shahputra seronok hati sebab boleh pergi girangkan diri jika ada Sure/Jom Heboh, dan sesekali tengok wayang.
Semasa di Jom Heboh dapat lihat banyak gerai jualan yang kononnya dapat meningkatkan ekonomi bumiputra, he he he. Dan kalau nasib malang dapat berjumpa pula dengan artis yang baru nak `selak kain' (artis baru nak naik maksud saya, jangan marah ya, he he he). Ramai anak-anak remaja datang, makcik pakcik yang hadir, hampir semua golongan.
Ada kawan-kawan saya sedikit mencebek kerana saya pergi ke tempat-tempat begitu... Namun saya tidak peduli, saya nak pergi tengok dan girangkan diri, tidak salah rasanya asal kita seimbangkan hidup kita... tak salah rasanya nak berhibur. Saja nak melihat.
Apabila cerita-cerita bersaiz besar keluar, saya tak lepaskan peluang menontong wayang di Megamall. Sebelum itu makan la nasik ayam di birai panggung tu sambil perhati gelagat manusia, ada yang merengek-rengak kat pakwenya. Mungkin pakwenya nak tengok cerita perang tapi makwenya nak tengok cerita romantis. Entah.
Saya pergi dengan kawan-kawan. Seronok tengok wayang sebab kesannya lebih daripada menonton TV. Pergi ramai-ramai seronok walaupun kadang-kadang saya tengok cerita lain (cerita seram), dan kawan-kawan lain tengok cerita aksi ganas. Di panggung wayang khalayaknya lebih terdiri daripada remaja dan akhir remaja macam saya. Sedikit sahaja orang yang berumur datang...
Keadaan di Jom Heboh dan panggung wayang berlainan sekali dengan suasana pamiran buku atau kedai buku. Tidak ramai yang jenguknya. Kalau jenguknya pun hanya sekejap sahaja. Jenguk kerana dalam perjalanan nak ke tempat lain. Tidak menjadikan melawat pamiran buku sebagai antara agenda yang terpenting.
Saya suka ke pamiran buku, bukannya kerana nak beli banyak buku tetapi terkedu dengan buku-buku yang dihasilkan oleh manusia. Bijak juga manusia, ia boleh buat buku! Melihat tajuk-tajuk buku pun saya dah naik stim, maksud saya menarik perhatian hati saya. Banyak judul-judul yang menarik sebenarnya (yang tak mampu saya beli). Terkilang rasa hari tu nak beli buku resepi Air Tangan Tengku Puan Pahang (RM158.60) tapi duit ada RM20 je, he he he.
Suka pergi kedai buku Popular kat Megamall sebab ada juga dijual alatan tulis dan CD. Dan jangan lupa ada juga KFC kat Megamall.
Kehidupan memerlukan keseimbangan, saya cuba seimbangkan kehidupan saya dengan alam sekeliling (seimbang dengan kocek ala-ala kosong saya juga, he he he), maknanya ke Jom Heboh dan panggung wayang saya melata, dan ke kedai buku dan pameran buku saya hadir.
Saya berharap masyarakat kita yang berduyung-dugong ke Jom Heboh atau panggung wayang akan berduyung-dugong juga ke kedai buku dan pamirang buku atau komputer. Semoga suatu hari masyarakat kita akan mencuba seimbang dalam kehidupannya. Sama-sama ya...sama-sama menuju pembangan diri (yang bukan berbentuk material tetapi santapan minda).
Jankaulu
: Pernah beli buku `cara-cara memikat dan merayu', he he he. Huh!

Wednesday, April 22, 2009

Simpan dalam hati segalanya...

Hari jumaat dan sabtu nan lalu saya balik kampung. Mata rindu untuk mahu melihat mak dan ayah. Di kampung mereka hanya tinggal berdua sahaja. Ayah sekarang sibuk menanam lada. Emak macam biasa dengan aktiviti ala kampung yang sesuai dengan usianya.
Sebenarnya selain daripada itu saya ada hajat lain juga. Saya nak mak saya bawa saya jumpa dengan seseorang. Dua tiga bulan ini kesihatan saya tak menentu, hati saya makin berdebar debar dan kadang kala rasa sunyi sehingga bingit telinga. Semasa posting ini dibuat telinga kiri saya masih tidak dapat mendengar dengan baik, rasa bengang je macam masuk air. Malam-malam pun kadang-kadang sampai pukul 5 pagi saya masih tidak dapat tidur, alih badan banyak kali dan terkebil-kebil. Siangnya saya mengantuk, saya pening kepala.
Apabila saya beritahu doktor selain selsema dan hidung berair tidak berhenti, saya juga lenguh seluruh badan, doktor saya kata saya letih kerana kerja banyak dan sekarang cuaca tak menentu dan banyak orang deman selsema. Dah banyak kali saya bertukar ubat atas saranan doktor tetapi saya rasa ubat-ubat tersebut tidak berkesan... Sebab itulah, entah kenapa saya rasa saya perlu balik kampung supaya mak saya boleh bawa saya untuk berubat.
Namun bila sampai ke kampung lidah ini kelu untuk memberitahu emak yang saya ni tidak sihat. Lagipun badan saya segar bugar je. Cuma mak saya perasan saya kurus sikit katanya. Sikit sahaja katanya, he he he. Tak tergamak pula nak cerita kat mak saya yang saya sangat tak dapat tidur lena waktu malam. Bimbang dia rungsing.
Melihat muka emak membuatkan saya rasa biarlah saya simpan dalam hati segalanya. Melihat raut wajah mak menyakinkan hati saya yang dunia ini masih ramai yang baik dan ikhlas, masih ada kasih sayang yang suci dan murni. Yang langsung datang daripada allah... Sudah terasa terubat separuh daripada gangguan kesihatan yang saya miliki. Lagi pun saya tak mahulah nanti saya maki orang yang saya jumpa nanti dalam hati jika dia beritahu `ubatnya kahwin..'.
Namun saya ada juga beritahu keadaan kesihatan saya yang tidak menentu secara minima sahaja. Itupun mak saya sudah risau sangat dan mahu jumpakan saya dengan seseorang. Katanya orang itu akan urut belakang saya dan kepala saya dan baca sesuatu sahaja, tidak lebih daripada itu.
Semakin kita dewasa, rupanya semakin banyak juga perkara yang kita kena simpan sahaja di dalam hati kerana bimbang ia akan mendatangkan kerisauan kepada orang yang kita sayangi. Tidak kiralah anak kita ke, pasangan kita ke atau sesiapa sahaja yang kita sayangi... kita tidak mahu mereka risau...
Jankaulu: ...simpan dalam hati segalanya...

Tuesday, April 21, 2009

Perkahwinan sepupu Ja...





Pada 2ohb yang lalu, saya terheret sama menghadiri majlis perkahwinan sepupu Ja di negeri Sembilan. Sebenarnya selepas menghadiri majis di UNITEN Putrajaya, kami terus menghadiri majlis perkahwinan di rumah pengantin perempuan.
Majlis ini sebenarnya membawa penganting lelaki ke rumah pengantin perempuan. Saya pun tak berapa paham sebab tak pernah hadiri majlis kahwin sangat. Mungkn tempat lain adatnya laian kot.
Ja kelihatan sibuk merakamvideokan majlis tersebut. Tertanya pulak dalam hati sejak bila pulak Ja mahir dalam rakam-merakam ni?. Pun begitu Ja mungkin mengutip pengalaman dari majlis ini, maklumlah harinya pulak akan tiba.
Saya pula buat-buat sibuk memukul gambar, konon wakil belah pengantin lelaki. Nasib baik tak ada orang yang kenal, kalau tak boleh hangus hati dengar pertanyaan berbisa `Awak bila lagi?' atau `Hah, tak kan asyik hadir majlis orang? Majlis sendiri?' atau yang lebih sadis lagi `Tu la memilih sangat, pah ke tua la hadiri majlis orang'...


Jankaulu: Dipelawa oleh Ja utk jadi pengapit, menghargainya tapi menolaknya atas beberapa alasan yang sangat peribadi...

Sunday, April 19, 2009

Pokok-pokok rumah sewa di Muadzam...

1. Semenjak ada kereta, pokok-pokok dalam porch kereta terpaksa dialihkan ke tepi.


2. Pokok kecil besar dialihkan ke tepi longkang. Sebab biar senang kereta nak masuk.


3. Lagipun tak mahir lagi nak bawa kereta masuk ke dalam porch. Nanti terlanggar pasu...


4. Rasa terkilan juga sebab terpaksa alihkan pasu-pasu dan meja kayu yang tersedia indah (kon0n, he he he) depan sliding door tersebut.


5. Jadi di hadapan sliding door tak cantik lagi, kosong semata. Memang hajat nanti bila dah mahir, akan letak dua tiga pasu di depan tu.

6. Nanti bila masuk kereta porch kena slow-slow dan break perlahan sebelum terkena pasu. Kalu terkena maknanya tak mahirlah tu, he he he.


7. Bila kita alih pokok yang dah biasa di tempat teduh ke tempat cahaya terik berlaku perubahan pada pokok, ia tak sehijau mana dan ada yang berbunga, akibat kesakitan kot...

8. Dan kita kena extra carelah juga, sebab terik mentari akan menyebabkan daun hangus kalau tak disirami selalu.


9. Kalau dah diletakan di tengah panas terik, kenalah siram sekurangnya sekali sehari.


10. Saya siram tiap hari biasanya pukul 9 malam. Bila habis berita saya keluar untuk menyiram pokok.


11. Siram pokok malam, best la pokok tu sebab lama tempoh merasa airnya. Kalau siram waktu pagi sekejap la merasa airnya sebab tengahari dah panas.


Jan: Dan baja pun kena lebih kerap sikit...

Friday, April 17, 2009

Ja, akhirnya...

1. Hari jumaat nan lalu saya mengikut Ja ke Kuantan.

2. Ja nak ke bengkel mahu tengok keadaan keprogresan kereta dia yang melanggar babi tempohari.

3. Dan kedua Ja juga nak jumpa kawan-kawan dia untuk beritahu majlis perkahwinan dia, nak beri kad undangan.

4. Saya pulak ikut juga kerana nak tengok perabut di Eng Lai, nak cari CD Sheila Majid (yang terbaru) dan saja nak jalan ke Kuantan jumpa kawan juga.

5. Setelah hajat tak kesampaian (putus tunang...), akhirnya Ja tak serik untuk bercinta lagi, dan bertunang lagi dan akan kahwin pada 2hb 5 ini!.

6. Untuk pihak lelaki majlis akan diadakan pada 9hb di Pekan Pahang.

7. Ja dah wakilkan kepada Azniza untuk teapek kad undangan kat mana perlu dan bersesuaian di KSP.

8. Kepada kawan-kawan datanglah beramai-ramai untuk menikmati opor masakan istimewa Pekan.
Jan: Jumpa di sana!

Di Hari Persandingan Mu... Yusnizar Hussein

Dalam sepi ku terbayang
Wajahmu bermain di mataku
Lantas bercucuran airmata
Berlinangan dipipiku

Mengenangkan peristiwa
Di suatu masa kita berdua
Bermesra dan saling menyinta
Namun perpisahan akhirnya

Betapa sedih betapa pilu
Melihat kau berdua di situ
Bersama duduk di atas takhta
Di hari persandinganmu

Burung-burung pun turut berkicau
Menyanyikan lagu indah
Sanak saudara sekelian yang ada
Semua turut gembira

Selamat ku ucapkan padamu
Semoga kau bahagia dengan pilihanmu
Selamat ku pinta izin pergi dahulu
Membawa diriku ke alam baru

Selamat wahai pengantin baru
Semoga bahagia ke anak cucu
Selamat tinggal oh! sayangku
Semoga gembira selalu


Jan: Layaan...je. lagu ni akan hit selamanya, he he he.

Wednesday, April 15, 2009

Lagi mengenai perihal membaca...

Alasan biasa untuk tidak membeli bahan bacaan

``Awak tak apalah Man, awak tak ada keluarga. Saya ada anak bini, masa mana nak membaca?’’.

Ada antara kawan-kawan saya menggunakan alasan status seperti di atas. Boleh ke kita terima alasan ini? Ya, mungkin mereka sibuk menguruskan anak-anak dan pasangan masing-masing kan. Namun kita tidaklah boleh jadikan alasan seratus peratus, kita haruslah memperutukan masa untuk membaca. Lagipun alasan ini seolah escapizeng…? Kajiselidik yang dijalankan membuahkan hasil iaitu ramai orang bujang trang tang tang juga tidak membaca!. Malah pelajar juga tidak membaca! Siapa nak jawab? He he he.

Budaya tidak membaca kita…

Berapa kerat di antara kita yang gembira dan terloncat-loncat (macam pemain bolasepak di tepi padang yang sedang panaskan diri sebelum sesuatu permainan bermula) apabila mendapat hadiah buku?

Berapa kerat antara kita yang terfikir lebih baik hadiahkan buku sebagai hadiah untuk hari jadi seorang kawan yang ke 39 tahun ini?. Atau ada ke atau ramai tak orang yang hadiahkan buku bertajuk `Jimak mengikut Islam jilid 2’ atau `Permata yang Hilang’ kepada pasangan penganting baru selain daripada gelas kaca, cawan, piring dan periuk?. Dan album gambar?

Sebahagian daripada duit gaji

Semasa di Kolej Shah putra dulu saya telah mula ketepikan sedikit duit gaji saya kepada buku-buku dan majalah. Antaranya saya langgang ialah Newsweek, Reader's Digest, Bintang Kecil (untuk kanak-kanak, untuk anak saudara). Dan setiap bulan saya wajib beli Dewan Masyarakat, Dewan Ekonomi dan Dewan Budaya.
Begitu juga dengan Majalah Impiana, Anjung Seri, Jelita, Keluarga. Majalah Libur juga saya beli setiap bulan. Walaupun saya tidak mempunyai banyak duit untuk melancong, saya tetap mahu mengetahui tempat-tempat yang menarik di Malaysia. Negara saya sendiri.

Maknanya setiap bulan seratus ringgit memang tidak mencukupi. Saya juga minat beli buku-buku masakan, buku motivasi, buku-buku akademik agama dan buku-buku politik. Kadang-kadang walaupun buku lama masih belum habis dibaca, saya masih juga beli buku baru supaya ada tanggungjawab dalam kepala otak saya untuk membaca.

Saya dan dunia pembacaan.

Saya ni nak dikatakan ulat buku tak adalah. Saya membaca bila ada masa lapang, saya tak ada jadual waktu bila saya harus membaca. Oleh kerana penulisan ini penulisan saya dan blog saya, saya coretkan sedikit mengenai saya dan dunia pembacaan saya, he he he.

Susah saya nak huraikan kenapa saya bersikap sebegini, sama susahnya nak menghuraikan kenapa ada lelaki yang suka perempuan rambut panjang. Seingat saya semasa saya kecil saya selalu melihat ayah saya membaca. Apabila balik dari kerja dia terus membaca di ruang tamu, biasanya suratkabar. Dia tidak sempat pun menyalin baju lain. Dia terus duduk dan membaca. Saya pun pada masa itu masih kecil, saya takut nak menghampiri dia, takut dia suruh saya ejaaa. Saya ingat lagi dulu bagaimana susahnya saya nak eja universiti bila dia suruh. Biasanya yang susah-susah saja ayah suruh saya eja. Jadi lebih baik saya perhatikan dari jauh.

Dua buku pertama…

Masih ingat lagi 2 buah buku pertama yang saya beli iaitu `Bawang Putih bawang Merah' dan buku `Ayah kurindu ibuku sayang' ' terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya suka sangat dalam hati, sehingga saya cium buku tersebut di kantin setelah membelinya di pameran yang diadakan di kantin sekolah.
Di sekolah rendah saya menjadi pengawas perpustakaan atau kita kenali juga dengan perpustakawan.
Semasa di sekolah menengah juga, ketika kawan-kawan saya berebut mengejar sebutir bola di padang, saya rehat bawah pokok melihat mereka sambil membaca buku (kawan-kawan saya selalu mengajak saya main bola tetapi saya menolak. Cikgu sukan pun dah puas pujuk saya supaya main bola, he he he).

Semasa di sekolah menengah juga sangat gembira sebab dilantik menjadi perpustakawan walaupun pada masa tersebut saya sudah menjadi ketua tingkatan dan juga menjadi AJK bagi Kelab Kerjaya Sekolah Menengah Tengku Mahmud.

Tidak ada yang datang dengan senang…

Kita kembali dengan tema membaca makanan otak tadi. Saya harap saya mempunyai banyak masa di hadapan hari untuk saya membaca, saya harap juga saya akan baca sebanyak mana buku yang boleh saya baca sebelum saya mati. Ilmu tuhan sangat tinggi dan indah. Namun keindahan itu untuk dilihat dan dijamah tidaklah semudah begitu sahaja.
Semakin saya mejadi dewasa keperluan perbelanjaan untuk bahan bacaan menjadi semakin besar. Saya makin mahu tahu banyak perkara...dan buku bukan murah harganya kan.

Ayah saya pernah berkata kepada saya, dia terkilan dengan semangat membaca di kalangan pelajar lepasan universiti (kita la tu kot), mereka malas membaca. Ayah saya kata mentang-mentang dah dapat izajah terus tidak membaca lagi. Dan tambahnya lagi oarang yang tak ada negree macam dia ni la kena membaca seumur hidup untuk mencari ilmu. Saya tau dia sindir kita kan…?

Mini library kawan saya

Beberapa hari lalu saya terima sms bergambar daripada sahabat saya, dia kirim gambar buku-bukunya yang disusun cantik sebelah TV. Banyak juga buku-bukunya. Dia kata dia akan beli rak yang besar nanti untuk buat mini library. Saya sangat gembira dia juga mahu wujudkan mini librarynya. Katanya lagi memang dari dulu dia ada cita-cita tersebut. Baguslah sebab dia juga merupakan seorang pensyarah. Bolehlah dia jaga dan pastikan buku-buku yang dia beli tu tersimpan dengan baik dan kemas. Ilmu kena hormat, dan ilmu kita yang mencarinya, bukan dia yang mencari kita.
Jan: Pernah terdengar `buat apa beli buku? Bukannya boleh makan membazir je…’. No komen…

Monday, April 13, 2009

Antara santapan otak dan perut? Yang mana banyak menghabiskan duit?

Santapan otak yang saya maksudkan di sini ialah `makanan’ kepada otak kita. Maksud saya otak kita yang digunakan untuk berfikir tersebut perlulah diberi `makanan’.

Dan kali ini saya fokus kepada salah satu jenis makanannya ialah membaca. Otak menerima input antaranya melalui pembacaan. Input yang hadam daripada bahan bercetak seperti buku-buku, surat kahabar dan juga majalah, atau melalui apa-apa sahaja helaian yang bercetak, tersebutlah akan membuatkan otak kita `berjalan-jalan’.

Makanan perut kita

Sebagai sebuah masyarakat morden, kita sudah biasa berKFC, mengP Zahant, diMek donalkan, dan sesekali tersikertresipie… Perut kita banyak demandnya, tidak sama seperti gaji yang kita dapat, seciput mana gaji kita, kita selalu nak makan makanan yang sedap.

Kita seret juga perut pasangan kita ke tempat-tempat seperti di atas, bawak perut anak-anak juga. Terkadang kita ke Tanjug Lumpur, ah sedapnya bau nan ikan bakar berpetai…syahdu.

KFC pulak kalau panas-panas best!

Makanan otak kita?

Rupanya setiap anggota badan kita selain daripada perut perlukan juga `makanan’. Dan anggota yang sangat penting selain perut dan kemaluan kita ialah otak!. Kalau tidak melalui otak yang menerima input daripada bahan bacaan (semasa kita belajar) tentulah tidak ada beribu-ribu duit masuk di dalam akaun kita pada setiap bulan atau awal bulan, taklah kita dapat bersenang lenang (he he he).

Sebenarnya pengetahuan kita diperkukuhkan lagi melalui pembacaan. Cikgu yang mengajar atau pensyarah yang bersyarah mempunyai peranan menyampaikan ilmu pengetahuan namun kitalah yang memperkasakannya melalui pembacaan. Kita kena tambah dan mantapkannya melalui pembacaan.

Kepentingan membaca

Pentingnya membaca tidak perlulah sesiapa nak pertikaikan sebab nampak sangat bodohnya kita nanti, he he he.

Peri pentingnya membaca boleh dilihat dengan terciptanya buku plastik yang tidak carik atau basah untuk bayi umur setahun atau dua tahun. Budak tersebut tentulah tidak boleh membaca, namun pasangan ibubapa yang terkedepan akan membeli buku sebegini. Mereka mahu anak mereka didedahkan seawal mungkin kepada buku! Biar budak itu pegang, kelebek dan lihat huruf-huruf yang ada.

Kita pulak? Kita beli pedang dan pistol untuk anak lelaki kita. Sukanya kita tengok mereka berperang dan tembak menembak adik beradik. Dan kita juga buat-buat mati bila ditembak!. Kita belikan Barbie yang mahal gila kepada puteri kita, biar anak kita ada apa yang jiran ada. he he he… No komen…

Saranan agama…

Dalam agama lagilah penting sifat membaca ini, malah ayat yang pertama turun adalah mengenainya (maknanya kalau kita tak membaca bermakna kita dah fail memanfaatkan ayat pertama tuhan?, no komen…).

Keperluan membaca dan mencari ilmulah yang akan membawa kepada kecemerlangan umat Islam, saya percaya sangat itulah ubatnya bagi Islam yang dihina ini. Maksud saya dengan kita tahu banyak ilmu semakin kita tahu betapa besarnya kuasa dan ilmu tuhan dengan lebih mendalam, lebih majulah kita dalam kehidupan. Maju dalam pelbagai bidang duniawi (sebab kita kena hina di dunia).

Malas nak kupas sifat membaca dalam agama Islam, takut nanti tak sama pulak dengan pegangan orang lain, sebab mereka focus kepada sembahyang, puasa dan bayar zakat sahaja, he he he.

Kita terlupa melalui pembacaan juga kita dapat tinggikan darjat kita di sisi tuhan (selain darjat di sini orang sekeliling kita, he he he). Dengan ada banyak ilmu darjat akan tinggi dan muka pun nampak berseri-seri.

Membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan mengkagumi ilmu tuhan adalah suatu yang dituntut sebenarnya. Dengan kata lain membaca juga ibadat! Dengan banyak umat yang berilmu kita bukan sahaja dapat selamatkan diri kita tetapi juga masyarakat. Tak reti nak mengupas isu ini sebab ia terlalu sukar dilihat oleh pandangan masa kasar.

Membaca sebagai salah satu makanan minda

Ayah saya berpesan kepada saya jika tidak tahu ujung pangkal sesuatu perkara mudah sahaja apa yang perlu kita buat. Bila saya tanya `kita nok wat guana?’ Jawab ayah saya `kita diam atau tanya’.

Dan seperti selalu ayah saya tidak menghuraikan kenapa kena diam, saya lah pulak yang kena fikir kenapa kita kena diam? Dan lama kelamaan ianya terjawab sebab apabila kita tidak tahu sesuatu perkara tersebut hendaklah kita diam atau bertanya, jangan cuba buat tahu dan pandai kerana di sinilah nampaknya kita bodoh, he he he (semasa bercakap mengenai sesuatu yang kita tidak tahu).

Amat mustahil kita hendak mengetahui sesuatu tersebut melalui bertanya kepada manusia di sekeliling kita. Mereka pun kadang-kadang dan kerap kali macam kita juga, 2 x 5 tidak tahu, tidak membaca. Habis tu apa yang nak kita fikir? Di sinilah santapan minda kita boleh dibantu melalui pembacaan. Memang ada bahan bacaan yang hampas tetapi jika kita selalu membaca otak kita akan memberitahu kita mana satu bahan bacaan yang baik dan mana satu bahan bacaan yang tidak bagus.

Semasa di Shahputra

Semasa saya bekerja di Kolej Shah putra saya selalu ketepikan sedikit duit gaji saya kepada buku-buku dan majalah. Antaranya saya langgang ialah Newsweek, Reader's Digest, Bintang Kecil (untuk kanak-kanak, untuk anak saudara). Dan setiap bulan saya wajib beli Dewan Masyarakat, Dewan Ekonomi dan Dewan Budaya. Begitu juga dengan Majalah Impiana, Anjung Seri, Jelita, Keluarga. Majalah Libur juga saya beli setiap bulan. Walaupun saya tidak mempunyai banyak duit untuk melancong, saya tetap mahu mengetahui tempat-tempat yang menarik di Malaysia. Negara saya sendiri.

Maknanya setiap bulan seratus ringgit memang tidak mencukupi. Saya juga minat beli buku-buku masakan, buku motivasi, buku-buku akademik agama dan buku-buku politik. Kadang-kadang walaupun buku lama masih belum habis dibaca, saya masih juga beli buku baru supaya ada tanggungjawab dalam kepala otak saya untuk membaca.

Saya bukanlah berniat untuk bermegah dengan ilmu pengetahuan yang saya ada, jauh bumi dari langit, yang saya ada sikit sangat la. Saya membaca kerana saya ingin tahu dan saya tidak selesa jika ada topik yang dibicarakan depan saya saya tak tahu. Kalau saya tahu pun saya senyap sahaja, bukan nak menunjuk….

Pesta buku antarabangsa 2009

24hb dan 25hb saya akan ke Pesta buku antarabagsa. Acara tahunan ini memang saya tak mahu mis. Di sini saya boleh dapatkan buku murah daripada penerbit luar negeri. Ya lah kan kalau sebijik RM300 manalah mampu saya beli, tapi di sini boleh dapatkan dengan harga yang murah terutama edisi zaman kirong (edisi lampau).
Kawan saya pun ramai yang nak ke sana. Ada yang dah awal-awal peruntukan duit RM300 untuk beli buku-buku. Kali ni saya juga peruntukan sedikit wang kerana saya nak beli lampu dengan duit yang saya kumpul. hajat nak beli la banyak sikit buku sebab ada mini library...
Namun hati saya kembali berbunga bila adik perempuan saya sms tanya `Abang nak pinjam duit ke?, he he he.

Jankaulu: Tak dapat dinafikan harga buku di Malaysia mahal-mahal.

Friday, April 10, 2009

Dia tidak lagi berdoa!

Mankisue amat mengetahui, kejujuran itu telah luntur dan hatinya yang terkelar-kelar itu sudah berdarah-darah. Namun dia akan bertahan sedaya mungkin dan sesungguhnya memang dia telah bersabar dan bertahan. Dia membaluti lukanya sendiri sambil berterima kasih pada tuhan. Kerana dia mengetahui apabila menyayangi seseorang bukan semuanya indah, kerana bahagia dan derita itu datang berpakej dalam dunia kasih sayang.
Mankisue duduk menyandarkan dirinya di dinding simen masjid tersebut. Dinding yang sejuk itu menyentuh kulitnya dan kesejukan itu meresap ke isi dan tulang belakangnya. Terasa benar baju melayu yang dipakainya nipis dan menpercepatkan proses peresapan kesejukan pada badannya. Dia mengosok-gosokan kedua tapak tangannya dan terus meletakan di mukanya, dia terasa sangat sejuk dan menikam tajam dan adakah hatinya juga sudah membeku? Adakah kesejukan itu datang daripada dalam dirinya.
Di hadapan Mankisue terdapat sekelompok manusia yang duduk bercakap-cakap. Ada juga yang sedang bersembahyang sunat dan ada yang membaca al quran. Kelihatan juga beberapa orang tua sedang usik mengusik antara satu sama lain, mencongkek pinggang masing-masing dengan riang. Agaknya bila bersara nanti sebegitukah kehidupanku? tanya bisik hati Mankisue...
Di dalam masjid yang besar dan hening ini, hati Mankisue resah. Dan keresahan itu dialah yang mengailnya, mengumpangnya, dan merasai hasilnya. Sekarang antara kasih dan kasihan sudah berbalang timbul tenggelam di ruangan hatinya. Dia serba salah kerana semakin dia mahu melarikan diri semakin dia terjerat, semakin kesian mendahului kasihan. Namun Mankisue percaya dia tetap harus membuat sebuah keputusan kerana dia mulai terkadang merasakan bebanan yang ditanggungnya sudah mencapai kemuncak. Dia letih... dia rasa dihina, dia rasa tidak diperlukan. Aku dipermainkan, Mankisue rasa keseorangan diri dalam dunia ini.
Badannya terasa amat sejuk, dan dalam terketar-ketar itu dia sekali lagi pasrah, namun dia tidak berdoa kerana dia percaya tuhan tidak menolongnya kali ini. Ah di dalam sebuah masjid seorang manusia boleh sesat, ini kan pula di hamparan dunia yang luas.
Selesai sahaja menunaikan solat magrib, Mankisue terus bangun dan cepat-cepat keluar daripada masjid tersebut. Dia tidak lagi berdoa! Dia tidak merayu dan meminta seperti hari-hari sebelumnya...
Jan: Kenapa pulak ni...?

Kawin dengan student sendiri...

`` Man, Man pilih la student taun akhir, ambil tahu tentang pelajaran dia, kira take care. Bila mereka dah keluar dan dapat kerja, dan lepas tu bolehlah kawin, ramai yang cantik-cantik’’.

Hampir terkeluar donat yang saya makan, saya bulatkan mata dan pandang ke arahnya. Dahlan (nama bukan sebenar) tersengeh-sengeh. Saya terharu dengan saranan dia tadi tapi saya bukanlah lapar sangat nak berbini. Lagipun itu hal peribadi, saya tidak suka ditimbulkan semasa saya makan, nanti hilang selera.

Saya memang selalu tengok pelajar perempuan saya. Saya mengajar pelajar semestre 5. Pada ketika pelajar lelaki saya masih lagi nampak mentah, kebudakan dan tidak serius, pelajar perempuan saya tengah sedang-sedang mekar hebat.

Perkara yang paling menarik dan tertonjol ialah mereka pandai bergaya. Jauh jika nak bandingkan dengan kawan-kawan perempuan saya yang rata-rata selamba sahaja penampilannya, berbaju kurung. Kalau dinner kat hotel-hotel jangan cakaplah. Baju RM3 ribu macam artis nak jalan atas karpet merah. Saya tengok sahaja apa yang tertonjol dan ditonjolkan. Mungkin zaman sekarang tidak seperti dahulu, semua orang nak menonjolkan diri, nak buat statements.

Tapi penulisan kali ini mengenai pensyarah yang kawin dengan student, bukan mengenai pakaian atau pun pelajar perempuan saya yang cantik-cantik. Semakin saya menuju tua, cantik sahaja tidak menjadi keutamaan lagi. Selain cantik ada element lain yang tidak kurang pentingnya.

Semasa berjumpa dengan salah seorang kawan perempuan saya, saya ada bertanya `eh apa pendapat awak kalau pensyarah kawin dengan studentnya?’. Dia jawab pendek sahaja `ok’.

Saya teringat pulak komen ayah saya dalam hal ni. Katanya tidak beretika. Dia jawab tak panjang dan huraiannya macam biasa, saya la yang kena cari sendiri. Mungkin agak tidak betul atau tidak selesa jika kita juga pada masa yang sama mengajar dia. Kita mungkin bias, dan biasalah kan,…kita ni bukannya profesional sangat, kadang-kadang attendent student pun kita terlupa bawak ke dalam kelas, he he he. Sebelum kawin tentulah bercinta. Dan kalau bercinta tahu sajalah kan... Tak payah kita nak jadi hipokrit.
Ada juga kawan saya yang berkahwin dengan student dan melaluinya dengan tabah. Kata kawan saya tu kita kena sangat pandai jaga diri kita sebab pertamanya kita tidak boleh bersama dengan mereka. Di mana-mana pun hatta 100km daripada tempat kita kerja. Dia banyak juga meluahkan yang dia tidak seperti pasangan lain yang boleh selalu bersama dan berjumpa. Kena banyak berkorban. Perhubungan adalah seminima mungkin dan sulit lagi menyulitkan. Ini untuk untuk menghindari fitnah. tak bolehlah nak gi mana bersama-sama.

Kalu kita jenis suka menanyangkan kehebatan pasangan kita maka janganlah bercinta dengan student. Sebab buruk padahnya. Contohnya apa kata kawan-kawannya yang juga pelajar kita. Apa kata kawan-kawannya terutama yang muka seposen? Ya lah kan kita pun tak kan nak ambik yang tak cantik, yang hati tak berkenan…

Katakanlah kita dalam masa yang sama mengajar dia. Jantung kita tentu berdegup kencang atau tiba-tiba je rasa syahdu. Di sini ada alur-alur etika yang terganggu dalam proses pengajaran kita.

Saya tak naklah cakap kalau dah jodoh tak ke mana. Atau kalau dah jodoh nak buat apa?. Saya tak nak jawab begitu nampak sangat kita lebih suka menerima je daripada memirkan apa hikmah di sebaliknya, kita simpan otak kita dalam stor.

Cinta dalam mana bentuk pun amat bodoh dan membahayakan kepada diri dan orang lain (terutama di sekeliling), kecuali dipandu dengan bijak ia akan membawa kemuliaan. Tetapi tak ramai yang bijak kan, he he he, ampun...

Walaupun cinta hak masing-masing dan tak ada orang yang boleh masuk campur tetapi yang paling penting siapa pensyarah itu? Maksud saya adakah dia baik atau buruk perangainya? Dan bagaimana dia handlenya? bagaimana dia mencipta dunia percintaannya?

Kata la saya ni bercinta dengan student (selisih malaikat 46). Saya rasa saya tidak melakukan apa-apa kesalahan sebab saya ni bukannya suami orang dan student itu bukannya isteri orang. Dan budak tu pun bukannya bawah umur. Namun saya aci kerat ibu jari (jari anak patung anak sedara saya) yang akan ada isu-isu yang timbul. Oleh itu saya akan berhati-hatilah… tapi setakat mana? Secermat mana ya?.

Kawin dengan student? Saya rasa ramai orang mempunyai pendapat yang berbeza. Saya di sini pun bukannya memberi pandangan saya. Saya hanya menimbulkan topic supaya kita sama-sama berfikir, ok ke tak.

Dan jawapan ok ke tak tu pun memang bergantung kepada siapa kita. Maksud saya kalau kita seorang ayah tentu kita suka sebab daripada anak kita bercinta dengan entah sapa-sapa kat kolej/universiti itu. Baiklah dia bercinta dengan pensyarah, sekurang-kurangnya dapat membantu beri semangat dalam pembelajaran.(walaupun pensyarah itu hanya pakai Myvi? he he he no komen).

Namun kalau kita seorang pensyarah perempuan yang ekstrim ranum mungkin kita akan bertanya? Kenapa pilih student? Aku kan ada? Apa kurangnya aku? Ah memang lelaki!

Dan kalau kita pemilik institusi pendidikan seperti kolej/universiti mungkin kita bimbang akan jadi satu fenomena. Institusi kita bukannya agensi mencari jodoh. Kita bayar gaji suruh mereka mengajar bukan mengajar cinta!.

Dan kalau kita lah yang akan kahwin dengan pelajar tersebut kita mungkin menyatakan dalam hati. Apa salahnya kalau dah jodoh, asal kita mengikuti landasan yang betul. Jodoh di tangan kita. Yang paling penting kita tak menyusahkan orang lain. Ini soal hati...

Maka kesimpulannya saya tidak tahu nak beri pendapat dalam hal ini, kalau saya ditakdirkan berkahwin dengan student saya tak tolak, namanya dah takdir, he he he. Tetapi kalau boleh... dan sebenarnya saya tidak pernah berusaha untuk jadikan pelajar perempuan saya sebagai bini saya. Kalu takdir?

Jangkaulu: Entahlah…emmm, huh! Kita selalu bila kena batang hidung kita-kita kata takdir-takdir-takdir, jodoh-jodoh-jodoh. Suratan la dan macam-macam lagi. Bila kena batang hidung orang? he he he.

Pilihan ringan...

Malas sungguh baca buku ekonomi yang tebal-tebal. Sudahlah berat dan besar, tak bergambar pulak. Sini sana keluk-keluk-keluk. Kadang-kadang telang panadol 2 bijik baru ok. Lantas molek benarlah saya pilih bacaan ringan juga. Biar ada yang ringan, sederhana dan berat. Otak saya ni dah tak `sepikat' dulu (dulu pun tak lah `pikat' sangat, he he he).
Saya anggap membaca Reader's Digest, Majalah Gila-gila, Buku Masakan, Majalah Impiana dan lain2 seimpian dengannya adalah bacaan ringan. Begiti juga dengan buku bibiografi seseorang seleberity, ia juga bahan bacaan ringan. Namun perlu diingat bila membaca Gila-gila kadang-kadang ada mesej berat juga di dalam kelakaran tersebut, bukan saja-saja nak gila-gila.
Kalau dok nearap atas lembek nak tidur tu boleh selak Reader's Digest, saya langgang dengan juru jual yang datang ke bilik tahun lepas (sambung langganan). Tapi awas ada jugak kadang-kadang gambar seksi sikit, he he he. Begitu juga Gila-gila ada keluarkan buku kecil-kecil, molek benar untuk kita membacanya di celahan waktu rehat kita.

Ni gambar atas buku masakan, saya ada terai buat kek pisang guna buku ni la, tapi tok leh lawang kek pisang yang ustad Asmadi buat, dia buat Huh! best! Jangan-jangan dia beli kot? He he he. Juga saya cuba terai buat puding. Ada la dua tiga masakan mudah saya terai. Tak mahulah jadi pembeli saja tapi tak terai.
Ada kawan saya hobi dia salin masakan, dia ada buku masakannya sendiri. Mana-mana resepi dia akan salin atau gunting masukan dalam buku besar dia tu. Saya pernah tanya `kau ni salin je ke, ada terai buat?'. Dia jawab ``He he he kau ni skimang, hobi aku salin resepi bukannya masak memasak''. Saya jawab kembali tapi dalam hati ``No komengg...'


Kalau anda peminat Gila-gila tentu kenal Jaafar Taib, dia ni bukannya adik beradik Jaafar Onn tapi dia boleh melahirkan idea yang bernas dan kritikan sosial dengan memerhati gelagat manusia. Kadang-kadang apa yang dia lihat dan faham tak sama dengan kita lihat dan faham! Di sini bolehlah kita belajar sambil ketawakan diri kita sendiri, huh!

Seingat saya dulu semasa pihak berkuasa melawat library tempat saya berkerja, saya ada terdengar dia orang cakap di dalam sebuah library tu kena la ada pelbagai bahan bacaan. Maksudnya ada yang isu ringan, sederhana dan berat. Sebab itulah dalam mini library saya yang sekangkang kera ni saya kumpulkan juga bahan bacaan ringan.

Tadi sahabat saya ada sms, dia nak buat mini library jugak. Saya galak dan sokong dia. Biarlah kecil pun. Dari kecillah jadi besarkan... Lagipun sayang kalau buku dan majalah-majalah tu letak gitu je.

Jan: Yang ringan sama dibaca, yang berat aku yang baca sorang!...huh!

Thursday, April 9, 2009

Memenuhi hidup...

Kehidupan ini diukur dengan menggunakan apa ya? apa alat ukurannya ya? Umur? Menolong orang lain? Huh jangan cakap la...ramai yang pentingkan diri sendiri termasuk saya ni, he he he (Tetapi ya pun, kita yang kerja siang malam mestilah kita pentingkan diri sendiri kan?. Orang lain pandai kata je... pandai tengok, pandai mengata).
Ada orang bila dah doktor beritahu ada masa 2 tahun lagi nak hidup, barulah dia mula cuba memenuhi hidupnya, impiannya. Mulalah nak berjalan sana sini, buat pulak senarai apa yang hendak dibuat itu ini. Dan sebenarnya dia memenuhi hidup dia pada masa 2 tahun tersebut sajalah nampaknya, dua tahun sebelum ini dia `mati', dia tidak memenuhi hidupnya. Tapi nasib baik juga ada masa dua tahun. Kita ni macam mana? he he he.
Jankaulu: Pernah cuba memenuhi hidup orang lain tetapi akhirnya aku terlontar sepi...(pulak dah)

Kesian bini dia...

Tup-tup dia bercerai... sampai kini saya boleh tergambar muka pasangan suami isteri itu yang gembira dibuat-buat (ditunjuk-tunjuk sebenarnya). Bukanlah maksud saya kena tunjuk huru hara komunikasi dalam alam rumahtanganya. Tetapi sekurang-kurangnya janganlah menipu, sebab mungkin ada yang tidak tertipu. Susah juga nak berlakon jujur kan? Haaa...tau pun.
Memang la manusia cenderung untuk menyembunyikan keburukan mereka atau apa-apa perkara yang mereka kurang selesa. Manusia itu berlagak hidup untuk bernormal, ada agama, patuh, bahagia, padahalnya tidak.... huh!
Kadang-kadang saya rasa nak tergelak jugak dalam hati (selepas itu rasa la jugak kesian, bukan kasihan, he he he). Saya yang memerhati ini tercium juga bau kurang enaknya sebab dia tidak seperti yang dia cuba potratkan, hidup dia bukan begitu.
Dalam hal rumahtangga dia tidak jujur, dia playboy..., tetapi saya tak pernah beritahu kepada sapa-sapa pun hal ini, saya pendam saja dalam hati. Tetapi sebenarnya sikap palyboy tu rupanya telah lama diketahui oleh kawan-kawan lelaki saya. Bukanlah saya nak tahu sangat hal dia, tapi dia pernah jadi idola saya suatu ketika dahulu. namun tak lama kemudian saya nampak sesuatu yang tidak jujur di dalam rumahtangganya, dan juga perlakuan itu tidak jujur.
Kalau bercakap dengan dia, itu tak boleh ini tak boleh, seksi tak boleh, rambut panjang tak boleh, merokok haram, warna rambut tak boleh. Dia yang saya nampak ala islamik tu buat hati saya tergelak (kadang-kadang rasa nak berguling atas tanah). Kitab-kitab malas baca, bila orang tanya terus kata haram. Pemalas!
Tolonglah janganlah hipokrit sangat dan terimalah kenyataan yang ada manuisa yang macam saya ni yang nampak hampeh je tapi ada juga seketul kecil kejujuran setidak-tidaknya.
Jan: Nak tergelak selalu jika jumpa orang macam ni, ramai pulak tu...he he he ada kat mana-mana je...

Masa untuk diri sendiri?

Sebenarnya sebagai manusia kita kena pandai bahagikan masa, saya tak nak bangkang pernyataan tersebut. Saya akui kena pandai bahagikan masa kalau tidak akibatnya kelam kabut seperti yang selalu saya hadapi. Kalau baca buku senang sahaja saranan pakar motibasi. Mereka nyatakan utamakan yang utama dahulu. Tetapi yang mana dahulu utama ya?.
``Abang nak masa untuk diri abang sendiri dan juga masa abang untuk kawan-kawan abang...'' begitulah kata kawan saya yang suaminya ada melafazkannya lewat petang semalam. Dia amat sedih dan sedikit terkilang kerana ungkapan itu seolah ada terpisah-pisah pulak dari segi pembahagian masa. Saya pun jawab:
"Saya setuju benar dengan permintaan laki awak tu. Saya sokong bukan sebab saya ni lelaki tetapi saya rasa adalah betul seorang manusia tu punyai masa untuk diri mereka sendiri selain untuk pasangan dan anak-anak. Tok kiralah dia puang ke laki. Dia nok buat apa dengan masa untuk diri dia sendiri tu biarlah, itu masa dia. Jangan pulak awak terkilan...".
"Lagipung tok lemas ke dok tepek wek sokmo?'' Saya bertanya pula.
Jankaulu: Pernah beli hadiah stoken bungkus cantik-cantik, lepas tu hadiahkan pada diri sendiri. siap buat-buat terkejut macam Mr Bean.

Wednesday, April 8, 2009

Mini Library...

Semalam semasa galak marking kertas exam final, sahabat saya ada sms beritahu dia nak beli rak. Saya pun beritahu dia saya nak jugak beli. Dia bertanya kenapa saya mahu kirim dia belikan rak buku yang kecil pula sedangkan saya dah ada satu yang kecil. Saya nyatakan mini library saya masih dalam proses, saya juga perlukan rak mini untuk buku-buku yang kecil dan seumpamanya.
Dia bertanya lagi progres mini library itu. Saya cakap ada la mula sikit-sikit... Saya memang berhajat nak menulis mengenainya bila siap semuanya, tapi bimbang takut ada yang salah sangka pula mengenai pemaparan mini library ini. Dia ada kata lagi kalau tak mula bila nak mula, nak tunggu umur 40 tahun? Itulah dia bertanya pula, he he he.
Betul juga kata sahabat saya ni. Untuk beliau saya postkan sekeping gambar ni (rujuk gambar bawah nanti). Tapi ni gambar lama, sekarang dah penuh buku sebab saya bawak balik kebanyakan buku-buku saya di bilik pejabat saya. Nak muatkan gambar keseluruhan bilik tak siap lagi.
Kalau nak tunggu ada duit untuk tempah rak buku rasanya entah bila. Sebab itulah saya guna rak yang dibeli di kedai sahaja. Kawan saya beli rak tu harga RM23o, saya tengok sesuai kerana teguh sikit bentuk tulangnyanya, kalau pilih yang biasa (yang 12 petak) tu akan lendut sebab buku berat kan. Saya beli rak tu ada 15 kotak harga RM225. Bila balik rumah bukan main seronok susun tetapi tiba-tiba... tak cukup lagi! Maka seminggu kemudian saya beli satu lagi dengan harga RM220 (dia dah beri saya kurang RM5 mungkin sebab saya cute kot). Dan bila buat balik susun buku, ternyata tak cukup lagi... Nak beli lagi duit tunai tak ada...

Ni la gambar raknya (gambar atas), leni dah lain sikit gubahan bukunya. Gambar ni kira pakai letak je. Fail pun ada diletakan di situ sebab mulanya fail tu ada dalam kotak-kotak. Tapi kotak tu dah dibuang (dengan hati yang hiba...).

Tetapi sekarang dok kumpulkan kepada bangsanya. Maksud saya jika subjek ekonomi dikumpulkan sebangsa dengan subjek ekonomi. Kita tak boleh pakai letak je, kena serius sikit. Hapis lebih tahu pasal kod mengelaskan buku-buku ni...

Ni tak sabar rasanya nak gi ke pesta buku antarabangsa di PWTC, KL. Kali ni nak beli buku yang agak ringan pula. Mini library mestilah ada yang ringan, sederhana dan berat kan...

Jan: Pernah berniat nak buat buku tapi tak reti nak menulis apa...

Monday, April 6, 2009

Tidor dalam gelap...

Saya mulakan penulisan kali ini dengan beberapa soalan. Adakah anda tidor dalam terang atau tidur dalam gelap atau samar-samar? Dan kenapa anda memilih untuk tidur dalam terang/gelap/samar-samar? (Tetapi soalan-soalan ini jawab dalam hati je, tak payah la nak beritahu sesiapa, he he he.).


Gambar 1: Sekadar hiasan: Amboi ada lampu kiri kanan katil...

Hujung minggu lalu saya ke Kuantan membeli lampu-lampu untuk dipasang di rumah baru nanti. Saya tidak membelinya sekaligus tetapi membelinya secara berdikit (sedikit-sedikit). Saya beli 6 lampu kalimatan kali ini di sebuah kedai yang sahabat saya cadangkan. Saya bercadang untuk memasang lampu kalimatan untuk semua bilik dan termasuk juga ruang makan dan dapur, bilik-bilik air dan juga porch kereta.


Gambar 2: Jenis ni bila cahaya suram, nampak menakutkan pulak...

Untuk setiap bilik, saya memang berhajat untuk membeli lampu jenis kalimantan sahaja (bukannya lampu yang cantik jelita bentuk yang terkini). Saya mahu lampu yang murah, lasak dan terang. Di bilik tidor pun saya gunakan lampu yang terang kerana saya tidur dalam keterangan bukan kegelapan.


Gambar 3: Ada yang suka gantung bulat-bulat, he he he.

Kalau lampu samar-samar bayangan pun saya tidak akan lena. Apatah lagi kalau gelap gelemak nafas saya tak selesa, saya terasakan seakan lemas (saya sesak nafas dibuatnya). Saya perlu berada di dalam keadaan terang sebelum tertidur biasanya saya membaca bahan bacaan ringan atau melihat gambar-gambar yang indah (moga-moga keindahan tersebut berhijrah ke dalam mimpi-mimpi saya).

Kata sahabat saya lampu yang cantik biasanya akan mudah rosak, terbakar dan rosak fiusnya (melainkan lampu yang cantik, asli dan mahal, begitulah masalahnya). Namun saya masih lagi berfikir sama ada di ruang tamu saya mahu letakan lampu kalimatan ataupun lampu yang cantik dan tak berapa terang tu...


Gambar 4: Aaaa... lampu jenis ni kena la rajin mengelap (kalau pemalas tok soh beli).

Lampu ni cantik diletak atas meja konsol. Letak la gambar keluarga, gambar kahwin ke atau gambar anak-anak. Kepada yang tak kahwin-kahwin jangan bersedih boleh letak gambar mak ayah atau anak-anak sedara atau pun gambar Madonna.

Saya tidak membeli lampu-lampu tersebut sekaligus, saya bahagikan kepada 4 pembelian. Kali pertama saya beli 6 lampu kalimatang, kali ke dua juga 6 kalimatan, kali ke tiga saya mahu beli 4 kipas dan kali ke 4 saya mahu beli lampu yang di ruang tamu (apabila sudah membuat keputusan). Namun pembahagian tersebut mungkin akan berubah berdasarkan poket dan pandangan terkini saya.


Gambar 5: Lampu ruang tamu yang jenis melekap kat siling.

Bagi ruang tamu, ada dijual lampu yang cantik dan murah tetapi bentuknya membuat saya terfikir bagaimana mahu mencucinya nanti. Saya ni bukannya jenis rajin mencuci. Nanti sawang gemawang tu siapa nak jawab. Saya tak ada orang gaji. Maka sampai kini saya masih lagi berfikir hendak menggunakan lampu kalimatan atau lampu yang cantik jelita. Masing-masing ada kelebihannya. Buat masa ni saya rasa nak guna lampu kalimatang je, mungkin akan pakai lampu meja je untuk letak kat tepi sudut atau tepi dinding, rujuk gambar 6 di bawah.



Gambar 6: Lampu ni boleh dialih-alih, senang...

Namun untuk lampu bilik tidor saya dah buat keputusan akan menggunakan lampu kalimantan yang terang. Kalau ada duit lebih sikit baru beli yang lampu sudut tepi katil tu.
Kata kawan saya nabi kita tidur dalam terang juga. Saya jawab saya ni bukan nak ikut sunnah tapi ikut keselesaan saya dan tak menyusahkan orang lain (kalau bersamaan dengan sunnah nabi tu kira bonouslah bagi saya). Saya beritahu saya lebih selesa tidor bila keadaan terang benderang.

Jan: Kawan saya kata dia sekeluarga tidor dalam gelap sebab nak jimat bil... No komen.

Wednesday, April 1, 2009

Persembahan pertama...



Seingat saya nilah gambar pertama yang dipukul semasa saya membuat persembahan. Gambar ni gambar lama. Saya buat persembahan untuk keluarga sahaja. Dapat dilihat gaya 70an yang pekat kan, seluar leher kaki besar dan kasut jenis bulat. Rambut pun panjang semacam je. Gaya 70an best jugak..., ada stail tersendiri.

Saya tak ingat saya bawak lagu apa tapi lagu tu daripada satu kumpulan yang nyanyi dan tengah top masa tu. lagu tentang putus cinta dan merana...(tak tahu pulak tema lagu tu la yang saya pikul sepanjang hayat...he he he).

Masa tu saya pegang je dan goreng-goreng je sebab tak pandai main gitar. Gambar ni diambik semasa lepas makan malam kat rumah saya. Seingat saya masa tu Dr Cristoper (doktor gigi) ada. Dia akawan ayah saya. Dialah yang cuba galak kan saya menyanyi pada malam itu. Saya takut sangat, tapi saya kuatkan diri. Bukan senang nak menyanyi di depan orang apatah lagi depan keluarga sendiri.


Memang sejak kecil lagi saya ada bercita-cita nak jadi penyanyi, zaman riang kanak-kanak saya, saya asyik menyanyi. Sebab itulah ada beberapa siri posting yang bertajuk `kalau saya jadi penyanyi..." dan saya pernah bersama adik perempuan saya bercadang kononnya nak buat konsert besar-besaran dan nak buat pemilihan lagu khas untuk orang kampung saya. Seronok juga ya masa kecil-kecil dulu, tiada batasan untuk berimpian...

Semasa sekolah rendah saya selalu cuba masuk kumpulan nyanyi tapi cikgu yang menapis saya tak dapat kesan bakat saya. Mungkin dia ada pilihan anak murid kegemaran dia sendiri (yang biasanya anak cikgu juga!). Bila mereka menyanyi atas pentas pada hari majlis seperti hari guru ke, saya makan hati tengok kawan-kawan saya nyanyi atas pentas...


Dan seingat saya masa tingkatan enam atas. Bila tamat waktu sekolah pukul 1.30 tengahari, saya dan kawan-kawan saya susun bangku depan kelas rapat ke dinding papan hitam buat pentas. Dan saya menyanyi di atas meja. Dan ramai juga kawan-kawan saya yang tunggu sekejap nak tengok! He he he.

Jan: Ramai yang puji persembahan saya menarik tetapi suara tak boleh pergi jauh kata mereka, tak sedap...huh!

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home