Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, December 26, 2024

Mas Idayu, Tok iman dan lembu



1. Saya bukanlah peminat Mas Idayu, saya juga bukan peminat Taylor Swiff atau Dato Siti Nurhaliza. Namun saya ada dengar lagu mereka di radio atau melalui somed. Suara mereka sedap, lagu-lagu mereka sedap. Jika ada sesiapa hadiahkan album mereka, saya tidak buang.

2. Ramai orang kecam Mas Idayu kerana kononnya tidak layak jadi juri sebab beliau tidak boleh menyanyi (sebaik apa yang beliau sendiri huraikan).  

3. Pemain bola kadang-kadang tidak sedar akan kesalahan mereka. Sebab itu ada refri. Dan bukan semua refri boleh main bola dengan baik. Dan kalau tok iman  nak pilih lembu yang layak dikorbankan, tok iman juga tidak perlu jadi lembu.

4. Kita tengok pula Dato Shafinaz, dia tidak boleh mengalahkan kelunakan dan kepelbagaian suara biduanita unggul Datuk Sharifah Aini. Walaupun kadang-kadang dia nyanyi seolah keluar angin, namun beliau terpelajar dan berpengetahuan secara rasmi dan sah dalam bidang vocal.

5. Mas Idayu telah lama berada di dalam bidang seni suara kita, dia banyak mengutip pengetahuan dari pemerhatian dan sikap ingin tahu. Beliau bukan sahaja mewakili rentak dangdut tetapi cabang seni lain juga. Beliau ada pengalaman dan keunikan beliau sendiri. Beliau releven dengan dunia seni sekarang.

6. Bukan semua orang mudah memahami...


Jangka hayat kita, dan jangka hayat bersara




1. Jangka hayat rakyat Malaysia secara purata adalah 75 tahun. Dan jangka hayat kerja di Malaysia adalah secara amnya 60 tahun. Bezanya adalah 15 tahun.

2. Kematian tidak ditangan kita, bila-bila masa kita boleh mati. Namun apa yang terjadi jika kita tidak mati dan tidak ada duit untuk teruskan kehidupan selepas umur bersara? dan selama 15 tahun pula?

3. Pekerja kerajaan ada pencen, kerja swasta ada KWSP, dan pekerja sendiri ada simpanannya sendiri (jika dibuat simpanan).

4. Saya hanya ada KWSP. Dan pada pendapat saya jumlah itu tidak mencukupi untuk saya melalui kehidupan selama 15 tahun lagi (jika hidup).

5. Kalau mati, putuslah hubungan kita dengan dunia. Apa yang perlu dibincangkan jika kita terus hidup mencapai umur jangkahayat purata, iaitu 15 tahun.

6. Apa yang akan terjadi pada kita selama 15 tahun itu?







Bagaimana kita selepas bersara?

1. Saya tidak dapat bayangkan sebuah kehidupan di mana saya di dalamnya tidak bekerja. 

2. Saya tidak boleh duduk saja-saja sehingga umur saya 75 tahun. Tak kanlah selama 15 tahun tersebut saya tidak bekerja, tidak logik.

3. Saya sebut 75 tahun sebab secara puratanya rakyat Malaysia masih hidup selama 15 tahun sebelum mereka mati.

4. 15 tahun lama. Tanam manggis atau durian, masih boleh berbuah.

5. Saya rasa saya akan tetap bekerja tetapi bukan lagi untuk belanja harian atau bayar hutang-hutang yang tersenyum riang untuk disuap pada akhir setiap bulan. 

6. Saya akan berkerja dengan ruang kurang tekanannya. Hendak kata tak ada tekanan, semua pekerjaan tentu ada tekanannya tersendiri.

7. Saya akan bekerja dengan sambil menikmati hidup, tidak terkejar-kejar seperti sekarang. Sekarang hendak melihat daun kunyit tumbuh yang saya tanam pun tidak sempat. He he he. 

8. Namun realitinya pada umur 60 tahun masih ramai lagi yang terpaksa bekerja, samada untuk sara diri atau bayar hutang atau kedua-duanya sekali. 

9. Mereka bekerja kerana terpaksa, mereka terima sahaja apa-apa pekerjaan walaupun menjadi pegawal keselamatan. Saya selalu tengok pengawal keselamatan kilang yang tua-tua di media massa. 

10. Saya selalu juga baca di akhbar internate pesara bekerja kerana memilihara cucu-cicit. Mereka mesti bekerja untuk kelangsungan hidup.



Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home