Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, November 3, 2015

Jwanita (2015) : Apabila manusia tidak pernah mendapat kasih sayang yang tulus

Saya suka melihat lakonan Maya Karin. Saya berpendapat beliau boleh berlakon dengan baik. Jika ada filem lakonannya tidak `menjadi' tidak meletop, ianya bukanlah faktor `Maya Karin' tetapi mungkin faktor lain seperti skrip atau pengarahnya. Atau faktor minda penonton kita.

Sukar melahirkan bintang di layar perak...

Maya Karim ada pesona. Beliau tidak datang ke dunia filem untuk hu ha hu ha glamour, bermewah-mewah atau ambik laki orang...(setakat ini). Dia antara pelakon yang bila berlakon kita tidak sedari ianya Maya Karin. Dan mungkin kerana itulah beliau merupakan pelakon yang paling banyak kali dicalonkan sebagai pelakon wanita terbaik. Tujuh kali.

Maya Karin adalah contoh perempuan cantik yang boleh berlakon, beliau mengingatkan saya kepada primadona Saadiah. Beliau cantik dan serbaboleh.

(Pada pendapat saya, di Malaysia, jarang ada pelakon wanita yang cantik boleh berlakon dengan baik. Dan saya lihat ada beberapa pelakon wanita yang sangat berbakat tetapi muka rupa fizikalnya tidak boleh melariskan filem (di sesebuah negara yang puratanya agak kolot atau jumud). Maaf tulis.)

Moral cerita ini senang...Janji mesti ditepati



Saya menonton Jwanita kerana dua sebab. Pertamanya faktor Maya Karin dan kedua ianya sebuah filim seram. Saya tidak pula menonton Ombak Rindu sebab saya tidak menyukai kisah-kisah cinta dalam filem Melayu dewasa ini. Namun saya tahu Ombak Rindu meletup dan disukai ramai (saya dah agak, santapan minda penonton kita begitulah).

Namun malang seribu kali sayang, untuk ke pawagan berdekatan saya harus memandu hampir 300 kilometer pergi balik. Saya terlepas lagi menontonnya di panggung. Jadi saya menontonnya secara haram di TV. 

Maya Kain pernah menjadi Meriam (Puntianak Harum Sundakl Malam), dan semenjak itu dia seakan terkenal dengan watak hantu. 

Dan saya paksa kawan saya yang suka filem aksi menonton bersama saya. Bukan apa, saya risau saya seram. Apabila habis cerita terus kawan saya kata `boleh tahan cerita ini'. Manakala saya memberi tujuh bintang...7/10.

Renungan Mata Maya Karin membuatkan saya memberi anugerah gelaran Ratu Filem Seram... saya teringat kata-katanya:

"Ingat namaku sampai mati!"




No comments:

   

.

.

.