Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Sunday, November 28, 2010

Perihal dinner dan bedak

Pernah tak pergi makan malam? Maksud saya makan malam di hotel yang dibuat untuk meraikan sesuatu majlis (dinner). Makan malam duduk di rumah sorang diri sebab pasangan lari dengan orang lain tak diambil kira. Kira yang belang kita makan ada nyanyian dan tarian (yang kadang-kadang entah apa2) tu...

Dulu di tempat kerja lama semasa di Kolej ShahPutra Pekan (zaman muda), suka juga hadirkan diri. Masa tu masa muda belia, handsum. Suka benarlah pergi diner mendiner ni. Bila pergi berpukul gambar kat majlis sana sini, sampai tepi pasu hotel pun jadi. Prasan glamour mengalahkan pelajar.
Bila usia dah bertambah ranum, saya sebolehnya menyisihkan diri daripada majlis sosial ni. Saya pun bukannya seleberiti lagi. Pun begitu berkaitan dengan kerja saya ni, tak dapat tidak sesekali saya kena hadirkan diri ke majlis sebegini. Terbaru di `International Economic & Business Management Conference (IEBMC) 2010, Di Hyatt Regency Kuantan Resort pada 24 November.

Pada mulanya saya tak mahu hadir, majlis mungkin habis lewat. Mula jam 8 malam dan sebolehnya pukul 10 saya mahu berada di rumah saya, saya nak lap cermin tingkap. Saya tak nak tidor hotel. Namun dek dah terbawa baju Batik (Noor Arfa) dan bedak compak baby Johnsons. Saya `terpaksa' hadirkan diri di dinner tersebut.

Elok untuk muka berminyak...

Saya nampak sedikit putih di bawah samar bayangan lampu yang redup...

Entah bedak apa dia orang pakai tak tahulah... tetapi tetap tersenyum...

Prof Madya Dr Adnan Hamid si samping Prof Emiratus Dr Sukiman Ishak. (He he he, keep dreaming keep swiming...)


Banyak kali juga saya tanya Adnan "Nampok putih ke tok muka aku?". Takut macam tepung gomak jadinya. Saya tak naklah over sebab ni majlis orang, bukan majlis saya. Saya menumpang je... (menumpang makan).
Daripada sekolah rendah sampai sekarang saya suka pakai bedak baby Johnson. Wangi, lembut. Saya sapukan di badan dan leher sebelum pakai baju sekolah. Dan dalam bas pada waktu pagi baunya semerbak. Kawan saya selalu tegur, katanya `Ada bedak kat leher'.
Saya buat-buat terkejut dan menyapunya sedikit... (itulah tujuan saya...he he he).
Jan: ...perasan baby...

Monday, November 15, 2010

Deadly serius!

I am against MLM & Pyramid-Schemes... and I am deadly serious! How could a sane human being think that earning money by exploiting and swindling other people is a way to make a living? Aren't they ashamed of themselves? Do they think they can get away with this inequity without consequences? Hey... Allah knows them well. And they will all get what they deserved... in this world or the next. Allah's judgment cometh... and that right soon.

- aididmuaddid.blogspot.com


Walaupun sir tengah lenguh-lenguh badan sebab mandi kolam, sir dah baca sedikit sebanyak tadi blog yang awak cadangkan. Untuk membuat ulasan secara keseluruhan rasanya tak adil untuk beberapa pihak, sebab sir tak pakar. Jadi sir ulas daripada sudut pandangan lain yang sir rasa mungkin dianggap terkebelakang sedikit daripada pemikiran prograsif pelajar-pelajar sir yang cemerlang. Namun inilah sir, he he he.
Daripada pengalaman sir (sepanjang hidup sir) memang banyak berlambak sistem-sistem perniagaan yang wujud yang berbentuk sebegini menerjah sir. Namun alhamdulilah setakat ini sesen pun sir tidak pernah rugi... Sebabnya? Sebab sir tak pernah join, he he he.
Sir tak pernah join pun... Sebab sir selalu percaya untuk menerpa kejayaan/kekayaan/ketenangan kita bukan sahaja perlu kerja kuat tetapi berkorban (berkorban ikut cara yang betul...) Pernah dulu apabila semua kawan-kawan sir yang berduit/tak berduit join satu sistem yang dikatakan akhir tahun nanti akan membawa untung yang mega lumayan, sir tetap tak join. Pada masa tersebut sir jadi cikgu di Besut, ramai kawan-kawan sir yang join. Dan sir secara sinis memberitahu pada kawan-kawan sir pada " Tahun depan kita berdua dan guru besar je yang miskin di tempat kerja ni sebab tak join sistem tersebut". He he he.
Dan seperti biasalah...bila hujung tahun sunyi sepi...bagai dilanggar geroda atau bagai suami isteri yang mucung mulut sebab tak bertegur sapa hanya kerana perkara yang kecil... Ya, tak ada sesiapa di antara kawan-kawan sir memperkatakan hal tersebut lagi depan sir... Kalaulah sir ni jenis mulut berus tentu sir akan kata "amboi kaya nampak sekarang, hujung-hujung tahun begini?'' he he he.
Dan perkara sebegini masih ada berlaku di tempat mana-mana sir bekerja. Kadang-kadang sir rasa pelik sebab sir berada di dunia akedemik. Namun bila difikirkan mengenai bab-bab duit muit ni apalah pelik sangat...ramai yang tergoda hatta Tok iman/Tok haji (sekadar menyelitkan beberapa status golongan tertentu yang ada berunsurkan keagamaan, yang sepatutnya memberi contoh yang baik).
Sebab apa sir tak join? Sebab sir percaya pada perkara di atas [rujuk perenggan 4 di atas yang berbunyi `untuk menerpa kejayaan/kekayaan/ketenangan kita bukan sahaja perlu kerja kuat tetapi berkorban (berkorban ikut cara yang betul...)]. Iaitu tiada jalan senang untuk mendapatkan sesuatu. Dan jika terlalu senang maknanya mungkin adalah yang tak kena... itulah pendapat sir yang naif ni.
Blog tersebut membongkar banyak perkara, ia juga sebenarnya memberi input kepada sir untuk melihat dengan cara yang lebih mendalam mengenai sistem perniagaan ini.
Dengan sistem tersebut, sir in the first place sudah beranggapan ada beberapa unsur yang tidak elok tetapi tidak kelihatan secara terang (apatah lagi hitam putih). Contohnya kemungkinan wujudnya ruang membeli atau menjual secara paksa. Walaupun kita boleh kata `tak nak jual sudah, tak nak beli sudah bukannya paksa' sambil kita makan ais krem vanilla perasa strawberi... namun sistem sebegini memungkinkan wujudnya rasa paksaan atau mencipta situasi/ruang paksaan...tepuk dada tanyalah kawan kita yang arif...
Sir ambil contoh lain. Pada masa dulu di tempat kerja lama sir ada menjual kain pasang (kain tak berjahit). Mak sir ada berpesan jangan jual kepada orang yang mungkin membeli kain pasang tersebut semata-mata kerana kita. Maksudnya mereka membeli bukan kerana cantiknya kain tersebut atau mereka sangat mahu. Dengan lebih jelas mereka membeli kerana `malu' kat kita. Sir ambil contoh lain, (hidupnya kalau tak banyak contoh tak besat). Contohnya bila bini boss tempat kerja kita jual sesuatu kita beli sebab dia tu bini boss kita...kita bukannya nak sangat benda tu (kat rumah mungkin dah ada 8). Dan bini boss kita tu pun satu...dia tahu kita tak kan menolak sebab boss kita laki dia. Sekarang jual-beli tersebut atas apa? Dasar apa?
Pendek kata wujud ketidaksempurnaan atas asas jualbeli tersebut yang sir secara peribadi beranggapan tidak elok untuk urusan jual beli.
Blog tersebut secara keseluruhannya ingin menyampaikan maklumat dan sudut pandangan terhadap isu yang berkaitan. Dan sudut pandangan tersebut sangat bagus dan banyak input menerangkan sistem ini secara langsung dan tak langsung. Boleh diambil sebagai panduan kita, boleh membacanya dan memberi penilaian sendiri terhadap isu tersebut. Sir berpendapat penulisnya mempunyai pengetahuan dan pandangan yang luas mengenai sistem ini. Dan pendapat beliau kita boleh ambil sebagai sesuatu yang penting. Sebab itulah sir mahu sangat pelajar sir pandai ambik/buat keputusan. Bijak melihat baik/buruk sesuatu perkara.
Namun dengan membaca sesuatu bahan terutama dalam internate semata-mata kita tidak boleh percaya seratus peratus. Sebab itulah kita juga kena ada banyak ilmu dan banyak kawan yang boleh beri pandangannya (dan ilmu tersebut banyak yang tak diajar di universiti/sekolah/kolej secara terangan). Bila kita ada ilmu, jelas sahaja kita cepat faham dan ambil keputusan mengenainya. Tahu mana baik buruk dan buat panduan hidup kita. Dan sir rasa begitulah juga dengan individu yang lain. Seharusnya.
Untuk diret beritahu itu baik, itu buruk...kita bukan Oprah...
Sir memang tak kaya, tak ada banyak duit dan harta. Mungkin sebab itulah sir fikir tak nak rugi atau sikitkan setiap sen yang sir miliki. Tetapi lain orang lain bentuk telinganya, gaya rambut/tudungnya. Ada kawan sir yang kata. " Ala kalau bisnes tak jalan, rugi pun bukannya banyak Man, RM2.15 sen je sebulan". Dan sir cepat-cepat kira berapa dia rugi untuk setahun. Dan sir cepat-cepat buat kesimpulan sir tak nak rugi walaupun sesen!
Pun begitu janganlah kita menganggap semua sistem perniagaan tidak elok. Berniaga itu elok sangat perkaranya. Contohnya sir bimbang penghasilan kicap yang tidak bersih/halal. Kalau kaum kita yang menguruskannya mereka lebih peka kepeda keperluan hukum atau kesucian dari segi agama. Dan jika ada seorang muslim ceburkan diri kerana mahu membekalkan yang halal dan bersih...cuba kita fikirkan betapa banyaknya meganya pahala/saham akhirat yang mereka dapat...(sir selitkan unsur agama islam, perkara yang sir jarang buat dalam kelas, he he he)
Tetapi sir hairan, sir harap pelajar-pelajar sir pun sama-sama tumpang hairan. Biar kita hairan bersama (buat-buat hairan pun tak apa, ambik hati sir, he he he). Sir hairan sebab perkara sebegini selalu terjadi terkena, dan terus terjadi dan terkena kepada masyarakat kita... Sir tak naklah rujuk kepada isu gelang AC tu tapi merujuk kepada laporan akhbar yang sesekali sekala ada menyenaraikan testimoni yang terpedaya dengan cemerlang.
Tak salah konsep nak kaya cepat (pemerhatian rambang sir terhadap orang Melayu), tetapi kena berusaha gigih dengan jalan yang berundang-undang dan bertamadum...
Jan: Syabas kepada awak kerana peka terhadap isu-isu semasa yang berkaitan dengan perniagaan dan sistemnya...

Friday, November 12, 2010

Selamat bergemuruh

Pada 23 dan 24hb ni ada Internasional Economic & Business Management Conference (IEBMC) 2010 (held at Hyatt Regency Kuantan Resort, Pahang). Namanya saja sudah mengegarkan jiwa. Kali ni ramai kawan-kawan sekerja saya yang bekerja di tempat lama akan bentang kertas (paper). Mereka perlu bentang kertas kerja untuk pengkorfirman kerja.
Menurut Datok Sharifah Aini, walaupun dia telah menjalankan lebih daripada 7,000 persembahan, dia tetap gementar setiap kali nak mulakan sesuatu persembahan. Dan baginya itu tandanya dia masih normal dan ianya satu petanda yang positif.
Membentang depan orang ni perlu kekuatan berbanding membentang depan cermin, bilik air atau depan ayam itik. Depan kita tu nanti ada Prof, Dr dan ahli-ahli akademik yang mungkin lebih mahir daripada kita, he he he. Tetapi kawan-kawan saya apa kurangnya, mereka pun lebih...(lebih gementar, he he he)
Saya tak ada pengalaman membentang yang banyak, saya takut pengsang depan khalayak. Namun saya ingin memberikan suatu tip iaitu selamat gementar! he he he (ada ke wish kawan macam tu...he he he).
Saya dah rasa bagaimana kerasnya perut saya dan bagaimana saya fikir yang bukan-bukan dengan penuh kerungsingnan. saya pernah berdoa agar hotel tempat saya bersidang tu runtuh tiba-tiba, he he he. Selamat datang...he he he (sekali lagi).
Cuma saya yakin sangat kawan-kawan saya akan cemerlang kerana mereka hebat-hebat belaka (berbanding dengan saya, merendah diri sempena hari jumaat). Kerapkali saya beritahu mereka kalau saya yang entah apa-apa ni dapat melaluinya dengan jaya dan penuh penghormatan, apatah lagi mereka.
Jan: sedang sibuk menyiapkan sijil-sijil untuk mereka...

Honda C70 untuk dijual

Ni muka depannya, simple dan minimalis...

Nombornya AD 76, Senang nak hafal bagi yang tak berapa pandai membaca.

Ada raga, bolehlah letak anak (kalau ada), atau sayur-sayuran (kalau tak ada anak).


Bergaya sekali, bestnya...!
Dalam blog asmadiabdulrahman.blogspot.com, ada barang antik yang nak dijual. Sebuah motor Honda C70. Bukalah kalau nak tengok lebih lanjut, kalau berminat boleh berurusan di blog tersebut.
Senang kalau kita ada motor. Kalau bo dekat je tempat yang kita nak tuju daripada rumah kita, kita boleh guna motor. Contohnya nak beli ais krim konekto kat kedai depan perumahan kita. Atau nak beli surat khabar (sama ada suratkhabar pemerintah atau suratkhabar pembangkan).
Tetapi daripada pengalaman saya, naik motor ni sedap dan harum di waktu petang. Orang kata bersiar-siar menghirup udara segar. Dekat tempat saya tinggal ni boleh naik motor tanpa pakai topi keledar sebab tak ada kereta. Banyak jalannya yang sunyi lengang. Kalau nak melintas jalan, merangkak pun tak apa...hehehe.
Kelebihan naik motor tanpa pakai topi keledar ni besar juga. Angin manja menghembus mesra ke pipi kita dan membelai rambuk kita yang jarang bersyampoo tersebut. Dan andainya terpias rintik hujan ke muka kita, anggaplah bekas kekasih kita tengah rindukan kita (sapa yang ada kekasih la...yang tak ada lap jelah tempias tu, hehehe).
Dulu saya ada juga motor, saya beli bila bekerja di Muadzam Shah. Motor tu kini diguna oleh ayah saya di kampung untuk bersiar-siar atau jumpa geng berborak di simpang-simpang jalan di kampung saya.
Jan: best ada motor..

Thursday, November 11, 2010

Rumah dan drebar...

Saya nak bercerita kalau saya jadi jutawan. Maksud saya bukan ada sejuta dua tetapi ratus juta...


Bila saya ada duit tentulah saya nak jual rumah saya kat Indera Sempurna tu, saya nak beli tanah lot bangelow kat Perumahan Damansara, Kuantan. Setahu saya tanah di situ murah jea. Dalam RM180K satu lot bangelow. Saya akan beli 4 lot bangelow dan buat rumah di tengah-tengah tanah yang luas tersebut. RM180 x 4, baru RM720K. Tak sampai pun sejuta.
Pasal bentuk rumah dan design tak payah susah, saya dah lakarkanya sejak darjah 6 lagi. Saya boleh upah pakar hiasan dalaman kalau saya mahu. Yang penting rumah tersebut banyak bilik, besar ruang tamunya, bilik tidurnya, dapurnya dan jambangnya.
Saya nak ruang tamu saya besar macam boleh main bowling. Senang saya nak letak pasu, pokok, gantung gambar, letak barang perhiasan dan tempayan kampung. Bila ruang tamu besar tak perlulah segalanya kita letak kat ruang tamu. Sekarang segala maknika, hatta tv pun saya letak di ruang tamu...



Selamat tinggal ruang tamu yang kecil...



Oleh kerana saya ni sensitif orangnya, saya mahu kediaman ini dipenuh dengan ciri-ciri keselamatan. Saya bukannya penakut tetapi saya tak berani terutama apabila malam. Bunyi cicak pun saya rasa semacam je... macam dalam cerita Nang Nak.
Saya akan buat pemasangan grill elektrik, pagar elektrik dan yang kononnya berbunyi kuat wahima cicak lalu sekalipun.
Saya nak gaji 4 orang jaga muda gagah perkasa, senang saya tidur lena. Utara, selatan, barat dan timur rumah saya terjaga...
Sudah tentu saya akan pakai pemandu. Itu barang wajib. Taklah saya naik darah tinggi setiap kali memandu di Bandar Kuantan. Orang lain memang tak boleh tengok saya bawak kereta slow, dengki kot. Saya bukannya tak boleh bawa kereta laju tetapi saya takut.
Senanglah sikit saya nak ke Megamoll, East Kost dan Kuantan perade. Senang sesekali nak ke KL atau JB. Atau Taman Gelora...
Tak perlu saya serabut perut pikir pasal nak isi minyak, nak isi angin, nak servis kereta, bayar rod tax dan pergi cuci kereta. Semuanya pemandu yang buat. Bila saya nak ke mana, siap jea kereta mana yang sesuai mengikut gaya saya pada masa tersebut.
Pemandu tu kalau boleh nak yang bisu tetapi tak pekak. Sebab tugas dia mendengar arahan saya, bukannya menjawab balik arahan saya. Lagipun ikut sayalah kalau 8 kali sehari saya nak ke EastKost!.
Jan: Tetapi kita kena amat bersyukur dengan apa yang kita ada dan apa yang kita tak ada, mungkin tuhan beri dengan `kadar' kita...kan?

Wednesday, November 10, 2010

Ais krem konekto dan Teluk Chempedak

Saya suka berangan. Kadang-kadang terlebih-lebih sehingga saya sendiri tersenyum sorang...



Saya rasa saya tak membesar mana, terbantut kot dari segi pemikiran. Daripada kecil saya suka berangan, sehinggalah saya besar. Ada ke hari tu masa beli ais krem konekto kat kedai di Taman Perumahan Indra Sempurna, saya berangan best kalau ada peti aiskrem konekto kat umah. Tak payah saya ulang alik ke kedai.


Peti ais kerim jenis yang kat kedai tu, ada banyak jenis ais krim di dalamnya... Tiba-tiba saya rasa bersalah sebab saya dah dewasa, kalau budak-budak bolehlah berangan begitu...kan? (Ke saya tetap boleh berangan, sebab tak kena bayar, tak kira usia...).


Angan saya tentang peti aiskrem tu saya simpan saja dalam hati, saya tak beritahu orang, nanti ada orang kata mengarut... (Namun bagi saya ais krem konekto adalah salah satu ciptaan manusia yang amat hebat selain komputer dan beberapa jenis barang lagi...).


Tapi saya ada seorang kawan yang setia mendengar. Dia dengar segala angan-angan saya. dan saya gembira bila dapat cerita angan-angan saya kepadanya. Bila saya cerita angan-angan saya kepadanya, dia tak pernah kata saya mengarut. jadi saya sangat bahagia cerita angan-angan saya. Saya cerita dengan penuh perasaan... he he he. Bila saya cerita kepadanya bola mata saya jadi bulat kerana bersungguh-sungguh. Macam betul je.





Saya pernah beritahu dia, kalau saya anak raja saya akan arahkan Majlis Pembandaran Kuantan tutup Teluk Chempedak sehari. Bila dia tanya kenapa, saya beritahu saya anak raja yang pemalu, malu kalau ramai orang kat Teluk Chempedak tu, he he he.


Sekarang saya tidak tahu dia berkawan dengan siapa, saya harap dia dapat kawan yang normal, yang tidak berangan macam saya... dan saya terus berangan suatu hari saya dapat kawan macam dia lagi... Saya terus berangan...
Tetapi saya tahu, hanya ada satu dia...



Jan: Terima kasih Eja...mendengar saya berangan


Tuesday, November 9, 2010

Makan kedai...(makan di kedai)

Rutin kehidupan saya selalunya makan di kedai. Saya tak ada masa nak memasak. Dan lebih parah bila masak malas nak simpan/berkemas semula. Pas tu rumah kubang rasa macam kapal Titanic pecah, rasa hati tak tenteram. Maka saya makan di kedai. Nak kata terpaksa...? Tak lah sangat kan. Tak ada sapa paksa...
Pagi saya makan kedai, tengahari makan kedai, malam makan kedai. Hari ni, esok lusa dan selamanya? He he he. Cuma kadang-kadang malam diselangi dengan masak maggie. Dan maggie tu saya tak beli di kedai, saya beli di Tunas Manja...(he he he 2 x 5).
Makan kedai jimat masa (tak jimat duit), tapi ada bahana. Bahana kesihatan, maksud saya perihal terlebih garan, gula dan ajinamoto, terlebih kuman. Tu tak sebut pasal kebersihan lagi...Huh!. Dan diambang mula usia menjangkau warga emas ni, eloklah saya rasa saya mula menitikberatkan apa yang masuk ke dalam perut kan? He he he.
Perihal kedai makan pula, kalau kedai makan kita ni ada yang ada kucing! Pernah saya makan satu kedai tu, tengah makan terpandang tahi kucing! Bukan atas meja tetapi dekat dengan meja atas lantai. Terus sampai sekarang saya tak masuk kedai tu... Bulan 6 tahun depan genap 4 tahun saya tak ke kedai itu.
Dan makan kedai pun mahal. Sekor ikan kembung harganya RM3 tau... saya pernah makannasi sayur dan ikan sampai RM7 lebih. Saya bukan kedekut tapi lauknya bukan sedap sangat... Dia alas meja makan pun dengan plastik...(cerewet kah saya?).
Tapi agak mustahil nak masak kan? Bayangkan balik pukul 7 lewat petang dalam keadaan letih. Balik berkemas umah WAJIB, tengok berita WAJIB, baca majalah WAJIB dan kalau ada cerita movie yang bagus saya tengok... Celah mana nak masak? Balik sangat letih, lucut pakaian saya terdampar terus atas katil...mengelamun sikit, terus motivasi diri supaya cergas dan hadapi hidup ini...(maksud saya hadapi bahagian malam).
Dulu saya rajin jugak masak, saya masak tom yam. Kalau hari sabtu ahad jangan katalah. Tapi kini dah setahun lebih haram satu kalipun saya dah tak masak tom yam... he he he. Pelik dulu boleh pulak. Leni hari sabtu dan ahad pun saya tak masak dah...
Malu jugak makan kedai sebab pekedai tentu perasan, asyik makan kedai jea... he he he.
Jan: Kalau ada kedai makan sendiri, best! Restoren ke? Restoren 3 bintang pun tak apa dah...bla, bla, bla...

Monday, November 8, 2010

Selepas 20 tahun!

Myanmar adalah sebuah negara di Asia Tenggara yang dulunya dikenali sebagai Burma. Saya masih ingat lagi ketika Cikgu Abbas mengajar saya ilmu alam (kini Geografi) masa darjah 5, dia ada menyebut negara Burma. Dia menyuruh ala paksa semua pelajar menghafal negara-negara anggota Asia Tenggara. Melihat kepada misainya yang lentik dan renungan matanya yang tajam, saya dan kawan-kawan hafal siang malam negara-negara anggota Asia Tenggara tersebut...
Tidak seperti kita, negara Myanmar tidak mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi. Sekarang kerajaan Juntalah yang memerintah Myanmar (Burma). Dengan kata lain ianya dipimpin oleh seorang jeneral.
Kewujudan negara bernama Myanmar ini tidak diiktiraf oleh Amerika dan United Kingdom (kerena mereka tak mengiktiraf kerajaan Junta yang tak demokrasi tersebut). Namun Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu tetap mengiktiraf perubahan nama tersebut (daripada Burma ke Myanmar).
Buat pertama kalinya dalam tempoh masa 20 tahun, pilihan raya telah diadakan semula. Desakan untuk mengamalkan demokrasi begitu ketara memandangkan manusia beranggapan demokrasilah cara pimpinan terbaik di muka bumi ini... Betul ke?
Menyebut dunia politik Myanmar kita tak boleh lari daripada menyebut seorang wanita besi yang bernama Aung San Suu Kyi. Dia terkenal di dunia sebagai seorang aktivis pro demokrasi Myanmar. Beliau adalah pemimpin National League for Democracy (Persatuan Nasional untuk Demokrasi),( Ayah dia dulu giat jugak dalam usaha memerdekakan Burma).

Aung San Suu Kyi yang ayu...dan pertiwi

Saat ini, ketika kita sedap-sedap baca blog orang atau menulis di blog sendiri tentang betapa bahagianya/merananya kehidupan kita, beliau masih terkurung pasrah sambil memikirkan nasib bangsa dan arah tuju negaranya. Sedang perempuan lain yang ada di antaranya berusaha gigih ambik laki orang, dia berusaha gigih dalam memastikan nasib isirumah terbela...he he he.

Ketika tangan saya menaip posting ini dia masih ditahan di rumahnya, iaitu ketika pilihan raya diadakan. Sebenarnya pada pilihan raya tahun 1990 dulu parti dia menyapu bersih kerusi meja almari dunia politik Myamar tetapi beliau tidak diiktiraf oleh jeneral yang memerintah (pulak dah). Malah beliau ditahan dibebas-ditahan dibebas dan begitulah episod tahan-bebasnya sehingga akhirnya ditahan di rumahnya. Kesian kan taklah shopping dengan bebas...

Namun atas usaha kemanusiaan tersebut dia menerima Penghargaan Perdamaian Nobel kerana dunia mengiktiraf perjuangannya yang mempromosikan demokrasi di negaranya, tanpa menggunakan kekerasan dalam menentang kekuasaan ketenteraan dengan berhemah beristiadat, ala Ghandi kot...

Khabarnya pilihanraya yang diadakan semalam pun tak telus mananya...berdrama lebih. Dan beliau yang ditahan di rumahnya menyokong pemboikotan pilihan raya yang dikatakan tidak telus dan tidak adil kerana pengundian yang diadakan memihak kepada pihak tentera. Khabarnya...

Jan: Marilah mari pergi mengundi, tunaikan kewajipang anda...he he he, ingat tak lagu ni kat RTM dulu?

RM11K!

Saya terkedu, namun saya dengar jea. Saya tak komen apa-apa. Sepanjang perjalanan saya dengar sahaja. Saya tahu waktu-waktu begini diam dan mendengar adalah sesuatu yang terbaik, yang patut saya lakukan.

Saya ingat hidup saya saja yang malang. Namun ada juga orang lain yang malang... namun mereka melaluinya dengan cara tersendiri...

Saya diam saja, dan teringat kes saya juga kena tipu... Saya tak berniat nak ceritakan di dalam blog ini sebab akan nampak sangat saya bodoh. Saya tertipu... lagipun itu hal saya, dia dan tuhan.

Saya faham sangat, orang sunyi macam saya ni senang ditipu hanya dengan kata-kata manis. Namun saya nak tutup cerita lama, buka cerita baru. Saya tanamkan di dalam hati... tak ke mana si penipu sebab ada hukum karma. Dan hakikatnya tuhan ada.

" Aku tok sedar Man, kadang-kadang aku masuk sampai RM700, dia kena saman pun aku bayar RM400. Dia kata dia kena saman speed treak". Kata kawan saya sambil memandu memandang muka saya. Saya pulak buat-buat pandang ke luar melihat keindahan alam. Saya tak gamak melihat mukannya.

" Ada orang boleh hidup dengan menipu orang...ada.." Saya jawab sepatah dan teringat kepada suatu wajah yang benar-benar mengecewakan hidup saya. Wajah celaka!

" Aku kira-kira, hangus dalam 11K man..." Kata kawan saya lagi.

Saya diam, sebenarnya apalah sangat RM11k kalau nak dibandingkan dengan kasih sayang yang dipermainkan dan remuk hati yang redam...

Jan: Saya banyak berdiam diri sebab dalam hal ini saya 2 x 5...bodohnya, he he.

Projek terbaru saya...


Antara projek besar saya pada tahun akademik 2010/2011 adalah kajian mengenai usaha keusahawanan masyarakat FELDA.
Segalanya telah berjalan lancar. Pembentangan di hadapan ahli jawatan kuasa berjalan lancar, dan projek tersebut telah diluluskan. Permohonan belanja projek yang diminta adalah RM32K, walaupun hanya diluluskan sebanyak RM27K, saya dan 2 orang lagi rakan sekerja tetap berbesar hati.
Mustahil bagi saya untuk menjalankan projek besar seorang diri kerana melibatkan ribuan responden, (begitu juga projek kecil?, he he he). Namun saya tetap mahu mencari sedikit pengalaman dalam membuat kajian. Selain mengajar pensyarah juga digalakan melakukan kajian. Saya akan cuba sedaya upaya walaupun saya bukannya gemar sangat buat paper.
Terbaru projek tersebut kami hentikan buat sementara oleh kerana beberapa sebab tertentu yang tak dapat kami elakan. Saya tidak patah hati, saya percaya projek tersebut tetap akan kami mulakan semula pada masa yang sesuai nanti.
Jan: saya ambil positif, sesuatu yang besar pasti ada halangan dan bukan mudah...

Kabinet putih berlaci 8

Salah satu sifat saya ialah apabila masuk ke rumah seseorang, cepat jea mata saya menganalisa hiasan dalamannya. Mungkin sepatutnya saya jadi pereka hiasan dalaman... atau reban ayam...
Posting kali ini mengenai asal usul kabinet putih berlaci 8. Ianya hadiah daripada kawan sekerja saya. Terkejut cimpazi saya apabila dia tanya ` Man suka perabut mana dalam rumah tu, ambiklah '. Masa tu hampir nak melompat sebab gembiram, saya tak pernah diajukan soalan sebegini...

Besar juga laci-laci ni...


Saya sandarkan ke dinding


Kawan saya ni, dia nak buat PHD kat luar negara. Sebab itulah dia nak habiskan semua perabutnya. Dia nak duduk terus di luar negara selama 3 tahun.

Saya letak beberapa perhiasan dan buku-buku biar nampak tak janggal


Dulu saya ada pergi rumahnya makan nasi andang kalau tak silap. Semasa di ruang tamu mata saya tak lepas dari memandang dan memuji kevougekan hiasan dalaman rumahnya dan kabinet tersebut.

Kabinet tersebut sesuai sangat dengan konsep moden. Cantik kabinet tersebut, praktikal sangat untuk letak barang kecil-kecil, stoken ke, CD, DVD dan lain-lain yang sesuai.

Dan warnanya warna putih, tak ada ukiran dan simple. Tu trend sekarang...

Namun semasa dia offer saya tak mahulah kherlong, saya cuma minta kabinet putih berlaci 8 tu sahaja. Ada banyak lagi barang-barang, dresing table, katil dan lain-lain lagi, saya perlu pilih jea... Saya memang nak banyak barang tetapi saya ingat amanat ayah saya jangan kherlong kalau orang offer. Ambil apa yang patut jea. Begitu juga masa jamuan. Ayah saya kata jangan Kherlong bila makan tak baik untuk jiwa...dan orang tengok.

Tak sangka pula dapat memilikinya, nak beli tak mampu...

Jan: Terima kasih...

Wednesday, November 3, 2010

Elhumaira Collections's

Gambar 1
Sesuai dipakai ketika menjamu selera di rumah sendiri/rumah orang lain semasa open house bersama jiran terdekat. Rekaan corak yang cantik penuh kelembutan membuatkan jiran cemburu dengan kelas yang tersendiri. Pemilihan tona yang senada dengan warna bunga (halus dan berseni) membakitkan suasana eligent.


Gambar 2
Corak selingkar ini cantik kerana tidak keterlaluan, ia juga menampakan usaha moden diterapkan. Sesuai sangat dipakai oleh gadis remaja dan makcik yang masih terasa remaja. Boleh dibawa bersiar namun cuba elakan bertemu lembu atau kerbau.


Gambar 3
Warna yang lebih gelap melepasi bahagian pinggang menampakan badan susut (seolah menyembunyikan tingkah laku kita yang tak bersenam). Ya, ia menampakan kita kelihatan kurus berbanding dengan kakak ipar kita. Lapan bunga persis teratai atau buah Nona tersebut berfungsi menjalinkan tona warna yang lebih cerah di bahagin atas dengan yang lebih gelap di bawah. Nyata sekali corak ini direka dengan penuh berhati-hati.

Gambar 4
Kepada yang berpersonaliti merak, harus dicuba baju ini kerana ia melambangkan kesungguhan kita untuk memaparkan diri. Sesuai di pakai di mana-mana sahaja hatta ke Maybank sekalipun. Warna putih di tengah seolah abstrak daun yang mengundang rasa sopistikated (betul ke eja ni?). Juga sesuai untuk dipakai oleh Noorkumalasari.

Gambar 5
Sesuai dipakai ketika mak mertua berkunjung tandang. Akan menyebabkan mak mertua berkenan dan mahu sepasang untuk digayakan di kampung halamannya. Warna hijau memang disukai ramai kerana melambangkan sawah padi, pokok nyur dan ayam itik di kampung.



Elhumaira Collections's Photos - KAFTAN SUTERA CREPE
(Klip kepada gambar untuk paparan gambar yg lebih jelas)

Jan: Moden berseni asli dan tersendiri . Selamat bergaya...

Amran, bawaklah aku lari...


Azizah: Amran... aku sangka kita tak dapat berjumpa lagi. (sambil lihat kiri kanan takut-takut ayahnya yang garang datang iaitu Orang Kaya Marzuki...)

Amran: Begitu juga aku Azizah...(tertunduk pasrah, berduka hati)

Azizah: Lebih baik aku mati daripada menanggung seksa begini.(sambil merenung tepat ke mata Amran)

Amran: Jikalau kau ingin mati aku juga tak ingin hidup Azizah. Tapi lebih baik kita bersabar, tuhan akan menolong kepada orang yang bersabar.

Azizah: Nampaknya tak guna kita bersabar lagi amran, aku cintakan kau, bawaklah aku lari Amran. (seolah-olah nak menangis penuh meraih siimpati)

Amran: Tak boleh Azizahh... (sambil tunduk memandang ke arah lain)


Dialog filiem ini daripada filem Penareh Becha (1955), filem arahan pertama Tan Sri P Ramlee. Ramai orang tidak gemar melihat filem-filem Tan Sri P Ramlee masa dia kurus. Namun sebagai sebuah filem ia sarat dengan persoalan...
Biasanya yang bawak lari anak dara orang ni kita gelar pemuda yang jahat, tetapi tak semestinya kan. Ada juga pemudi yang rela, malah mencadangkan kaedah kahwin lari ini. He he he.
Jan: Zaman sekarang ada ke perempuan yang rela ikut lelaki yang miskin pakai baju compang camping?

Dia ada idea...

Saya bertambah kagum kepada usaha Kak Ros, dulu saya taklah kagum mana. Lama kelamaan saya rasa wanita ini mempunyai visi dan misi. Dia bijak, tabah dan bukan wanita sembarangan. Dia jadi lambang wanita yang kuat dan bijaksana.
Apabila membuka internate, ramai juga yang memberi cemuhan kepadanya. Saya ada membacanya, lama kelamaan malas saya nak baca sebab tak tahu benar atau sebaliknya. Lagipun perihal saya juga ada ditulis oleh orang yang bencikan saya. Mereka menggunakan internet, hakikatnya hanya tuhan yang tahu.
Terbaru dia sarankan RISDA tubuh pusat asuhan ikut modul PERMATA dan bergiat cergas dalam Pertubuhan Peladang Kecil bahagian wanita.
" Sekurang-kurangan dia ada idea, dan laksanakan idea tersebut, awak?" Kata saya apabila kawan kepada kawan saya yang menempelak usaha murni Kak Ros bersabitan dengan penubuhan PERMATA.
Kadang-kadang kita tak sedar usaha murni orang apabila mereka berbuat baik, sebabnya kita asyik sibut menjangka ada udang disebalik mee, semuanya sebab politik.
Kadang-kadang orang menolong kita pun kita ingat ada udang di sebalik mee... Kita tak berterima kasih kerana kita lebih melihat ke arah negatif. Kita ingat kita cerdik dan orang lain bodoh.
Anak kepada kawan saya tu pernah mintak nasi rumah orang...
Jan: Kepada manusia yang kuat, cemuhan itu diibaratkan sebagai lalat hijau sahaja.

Monday, November 1, 2010

Cikgu tak menghilang...

Wajah terbaru cikgu...
Salam untuk Big,
Terlebih dahulu cikgu ucapkan berbanyak terima kasih atas ingatan Big terhadap cikgu.
Cikgu tak menghilang. Setakat ini cikgu ada lagi, kita masih lagi bernafas dan injaki bumi yang sama. Alhamdulillah, cikgu berada di dalam keadaan sihat wal-afiat dan semoga Big jua berada di dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tersayang.
Apabila cikgu guna FB dan miliki blog, ramai juga bekas pelajar cikgu daripada tahun 1996 hingga 2001 menghubungi cikgu. Bagus juga teknologi jaman sekarang kan? Dapat kita jumpa semula.
Kini kebanyakan pelajar cikgu sudah memulakan keluarga sendiri dan mempunyai kerja. Semoga mereka berjaya menjalani dunia nyata dengan tabah dan berani. Pesan cikgu macam dulu juga, dalam kehidupan ini kita kena rajin dan berusaha untuk mencapai cita-cita. Dan seperti selalu cikgu mahu pelajar cikgu menjadi orang yang berguna, jangan menipu atau hidup menyusahkan orang.
Setelah cikgu meninggalkan PPYIT, cikgu bawa diri dan juga selimut toto untuk bekerja di Kolej Shahputra Pekan, kemudiannya cikgu berpindah ke Kuantan apabila Kolej Shahputra beroperasi sepenuhnya di Kuantan. Dan kini cikgu menjadi pensyarah bagi matapelajaran ekonomi di UNITEN, Muadzam Shah. Esok lusa tulat tubing entah ke mana pula cikgu akan menghala,tak tahu. Tetapi tak mengapa, cikgu hidup sorang di rantauan. Senang nak pindah randah.
Setakat ini cikgu gembira hidup di Pahang, orang-orangnya baik-baik belaka macam orang di tempat kita juga. Mungkin rezeki cikgu lebih mahal di sini, he he he. Di dalam blog ini ada cikgu sisipkan sedikit sebanyak mengenai kehidupan yang cikgu lalui.
Big boleh membacanya jika ada masa.
Cikgu sekarang macam dulu juga, cuma semakin tua, gemuk dan mengada. Namun berbanding dulu, sekarang cikgu taklah selalu berleter, marah-marah atau denda pelajar. Mengajar pelajar di pusat pengajian tinggi berlainan, berbeza dengan alam persekolahan. Lagipun semasa cikgu mengajar Big dulu umur cikgu dalam 28 tahun, kini umur cikgu sudah melewati 40 an.
Antara perbezaanya lain bekerja di pusat pengajian tinggi ialah hubungan cikgu dengan pelajar tidaklah rapat berbanding dengan keadaan di sekolah. Juga cikgu banyak kerja lain selain daripada mengajar. Maksud cikgu di sekolah tugas cikgu mengajar Big dan kawan-kawan sahaja. Di universiti tanggungjawab cikgu juga meliputi pembangunan masyarakat secara lebih terorganisasi, pratikal, berskala yang besar dan menyeluruh.
Cikgu berhenti di sini dulu Big. Cikgu mintak maaf kerana setakat ini cikgu tak boleh sms atau kol Big lagi. Tapi nanti bila keadaan reda dan ok, cikgu akan hubungi Big. Cikgu janji.
Sekian dulu, sekali lagi terima kasih atas di atas ingatan Big terhadap cikgu... Jaga diri baik-baik.
Wasalam...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home