Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, June 27, 2008

Kucing jiranku...he he he

Lena benar, org pukul gambar tak sedar.



Ini rumah sewa saya di Muadzam. Kucing jiran ni selalu tidor atas meja kayu...selalu halau tapi degil, dia tak lari. Kalu lari sekejap je lepas tu datang balik dengan muka selamba. Kalau balik sekejap tengahari tentu dia ada dok melenakan diri. Tapi bila balik hari petang dia tak ada...



Kat perumahan ni, kat depan rumah dan belakang rumah ramai peminat kucing, namun kucing ni dari jiran depan rumah. Tapi tak tahu kucing sapa punya, Ja kata kucing Linda. Kucing ni tak pernah ada kat belakang rumah. Kat belakang rumah ada juga jiran yang ada kucing, kalu buka pintu, meluru datang (lapar kot), tapi perlu diingat tuan rumah ni lapar juga he he he.



Panas kot tengahari, sebab tu dia tidor


Kalu tengok daripada dekat saiznya besar sikit dari kucing2 lain, yang lain agak sederhana dan kurus. Yang lain-lain bertompok-tompok hitam, kelabu dan ada yang putih. Pakar kucing kata (Adnan) kucing ni ramai peminat di kalangannya memandangkan batu dia besar. Satu lagi dia pendiam...tak bising, selalu sorang diri. Kucing lain berkumpulan.



Mungkin sejuk kot dikelilingi pokok-pokok

Tak apalah dia nak tidur pun, lagipun selagi tak berak dan kecing merata. Cuma bulu dia tu yang tak tahan, ari tu letak baju warna hitam atas meja kayu tu sekejap bila ambik penuh bulu....

Thursday, June 26, 2008

BUKIT KELUANG, BESUT TERENGGANU


Nampak pantainya sikit, nampak juga sikit tangga nak naik ke jambatan





Biasanya seboleh mungkin kalau balik kampung akan ke Pantai Bukit Keluang. Molek pantainya, dan masih semulajadi. Kepada orang luar, dari Jerteh kalau berkereta dalam 15 minit kot, boleh menggunakan jalan ke Kuala Besut atau laluan ke Kampung Raja.



Bukit Keluang ni memang sebuah bukit menghadap ke laut (banyak keluang kot sebab tu panggil Bukit keluang, saja buat andaian tanpa kaji selidik, he he he). Bukit ni lain daripada yang lain, ia berlokasi di tepi pantai, muka bukitnya yang menghadap ke laut, berkecai dipukul ombak. dan untuk mendramatikan lagi keadaan, dibina jambatan kayu dicelah batu-batu, boleh berjalan meninjau kawasan semulajadi.


Beberapa tahun lepas, masa Diana Idris dan Wani Pekan datang ke rumah dulu, bawak mereka ke Pantai Bukit Keluang. Sempat juga pergi jalan-jalan dan pukul gambar dengan mereka kat pantai ni (Kalau nak pukul gambar dan jalan-jalan, setengah jam dah kira ok)


Posing I: Kat belakang tu ada tangga naik ke Gazebo (wakaf kot kita panggil)



Kalu kita berani naik ke atas gazebo tu, daripada gazebo atas tu nampak lebih jelas laut yang terhampar dan kepanjangan pantai. Kalau yang gayat tak payahlah naik, nanti tak boleh bernafas dengan sejahtera kat atas, tak payah nak tunjuk hero. Dulu pernah naik jugak rasa sesak nafas bila ada di atas. he hehe.


Semenjak kecil, semenjak masa berlalu keindahan pantai ni ada pasang surutnya, kadang terjaga, kadang tidak. Mungkin bergantung kepada budjet tahunan Majlis Daerah Besut dan personaliti yang dipertua majlis daerah atau pegawai daerah kot (andaian lagi...). Sebagai local government tentu mereka ada tanggungjawab yang lebih berat selain daripada mencantikkan alam sekitar. Memang kawasan ini boleh diaktifkan lagi dengan pembangunan.



Secara peribadi, bila dah lama kat tempat orang, barulah sedar yang bukit keluang ini sangat cantik. Dulu tak berapa sedar sebab daripada kecil selalu pergi, jadi dah biasa sangat.


Dan sebenarnya di Bukit Keluang ini banyak juga kenangan yang indah. Masa kecil-kecil bila mula mengenali dunia, dibawa berkelah sekeluarga ke pantai. Gembira hati.



Posing II: Ambik jauh sikit dari gambar Posing I tadi, agar biar nampak gazebo tu kat atas.


Memang sesuailah pasangan bercinta berjalan-jalan di sini. Dan sesuai jugak kepada sapa-sapa yang ditinggalkan, atau yang tak bercinta...he he he. Namun begitu amatlah sesuai kalau sekeluarga pergi berkelah ke, menikmati alam sekitar, belajar menghargai apa yang ada. Beruntung orang Besut.


Susahlah nak cerita kalu tak gi sendiri tengok, bagi pencinta alam tentu akan membuahkan perasaan semacam kalau g kat bukit keluang ni, kalau orang agama tentu terpegun dengan ciptaan tuhan, dan kalau orang yang dah `mati' jiwa (orang yang tak `bercakap' dengan diri sendiri), mungkin tak rasa apa-apa. he he he.



Indahnya kenangan di Bukit Keluang

Gembira rasa,
Waktu kecil hingga dewasa
daripada belajar jadi dewasa
hingga terpaksa jadi dewasa
bersama waktu seiring masa...

Oh Indahnya pemandangan di Bukit Keluang
Pantai nan menguning bersih
Aras airnya pasang surut,
terkadang gelombang.

Oh sejuknya bila musim tengkujuh tiba
muram, gelora ombaknya...
angin tidak berbahasa...membisa

La la la, la la la...la la laaa la lala.
masa terus berlalu tak dapat kulupakan
semasa bersama di Bukit Keluang.
Pergi berkelah, lawat tempat sejarah
di gigi pantai yang indah...

(Sajak ala 60 an, he he he)

Tuesday, June 24, 2008

DPL:Pasaukan Merah...



UNITEN Putrajaya: Sempena Hari Sahabat Uniten 2007
( Wakil kumpulan daripada UNITEN Muadzam)

Jan: Gambar di atas adalah gambar bersama kawan-kawan yang baru saya kenali...(kecuali Ja)

Cabaran Mahasiswa Menganggur IV

Tidak semua orang beruntung dan bernasib baik, kerja terus menjemput di depan pintu sebaik sahaja menamatkan pengajian. Ramai yang mengambil masa untuk mendapat pekerjaan terutama jika mahu sealiran dengan ilmu yang digali. Malah ada yang bertahun-tahun barulah dapat kerja yang sesuai.
Kali ini saya akan membincangkan mengenai (macam stail ustad berceramah pulak he he he) masalah kewangan di ambang pengangguran. Sebagai orang yang `cerdik’ kita haruslah berfikir dan merancang untuk meminimakan kesusahan yang mungkin akan datang.*


Masalah kewangan akan muncul sama ada kita tinggal di bandar untuk mencari kerja atau terus balik ke kampung apabila telah menamatkan pengajian. Apa yang paling nyata ialah paling tidak kita perlu menyediakan sedikit wang untuk urusan potostep, membeli sampul surat, stem dan juga perbelanjaan untuk menghadiri temuduga.
Perkara ini perlu dan serius oleh itu para siswa harus memperuntukan sedikit perbelanjaan setiap sebulan untuk perkara ini. Lupakanlah dulu hendak membeli handphone baru, membeli kamera, membeli CD Rihanna (Umbrella), pergi ke Cameron Highland atau bergaya (kalau ada duit melimpah ruah tak menjadi masalah)


Sanggupkah kita? Macam mana rasa ya rasa bila meminta duit untuk urusan beli sampul surat dan stem dan untuk hadir temuduga daripada ibu bapa nanti?
Namun tidaklah menghairankan, masuk universiti bukanlah bermakna sudah dapat berfikir dengan baik dalam segala hal. (Kalau begitu cerdiklah semua yang dah masuk universiti dan tak cerdiklah yang tidak masuk universiti). Sekali lagi kita harus fikirkan perkara ini daripada sekarang. Mempunyai pelajaran dan ilmu tidak akan membuatkan kita rasa bahagia, kita rasa bebas. Ada pelajaran dan ilmu membuatkan kita tau ukuran bahagia itu dan apa itu kebebasan. Berfikir perkara yang akan datang dan memerhati di sekitar kita tentang perubahan dan cabaran yang akan berlaku setelah kita menjadi siswazah mengganggur (Berfikir tidak memerlukan duit).




Disarankan setiap mahasiswa boleh memperuntukkan sedikit wang ke dalam satu akaun untuk dibelanjakan semasa akan jadi penganggur nanti. Memang benar hidup sebagai mahasiswa cukup makan sahaja, akrab benar dengan maggie dan setia pada biskut kering tetapi tiada salahnya memperuntukan RM10 sebulan ke dalam satu akaun khas yang dipanggil ASM (akaun siswazah menganggur). Setahun sudah ada RM120, jika empat tahun dah terkumpul RM480. Maka tidak perlulah lagi hendak minta duit stem pada ibu dan ayah. Dan disarankan jika ada duit lebih tu masukkanlah dalam tabung ini.
Hidup biar merancang janganlah pula masuk universiti tetapi pemikiran sama seperti tidak masuk universiti. Namun Banyak perkara yang tidak diajar di universiti tetapi amat penting sekali di dalam kehidupan.


Kita mesti berjimat bukan saja daripada sekarang. Moga-moga proses penjimatan akan bersama kita selama-lamanya. Ketika jadi pelajar, sedang mencari pekerjaan dan juga apabila mendapat kerja.
*tekanan kewangan ini tidak timbul sama sekali atau dapat diminimakan jika terus mendapat pekerjaan, penulisan ini ditulis sebagai panduan untuk mereka mungkin meneruskan era pengangguran selepas beberapa lama menganggur.


Jan: Semoga dia bersedia selalu...semoga dia selalu tabah.


Monday, June 23, 2008

Pengiklanan...

Iklan Course Fail dan Teaching Portfolio
Iklan colgate Kayu Sugi
Iklan Mencari Menantu

Iklan Minyak Rambut Zaiton
Iklan Pembangunan Kolej Fasa II

Masa gambar2 ni dipukul, persahabatan dgn Ja pada tahap suam-suam kuku di Kolej Shahputra. Masa gambar ni dipukul juga, Ja tidak sebulat kini. Bolehlah kalau sapa-sapa kata masa kat tempat kerja dulu taklah serapat mana.
Masa kat Pekan dulu, Ja kata dia dipandang sebelah mata oleh saya. Emm...ya ke? Tak ingatlah. Rasanya dua-dua mata pandang. Kalu tak macam mana nak order murtabak. he he he. Payahlah nak ramah kalu tak kenal kan. Ja pun jenis berat mulut. Sembunyi emosi.
Masa berlalu, tak sangka pulak sama-sama dapat bertukar kerja ke tempat yang sama...tapi kini kami sudah tidak berstatus sama, Ja telah berpunya...he he he.


Jan: Berpunya-punya...

Fanna...Azwa Suhada Mustafa

BEST SUNGGUH dapat merasa sandwich telur yang dicampur dengan lada hitam. Telur tu ricih-ricih bila digoreng. Dengan serbuk lada hitam (yang sukatannya secukup rasa) membangkitkan aroma yang menyelerakan bila makan (dan membangkitkan rasa nak mintak lagi...he he he).

Tengah sekali: Ketika majlis perpisan kawan bertukar kerja

Kadang-kadang dia bawa nasik goreng dan kadang juga jemput-jemput. Best ya dapat makanan daripada kawan-kawan. Bukan faktor free je tapi rasa `diterima' dalam `wilayah lingkungan persahabatan'nya. Ramai juga kawan-kawan lain yang bawa makanan ke tempat kerja, best dapat makan bersama-sama...


Tengah sekali (tudung merah): Semasa berkelah kat Pantai Sepat

Dulu tak rapat sangat dengan dia sebab dia `generasi baru', namun generasi ini sempat sama-sama berpindah dari Pekan ke Kuantan. Lama-lama dengan sikapnya yang terbuka dan melihat sesuatu perkara dengan positif, menarik juga minda ini untuk berkawan dengannya. Dia tak banyak kerenah, tak banyak merungut tapi jelingan atau renungan matanya yang tajam kadang kala dah cukup memberitahu perasaan hatinya jika dia tidak setuju atau berpuashati...

Gambar kenangan dengannya.

Dia boleh nyanyi lagu hindustan dengan baik dan sehingga ke akhir habis, bukan macam saya, setakat korus je. Pengetahuan filem hindustannya selalu up to date.
Dulu ada pinjam cerita hindustan dengan dia, tajuk Fanna. Kajol dengan Amir Khan yang lakon. Cerita ni lain sikit, sad ending (Kajol tembak Amir Khan). Best ceritanya susah nak cerita kat sini kecuali orang yang kaki cerita hindustan. Cerita ni tak lah selara Mohabatain atau Mann, tapi entah susah nak kata, lagu2 best sangat. Sebab tu cerita ni tengok banyak kali. Dan lama jugaklah VCD tu tersadai kat umah sewa.

Sampai kini berterima kasih sungguh kepada dia sebab dia berikan nota-nota dan soalan ekonominya masa dia study kat UiTM sebagai rujukan, memang rasa di hati gembira. Dan kini rujukan tu digunakan sepenuhnya untuk diri sendiri dan pelajar. Banyak pahala yang dia dapat tanpa dia sedari, he he he. Nak beri nota kita dan kumpulan latihan soalan kat orang bukan senang kan. Tapi dia rela....

Rosmadi: Kini semuanya daripada jauh...



Selamat hari lahir buat rakan yg pernah sepejuangan (tempat kerja lama saya iaitu di Pekan).
Murahlah rezeki dan berbahagia selalu, positif dalam mewarnai hidup yag berwarna warni (tapi awas, kepalsuan pun berwarna warni jugak). Semoga sentiasa mengambil bahagian dalam usaha menceriakan hidup.

Dulu, setiba di Pekan, saya tinggal selama 3 hari rumah Nizam dan Arif, Kak Norbaya yang aturkan. Memang Nizam dan Arif tidak sudi berhousemate baru. So pencarian rumah sewa baru bermula...masa tu tension jugak, tak kenal ramai orang, macam mana nak cari rumah baru?

Dulu, pertama kali berselisih, masih dapat diingat dengan detail. Betul2 depan gate masuk ke kolej, dua kereta berhenti serentak. Dia ditanya mengenai penambahan anggota baru rumah sewa, dia setuju. Perbincangan depan gate tu kalau kereta orang lain nak lalu memang menyekat kereta, tapi sebentar je, tak sampai 5 minit.

Dulu pertama kali melihatnya, nampak serius, payah nak senyum. Selain badan yang tegap dan telinga yang agak menonjol, yang lain-lain nampak biasa dan normal. Tapi takut jugak sebab nampak serius. ya lah, nak duduk serumah. Tak sukalah kalau semua perkara nanti diseriuskan...he he he.

Dulu, duduk serumah dengannya, dengan Wan Zain juga (Wan Zain tak lekat di rumah. Slalu buat marketing, kadang-kadang sibuk sangat, balik untuk basuh baju je). Bilik sorang satu, tiada masalah. Dia lebih ambil perhatian orangnya...tanya apa yang patut, makan-minum pun dia tanya. Rupanya taklah serius sangat orangnya, dan bila dia senyum nampak manis jugak (orang jarang senyum). Dia suka tengok oarang bergusti dan pi mai pi mai tang tu...

Tapi masa tu masih dalam era zaman lara...maklumlah baru pindah tempat kerja. Dan sebab-sebab perpindahan itu pun sangat dramatik dan trajedi buah limau. Masa tu tak banyak cakap pun, masa tu rasa tension jugak, rasa macam kena hukum dek tuhan, tercampak kat Pekan. he he he.

`Kalau nak beli barang dapur, ambik duit atas tv' dia selalu pesan, tapi segan nak ambik. he he he. Atas tv tu ada tupperware bekas duit lebih bila bayar umah sewa, lepas tolak api-air.

Tak lama duduk dengan dia, sebab nak cari rumah sewa yang dekat depan kolej je, boleh jalan kaki je ke kolej.

`Orang nak duduk rumah batu' ingat lagi masa tu dia kata secara bergurau bila dia tahu nak pindah rumah. Lepas tu duduk dengan Lokman, (sebelum Ustad Ahmad dan Abg Din join).

Dan lepas tu masing-masing dengan hidup masing-masing, kali terakhir kat kolej dengar dia tension, handle MLVK yang beragam karenah programnya.

Dari jauh mendengar khabar dia berhenti, dari jauh mendengar khabar ke luar negara... dan sekarang, semuanya dari jauh...

Jan: Dari jauh ini juga dikirimkan doa dan harapan, dia berbahagia selalu dalam apa-apa bentuk kehidupun yang dilalui. Selamat hari lahir...



Saturday, June 21, 2008

Hari sabtu yang biasa, harga yang luarbiasa.

Kalau hari sabtu biasanya pergi pasar minggu (pasar ni merangkap pasar pagi dan pasar malam). Tak besar sangat tak kecil sangat. Tapi lengkap serba sedikit. Biasanya gi pagi, tak pernah pergi petang atau malam.
Dah sms dengan Ja, kebetulan hari ni dia balik ke Pekan petang. Dlm 10.30 pagi mula bertolak, sebelum tu singgah kat kedai roti canai tepi Stesyen Bas. Makan pagi. Makan roti canai sebab tengahari nak masak.
` Sekilo naik 90 sen, jadi leni RM6.90 sekilo' kata tuan jual ayam dengan muka yang serius, anaknya di sebelah buat-buat tak dengar, sambil mengambil seekor ayam yang telah dipilih tadi. Tadi sengaja pilih ayam yang kecil (biar jimat, he he he). Di sekeliling tetap ramai pembeli ayam, sambil membalik-balik ayam2 bogel yang tertunging tungging. Ada mak cik tu cubit-cubit paha ayam, alahai...teknik nak tau segar ke tak ke?
`Berapa RM? Potong 16', tak nak kaki'. Rasanya ayam ni nak goreng je, balik cuci ayam letak rempah perap dan simpan dalam peti. Bila nak makan goreng.
`Eh macam mona fendy pulak, potong 16' .Tiba-tiba Ja mencelah setelah lama mendiamkan diri daripada tadi. Sebelum tu teman Ja beli beg, dia nak ke KL katanya. Bulan ni dia selalu ke KL. mungkin dia patut pindah ke bangi kot. He he he.
`Beg yang beli di Peneng tu besar sangat kalau nak gi utk dua hari' terang Ja tanpa diminta... Memang masa ket peneng dulu ada beli beg, siap dengan roda sekali. kalau nak g dalam 3, 4 hari memang berbalaoi, mahupun seminggu.
Lepas tu pergi beli tomato dan buah epal, ikan kering. Tiba-tiba ada seorang budak perempuan hulur sesuatu. ooo ikan bilis. Macam mana boleh tercicir tadi. He he he.


`Yang gred A ni RM8, kalau yang tak basuh RM7.50' Makcik jual telur tu menerangkan greding telurnya. Suaminya ada kat van, angkat telur ke tepi. Telor naik harga ke?
`naik, telor ni kak ambil kat johor, bila terima dah mahal terpaksa menjualnya dengan harga yang mahal sikit, tak apa, kalu ada satu dua buruk, minggu depan boleh tukar' kata mak cik tu panjang lebar.
`kalau sepapan buruk boleh tukar sepapan, tiba-tiba lakinya pulak menyampuk.

`nak sepapan ni'. Beli sepapan ada 30 bijik, balik bagi dengan Ja. Ja memang dah setuju tadi. 15 bijik sorang.
Rata-rata harga barang dah naik harga... em...tapi kena beli juga, ni barang keperluan. Tadi tengok ikan kembong RM10 sekilo, yang RM7 sekilo `halus' sangat, buruk pulak. Ikan merah RM20 sekilo! Baik beli ayam je.
Seluk dalam seluar duit pecah RM50 tadi, dah tinggal beberapa rial je lagi. Terus tamatkan lawatan, menuju ke tempat air, beli air cendul. Balik...
Jan: Emm...tak cukup RM50...







Friday, June 20, 2008

Gatal nak menulis blog...

Masa kat bengkel 4 hari tu tangan dan minda ni rasa gatal nak menulis sebab baru ada blog (benda baru biasalah...harap lama-lama tabiat menulis ni dapat dijadikan tabiat tetap). Dulu arwah sudirman ada berpesan `tulislah dalam sehari walaupun sepotong ayat...'
Bengkel tu pun lama jgak, 4 hari, padat pengisiannya (termasuk pengisian tersenguk-senguk mengantuk, he he he). Masa tu rasa gatal nak buka blog, nak tengok apa yang terbaru kawang tulih. Isu apa sekarang? tapi tak jumpa komputer, pas tu masa rehat tengahari (2.30 start balik) berlari tengah hujan gi library...tapi kerani tu kata komputer untuk student je guna kat library.Huh!
Dulu masa sifu nak ajarkan dan nak buatkan blog, terdiam jugak. Bila tanya dia `apa la aku nak tulis 6?aku bukannya ada masa? aku bukan pandai menulis' (selain dari surat cinta kasih yang tak kesampaian) sambil buat muka berkerut, dan baiki tali pinggang yang sepatutnya tak payah baiki sebab baru je baiki. `La, tulislah apa-apa saja, blog kita kan, kita tulislah. Banyak boleh tulis, pengalaman, pandangan, resepi ke, gambar-gambar ke?' sambil tangannya laju mengajar step by step mcamana nak buat blog.
Memang benar, nak menulis payah bagi org biasa, nak menzahirkan apa yg ada di minda kepada bentuk tulisan. Dunia penulisan juga ada ilmu teknikalnya, contoh titik jangan sebarang titik. Sue Adnan ada kata dulu (masa kat Pekan) `setiap titik ada maknanya, titik satu, titik tiga dan sebagainya'. Buat masa sekarang memang saya pakai hentam je... (tiga titik digunakan tandanya?).
Penulisan Mina contohnya teratur dan sedap dibaca macam orang sastera kadang-kadang (pendapat peribadi). Kadang-kadang nak menulis jugak macam dia tapi payah, minda lain gatal nak tulis stail lain. Mungkin penulisan ni ikut stail, masing masing jugak. So inilah stailnya kot. Macam rojak.
Namun, pastilah pembaharuan mesti dilahirkan dari masa ke semasa. Baiki sikit-sikit, lagipun apa yang nak disampaikan adalah penting, bukan ramai orang yang reti berbahasa:
Kelapa tua liat bersabut,
Ambik santan buat inti;
Hati terkenang mulut menyebut,
Pandai bahasa lekat di hati.
Jan: Bahasa kena jaga...?

Saturday, June 14, 2008

Hidup tanpa hutang...

Payah ya zaman sekarang nak hidup tanpa hutang. Hampir mustahil bagi sesetengah golongan, kita tak mampu beli rumah dan kereta dengan cash. Namun kita masih boleh kurangkan hutang dalam bentuk lain. Pendapat saya boleh berhutang asalkan terkawal dan sikit-sikit (dan boleh menjangka aliran pendapatan yang akan masuk dengan baik).


Ni artikel D6 kirim, dia kirim masa saya bekerja bersama dia dulu lagi. Dua tahun lalu kot lebih kurang. Dia suka kirim artikel2 jenis macam ini. banyak artikelnya, ada yg saya delete sbb tak sanggup nak ikut (he he he), ada yg saya savekan dlm fail.


Tajuk artikel ni hidup tanpa hutang, mustahil bagi saya nak amalkan semuanya, he he he. Tapi saya save dalam fail sebab memang benar nasihat ni saya akui walaupun saya akui saya tak boleh ikut semuanya (he hehe) Saya suka berbelanja, tapi saya ikut mana yang mampu sekuatnya.


Anda dapat hidup tanpa hutang dengan mengamalkan perkara di bawah ini:


1 Kawal nafsu
2 Hidup dalam kesederhanaan
3 Belanja ikut belanjawan
4 Bagi dahulu, baru terima
5 Gunakan pinjaman secara bijak
6 Simpan duit secara berterusan


Kawal NafsuAnda perlu kenalpasti dan faham perbezaan antara kehendak dankeperluan. Keperluan adalah perkara asas atau paling penting sebelum kehendak. Ini bukan bermaksud anda tidak boleh memenuhi kehendak anda,tetapi anda perlu memberikan keutamaan kepada keperluan dalam setiap langkah pada setiap hari dan masa.

Sekiranya anda memberikan keutamaan pada kehendak dalam berbelanja, andaterpaksa meminjam ataupun berhutang bagi memenuhi keperluan kerana duit gaji sudah habis. Apabila mendapat gaji dan sesudah ditolak simpanan dan perbelanjaan keperluan, sekiranya ada lebih gunakan bagi memenuhi kehendak naluri anda.


Seperti yang kita bincang sebelum ini, setiap kali anda ingin membeli sesuatu, tanyakan kepada diri anda soalan-soalan seperti di bawah:
Mampukah saya mendapatkannya ataupun membelinya? Adakah saya perlu memilikinya?ederhanaanBerbelanja jangan sampai boros, berjimat jangan sampai kedekut. Kaki peminjam pun tidak, kaki belanja pun tidak. Mabuk belanja pun tidak, mabuk berjimat pun tidak. Sentiasa mengutamakan keperluan berbanding kehendak.

Belanja mengikut belanjawanPastikan anda menambahkan ilmu berkaitan cara-cara hendak membuat belanjawan supaya kesilapan membuat hutang tidak berlaku lagi. Walau sebaik mana belanjawan dirancang, ia tinggal belanjawan sekiranya anda tidak memastikan ia diikuti. Jangan berbelanja melebihi yang ditetapkan kerana apa yang dirancang itu menjadi sia-sia.

Beri dahulu, baru terima
Gunakan konsep memberi duit dahulu sebelum menerima barang, bukannya mengambil barang dahulu dan selepas sebulan baru hendak mula membayar sedikit-sedikit (ansuran). Ingat, beri duit sebelum mengambil barang, bukannya memberi kad kredit.
Gunakan pinjaman secara bijakSebelum membuat pinjaman, fikir dahulu adakah anda mampu membayar balik? Sekiranya tidak mampu, jangan pinjam. Jangan menyalah guna duit pinjaman dan menyebabkan bebanan hutang anda bertambah. Jangan terikut-ikut dengan konsep lagi lama tempoh pembayaran balik, lagi rendahlah ansuran bulanan. Memang benar sekiranya jumlah ansuran yang dibayar bagi sebuah rumah yang dibeli dengan pembayaran balik selama 20 tahun adalah dua kaliganda harga rumah itu. Tetapi, bagaimana dengan ansuran selama 30 tahun? Duit siapa yang habis? Anda membeli rumah berharga RM 100,000 tetapi membayarnya dengan RM 300,000. Adakah ia berbaloi?
Dengan mempunyai simpanan, anda dapat membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Dengan adanya wang simpanan, ia mengelakkan dan mengurangkan risiko anda berhutang kerana anda tiada keperluan berhutang. Tidak kira sekecil mana anda menyimpan setiap kali mendapat gaji, ia mengajar anda menyimpan. Ini memberikan ketenangan dan semangat setiapkali anda melihat duit tabungan anda semakin bertambah.


Sekiranya anda menyimpan sebanyak RM25 sebulan bagi 30 tahun dengan kadar faedah 7 peratus setahun, anda mempunyai RM30,000. Bagi simpananRM25 seminggu dalam masa 30 tahun, anda mempunyai lebih RM122,000.Berapakah yang anda miliki sekiranya menyimpan RM200 sebulan bagi 30tahun? Lebih daripada RM 245,000. Itu baru 7 peratus kadar faedahnya.Sekiranya anda menyimpan dalam simpanan yang kadar keuntungan lebihdaripada 10 peratus, berapa?


> Dipetik daripada: Bahagian 4, buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang oleh> Shamsuddin Abdul Kadir




Ada 6 langkah di atas yang diberi, boleh jadikan panduan dan nasihat bagi kita. Mungkin ada yang kita boleh buat dari 6 langkah di atas. Mungkin yang tak daya nak buat, he he he.



Jan: Ni tengah kumpul duit nak beli CD Tok Pah yg ke 99 dan 100. Memang bukan keperluan, tapi tak lena bila tak dengar suara merdu rakaman terbarunya...he he he.

Friday, June 13, 2008

Teka-teki: Kita kena kejar cepat, takut tertinggal... bila tak kejar kita akan ditinggalkan

Samalah 6...dah berbelas tahun mengajar pun bila nak masuk kelas berdebar jugak aku ni.... Macam mana ya dengan Siti Nurhaliza? Berdebar tak setiap kali dia nak nyanyi walaupun dah lama nyanyi? Bagaimana pula dengan Tok Pah (Datuk Sharifah Aini) dan Tan Sri S. M Salim?.
Kadang-kadang selepas `Asalamualaikum dan selamat pagi semua...' pun berdebar jugak dalam beberapa minit. hehehe. Lepas tu barulah kita tenggelam dengan subjek yg nak diajar kan. Gamaknya bila gementar ni akan hilang? setelah 20 tahun mengajar?
Gaya mengajar tu memanglah tidak boleh disentuh sangat memandangkan personaliti dan bidang berbeza. Cuma dalam penggunaan `alat bantuan mengajar' tu, kena standard juga ke? atau kena nak distandardkan?
Dalam hal mencari ilmu dan membaca ni memang tak dapat lari terutama dalam bidang ilmu yang pesat berubah. Contohnya, memetik kata Roslina Mohd Nor ( IT and Science Department) utk beri kuliah dia memang kena baca banyak (dengan kadar yang kerap) kerana dalam bidang komputer, istilah ilmu tahun lalu (setahun) pun boleh bertukar definisinya. Oleh itu katanya menambah (menambah kata?) dia bukan lagi mengajar hanya isi pengajaran yang dia terima di universiti dulu.
Itu dikira dalam bidang kita, dalam bidang lain kita tidak nak tahu ke?...susah nak jawab juga nan, yang nyata ahli akademik kena up to datekan ilmu terutama dalam bidangnya.
Tektik dan teknik `Awak ni semua nak saya suap, cubalah cari sendiri...' (jawapan yg diberi bila tak dapat jawab apabila ditanya pelajar), tak boleh diamalkan selalu. Ia menunjukkan kelemahan diri, lagipun kita ahli akademik. Tetapi mustahil kita tahu semua kan, walaupun dalam bidang kita...
Jan: belajar dan mencari ilmu tak akan habis, ia proses sepanjang hayat kita...

Answer...

I will be the answer at the end of the line
I will be there for you while you take the time
In the burning of uncertainty
I will be your solid ground
I will hold the balance if you cant look down

If it takes my whole life I wont break I wont bend
Itll all be worth it worth it in the end
Cause I can only tell you what I know
that I need you in my life
When the stars have all gone out
youll still be burning so bright

Cast me gently into morning
For the night has been unkind
Take me to a place so holy
That I can wash this from my mind
The memory of choosing not to fight

If it takes a whole life I wont break I wont bend
Itll all be worth it worth it in the end
Cause I can only tell you what I know
That I need you in my life
And when the stars have all burned out
Youll still be burning so bright

Cast me gently into morning
for the night has been unkind



Jan: Hari tu turun ktn sambar DVD satu, dalam cerita ada lagu best tak pernah dengar. lagu nyayian Sarah McLachlan ni sedap (merdu) didengar, mula dengar masa tengok filem Jodie Foster `The brave one' pastu cari dalam you.tube, ada. terus layan...ada falsafah.

Thursday, June 12, 2008

Kalau asyik menembak je...

Betul jugak kan, kalu kita asyik memprotes tanpa membuat perubahan tuhan akan hukum kita lagi (memetik kata ustad madi).

Dalam isu harga minyak ni memang kita kena berjimat cermat dan ubah cara hidup [Adnan, 2008]. Barangkali kalau dapat kita savekan 1 sen lama-lama akan jadi banyak, dan tentulah banyak kalu tiap individu pun save jugak. Masing-masing elak dari membazir, contohnya khepek (kerepek) hendaklah dibeli pada kadar yang memadai selang masanya. Jangan asyik ngunyah saja...Contoh lagi kunjungan mesra tapi berbayar ke KFC dan mekdonel boleh dikurangkan. Di sini bukan dapat savekan duit malah boleh nampak kan kembali tengkuk atau pinggang.

Kalu kita tak ubah cara hidup mulai sekarang, kenaikan akan lebih cepat berlaku dan dalam jumlah yang besar pulak. Kita tolak ketepi isu kerajaan menipu, yang pastinya minyak dalam bumi memang makin sikit...Memang kalu salahkan kerajaan pun tanpa ubahdiri pun tidaklah ada impaknya. Kalau kerajaan boleh beripun adakah kita tetap dengan sikap membazir kita?

Sebenarnya kalau kita perhatikan rata-rata apa yg dicadangkan oleh kawan2, media dan kerajaan adalah perkara yang patut kita lakukan dari dulu lagi.... sikap yang sepatutnya kita buat, sifat basic org kata.

Maka kenalah buat perubahang... tapi nak ubah cara hidup macam mana?[Mek P, 2008].
Jan: Setiap orang ada peranan pada diri sendiri...

Dialog di tepi pantai...


Jan: Buai laju-laju sampai pucuk sena,
Apa dalam baju tak baik tanya!














D6: Jom makan, semua siap doh.

Jan: Aku nok diet la nan...aku gemuk tak nampak tengkok dah.

Zue: Tok soh nok ngada, org tunggu mu tu. makan sikit makan khepek pun tak pe.

Jan: Mu tau tok Zue, mung dok nguyah khepek ubi tu macam makang 3 pinggang nasi tu kolorinya.

D6: Betul jugak tu Zue, petang-petang aku tengok asyik dok nguyah kerepek sokmo aku perati.

Zue: Aboi-amboi! kalau cakap tu pakai hembus je ya. Biar gemuk tapi idup tok nyusoh ke org...! (sambil mengcekek pinggang)





Jan: Kehidupan ini bukan hanya berkisarkan berapa berat badan kita. terlalu banyak lagi perkara yang penting, antaranya biarlah kita gemuk tapi sihat comel dan tidak menyusahkan orang.

Kad kredit ada baiknya...

“Walaupun banyak cerita mengenai bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh pemegang kad kredit, namun tidak dapat dinafikan terdapatnya kebaikan-kebaikan”


- jankaulu 2008







Penggunaan kad kredit juga bermanfaat pada waktu yang tidak diduga. Kerosakkan kereta, kesihatan anak-anak (mahupun diri sendiri), dan majlis yang tidak diduga, semua ini memerlukan wang.

Pada saat ini kad kredit merupakan suatu pertolongan besar dan bermakna terutama apabila pembayaran yang hendak dibuat tidak dapat dielakkan kerana ianya memang penting. Adakah pada masa tersebut kita mudah berhutang daripada individu di sekeliling kita? Adakah orang yang mampu dan mahu memberikan kita berhutang?


Untung dan jimat

Bagi sesetengah individu kad kredit memberikan satu perkhidmatan ansuran di mana bayaran dilakukan pada satu tempoh tertentu pada masa hadapan. Maka, di sini pengguna boleh membeli lebih barangan dan perkhidmatan SELAGI beliau dapat menjangka aliran pendapatannya yang akan bertambah pada bulan-bulan seterusnya. Peningkatan perbelanjaan pengguna melalui kuasa beli yang bertambah akan meningkatkan pembelian sekaligus kualiti
hidup penggunanya.

Jan: Cuma janganlah membeli terlalu banyak dan mahal...Bak kata Zarida ukur baju di badan sendiri...

Kawan pelopor...

Kalau jumpa kawan-kawan lama, hati jadi ceria dan gembira. Bila sudah tidak ada sesuatu yang hendak dihidupkan bersama, dipersamakan, diadakan (sebab dah terpisah jarak), maka kegembiraan memang bersandarkan kepada kenangan.
Kedatangan Adnan ke Muadzam buat saya gembira. sSya harap suatu hari nanti dia akan berkerja di Muadzam, siapa tahun kan. Semasa saya kerja di Shahputra Kuantan, selain Azniza, saya sering mengikutinya ke mana sahaja, Sue tidak marah.

Dulu masa zaman gelap, masa merempat kat Pekan, pernah menumpang rumah sewa dia selama lebih kurang dua bulan dengan Lokman (tanpa membayar sewa). Masa tu kesukaran mencari rumah sewa yang berdekatan dengan tempat kerja dan kadar sewa.

Walaupun duduk rumah sewanya, semuanya dapat dibuat termasuk memasak dan menggunakan hampir 80% barang kegunaan pribadinya. Orang kata kita baru akan kenal perangai sebenar seseorang tu bila kita duduk serumah dengannya, dan kesimpulannya kehidupan dia teratur simple tetapi mempunyai pemikiran yang kompleks...

Dia selalu suka membawa pembaharuan yang baru kepada kawan-kawan. Dialah yang dulu first pakai DVD player yang dibelinya berharga RM800 semasa kerja kat Pekan, lepas tu kawan-kawan pun ikut beli.
Dialah yang dulu pakai kad kredit dan lain-lain lagi. Terbaru berblog. Memang orang lain ada juga mulakan dulu tapi gagal jadi pelopor di kalangan kawan-kawan.

Jan: Selepas ini apa yang akan dipelopornya ya?

Monday, June 9, 2008

Kesan peningkatan harga minyak

Bila harga petrol naik kita boleh menjangkakan harga barang dan perkhidmatan akan naik secara keseluruhan. Kita rasa pendapatan kita tidak cukup untuk membeli barang dan perkhidmatan yang sama seperti dahulu (mulalah kita TERPAKSA berjimat sana sini). jimat rokok, jimat makan angin, jimat beli DVD, buku dan alat make up (kalau dulu lipstik seminggu sebatang terpaksa control sebatang 77 minggu!), pendek kata mungkin kena nipiskan make -up kat muka, maka nampaklah wajah semulajadi yang tak...hehehe

inflasi bukanlah satu fenomena baru, berzaman dahulu terutama selepas revolusi perindustrian di Barat harga barang semakin naik-naik naik, (ada ke harga barang makin turun). ia fenomena antarabangsa, malah sikit waktu dulu bila US inflasi maka menular ke negara tidak membangun.

kesan kenaikan inflasi tersimbah kepada semua golongan masyarakat (sama ada kesan baik atau buruk?). inflasi ada kesan baik ke? jawapannya ADA. para pengguna, pekerja, pelabur malah suri rumah, masing-masing kena dengan cara yang berlainan. Secara umum golongan yang mendapat faedah adalah:
1.peniaga
2.pemegang saham
3.peminjam
4.pemilik harta

antara yang terduduk:

1. pekerja makan gaji (fixed wage earners)
2. pesara
3. pemberi pinjam

Pendek kata kuasa beli dah kurang, dulu taun awal 70an (masa saya ikut mak ke pasar) RM10 bolehlah beli macam-macam bila ke pasar.

Perangai bergantung kepada diri sendiri

`Tiap-tiap orang diwajibkan beramal dan beribadat sendiri dengan usaha dan tenaganya sendiri - tidak pernah disuruh untuk mesti bergantung kepada doa orang sahaja atau kepada fidyah penebus yang dibuatkan orang sahaja bagi mendapatkan kejayaan di akhirat kelak! Tuhan tiada pernah menyuruh kita mesti berharap kepada sedekah tahlil dan bacaan-bacaan Qul Hua'llah dari orang apabila kita mati kelak.'





Pendita Zaa'ba

(`Perangai Bergantung Kepada Diri sendiri', DBP, Kuala Lumpur, Cetakan ke 3 1987, m/s:9)

Tuesday, June 3, 2008

Kenaikan harga baja dan racun serangga

Terkedu dua minit bila ayah beritahu harga racun dan baja naik antara 40% dan 80%. kenaikan ini besar. Bagaimana dengan nasib petani kecil yang tidak ada modal. Maka pengangguran boleh berleluasa berlaku.

Mungkin juga mereka tidak lagi menanam tetapi ambil upah menanam di kebun oarang yang ada duit sikit. maknanya taraf hidup petani tadi akan menurun, dulu petani sekarang ambil upah.

Di kampung kebanyakan kerja petani. duit datang dari menjual hasil. ibubapa dapat duit belanja dari hasil jualan tanaman...bagaimana ya nak memperuntukan duit yang semakin sedikit tu sedangkan perbelanjaan semakin meningkat...?

Kadar Inflasi Semasa Sekarang 2008

Minggu lepas, Kak Z ada kol bertanya adar inflasi semasa sekarang, kak Z tak pernah call, cuma mek p saja yang ada beberapa kali call tanya pasal ekonomi.

Sekarang barang-barang dan perkhidmatan utama mengalami kenaikan harga, kesan daripada kenaikan bahan asas manusia, petrol. Petrol digunakan dalam banyak perkara dan ia akan menyebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara langsung dan tak langsung. Dr Zeti kata kadar purata inflasi semasa dalam 3.8 peratus (ttapi pada masa kak z tanya tak dapat jawab, rasa malu pulak (memang patut). Lepas kak Z call barulah saya sibuk tanya sana sini kat kawan-kawan dan cari melalui internate.

inflasi dikira berdasarkan kepada kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan secara am dan keseluruhan. Jika beberapa barang sahaja mengalami kenaikan harga, ia tidak dikira sebagai inflasi. Juga kenaikan bersifat sementara, ia bukan inflasi (contoh harga ayam naik pada musim perayaan tidak dikira sebagai inflasi).

inflasi pulak berpunca daripada banyak sebab. Antaranya kerana tarikan permintaan yang kuat terhadap barang-barang dan perkhidmatan (kerana manusia dah ada banyak duit, negara makmur), inflasi akibat kenaikan kos bahan mentah dan juga infalasi diimport.

Inflasi memang mengiringi pertumbuhan ekonomi sebab itu inflasi kadar kenaikannya tinggi di negara-negara membangun berbanding negara maju. beban negara membangun untuk maju adalah inflasi. begitu juga dalam skop yang kecil sebuah kerajaan tempatan dinaikan taraf kepada bandaraya akan menyebabkan berlaku dalam kenaikan kos sara hidup di kawasan sekitarnya...

inflasi antaranya bermaksud terlalu banyak wang mengejar barang dan perkhidmatan yang sikit, so tak peliklah barang akan naik harga. Kalau dalam kampung tu ada sikit je anak dara yang cun melecun, sedangkan lelaki bujang ramai maka, kecenderungan yang cun tu nak jual mahal, tinggi.

duit banyak bermakna ekonomi positif( abaikan faktor dan bahasan lain...), dulu zaman 50an dan 6oan duit sikit di pasaran so belanja sekolah pun beri dua puluh sen je...

bersambung.....

Kepada anak-anak saudara saya...

Saya ada 7 org anak saudara, 4 org lelaki dan 3 org perempuan.
Semua di sekolah rendah kecuali najihah, Saya lihat keadaan mereka tidak sama seperti saya belajar dulu. Saya bimbang masa depan 3 org iaitu Najihah, Najib dan Syafiq, entahlah tetapi mereka asyik bermain sahaja. Ayah saya kata mereka malas membaca, entahlah apa nak jadi. saya harap mereka dapat ubah perangai mereka, jadi org senang dan berjaya pada masa hadapan.

'' Dunia sekarang jika orang bodoh tidak ada siapa nak berkawan dengannya'', itu kata ayah saya...

Pada masa saya kecil dulu, ayah saya juga berleter sebab saya suka main-main danm malas. Saya kena membaca tiap hari, tidak boleh selalu tengok TV. Saya mesti membaca membaca dan membaca. Saya kira saya bukanlah golongan yang cerdik di sekolah tetapi saya dapat markah yang baik kerana membaca, itu sahaja. Bila membaca, kita in gat banyak perkara.

Dunia akan datang akan berlainan sekali, saya hendak beritahu kepada anak-anak saudara saya jika mereka membuka blog ini yang:
PADA MASA HADAPAN SIAPA YANG TIDAK ADA ILMU PENGETAHUAN AKAN KETINGGALAN DAN TERPINGGIR DARI MASYARAKAT.
Jan: Ilmu penyuluh hidup...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home