Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, May 21, 2019

Ulasan Filem John Wick 3: Ceritanya kalah cerita Hindustan




1. Hujung minggu lepas saya menonton Jong Wik 3 bersama kawan saya. Saya mahu lihat cerita hantu, dia mahu lihat cerita John Wick 3.

2. Saya mengalah sebab dia jauh lebih tua, kurang popular(...tak ada FB dan Ista), dan baik hati.

3. Saya tak suka cerita action sebab tidak suka lihat orang bergaduh. bergaduh membosankan. Binatang bergaduh saya suka tengok.

4. Cerita dimulakan dengan tawaran harga tinggi jika dapat bunuh Jong Wik. Jadi ramai la yang nak bunuh John Wik.

5. Sadis sungguh hidup dapat duit dengan membunuh orang, tetapi itulah intipati cerita Jong Wik ini. Pembunuh upahan.

6. Dan Jong Wik dapat mengalahkan mereka satu demi satu. Kadang-kadang sepuluh sekaligus dia kalahkan. Macam cerita hindustan dah lagaknya.

7. Saya tertidor dua kali sebab bosan. Saya bosan melihat keganasan...saya cintai kedamaian dan keseramman..

8. Jong Wik dilanggar kereta (dua buah kereta) melantun dan jatuh tersembang. Jon Wik ditikam, dihentak kepala, dipukul dengan kuatnya... Jatuh dari bangunan 7 tingkat tapi tak mati-mati.

9. Tapi ada adegan yang sedih.., dia (jong Wik) kata dia pilih nak hidup sebab nak ingati kenangan manis bersama isterinya. kalau tidak dia rela mati. Wah manisnya...

10. Sukar mencari lelaki yang setia, bak mencari bara dalam air, atau bak mencari jarum dalam jerami atau mencari perempuan yang anti shopping....Jong Wik contoh lelaki sangat setia (jiwang).

11. Cerita ini kurang dialog, mungkin asyik berperang bila masa nak berdialog? Kosnya adalah $55m, kutipan dah hampir $100m.Sambutan yang menggalakan untuk keganasan...

12. Ketika Jong Wick asyik berperang, saya minta diri dari kawan saya mahu ke tandas. Di tandas saya salin baju baru (baju raya) dan seluar jeans biru (seluar raya). Tak sabai nak cuba, macam budak-budak. Saya lihat dalam cermin. Alhamdulillah masih menarik. Saya selfi dalam tandas tersebut.

13. Sebenarnya sebelum itu saya pergi beli baju dan seluar raya. Lama tak beli seluar jeans...Bila jurujual tu tanya saiz pinggang berapa? Perlahan sahaja saya jawab. Jurujual itu memang kejam.

14. Saya terus sambung tengok filem tu. Jong Wick kena potong jari, kena sepak, kena tikam, reboh terguling, dan macam-macam lagi...tapi muka dia selamba. Macam orang tak ada perasaan. 

15. Saya simpulkan cerita ini banyak action...dan plot ceritanya senang sahaja...mari bunuh membunuh. Sebab anjing (dibunuh) dan kereta (dicuri) pun boleh diolah jadi 3 filem. Rasanya ada nanti Jong Wick yang ke 4. 
16. Setakat ini, siri2 Jong Wik masih lagi tidak memperkenalkan adik beradik Jong Wick, mak dan ayahnya. Kalau cerita Melayu pasti lengkap dengan nenek dan moyang, jiran tetangga.

17. Saya nak tahu jugak Jong wik ini berasal dari kampung mana?

18. Sekian sahaja tak banyak yang boleh saya ulas. Orang pandai seni pertahankan diri mungkin boleh ulas berperang pelbagai teknik dan alatan. Filem ini tidak sesuai untuk kanak-kanak dan orang yang putus cinta. Bimbang mereka akan jadi ganas di kemudian hari.

19. Sekian, selamat berbuka puasa.

Thursday, May 16, 2019

Lagu paling SEDIH ketika orang yg disia-siakan




Petang semalam saya rasa sedih yang amat.  

Saya pergi ke bazzar Ramadhan. Saya berjalan seorang, saya ternampak seseorang. Dari belakang saya ternampak  seseorang yang berjalan seperti seseorang yang pernah khianati kehidupan saya. Dengan tidak sedar saya mengikutinya dari belakang, sehinggalah dia membelok dan menoleh saya...

Saya tersedar...dia bukanlah seseorang itu...

Ada rindu yang bersarang dalam hidup saya. (Namun sarang itu kelihatan kosong, tiada burung dan telur. Apatah lagi burung yang sedang megerang. tiada... Semuannya pergi).

Saya tidak bermaksud untuk berjumpa dengannya lagi di dunia ini...saya tidak tahu kenapa saya mengikutinya tadi...

Dalam kesedihan saya taip youtube mahu cari lagu yang paling SEDIH. Saya terjumpa kelip vidio ini. Saya tak tahu siapa penyannyinya dan siapa pelakonnya... Saya hanya tahu bersedih sahaja. Dalam bersedih saya berdoa...saya berdoa tuhan lenyapkan segala kepedihan saya.

Menyintai seseorang bukanlah kemahuan fikiran, ia kemahuan hati. Keinginan dari dalam hati. Ia terbit begitu sahaja...

Mungkin bercinta seperti berjudi. Ada yang menang ada yang kalah. Cerita mengenai patah hati sudah terlalu biasa walaupun ia terlalu sedih... Saya telah banyak kali menulisnya...

Saya sudah tiada perasaan...sukar saya mahu percaya ada orang mampu hidup atas penderitaan orang lain. sangat sukar.

tetapi memang ada...itulah perkara yang paling menyedihkan...

Terima kasih Z



Menemui Z,

Semoga Z berada di dalam keadaan sihat sejahtera selalu di samping orang tersayang. Saya di sini berada dalam keadaan sihat sejahtera. Alhamdulillah.


Tengahari tadi saya terima kad ini. Saya lihat ada kad merah, bersama kotak kurma kecil, dan surat-surat lain di pigeon hole saya. Di pejabat.

Saya tergelak bila buka.

Sebenarnya tadi juga saya pergi basuh muka sebab saya letih dan terlelap. Saya lapar walaupun telah bersahur nasi dan ayam. He he he.

Cuaca di tempat saya panas. Panas sehingga ke malam.... seperti berpuasa di Afrika Selatan. tapi saya tak pernah pula ke Afrika Selatan. He he he.

Sekarang saya menolong persiapan dan penyediaan keluarga untuk raya. Bagi saya pula, saya mungkin beli sehelai selaur jeans. Lama dah nak beli tetapi selalu berfikir dan akhirnya tak jadi beli. He he he.

Sekian sahaja untuk kali ini.

Terima kasih sekali lagi kerana kad yang menceriakan hari saya...





Thursday, May 2, 2019

Ulasan filem Avangers Endgame: Kisah petik jari!


Avangers Endgame: Kisah petik jari!
  
1. Sempena Hari Buruh saya berwayang lagi, kali ini bersama sahabat Adnan.
 2. Kata sahabat Adnan wayang terakhir dia nonton adalah LOTR...(

 3. Saya tidak suka cerita adiwira namun pastilah cerita ini sedap kerana kutipannya dah lebih dari $1.4billion.
   
4. Watak dalam filem Endgame ini tak ramai yang saya kenal kecuali Ironman, captain America, Hulk Hijau dan Thor. Satu lagi Sepaiderman...tapi muka dia lain pulak dalam filem ini.
   
5. Cerita dimulakan dengan seorang bapa mengajar anaknya main panah kat tepi padang, isteri layan anak-anak nak makan sos, namun kemudiannya sekeluarga hilang begitu sahaja. Dia terpingga.
  
6. Lepas tu saya lihat Ironman terkandas di angkasa tak cukup oksigen dengan perempuan robot. Tapi part Ironman kata "when i driff off.., i will dream about you....It always you...", saya rasa sedih pula. Puitis sangat kata-kata tersebut. Ada rindu yang dalam tu...kalau orang setia memang begitu.
   
7. Saya harap semua bekas kekasih saya tak bahagia...
   
8. Kemudian muncul siri ajak geng-geng supaya lawan Thanos. Masa first time lihat Thanos saya terbayang dia bercukur tak guna Gillette (pisau cukur yg saya guna). Macam cukur guna `gerak sapoh' jadinya. Lihat dagunya.
   
9. Selepas bunuh Thanos terpaksa pula cipta mesen masa untuk undur dan baiki apa yang patut. Namun harus dapatkan batu-batu hikmah yang ajaib.
  
10. Tiba-tiba "Mak sapa tu?" Kedengaran seorang budak menanya emaknya akan watak di screen. Dan maknya meriwayatkanlah siapa perempuan tu. Saya yang kat belakang naik geram...Panjang lebar maknya cerita dari filem2 lalu. Huh!
   
11. Selepas tu saya tengok Ironman sedih sebab ada budak mati, budak tu sepaiderman. Bila pulak ironman berbaik dengan sepaiderman? Rupanya ada dalam filem lain. Saya tak tengok. Yang saya tengok tu adalah spaiderman lama...
  
12. Saya tak suka hero pendek jadi saya tak tengok filem Ironman 2 dan 3. Tapi makwe dia lawa...(Gwyneth Paltrow), betisnya lawa macam pen kilometrikol. Saya ada tengok Captain America, heronya tinggi lampai tapi makwenya pulak tak lawa.(Susah nak cari pasangan bagai pinang dibelah dua, kebanyakannya bagai pinang tersalah belah).
   
13. "Jangan la berebut pok kong tu!" tiba-tiba kedengaran jeritan seorang ibu apabila anak mereka berebut pok kong. Saya rasa anak-anak itu patut masuk panggung Kecil. Panggung Kecil ini MBO khaskan untuk penggungjung yang bawa anak-anak...
  
14. Selepas tu ada adegan yang sedih lagi...kononnya nak ambik satu permata lagi kena ada seorang yang berkorban. Masa itu saya siap berdoa agar si lelaki yang mati tetapi watak perempuan (Scarlett Johansson) pula yang mati dalam gaung tu. Sedih betul!

 15. Dan rupanya bila batu-batu hikmah dah jadi sarung tangan , kita kena petik jari baru berfungsi. Tetapi siapa yang hendak pakai sarung tangan tu? thor macam tak sesui, macam mabuk jea. Hulk cuba pakai tapi gagal dengan cemerlang. Dalam filem terdahulu rupanya dah dipetik. Punyalah berperang nak rebut sarung tangan tu. Akhirnya pastilah Ironmen yang berjaya petik. Bila petik bunyi berdentung dalam panggung wayang dan orang yang jahat terus jadi abu. Tapi budak-budak bising depan saya tu tak pula jadi abu...he he he.
  
 16. Dan Ironman tu mati. Sepaideman sedih. Saya tak sedih pun. Saya hanya sedih sebab makwenya sedih bila Ironman mati. Saya lihat muka makwenya ada kedut-kedut dah. (Tapi masih lawa. orang lawa ni kalau tua pun lawa...) 
  
17." Huwaaa. Huwaaa' Tiba-tiba saya terdengar budak depan kanan saya pulak meraung menangis. Saya rasa mungkin ada yang tertidor dan bila ayah gerak nak balik, terkejut terus nangis sebab gelap dalam panggung.
   
18. Saya dan sahabat Adnan ada la tunggu sampai skrin layar habis tapi tak ada apa-apa. Ingatkan last sekali dia tunjuk Ironman hidup balik (dan duit poket kita akan terbang lagi untuk sequel yang akan datang.)
  
19. Bila sampai tempat parking ada pula kereta blok kat belakang, susah sungguh nak keluarkan kereta dari tempat parking. Rasa nak petik jari jea!
  

20. Sekian.


Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home