Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, February 22, 2017

Kata dari Abi Syazwan

"kalau keuntungan pasti dan duit akan datang tanpa usaha dan belajar ilmu. Tu semua scammers . Senang je nak kesan.. :)"



Abi Syazwan's Profile Photo, Image may contain: 1 person, smiling, eyeglasses, selfie and closeup
Ini Abi Syazwan, muka macam Clark Kent (versi Melayu)


Kata-kata di atas ditulis oleh bekas pelajar saya di FBnya. Alhamdulillah dia bijak mengukur dan menilai. Jangan kata isu ini tidak penting sebab penipuan pelaburan melibatkan jutaan ringgit duitnya.

Saya selalu berpesan jika mahukan sesuatu kena usaha, cari ilmu.

Akan selalu ada dalam masyarakat kita, tidak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan, seksi atau biasa, akan terlibat dengan penipuan pelaburan. Selalu ada orang yang kerugian kerana mahukan pulangan yang besar dalam pelaburan.

Selalunya orang yang ...Tamak. Selalu rugi.

Ada tu laburkan duit simpanan sepanjang hanyat dan akhirnya tergolek sepi. Dari pengalaman saya sendiri di sekeliling saya, (termasuk juga rakan sepeguruan dan sepensayarahan) ramai  yang `terkena' dengan `penyakit'yang mereka cari sendiri.

Betul kata Abi, senang sahaja nak kesan...dan saya mahu tambah kata-kata abi tersebut:

...tapi tak ramai yang dapat kesan dek kerana hambatan nak cepat, nak banyak, tak nak risiko, nak senang. Tak nak kerja kuat.

Sekian.


Why Men Die First: How to Lengthen Your Lifespan




It is a universal fact that men die before women. But the causes of this have long remained unexplored. Why Men Die First examines the reasons that men are more susceptible to illness and explains what they need to do to live longer. Bestselling author and professor of clinical medicine at Columbia University, Dr. Marianne Legato delves into problems that both men and women care about, including:
* How men's reluctance to speak frankly to their physicians can kill them

* The hormonal shift called "andropause," the male menopause, and therapies that alleviate its painful symptoms
*Men's biological predisposition to infection and how best to protect against it
*The real causes of male depression and how to treat it
*The risks inherent to the male heart, and ways to correct coronary disease--even late in life
Through her appearances on the Today Show and NBC Nightly News, Legato has launched the conversation about why men die young, and what we all can do to reverse the grim trend.


SEMENJAK sekolah rendah sehingga kini, ramai kawan lelaki saya mati. Paling pertama saya ingat ialah seorang kawan lelaki saya kemalangan motor dan mati. Dan selepas itu ada beberapa siri lagi melibatkan kematian kawan lelaki saya. Tidak pula saya dengar kawan perempuan saya mati.

Masyarakat kita anggap perempuan lemah. Sekurang-kurangnya saya dididik begitu secara tidak langsung oleh masyarakat. sehinggalah emak saya beritahu lelaki tidak ada ketahanan biologi sebab itu tugas melahirkan anak adalah tugas perempuan. Emak saya misi. Emak saya beritahu hal ini pada tahun 1989. (saya beritahu hal ini kepada rakan-rakan di sekolah saya tetapi semua tidak percaya sebab mereka kata `perempuan angkat benda berat pun tak mampu'.)

Melalui buku ini saya dapati secara perubatan/biologi lelaki lebih lemah dan terdedah dengan pelbagai penyakit. Contohnya memang bayi lelaki lebih lemah dan lebih tinggi risiko untuk mati berbanding dengan bayi perempuan. Dan setelah dewasa pula persekitaran membentuk lelaki untuk lebih berisiko untuk mati berbanding perempuan.

Contohnya lagi, penyakit jantung boleh muncul seawal umur 35 tahun untuk lelaki manakala untuk perempuan biasanya muncul setelah monopouse.

Begitu juga dengan isu andropouse sebenarnya lebih kompleks berbanding dengan monopouse yang lebih digembar-gemburkan.

Banyak lagi informasi yang boleh kita dapat dari 

Seronok saya membaca buku ini. Ia bagus untuk pengetahuan kesihatan kita dan orang yang kita SAYANGI.






Image result for marianne j. legato biografia


Marianne J. Legato, MD, FACP, is an internationally known academic physician, author, and lecturer and globally recognized expert in gender-specific medicine, the science of how normal human function and the experience of the same disease vary as a function of gender/biological sex. Legato is an expert on the sex-specific aspects of men's and women's health and is the founder and director of the Partnership for Gender-Specific Medicine at Columbia University. In 2008, she established the non-profit Foundation for Gender-Specific Medicine. She has devoted much of her research to the subject of women and heart disease and in 1992 won the American Heart Association's Blakeslee Award for writing the best book on cardiovascular disease written for the lay public. - Wikipedia.


Bila Rahim Maarof jadi `leaking roof'...

Image result for rahim maarof


JIKA kawan saya baca posting ini tentu dia berjauh hati. Tapi bukan niat saya untuk menghinanya. Lagipun dia tak ada buat salah pada saya. kalau ada? He h ehe .

Saya cuma nak luahkan sesuatu. Ketakutan yang kita selalu nafikan. Ketakutan dalam diri saya juga sebenarnya. Saya sama sahaja dengan orang lain, cuma saya tulis, saya luahkan melalui blog...

(Sebab itu kot saya kelihatan lebih tidak baik berbanding dengan orang lain yang tidak menulisnya... he he he).

Saya tidak pernah handsum dari kecil sampai sekarang. Lubang hidung saya besar, mata sepek, senyum senget, muka bulat, bulu kening bercambah. Kini usia saya 47 tahun, mustahil saya akan bertukar handsum. saya hanya berharap bertukar kemas. (Saya pernah mengaku handsum bila menulis, tetapi itu hanyalah gurauan saya. Saya sedar.).

[(tetapi saya tak kata saya tak menarik. He he he (nak jugak)]

Namun kawan saya ini sangat handsum pada masa muda (macam Rahim Maarof). Kini dia tua dan keseorangan. Dia tidaklah jauh tua daripada saya. Cuma dia kelihatan jauh lebih tua.

Dia bercerai dan penceraian itu seolah perang. Dia yang kalah, dan menghabiskan sisa hidup sendiri.

(Saya gunakan perkataan `sisa', untuk timbulkan rasa sedih. Hakikatnya jam tangannya pun beribu ringgit dan ada banyak kawan-kawan lain selain saya. Saya guna `sisa' bersesuaian dengan ayat dan perasaan yang saya mahu bina.)

Namun penulisan ini bukan pasal dia `kalah' dalam perkawinan tetapi pasal dia kelihatan tidak lagi handsum. Malah berubah benar. jadi seperti orang lain 100%. yup, dia tua.

Sekarang saya faham kenapa harga SK II mahal!













Tuesday, February 21, 2017

Kisah Astro...atau kisah saya? Haaa...

Saya beritahu sahabat saya, kemungkinan besar saya akan hentikan langganang Astro sebagai salah satu cara saya membaiki kewangan saya tahun 2017 ini. Ini kerana saya lihat kos sara hidup makin tinggi. saya belajar dan mengajar ekonomi. Saya tak kata ekonomi Malaysia teruk, sebab barang mahal tanda berlakunya pembangunan ekonomi.

....tetapi saya kena buat beberapa ubahsuaian dalam kewangan saya.

Maksud saya, saya bayar Astro mahal tetapi saya tidak pula dapat melihatnya. Purata saya lihat mungkin hanya 23 jam daripada 24 jam. saya lihat HBO dan berita.

Namun kawan saya kata, tidak perlu potong kerana apa yang saya bayar tu semakin sikit nilaianya dari segi kuasa beli.

Saya rasa geli hati sebab kata-kata dia tu sangat betul. saya rasa dia pula yang pandai ekonomi.

He he he.

Image result for Astro
Bukan astro ni...

Tiba-tiba kawan saya beritahu... Dua cerita tapi sama

"Perkawinan tu juga ajar kita hidup dengan orang yang kita pernah sayang..."

Saya diam sahaja tetapi tidak otak saya. Kalau orang cakap benda pelik, kita kena diam dahulu. Itu petua saya.

Saya biarkan dia luah segalanya. Tetapi kemudiannya dia cerita pasal lain. Dia tak luah.

Saya pernah jumpa suami dia, terus saya simpul di hati tentu suami dia ni jenis orang baik sebab tu dia pilih jadi suaminya. Sebab nak harapkan rupa, tak ada. 

Saya buat kesimpulan lakinya selain tak ada rupa, juga tak ada kehebatan. Apa kehebatan seorang suami? Saya tak nak jawab.

Sebenarnya hujung minggu lepas ada beberapa perkara yang membuatkan saya malas nak fikir dah...

Peristiwa kedua saya berhadapan dengan dua orang di hadapan saya yang pernah ada skandal zaman muda-muda dulu.

Sebelum itu saya dengan kawan saya minum air di restoren 2 bintang, sebelum seorang perempuan berbulu mata cantik datang menyapa dan minum bersama kami. Saya teragak-agak nak bersalam tetapi bila dihulur tangan terus saya sambut. Jarang saya sentuh perempuan (dan lelaki juga).

Manis orangnya walaupun dah berusia. Sebab bentuk badannya tak setopok (mungkin diet seimbang, atau mukin genatik), maka saya kira dia masih ada market. Boleh laku jika dipasarkan. he he he. Ada nilai ekonomi. teruk saya kan? Pakai tulis jea ni.

"Saya pernah tido dengan dia banyak kali masa saya muda Man". Kata kawan saya, selepas perempuan depan mata saya berlepas.

Saya percaya kata kawan-kawan saya sebab kawan saya ni handsum macam Rahim Maarof masa muda. Tapi kini kawan saya ni dah tua, dah macam `leaking roof', he he he.

Saya juga diam tidak terkata. Dan kawan saya mula bercerita. Dia juga bercerita perempuan berbulu mata itu kini bahagia bersama suami dan anak-anaknya.

"Sapa tak pernah buat silap pada masa muda Man?" Kawan saya bertanya.

"Saya!" terus saya jawab...tapi dalam hati.

He he he.

Saya tetap menyalahkan ibubapa...kisah station Petronas dan kisah basikal

Hujung minggu lalu saya membreak kereta saya secara mendadak sebab motor tersebut tidak berhenti di simpang jalan hala ke rumah saya. Panas hati saya, saya bimbang terlanggar motor tersebut. Saya pula tidaklah secekap mana.

Motor tersebut memecut dengan lajunya...saya tak sempat hong.

Sebenarnya saya sudah selalu merasai pengalaman sebegini. Lewat petang banyak budak-budak bawa motor ke sana-ke mari tanpa memakai topi keledar. Jantan betina sama sahaja. Kadang-kadang saya lihat motor yang dibawa oleh budak perempuan dikejar oleh budak lelaki...

Mungkin kerana saya tinggal di taman perumahan `sebegini', maka sebeginilah yang saya alami. Saya tidak mahu berpanjang lebar. nanti saya dikecam pula. Masyarakat kita bukanlah `betul' sangat.

Saya tidak boleh salahkan kerajaan, BN atau UMNO. Atau AJK kawasan perumahan ini. Saya bukan orang biasa. Kalau saya orang biasa, mudah saja saya salahkan orang lain termasuk Najib dan Rosmah... dan bumi ini. Korea Selatan dan Trump.

Kadang-kadang pada waktu magrib pun masih ke sana-ke mari dengan motor. Malah pernah pukul 12 malam saya pergi beli ais krem konekto (perasa vanilla) di Petronas, saya terlihat anak dara masih lagi tersidai di tepi jalan.

Katalah saya ni ketinggalan zaman ke, ketinggalan FB ke, saya rasa ada pihak yang patut disalahkan...

Dan semestinya bukan station Petronas tersebut. Dan bukan jalaraya.

Bye...


Image result for i hate you gif

Ulasan Buku: Bukan Pasar Malam : Pramoedya Ananta Toer

Image result for bukan pasar malam quote
Muka depan
Cetakan ke 8, Ogos 2015
Apabila kita membaca buku Indonesia, bahasanya ada persamaan yang banyak dan perbezaan yang sedikit dengan bahasa kita. Mungkin sukar untuk sesetengah orang, namun ia merupakan cabaran bagi saya.

Saya mula membaca hasil sastera Indonesia pada tahun 1989.  Novel pertama yang dibaca adalah `Keluarga Gerilya' hasil tulisan Pramoedya Ananta Toer (Pram). Sasterawan terulung Indonesia. Ia adalah teks wajib saya untuk STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia).

Selepasnya saya ada juga membaca novel Pram yang lain.

Jadi lama-kelamaan saya tidak menjadi janggal membaca buku bahasa Indonesia.

Ini sebuah novel sastera yang hebat. Penulisannya dari hati dan otak. Ia dihasilakan bukan berobjektifkan kepada materialisma atau popularlisme semata-mata. Bukan untuk kaut untung wang semata, bukan untuk mempopularkan diri penulis. Ia dihasilkan atas dukungan atau hambatan mesej yang lebih besar. Patriotik dan nasionalisma. Revolusi.

Saya melihat novel ini dari sudut keluarga yang melarat akibat perkancahan politik dan pemerintah. Juga dari sudut orang yang tidak mahu memilih jalan yang sebenar, akan selalu nampak melarat, walhal jalan yang sebenar itu adalah paling tidak berdosa.

Melihat dan menunggu kematian ayah adalah suatu yang menyedihkan, inilah pertama kali saya melihat perlukisan watak seorang anak menghadapi ayahnya, lewat hari-harir terakhir di hospital...sebelum dibawa pulak ke rumah dan meninggal.

Amat sukar memahami vovel sastera. Namun jika kita amati dengan mendalam kita akan faham kenapa novel ini bertajuk `Bukan pasar malam'...walaupun ia bukan cerita pasal pasar malam atau pasar minggu.

Dapatkannya di kedai buku yang berjauhan, hayatilah hasil sastera yang diterjemahkan bukan sahaja dalam bahasa inggeris, tetapi juga jerman dan belanda ini...

Sekian. 


Wednesday, February 15, 2017

Tureen Baba dan Nyonya

Taraaa...



Akhirnya dapat juga turren ini. Sabarnya saya menanti. Semacam tidak percaya. sekarang turen ini boleh duduk bersama kawan-kawannya yang lain...

Tetapi kawan-kawan lain ada dalam kotak sebab almari dah tak muat...He he he


Gambar dari Fail

Tuesday, February 14, 2017

.. ianya lukisan perasaan hati

Lukisan pokok pisang ini juga cantik


Saya ke Eng Lai hujung minggu lalu. Semata-mata mahu lihat lukisan-lukisan.

Ada banyak lukisan-lukisan yang cantik, yang boleh kita letak kat dinding rumah. Tak laaa kosong jea.

Banyak pilihan bagi pelbagai citarasa orang...

Saya jatuh hati dengan sebuah lukisan yang abstrak. Walaupun saya tak faham `peperangan' warna di kanvas. Saya lihat ia bagaikan gambaran hati saya yang hancur luluh...Pulak dah.

Namun apabila lihat harganya, saya tergesa-gesa mahu pulang,..hati saya bertambah luluh...he he he.

Harganya RM2100. (Tapi memang cantik...)

... ianya lukisan perasaan hati saya.

Ada juga perempuan yang terkawin dengan lelaki macam ni yea...?

Saya jumpa kawan saya yang bernama Siron (nama samaran...tapi nama sebenar memang bermula dengan huruf `S' juga). 

Pada suatu masa dulu dia pernah ambil cuti untuk bincang pasal rumahtangganya yang dia rasa bermasalah. (pelik kan?, kita ambil cuti nak rehat, dia pulak sebaliknya).

Dia ceritalah pasal perangai bini dia. Saya tadah telinga sambil cicah jemput bawang. Dia beritahu bini dia tak pandai jaga badan, jaga kulit dan jaga rupa. Tak tutup aurat (bini dia di luar pakai tudung tapi di rumah tak pakai tudung walaupun ada ipar-ipar). Tak bijak. Kampung sangat. Suka benda mahal (standek la, ada ke orang suka barang murah? He he he). 

Banyak lagilah yang dia cerita. Semuanya benda-benda tak elok. Termasuk perangai bininya yang suka beli bantal. 

Salah ke beli banyak bantal?

Saya malaslah nak layan sebab ini kes biasa. Biasa sangat. Kalau kita dah tak suka, akan timbul banyak perkara negatif. Laki bini dua kali lima sahaja.

Saya tanya la...habis tu kenapa tak bercerai? Dia buat muka kucing kesian, dan dia jawab "Nanti kalau bercerai tak ada dah perempuan yang mahukan dia sebab dia tak handsum. Itu jawapannya...

Saya tak setuju dengan kenyataan `nanti tak ada perempuan yang nak kawin dengan dia bila dia bercerai'. Sebabnya senang. Sentiasa ada perempuan yang bodoh!

Saya setuju dengan jawapannya yang dia tak handsum sebab dia gemuk, pendek, hitam, bibir tebal, hidung senduk patah dan hampir botak... (Dia ikhlas beritahu dia tak handsum. Jarang lelaki sedar diri...)

Tapi kemudiannya, beberapa lama kemudian lamanya. Dia ada talipon. dengan nada yang girang kawan saya beritahu dia dah kawinl lagi. Dan siap tanya saya pula bila nak kawin? (Tenuk betul!).

Dan dia juga beritahu dia tak ceraikan isteri pertamanya kerana kesian nanti tak ada orang nak kawin dengan isterinya itu. Ada juga sifat belas kesian kan...(pelik).

Ada juga perempuan yang `terkawin' dengan lelaki macam ni yea?



Image result for bad wife jokes








Monday, February 13, 2017

Kisah hutang, muka syahdu dan kitab agama



Image result for into the wood  the wolf
The wolf


SEMALANG saya jumpa kawan saya yang kawan juga kepada sahabat baik saya dari Kuala Lumpur.

Kawan saya ini luahkan sesuatu. Saya rasa kesian pulak ke dia apabila dia luahkan bahawa seorang sahabat baik saya tidak membayar hutangnya sedangkan sekarang dia sangat sedang memerlukan duit.

Saya tidak mahu lihat dia rungsing, lalu untuk meredakan rasa hatinya dengan membuka satu rahsia yang bahawa sebenarnya bukan dia sahaja yang `kena'. Saya juga mengalaminya.

Sudah bertahun lamanya, sehingga saya sudah lenguh dan putus asa menuntutnya. Saya tidak tuntut lagi. Jika dia tidak mahu juga membayarnya, saya halalkan (walaupun jumlah itu besar bagi saya yang makan gaji ini dan tak handsum ni.)

Saya kenangkan bahawa dia juga banyak tolong saya, lagipun tidak perlulah dia nanti kena cari saya di `sana'. Banyak lagi orang lain yang dia kena cari nanti...he he he.

Kawan saya yang kawan kepada sahabat baik saya ini juga menceritakan bahawa ada kemungkinan kawan-kawan lain juga terkena... Maknanya bukan kami berdua sahaja.

Maka bagi saya tidak baiklah begitu. Berhutang kerana kehidupan kita dan menyusahkan kehidupan orang.

Sahabat baik saya ini sangat kelas orangnya. Jenis selalu ke luar negara, bergaya, berharta dan modern. Tahu serba serbi yang benar, kerajaan tak pernah betul. Pasal agama tak perlulah beritahu lagi. Kalau tengok tentu syahdu... Kalah ulamak Timut Tengah dan Timur Lester.

Tapi itulah. Tuhan nak tunjukan kepada kami berdua... bahawa orang yang baca kitab pun kita tak boleh percaya!

Sekian.




Friday, February 10, 2017

Penjelasan Shah Irwan





Bagus juga penjelasan Irwan, 
Ini tidak, kita yang tak pernah gi selidik tapi oleh kerana kita benci kerajaan, dengan agensi-sgensi kerajaan dan tukang sapu di agensi kerajaan pun kita benci...

Ha ha ha...

Barang murah...


Buah papaya


Gambar ini saya edit setelah saya kekenyangan di sofa. 
Bubuh cermin mata dan tulis pantun lama.
Namun pantun ini bukan pasal buah papaya atau mulut.
Ia pasal harapan dan kepercayaan

So hati-hati yea...sebab tidak semuanya jadi bunga.

Tuesday, February 7, 2017

Siri Pujaan Ramai: Aman Shah dan Halil Chik



Melalui LAZADA, saya dapatkan album ini. Seronok juga membeli atas talian sebab kita tidak nampak wang kita `mengalir' keluar. Sebab kita guna `pindah wang' juga secara atas talian. Dan lebih memerangjatkan lagi ia lebih murah (walaupun sudah termasuk harga pos), berbanding pergi beli ke kedai. 

Pun begitu saya tetap lebih suka membeli CD di kedai berbanding atas talian.

Aman Shah terkenal dengan lagu `Adikku pandai menari', Halil  Chik pula saya suka dengar lagu "Lenggang Mak Limah", he he he.



Aman Shah jenis penyanyi yang ada suara. Boleh nyanyi dengan lembut dan tidak sekeras Rahim Maarof. Suaranya sederhana tetapi beliau ada beberapa lagu yang menarik. Contohnya lagu `Adikku pandai menari', Asmara terkenang' dan `Cinta tak semudah yang diucap'.

Rupa beliau dalam katogori handsum jenis jambu. Beliau juga ada bakat berlakun, dan pernah berlakon filem `Darah satria' (1983).



Penyanyi-penyanyi retro ini mempunyai suara yang 'tersendiri'. Maksud saya bila dengar suara mereka, kita kenal siapa yang sedang menyanyi.

Saya gemar lagu Halil Chik, antaranya `Lenggang Mak Limah', "Renungan matamu', dan `Kemesraan'. Bila dengar lagu-lagu ini rasa retro sangat.

Boleh dengar masa-masa santai. Tak rugi beli. Sebab itulah bila ada beliau dalam siri bintang pujaan terus saya sambar.



Monday, February 6, 2017

Hari makanan sedunia...: Sapa kata saya tak bahagia...?



Saya ke Melaka hujung minggu lalu. saya makan roti canai. Lepas tu saya ratah ayam. Lepas tu saya makan kambing bakar, dan sekali lagi ayam goreng. Lepas tu saya makan gulai daging. Lepas tu saya makan sotong goreng best!, lepas tu cendol...dan jemput-jeput. Lepas tu milk shake...

Balik rumah saya telan ubat darah tinggi, rehat dan edit gamber. He he he.

Sapa kata saya tak bahagia?

He he he...

Menyesal tak belajar rajin-rajin?



Pada zaman persekolahan, saya tidak belajar rajin-rajin. Walaupun saya di kelas terbaik dan di sekolah terbaik (kata orang kampung saya la), saya masih juga tidak sedar-sedar.

Saya suka ke sekolah kerana dapat naik bas dan jumpa kawan-kawan. Saya tidak suka ke sekolah sebab time PJ, kami disuruh main bola jea. Dan saya benci matematik dan semua cikgu yang ajar matematik.

He he he.

Dulu saya hitam..

Tapi kawan-kawan saya yang dulu belajar rajin-rajin pun, tak nampak pandainya. He he he.

Mulot....





Wednesday, February 1, 2017

Layanlah orang sama rata...

Image result for harta dunia


Salah satu perkara yang positif apabila kita sudah mulai berusia, kita menjadi lebih bijaksana. Kita mula beri masa untuk mata `berehat' kerana kita mula sedari bukan mata sahaja yang boleh melihat...

Image result for harta dunia


Hati kena bersih supaya dia juga boleh melihat.

Mata saya telah banyak kali melihat orang yang kaya material dilayan dengan lebih baik berbanding dengan orang miskin dan orang kebanyakan...

Sedangkan hakikatnya kita kena menolong sesama manusia tanpa prajudis. Kita kena layan dan bersih hati kepada semua orang.

Kita layan orang dengan baik tanpa berkepentingan diri... Kerana ada orang lain lagi yang lebih dari kita... Ada banyak lagi orang...

Kiriman dari luar negara... Terima kasih.

Tara...

Semalam saya menerima panggilan talipong dari bahagian pemasaran. Kawan saya beritahu ada bungkusan pos untuk saya. Saya beritahu saya tidak menunggu apa-apa bungkusan buat masa sekarang.

Kawan saya beritahu, bungkusan itu daripada luar negara. Saya terus teringatkan seorang pembaca blog saya yang berada di luar negara.

Ada Nescafe!

Terima kasih sangat yang tidak terhingga. saya dapat dua helai baju warna kegemaran saya. Merah dan biru. Saya gembira sangat pada petang semalam.

Saya dan sahabat Adnan terus pergi ambil bungkusan itu sebaik sahaja menerima berita. Semasa saya membuka bungkusan, Adnan seperti biasa akan memukul gambar-gambar.

Tak sabar nak pakai di Kuantan minggu depan.


Sebelum ini (dua minggu lepas) saya juga ada mendapat kad. Namun saya masih lagi tidak memberi respon kerana saya sibuk dengan kerja-kerja marking paper pelajar.

Terima kasih tidak terhingga dari saya...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home