Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, March 29, 2013

Lawanya rumah orang...(bila belek-belek majalah)

Bahawa sesungguhnya beruntunglah bagi kamu barangsiapa di dunia ini mempunyai kediaman yang lawa, nyaman dan selesa (beautiful homes, cozy and comfortable). Tidak kiralah rumah batu ke atau kayu, besar atau kecil.

Kita kenalah bersyukur walaupun rumah kita rumah teres atau semi D kerana kalu dihias cantik, ia selesa dan lawa. Orang lain ada yang sampai ke tua tidak miliki rumah. Haaa...

Saya amat menghargai sesebuah rumah yang lawa dan cantik. Entah mengapa walaupun saya tak ada ilmu dalam hiasan dalaman (juga luaran), saya suka apabila melihat rumah yang selesa dan nyaman. Saya suka lihat perabut moden wahima antik. Saya suka ke kedai perabut jati walaupun tak beli apa-apa. Kadang-kadang rasa malu jugak kepada juru jual perabut tersebut. He he he.


Pulak dah...

Saya selalu berpendapat adalah salah kalau kita beranggapan kalau rumah besar dan banyak duit saja barulah kita boleh miliki rumah yang lawa dan selesa. Mungkin duit dan keluasan boleh membantu tetapi kalau kita tidak ada citarasa, kita juga gagal melahirkan suasana rumah yang reflek diri kita dan keluarga. Hiasan kita `keras' semacam jea...

Dan ada pada satu pengalaman saya rumah yang besar dan cantik tapi bersepah tak boleh hulur ujung kaki. Haa. Ada!

Kalau  banyak duit boleh upah pakar hiasan dalaman. Namun setidaknya kita kena juga ada citarasa...baru pakar tersebut akan mudah menjelmakan suasana yang reflek diri kita kepada hiasan tersebut. Dan sebenarnya kita lebih bangga kalau perabut dan hiasan kita beli sendiri (hutang sebenarnya), kita heret (kita hias) dan guna idea kita. Kita buat apa yang kita mahu dan nak lihat.

Bila belek-belek Majalah Impiana tadi (edisi April 2013), ya allah lawanya rumah orang!. Maka saya tidak sabar mahu ke rumah saya yang terletak di Kuantan (lebih 100 km dari tempat kerja saya) walaupun tak lawa mana. 

Saya juga sudah bercadang dengan kawan-kawan lama bahawasernya hujung minggu ini nak melawat kedai-kedai perabut di sekitar bandar Kuantan. Walaupun saya tak bermaksud mahu membeli (kerana tak ada duit dan ruang rumah) ia tidak akan menghalang saya daripada pergi menjenguk untuk `up date' saraf otak di bahagian hiasan dalaman. Haa...

Jan: Lawanya rumah orang kan...?

Siapa yang Allah sayang manusia akan sayang- Prof Dr Muhaya


Antara `Sleeping with enemy (1991)" dan "Enough" (2002)

Jangan kata orang lelaki sahaja tertarik dengan fizikal, orang perempuan juga begitu. Saya pernah lihat sekumpulan perempuan muda tergedek-gedek membirah kat kedai makanan segera kat Kuantan apabila seorang pemuda handsum masuk. Buat-buat gelak la untuk tarik perhatian, bertempuk tampar agar lelaki menoleh ke arah mereka. Padalah sebelum tu keadaan mereka monyok jea macam boring dok fikir bila la pilihanraya. (moral pada perenggan pertama ini ialah saya dah bosan dengar tuduhan lelaki gatal, miang atau `player'. Bukan semua! kebanyakan jea...he he).

Sebenarnya kawan saya yang suruh saya tulis pasal filem. Dia kata dia tak nak baca dah isu-isu yang berat seperti isu penubuhan Malaysia atau kongsep bumiputra. Katanya janganlah mentang-mentang pensyarah asyik tulis pasal isu berat. Maka semalam ketika sedang menonton filem `Enough' di ASTRO (sambil makan roti cicah air suam, dah 82 hari saya hidup tanpa nasi), saya bercadang nak tulis pasal dua buah pasal filem penderaan isteri.


Dalam `Sleeping with the enemy" (1991), Sara Williams (Julia Roberts) akhirnya berkahwin dengan lelaki idaman kacak bergaya, ternama dan akhirnya menderita, he he he. Rupanya suaminya jenis panas baran dan mendera walaupun atas kesalahan kecil. Contohnya tak lipat kain tuala, bila mandi habis basah bilik air, atau letak merata jea kain tu. Mungkin lelaki handsum maskulin ni memang sempurna sifatnya. Dalam fliem ni suami dia kata kalau nak lipat atau susun kain kena sama. Haa..

kalau tersalah lipat suaminya akan `melipatnya' dengan sepak terajang dan tumbukan ke rahang pipi yang tepat. Oleh kerana tak tahan kena dera beliau terpaksa palsukan kematiannya. Kononnya dia mati lemas kerana tak pandai berenang (padahal sebelumnya dia senyap-senyap belajar berenang). Kononnya dia nak suami dia tahu dia dah mati, baru dia dapat hidup aman damai, lenang dan berwawasan.

Tension jugak cerita ini, berdebar saya dalam panggung wayang. jenis filem phsikologi triller. Saya ke panggung wayang pada tahun 1991 semata-mata untuk lihat Kak Ju (Julia Roberts) berlakon. Masa belajar di UM dulu, saya kaki wayang juga. 

Akhirnya bila lubang pecah, suaminya cari dia nak bunuh dia. Akhir sekali dia pulak bunuh suami dia. Haaa...


Dalam `Enough" (2002) pulak Slim (Jenniper Lopez) akhirnya konon jumpa laaa dengan lelaki idaman dia. Kacak bergaya, kaya juga. Lepas kawin dapat anak dan akhirnya suami dia ada skandal. Antara sebabnya mungkin Slim sudah tidak se`slim' dulu lagi. 

Ya lah kan, kata kawan saya yang suka beranak, apabila kita beranak kawan saya kata putus 1000 urat saraf. Melihat kepada perangainya lepas bersalin, saya setuju (he he he). 

Dia mula kena pukul sebab dia tak suka konsep `perkahwinan terbuka' yang diamalkan oleh suaminya. Dia tidak rela konsep celup sana celup sini diamalkan oleh suaminya. Lepas tu mulalah dia kena pukul, sepak dan terajang. Bila tak tahan dia nak bawa anak lari tetapi kena terajang tapi last-last dapat lari jugak. Dan suaminya nak minta mahkamah nak ambik anak. Dia bimbang la sebab suami dia ada duit banyak dan boleh ambil anak tu boleh `beli' hakim di mahkamah. Dan yang lebih dasyat suami dia nak bunuh dia!. Cerita ini agak tension jugak tetapi tidak setension cerita "Sleeping with enemy". Lantas setelah puas menderita dan menyusahkan kawan-kawan terdekat barulah dia ambil keputusan. Keputusan belajar boxing, lepas jadi terror dia pergi ke rumah suami dia dan bunuh suami dia. Haa... tamat cerita.

Namun dalam `Enough', Lopez kelihatan berganda seksinya berbanding Roberts dalam " Sleeping with enemy". Mungkin bentuk tubuh dan pinggul Lopez sudah semulajadi begitu, berbanding dengan Robert yang agak `sekeping' bentuk badannya. Namun dari segi lakonan, maaf cakaplah lakonan Roberts lebih berjaya. Itu pendapat saya.

Kadang-kadang saya fikir juga kenapa boleh terjadi penderaan jenis begini? Namun saya dapati lelaki yang pendiam (tak reti buat kelakar tapi romantik), agak ada rupa, dan agak kemas ada kemungkinan adalah pendera.  Tapi tak semuanya la, ada yg alim tapi...huh! Ada yang pijak siput babi pun tak mati tapi, huh! Ni tak campur lagi dengan penderaan emosi... Teruk kan?

Kalu nak mencari hiburan jangan la tengok filem-filem ini sebab tema dan persoalannya berat. Kalau minat Robert boleh tengok cerita ringan "Pretty womeng" atau kalau minat Lopez boleh tengok cerita "Maid in Mahattang". Haa...

Jan: Sleeping with...? Haa...he he he

Thursday, March 28, 2013

Saya pak saudara yang jahat?

Add caption
Ini gambar Najib semasa kecil naik kuda. Saya pak saudaranya. Saya juga pernah naik kuda, lembu, kerebau, gajah malah unta...

Kini Najib sudah tingkatan empat. Dia sudah pandai bergaya, pandai menilai barang mahal seperti saya dan sudah pandai menyatakan ideanya sendiri tentang kehidupan ini. Dia juga sudah pandai memerhatikan perempuan. Saya selalu berpesan kepada Najib supaya berhati-hati dengan perempuan. Saya beritahu perempuan ada tiga jenis sahaja, pertama yang baik, kedua yang cantik macam ular, dan yang cantik macam tempat habuk rokok.

Lagipun dia akan menjalani peperiksaan paling penting iaitu SPM pada tahun depan. Tingkatan empat ni penting, jangan bulan madu. Tetapi ramai perempuan minat kat dia sejak darjah enam!. Saya jadi risau pulak, inilah masalahnya kalau handsum, pandai belajar dan berbudi perketi. Menurun siapa?, saya tak tahu..(tak tahu konon...).

Ramai yang terkejar-kejar ke dia. Pelik saya budak perempuan zaman sekarang... mungkin kerana mereka dah terlalu ramai...

Dulu masa sedang Najib tidur saya perlahan-lahan operasi membuka telefon bimbitnya, saya selalu baca sms di handponnya secara sembunyi. Terkejut berukera dari planet Ulba bila saya baca sms-sms kawan-kawan perempuannya. Budak-budak perempuan sekarang baru jea tumbuh bulu pahat dah gatal semacam. Gatal tahap cipan. (tak kira sekolah agama kerajaan negeri atau sekolah biasa kerajaan persekutuan, atau sekolah swasta. Sama ada dapat bantuan kerajaan negri atau pusat, kita sokonglah.). Saya malu nak tulis apa yang mereka tulis. Dapat saya simpulkan bagai lesung mencari alu. (pepatah lama)

Tapi kini saya sudah tidak boleh baca sms-sms kat telefon bimbit dia sebab ada nombor kod rahsia rasanya. Ada nombor pin kot. Entahlah saya tak reti teknologi sekarang. Lagipun dia perlukan `privacy', dia dah besar. Saya tidak boleh layan dia macam dia masih kecil.

Saya selalu berdoa agar anak-anak saudara saya menjadi orang yang handsum, berpelajaran, cerdik, berguna dan berjaya di dunia dan di akhirat. Saya tahu laluannya sukar kerana dunia telah berubah.

Jan: Semoga dia naik jerawat banyak-banyak dan perempuan di sekolahnya tidak meminatinya...bolehlah dia tumpukan kepada pelajarannya. Amin.

Lelaki ini - Anuar Zain



Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu

Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…

Saya tidak pernah membeli album Anuar Zain, namun saya meminati beberapa buah lagunya. Kepada saya suara Anuar Zain tidak sebaik Jamal, Salim atau Amy Search namun ianya masih sedap didengar. Yang paling menarik ialah Anuar Zain sedap dilihat mata. Sebab itulah ada mak cik -mak cik menciumnya semasa dia menyanyi. Ciuman tu hanya suka-suka, saya faham... 

Saya ibaratkan suara Anuar Zain seperti suara Datuk Sheila Majid. Tidaklah sedap mana namun telinga menerima kerana cara nyanyian sangat hebat. Saya ada miliki beberapa buah album Datuk Shiela Majid.

Lagu `lelaki ini'  saya nyanyikan semasa berkaroeka di ECM, saya dan rakan-rakan pensyarah menyanyi. Suara sayalah yang paling tidak sedap. Semua lagu saya nyanyi tetapi tidak `sampai'. Kawan-kawan saya kata saya hanya boleh bawa lagu `lelaki ini' sahaja. kata kawan saya, ianya masuk dengan saya.

Sebenarnya semasa saya nyanyikan lagu ini saya menjiwainya sepenuhnya apa yang telah saya alami. Dalam  bab-bab berkasih sayang, saya bernasib malang (amat). Saya doakan semoga dia tidak bahagia dan suatu hari nanti akan mendapat pembalasan. Saya yakin. Dia tidak akan terlepas begitu sahaja...Saya mahu melihat kebenaran walaupun sehari...Titik. 

Jan: akhirnya lelaki ini menjadi jahat...


Suami saya tidak bekerja...



Semalam adik perempuan saya menelefon dari Ulu Yam Bharu, beritahu barang yang saya `oder' sudah sampai. Bila berbual dia sempat bertanya kawan baik saya sorang tu sudah bercerai ke belum. Saya beritahu belum dan rasanya tidak jadi bercerai sebab dia dah dapat kerja... Maka adik perempuan saya pun jawab:

"Haaa...memanglah org laki ni kalu dia tak kerja, dia jadi ngarut. Kata bini tak sayang la...kata ini la itu la...bla-bla bla" Kata adik perempuan saya panjang lebar.

Saya termenung sebentar sambil menyambar biskut, dan mengiakan kata-kata adik perempuan saya. Adik perempuan saya seeprti saya juga iaitu suka mencara hal orang dan ada daya amati yang kuat. Walaupun dia kahwin dengan suami yang bekerja dia memahami masalah isteri yang ada suami yang tak bekerja. Ala macam saya laaaa walaupun tidak kahwin tapi tahu sangat cerita/masalah dalam kain/kelambu orang yang kahwin. He he he.

Cuba bayangkan kalau kita jadi lelaki (kalau pembaca perempuan, kalau pembaca lelaki tak payah bayangkan) dan kita tidak kerja, hanya isteri kita kerja. Tentu tertekan...kan?  Apa kata keluarga? Apa kata ipai duai? Apa kata jiran? Apa kata kawan-kawan bini kita? Apa kata kawan-kawan kepada kawan-kawan bini kita? Apa kata Prof Dr Muhaya?

Jan: Haa....

Wednesday, March 27, 2013

Kesimpulan muktamad Setiausaha Agung PBB mengenai penubuhan Malaysia

U Thant sebagai Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu

Berikut adalah antara kesimpulan yang dibuat oleh U Thant, Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu mengenai penubuhan negara Malaysia:

"Atas permintaan Kerajaan-kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Republik Indonesia dan Republik Filipina pada Ogos 1963, saya bersetuju untuk meninjau hasrat rakyat Sabah dan Sarawak sebelum Persekutuan Malaysia ditubuhkan. Seperti yang diketahui dalam perutusan saya yang bertarikh 8 Ogos 1963, satu utusan peninjau yang terdiri daripada dua pasukan telah ditubuhkan. Satu bagi pihak negeri Sarawak dan satu lagi bagi pihak negeri Sabah. Mereka bekerja di bawah penyeliaan wakil peribadi saya. Utusan ini sekarang telah pun menyempurnakan tugas peninjauan dan telah melapurkan kepada saya"

...

...Utusan peninjau itu telah mengaturkan rundingan-rundingan dengan rakyat wilayah-wilayah tersebut melalui wakil-wakil yang telah dipilih, pemimpin-pemimpin parti politik, dan lain-lain kumpulan dan pertubuhan dan dengan semua orang yang mahu menyatakan fikiran mereka. Segala usaha telah dibuat untuk menentukan hasrat kumpulan-kumpulan khas (orang-orang tahanan politik dan orang-orang yang tidak hadir) yang disebutkan dalam kenyataan bersama di Manila. Utusan peninjau itu telah mengumpulkan dan mengkaji semua surat tentang badan-badan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan politik, proses pilihanraya di kedua-dua wilayah itu dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan tugas kewajipannya."

....sesudah disemak dan dihalusi apa yang dilakukan oleh utusan peninjauan itu, maka kesimpulan saya ialah:

(a) Malaysia adalah satu soal yang telah diperbincangkan dengan hangatnya oleh orang ramai di merata-rata tempat dan telah menjadi satu perkara besar dalam pilihanraya-pilihanraya di kedua-dua wilayah itu baru-baru ini.

(b) Daftar-daftar pemilih telah disusun dengan betul.

(c) Pilihanraya-pilihanraya telah dijalankan dalam suasana yang cukup bebas yang membolehkan calon-calon dan parti-parti poliotik mengemukakan pendapat-pendapat mereka ...dan rakyat telah dapat menyatakan hasrat mereka denganebas dengan membuang undi dalam suatu sistem pengundian yang memberikan jaminan-jaminan bagi pengundian dijalankan secara sulit dan langkah-langkah diambil bagi mencegah dan membetulkan perbuatan-perbuatan curang.

(d) Pengundian telah dijalankan dengan sempurna dan undi dikira dengan betul

(e) Orang-orang yang berhak mengundi tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana berada di dalam tahanan  oleh sebab kegiatan politik atau dipenjarakan kerana kasalahan kealahan politik berjumlah kurang dari 100 orang di Sarawak dan lebih kurang lagi di Sabah....

(f) Utusan itu teklah membuat usaha yang khas untuk mendapatkan mmatlumat-maklumat yang boleh dipakai tentang orang-orang yang tidak ada dalam wilayah itu pada masa pilihanraya, terutama akibat daripada kemungkinan tekanan politik dan lain-lain. Bukti yang didapati menunjukan bilangan orang serupa itu yang berhak mengundi, tetapi tidak dapat mengundi tidak melebihi beberapa ratus orang dan bilangan ini tidaklah memberi kesan kepada keputusan pilihanraya. Saya perhatikan pagawai-pegawai kanan Parti Rakyat Bersatu Sarawak yang mentang Persekutuan Malaysia bersetuju dengan pendapat ini dan saya menerimanya.
....
....

 U Thanth yang berjasa


"Tugas yang saya jalankan ini adalah berpandukan kepada persetujuan yang dicapai oleh ketiga-tiga kerajaan yang mengambil bahagian dalam mesyuarat-mesyuarat di Manila. Kenyataan dari Republik Indonesia dan Republik Filipina menyatakan bahawa mereka akan mengalu-alukan penubuhan Malaysia kalau sekiranya sokongan daripada wilayah-wilayah ini ditinjau oleh saya"

....

" Sebelum saya menamatkan kesimpulan ini, saya suka menyapaikan penghargaan saya kepada wakil...

....

..."Peralihan wilayah-wilayah yang terjajah yang melalui proses menentukan nasib sendiri telah menjadi wilayah-wilayah yang bertaraf kerajaan sendiri, sama ada sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat...sentiasa menjadi satu daripada tujuan piagam dan cita-cita Bangsa-bangsa Bersatu"

"...saya benar-benar berharap semoga rakyat di wilayah-wilayah ini akan mencapai kemajuan dan kemakmurang di samping mencapai cita-cita mereka sebagai keluarga negara Malaysia"

P/s: Saya salin semula dari beberapa bahagian dari buku, Ibrahim Ismail (1992), Menuju Kelahiran Malaysia,  Cetakan Pertama, Edusystem Sdn Bhd, Syarikat Alat Tulis Soorama, Kuala Lumpur, M/s: 140-147.

Jan: Patut benarlah kita belajar sejarah negara kita, supaya kita menjadi dewasa...

Friday, March 22, 2013

A Bumiputera doesnt have to be a Malay and Muslim...

"A Bumiputera doesnt have to be a  Malay  and  Muslim..." Saya menambah jawab jawapan yang diberikan oleh pelajar saya. 

Semasa saya mengajar subjek ekonomi Malaysia pada semester yang lalu,  saya ada menyoal maksud dan konsep Bumiputra kepada salah seorang pelajar dari negara Khazastan. Beliau dapat menjawabnya secara keseluruhan cuma saya perlu menambah bahawa Bumiputra tidak semestinya Melayu dan islam.

Bumiputera atau peribumi adalah konsep yang merujuk kepada penduduk asal di sesuatu tempat. Di Semenangjung Malaysia kaum Bumiputra adalah kaum Melayu dan orang asli (yang telah sedia ada daripada zaman kucing kirong). Menurut perlembagaan negara kita pula golongan yang dikira sebagai bumiputera (menurut undang-undang) adalah semua suku kaum Orang Asli, Melayu (menurut tarifan Perlembagaan Malaysia), peribumi Sabah, dan peribumi Sarawak. Sebahagian daripada nota yang saya buat:


In the penisular, a Bumiputera is a Malaysian citizen which includes the Orang Asli tribes, and the `rumpun bangsa Melayu' (includes Jawa, Bugis, Minang, etc)

Bumiputera Sarawak  includes: Bukitan, Bisayah, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan,Kalabit, Kayan, Kenyah (termasuk Sabup dan Sipeng), Kajang (termasuk Sekapan,Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong dan Kanowit), kemudian Lugat, Lisum, Melayu,Melano, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit.

Bumiputera Sabah  includes: Dusun, Kadazan, Kwijau, Bajau, Iranun, Murut (Sabah), Orang Sungei, Sulu / Suluk, Bisaya (Sabah / Sarawak), Rungus, Sino - native, Kadayan (Sabah / Sarawak), Tidong, Tambanuo, Idahan, Dumpas, Mangkaak, Minokok, Maragang, Paitan, Rumanau, Lotud, Keturunan Pulau Kokos, Iban / Dayak Laut, Bidayuh / Dayak Darat, Melanau, Kenyah, Kayan, Lun Bawag (Sarawak), Penan, Kajang, Kelabit.


Orang asli lelaki seksi (gambar poskad)

Oleh itu adalah jelas bumiputra tidak semestinya Orang Melayu dan beragama islam sahaja. Kalau diperincikan lagi orang Melayu yang tidak beragama islam juga kaum bumiputra.  Manalah tahu nanti bila dah ada Bible bahasa Melayu, bila baca jadi tertarik? Haaa.  Tak kanlah pulak Bible bahasa Melayu orang Cina dan India nak baca, haaa... 

Namun takrifan perlembagaan kita orang Melayu adalah orang islam dan mengamalkan budaya Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu. Bagaimana dengan orang Melayu yang bertutur dalam bahasa inggeris? Jangan kata tak ada... Ada dan saya kenal! haaa...

Saya pernah bercakap dengan orang Melayu yang tak fasih bahasa Melayu. Bahasa rasmi di rumahnya bahasa utama bukan bahasa Melayu. 

Jan: Bumiputra asli...meminati Bumiputra Rockers.

Thursday, March 21, 2013

Prihal bunga (perihal tayar pancit 2)



Sedang saya duduk buat nota untuk subjek Malaysian Economy, saya terima panggilan daripada pemuda Cina. Beliau beritahu tayar kereta saya yang pancit tersebut rosak, saya kena beli yang baru. Dan katanya tayar saya yang lain pun `bunga'nya dah haus.

Saya terus berfikir kelemahan tayar adalah pada bunganya. Kena beli bunga baru iaitu bermaksud tayar baru. Tentu pakai banyak duit kalau tukar ke empat-empat tayar. Saya rasa saya perlu tukar dua buah tayar sahaja. Tetapi jenama tayar saya tak tahu, kalau jenama pinggang mangkuk tahulah saya sikit-sikit, he he he. Ya, saya kena bawa kawan saya untuk menolong saya lagi.

Sesampai ke kedai tersebut, saya tanya ada tak jenama Dunlop (sebab jenama ini saja saya tahu sebab dulu saya pernah tidor atas tilam Dunlop). Pekedai Cina tersebut kata tiada... dan dia membuka fail yang ada nama-nama jenama tayar. Saya buat tengok-tengok dengan manchonya sambil angguk-angguk kononnya faham. Tetapi sepatah haram saya tidak faham akan jadual tersebut. Cuma saya tahu rupanya saiz tayar saya ialah 15. Ada juga saiz tayar yea? Saiz stereng?.

Nasib baik dia tidak buka katelog tunjuk corak/jenis bunga di tayar. Tentu sukar untuk memilih corak yang menarik. Ada tak sebenarnya fail sebegitu? tetapi yang pentik bukan corak yang menarik tetapi cengkaman bunga tersebut, kot.

Saya sudah pening kepala maka saya berikan urusan urusniaga ini kepada kawan saya iaitu namanya Ja. Dialah juga yang terlibat dengan urusniaga bila saya beli Myvi saya dulu. 

Pada ketika itu barulah saya teringat semasa servis terakhir dulu Produa ada beritahu bunga tayar saya juga sudah kelayuan...he he he. Rupanya saya tidak ingat nasihat Produa tersebut. Bahaya sungguh kan. Pada masa ini saya terlintas menyesal tak belajar bersungguh-sungguh dan kerja di Bank Negara. kalau dapat kerja bagus tentu disediakan pemandu. Pemandu tentulah tahu serba serbi bukan setakat bunga tetapi daun dan akarnya sekali, he he he. Haaa....

Jan: Teratai layu di tasik madu...(pulak dah)

Perihal tayar pancit...

saya tak tahu nak guna alatan yang diberikan...(gambar adalah hiasan)

Semalam pada pukul 10 malam saya keluar rumah untuk siram pokok pisang. Semasa menyanyi lagu `dendam dalam diam' (Nora), saya terlihat tayar kereta saya pancit!. Saya tidak tahu nak buat apa. Maka saya pun tidak buat apa-apalah. he he he.

Esoknya saya tumpang kawan ke kampus dan ceritakan hal yang terjadi. Saya tidak dapat menukar tayar tersebut dengan tayar simpanan sebab saya tidak tahu macam mana nak tanggalkan tayar tersebut. Sebabnya bila saya buka beg Produa tu saya tak kenal alat-alatannya. Kebanyakannya sangat aneh sekali. Saya hanya kenal spanar sahaja, yang lain-lain tu saya tidak kenal langsung. Naik darah tinggi saya.

Selepas itu saya dan kawan saya balik semula ke rumah dan cuba buka tayar tersebut tetapi tidak dapat sebab punat sport rim tak sama dengan alatan yang ada. Kawan saya tanya ada tak semasa beli spot rim tempohari saya diberi alat untuk mencabut punat. Saya kata ada tetapi entah di mana (pada hal saya mungkin membuangnya sebab tak tahu kegunaanya apa, he he). tapi taukeh cina beri saya ambik.

Akhirnya saya beritahu saya lapar dan letih (padahal bukan buat kerja). Maka kami menuju kedai makan tepi longkang. Dan selepas rancak berbual kami dapat idea. Senang sahaja, suruh pekedai cina datang ke rumah dan uruskan segalanya. hanya beri kunci kereta sahaja. 

Dalam pada itu saya sempat suruh pemuda cina itu buat balengsing dan alimeng jugak. Entah apa benda tersebut saya tidak tahu cuma saya teringat semasa servis kat produa di Indra Mahkota berbulan dulu, semasa serahan kunci pemuda tersebut suruh saya buat balancing dan alimeng. Macam buku akaun pulak kena buat balancing, he he he.

Jan: Payahnya ada kereta...tak ada kereta lagi payah. Haa...

A woman is only good in the kitchen and in bed?



Adakah orang lelaki selalunya lebih benar, cergas dan bijak berbanding wanita? Dalam situasi kerja saya, saya berjumpa dengan ramai wanita yang bijak dan cekap berbanding saya. Jauh lebih cekap, berdidiplin dan bijak. Yalah kalau lelaki bodoh dan tidak bijak mengurus, kita tidak ikut juga kan? Siapa hendak hormat?

Saya tidak pernah merasa apa-apa atau tersinggung apabila melihat kelebihan perempuan masa sekarang kerana bagi saya setiap fikiran yang baik boleh ada tumbuh di otak manusia tidak mengira lelaki atau perempuan. Dan bagi saya kalau hidup asyik nak bersaingan, apa indahnya?

Walaupun sepanjang hidup saya, saya lebih banyak melihat ramai perempuan yang mengada-ngada berbanding lelaki tetapi pada masa yang sama saya berpendapat seorang lelaki yang mengada bersamaan dengan seribu perempuan yang mengada. Letih gitu...melayan orang mengada-ngada. Haaa.

Pada mulanya sukar juga saya menerima beberapa kenyataan di sekeliling saya, namun lama-kelamaan saya menerimanya. Rasa hormat mestilah diberikan kepada perbuatan yang mulia sama ada mereka perempuan atau lelaki. Kita hormat mereka kerana mereka dekan, prof, doktor atau apa-apa pun, bukan kerana jantina.

Namun saya masih berpendapat majoriti orang lain masih mengaitkan perempuan dengan seks dan dapur semata. Mereka gementar dan tidak percaya akan kebolehan kaum perempuan dalam lapangan lain. Sebenarnya tidaklah hina atau memalukan jika kita ini seorang lelaki yang ambil SPM pun tidak lulus dinasihati oleh isteri kita yang mempunyai PHD dan bertaraf profesor (yang menjadi pengerusi di beberapa buah syarikat di Jepun atau Alaska...kerana. kerana?

KERANA nasihat yang betul itu akan sentiasa betul tidak mengira siapa yang melafazkannya sama ada lelaki, perempuan atau ala-ala lelaki atau ala-ala perempuan. Dan sebagainya.

Jan: Haaa...

Apa yang paling istimewa kerja di Shahputra?

Saya selalu ditanya soalan sebegini oleh kawan-kawan saya apabila saya memaklumkan pada suatu masa dulu saya pernah menjadi tenaga pengajar di Kolej Shahputra. Apabila melintasi Bangunan Kolej Shahputra (kini universiti kolej) saya akan berkata dengan bangganya:

"Dulu saya pernah bekerja di kolej ini"

Sebagai pensyarah di pusat pengajian bertaraf universiti saya merasa bertuah kerana saya tidak segera terus menjadi pensyarah seperti kebanyakan kawan baru saya. Saya mendaki satu persatu. Mungkin itulah takdir hidup saya kerana saya bukannya hebat. Atau sebenarnya saya hebat tetapi tuhan tahu apa yang terbaik untuk saya? (saya libatkan tuhan sikit dalam hal ini, biar rasa lega. he he he).

Saya pernah menjadi guru (berpeluang mengetahui sistem pendidikan Malaysia dengan detail), mengajar di kolej Shahputra (berpeluang mengetahui sistem UiTM, UTM, UPM, UNITAR dan Matrikulasi) dan akhirnya ke universiti swasta (mengetahui sistem UNITEN). mungkin suatu hari nanti bila ada rezeki saya akan ke universiti awam pula. He he he. Manalah taukan. Tuah Ziana Zain nampak di kening, tuah saya? Haaa...

Dari segi gaji dan kebajikan tentulah organisasi di tempat kerja saya sekarang lebih tinggi kadarnya. Namun bekerja di Kolej Shahputra tidaklah rendah gajinya. Malah kawan-kawan saya semuanya mampu membeli rumah, dan ada yang memiliki dua buah kereta. mampu berkahwin dan beranak pinak lagi, he he he.

Rezeki yang diterima kalau diurus mengikut kadar diri tentulah tak ada masalah. Saya masih ingat semasa saya ditawarkan bekerja di UNITEN sebenarnya saya dalam proses untuk membeli sebuah rumah di Indera Mahkota. Sebuah rumah teres lot tepi yang saya sendiri sewa (rumah berhantu).

Contoh design partision (partition)

Paling istimewa adalah kawan-kawan dan suasana kerjanya. Sampai ke hari ini ianya tiada bandingannya. Mungkin kerana kami hanya dipisahkan dengan partisiong, kami menjadi lebih mesra. Kami tahu cerita kawan kami seolah kami adik beradik. Kami tahu suami siapa gatal, isteri siapa cemburu gila, siapa takut bini, anak siapa dah darjah tiga tidak boleh membaca dan kami tahu banyak rahsia, he he he. Kami tahu sebab kalau ada masalah kami luahkan. He he he. Kami tidak rasa malu sebab masing-masing ada kelemahan. Kami agak rapat.

Dahulu kongsepnya `kami adalah sekeluarga'. Mungkin pada masa tersebut organisasi kecil. Bilangan pensyarah tidak ramai membuatkan kami rasa dekat sahaja di hati. Kalau kita beli pakai baju baru seluruh orang tahu, tak payah nak cat walk seluruh bangunan.

Kami berkawan baik juga selepas habis waktu kerja. Kami pergi berkelah di pantai dan bersantai. Di tempat kerja saya sekarang sangat berbeza, saya cuma duduk dalam bilik. Semua orang sibuk seolah kerja adalah segalanya. he he he. Ini komen saya jea...mungkin ada yang tak setuju. Bila di luar waktu kerja masing-masing balik rumah.

Semester ini saya tidak mengajar, maka ada kemungkinan besar saya tidak berjumpa manusia jika saya duduk dalam bilik sahaja. he he he. Namun begitu oleh kerana personaliti saya menarik maka adalah juga rakan-rakan pensyarah mengetuk bilik saya...(perasan). Mereka kata "Aku tak boleh duduk kalau tak tengok muka sukiman sehari"...

Sebenarnya saya tidak pakai `ilmu' apa-apa sama ada pelaris (bukan saya nak buka kedai makan) atau ilmu penarik seri (bukannya saya nak jadi artis). Cuma saya selalu suka mendengar keluhan hati kawan-kawan. Ada yang buat lawak tetapi taraf rendah dan tak kelakar pun saya buat-buat ketawa juga, he he he. Sebabnya? Bukan saya nak hipokrit tetapi saya nak dia bahagia. Muliakan sifat ini?

Kita kembali ke tajuk posting, posting ini bukan hal nak bangga diri tetapi cerita kawan-kawan di tempat kerja lama. hehehe.

Sehingga sekarang kawan-kawan baik saya masih ada yang bekerja di sana. Kat sini saya ada kawan juga tetapi tidak serapat di Kolej Shahputra. Mungkin suasana kerja berbeza. Saya faham tidak semua yang saya dapat sempurna...

Kepada kawan-kawan yang mengenali saya di Kolej Shahputra. Blog ini sebenarnya dibuat untuk kawan-kawan di sana... kemudiannya barulah blog ini mula merapu dan bercerita banyak perkara...

Jan: Sampai ke hari ini kenangan bekerja di Shahputra segar di ingatan... 

Tahniah Lok Weng Hang




Lok Weng Hang adalah pelajar yang gigih dan tidak pernah menjadikan kekurangan diri sebagai halangan. Tak macam kita ni yang mata tak buta tapi nak baca suratkhabar pun malas, apatah lagi buku. Jurnal? Jangan harap...he he he. (saya la tu...)

Semuga impiannya untuk menjadi pakar ekonomi terkemuka tercapai. Beliau telah mendapat keputusan cemerlang dalam STPMnya dengan semyua subjek A. Saya tabik. 


Beliau bercita-cita mahu menjadi seperti Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh. Tokoh itu menjadi sumber inspirasinya untuk maju dalam pelajaran dan kerjaya yang dipilih. Dan juga membuat lubang hidung saya kembang ialah beliau mahu meneruskan pelajaran di Universiti Malaya.

Kalau tidak silap saya Prof Datuk Dr ismail ini adalah orang buta pertama di dunia yang memiliki PHD... Untuk hidup perlukan motivasi...

Semoga teruskan bermotivasi

Jan: Moti dah basi...

Tuesday, March 19, 2013

Pengajaran daripada membuat sup ayam

Semalam saya masak sup ayam. Dah lama saya tak memasak. Entah kenapa tiba-tiba terasa benar nak masak sup ayam. Maka selepas tengok berita TV3, saya bergegas ke kedai membeli ayam. 

Saya selamba ke kedai basah dan minta seorang pak cik membersihkan seekor ayam. Saya suruh pak cik tersebut kerat 16 bahagian. Saya pilih ayam yang kecil kerana nak buat sup.

Tiba-tiba saya rasa terkejut bila saya dapati saya tidak membawa beg duit. Saya panik sekejap. Saya terus ke kereta (kereta saya pakir tepi kedai) dan kutip duit sana sini di dalam kereta tersebut. Termasuk duit celeh kusyen dan duit siling terkumpul sebanyak RM9.80.

Selepas itu saya naik tangga balik mendekati pak cik jual ayam tersebut. Saya berdoa dalam hati jangan lah  harga ayam tersebut melebihi duit yang terkumpul. 

"Berapa ayam ni?" Tanya saya bertanya dengan perasaan gementar dan pasrah.

"RM9.60" Kata pak cik tersebut. Selamba.

Saya sangat lega... 

Bila balik ke rumah terus saya masak sup...seperti dalam gambar di bawah.





Saya mendapat pengajaran yang berguna daripada peristiwa ini. Pengajarannya ialah kita hendaklah sentiasa ada duit di dalam kereta. Ia adalah amat berguna.

Jan: Haaa....

Home - Blake Shelton




Another summer day
Has come and gone away
In Paris and Rome
But I wanna go home
Mmmmmmmm

Maybe surrounded by
A million people I
Still feel all alone
I wanna go home
Oh, I miss you, you know

And I’ve been keeping all the letters that I wrote to you
Each one a line or two
“I’m fine baby, how are you?”
I would send them but I know that it’s just not enough
My words were cold and flat
And you deserve more than that

Another airplane
Another sunny place
I’m lucky I know
But I wanna go home
I’ve got to go home

Let me go home
I’m just too far from where you are
I wanna come home

And I feel just like I’m living someone else’s life
It’s like I just stepped outside
When everything was going right
And I know just why you could not
Come along with me
This was not your dream
But you always believed in me

Another winter day has come
And gone away
In even Paris and Rome
And I wanna go home
Let me go home

And I’m surrounded by
A million people I
Still feel alone
And I wanna go home
Oh, I miss you, you know

Let me go home
I’ve had my run
Baby, I’m done
I'm coming back home
Let me go home
It'll all be all right
I’ll be home tonight
I’m coming back home

Jan: layaan...

Monday, March 18, 2013

Perayu undi PAS

Saya sudah menerima panggilan dari `perayu' undi. Panggilan dan SMS daripada kawan saya tersebut supaya saya mengundi PAS pada pilihanraya nanti. Katanya kalau tidak mahu mengundi PAS pun tak mengapa tapi jangan mengundi langsung pilihanraya ini.

Saya hanya ketawa sahaja. Kawan saya ini sejak di bangku sekolah lagi adalah penyokong  PAS. Malah dia ada kata kalau Tun Dr Mahathir datang jumpa dia pun, dia tidak akan mengundi PAS. Dia tidak sebut pulak perihal Najib atau Rosmah. Saya diam sahaja dan kekadang ketawa.

Yang saya pasti dia tidak lagi bercakap mahu membina negara islam atau mahu jalankan hukum hudud seperti sebelumnya. Dia mungkin sudah menukar strategi. Dia tidak sebut langsung kali ini. Pun begitu kali ini dia juga tidak mengutuk BN atau UMNO. Inilah kelainan dia kali ini sebagai perayu undi.

Saya dengar sahaja dan sesekali ketawa. Kawan saya ini saya kenal semenjak tingkatan empat lagi. Beliau sangat mencintai PAS daripada dahulu lagi dan tahu keluarga saya sangat UMNO, namun kami tetap sahabat baik.  


Tidak pernah sekalipun pendapat politik kami membelah persahabatan kami. Tidak pernah kerana kami mengutamakan silaturahim...demi agama, bangsa dan negara.

Jan: Saya pilih mengundi. 

Nak buat `business letter' pun terkial-kial...

Sekadar hiasan


Bulan Februari lalu kerajaan kita telah membekukan penubuhan istitusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Saya tidak terkejut, malah saya sokong sangat memandangkan `keberlambakan' dan `keramaian' tumbuhnya IPTS di pasaran. Mungkin slogan `Pertanian adalah perniagaan' diaplikasikan juga kepada `Pendidikan juga adalah perniagaan", Haaa...he he he.

Bukannya IPTS tidak elok, tidak molek atau tidak bermutu tetapi eloklah waktu ini ianya dipantau supaya  tiada penyelewengan dan maha penting kuantitinya selaras kualiti. Keadaan sekarang menunjukan jumlah puluhan universiti swasta, kolej universiti swasta dan kolej swasta mencukupi untuk menampung bilangan pelajar kita. Malah mereka juga menjemput pelajar luar negara datang...(ada yang datang kononnya nak belajar tetapi buat jenayah...pun ada. Tapi itu isu lain...)

"Sesebuah dasar adalah bersifat kabur, dan tidak statik..." Saya teringat kata-kata pensyarah saya di UM dulu. Ketika itu saya pelik (tetapi tidak kini). Maka dasar kerajaan juga kabur bukan kerana ianya lemah tetapi kerana ia mesti menyesuaikan diri dengan keadaan. Pada suatu waktu dahulu IPTS kurang, dan kemudiannya kerajaan galakan sangat penubuhannya memandangkan bukan sahaja beban kerajaan harus dipindahkan kepada pihak swasta tetapi juga ramai yang layak tetapi tidak ada tempat pengajian.

Kini kualiti harus dipantau supaya tidak kedengaran isu yang mendidihkan tahi telinga. Khabarnya ada lulusan yang tidak pandai buat `bussines letter', dan tidak `pandai-pandai' menyesuaikan diri walaupun dapat `result' cemerlang dan sudah berpraktikal. Haa... Dan ada juga gossip-gossip `jual-beli' diploma, ijazah dan PHD...

Jan: Haa....

Kisah pekerja baru...



Kawan saya beritahu dia ditugaskan oleh majikan untuk memantau seorang pekerja baru. Katanya mahasiswa tersebut sangat `terlampau' dalam tutur kata dan tindakan. Suka merungut, tidak berdisiplin dan membantah kata dan kerja yang dia berikannya.

Lantas kawan saya mempersoalkan mutu mahasiswa sekarang. Saya mendengar luahan kawan saya tersebut yang sedikit sebanyak menggambarkan keadaan pasaran kerja sekarang. Memang berbeza, jauh berbeza.

Katanya lagi pekerja baru tersebut tidak akan melakukan kerja yang tiada kaitan dengan kerja hakikinya sedangkan perjalanan organisasi memerlukan kerjasama yang cukup besar, apatahlagi organisasi swasta. Perkara ini telah dipersetujui dalam temuduga, iaitu `membantu' membuat kerja organisasi dari masa ke semasa.

Dan jika tiada kerja, dia menyuruh pekerja baru tersebut `key-in data'. Dan episod inilah yang memilukan hatinya. Pekerja baru tersebut hanya buat kerja `separuh jalan' dan membiarkan begitu sahaja. Bila ditanya, alasannya bukan kerja dia. Dia tak tahan dengan kerja yang memboringkan tersebut. Laju sahaja pekerja baru tersebut menyembur kata, memberi alasan tanpa hormat. Dan beria memberitahu dia adalah lulusan kejuruteraan tak layak untuk `key-in' data. Haa...

Hati kawan saya tersentuh sebab pekerja baru tersebut memang tidak boleh dibawa berunding. Sebenarnya bos kawan saya juga yang mengarahkan jika tidak ada kerja budak baru boleh disuruh `key-in' data. Bukannya dia memandai.

Katanya kawan saya lagi, selepas tamat belajar di UM, dia telah bekerja di banyak organisasi kecil dan besar. Pada awal-awal kerja dia buat macam-macam perkara yang disuruh oleh majikannya. Malah pernah tiup belon untuk digantung untuk memeriahkan majlis. hatta antar anak boss ke tadika.

Jan: teringat kerja pertama saya ialah kerja kantin di Sekolah Menengah Agama Maarif... antara kerjanya cuci longkang kantin setiap hari...

Saturday, March 16, 2013

Tahniah Faizal



Tahniah! Tetap handsum w/p sudah 45.


Rasanya tidak terlewat untuk mengucapkan tahniah untuk Faizal Hussien. Dan juga minta maaf kerana tidak sempat tengok Bunohan.

Hussien Abu Hassan memperkenalkan anaknya Faizal dalam filem Senja Merah (1982) sebagaimana Saadiah memperkenalkan Fauziah (Ogy) dalam filem Ceritaku ceritamu (1979). Namun Fauziah lebih meraih perhatian walaupun ada yang mengatakan lakonannya `over' sikit. He he he. Yang penting Ogy sudah beberapa kali menyandang gelaran pelakon terbaik Malaysia. Haaa...

Nasib Faizal lebih menyebelahinya selepas memegang watak Azroy/Roy dalam filem Gila-gila Remaja (1986), juga arahan Hussien Abu Hassan. Sebuah kisah cinta yang antaranya lucu bagi saya, iaitu tanpa belajar dengan tekun pun dapat keputusan cemerlang. He he he. Ingat tak cerita tu?

Lakonan faizal sentiasa dipertingkatkan. Kali akhir dia berlakon dengan Fauziah latih dalam drama ke `Pintu Bahagia'. Saya tahu beliau berbakat besar. Diharapkan beliau terus berkarya.

Namun saya agak gusar kerana situasi filem di Malaysia agak mendatar. Sekejap naik, sekejap turun. Tiada filem yang betul-betul menarik. Maksud saya mempunyai skrip/cerita yang menarik. Datuk Sarimah juga mahu kembali jika ada skrip yang baik. Masalahnya filem-filem kita sekarang...

Lakonan Faizal lebih berganda berbanding dengan Aron. Berilah beliau peluang memaksimakan kebolehannya. Apa lagi ditunggu? Faizal juga handsum, malah yang lebih penting dia boleh berlakon!

Jan: Tidak pernah tolak skrip sebab tak pernah terima skrip pun...he he he. Berlakon dalam dewan kuliah jea laa...


Lawak RM60,000



Rasanya isu ini isu basi. Dah banyak kali saya tulis dalam blog. Saya bukannya tak bersyukur tetapi RM60,000 sangat kecil berbanding dengan ketekunan, keintelektualan, kesabaran dan kegigihan para saterawan. Dan RM60,000 tunai tersebut seolah mencerminkan sumbangan yang kecil. Boleh ke RM60,000  mengukur sumbangan yang diberikan oleh sasterawan-saterawan kita. Tentulah tidak (saja tanya tadi, mengada).

Menghasilkan karya satera amatlah payah. Mesej dan tema, persoalan yang dikupas berada pada tahap nasional dan kadangkala tahap dunia. Kalau sekadar nak buat novel `apam cari timun', `berebut apam balik', `timun batang mencari apam', atau `keli dua selubang' berlambak dalam novel di pasaran kita yang diratah oleh remaja.  Haaa...Malas nak cerita.

Menghasilkan karya sastera tentulah amat sukar kerana sehingga kini kita hanya ada 12 orang saterawan negara sahaja....

Jan: Teringat Jambu membawa pulang tunai RM250,000!..hehehe. 

Sasterawan Negara ke 12, Baha Zain




Datuk Baharuddin Zainal atau lebih dikenali dengan nama pena Baha Zain, hari ini diumumkan sebagai Sasterawan Negara ke-12.

Pemilihan Baha Zain adalah berdasarkan sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa,

Anugerah dari Kerajaan Persekutuan itu melayakkan Baha Zain menerima:
Wang tunai sebanyak RM60,000,
Watikah Penghormatan Negara
Tajaan RM500,000 bagi menerbitkan 50,000 naskah karya beliau untuk diedarkan ke sekolah, jabatan dan agensi kerajaan.
Kemudahan perubatan percuma wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan,
Kemudahan dan keselesanan untuk mencipta karya sastera, menerbitkan karya serta penterjemahaan karya yang sesuai ke dalam bahasa asing.    



Baha Zain, 73 Tahun merupakan anak jati kelahiran Hutan Melintang, Perak. Beliau mula berkarya sejak di sekolah menengah dan antara karyanya yang popular adalah 'Perempuan dan Bayang-Bayang' yang dihasilkan pada 1974.

Antara kejayaan peribadi beliau dalam dunia sastera adalah:-
Menerima Anugerah Tokoh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) 2011,
Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) 1980 
Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa (Persatuan Linguistik Malaysia) 2004
Anugerah Budaya Gapena pada 2008.

Berikut pula adalah senarai 12 penerima gelaran Sasterwan Negara Malaysia:-
1981 : (Dr) Kamaludin Muhammad @ Keris Mas
1982 : Prof. Emeritus Dato' Dr. Shahnon Ahmad
1983 : Datuk (Dr.) Usman Awang
1985 : Datuk (Dr.) A. Samad Said
1987 : (Dr.) Muhammad Dahlan Abdul Biang @ Arena Wati
1991 : Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh
1993 : Datuk Noordin Hassan
1996 : Datuk Abdullah Hussain
2003 : Prof. Madya Dr. Syed Othman Syed Omar @ S. Othman Kelantan
2009 : Dato' Dr. Anwar Ridhwan
2011 : Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah @ Kemala
2012 : Datuk Baha Zain

Sumber: Sinar harian


Thursday, March 14, 2013

Sokonglah BARISAN yang kita ada...



Sebelum ini saya berpendapat negara kita tidaklah perlu mempunyai ramai askar dan pertahanan yang kuat. Saya berpendapat dunia sudah bertamadun, adalah tidak bijak sesebuah negara memperuntukan banyak wang untuk bidang pertahanan. Nampak sangat penakutnya. Elok bergandalah jika wang tersebut disalurkan dalam bidang pendidikan atau pertanian. Lagipun saya tidak suka askar. Ganas gitu. Auwww...

Namun musibah di Sabah, mengubah pandangan saya. Bidang pertahanan negara sama pentingnya dengan bidang lain. Malah mungking paling penting.

Kini...Askar? Saya suka!. Haaa...

Dan lebih penting sekali ialah manusia tidak pernah berubah, dan tidak mahu berubah. Begitulah peel perangai sejak zaman kucing kirong lagi (zaman purba). Mereka berbunuhan, cabul, tamak, jahat, gila kuasa, perasan, bogel dan curang. Dan apabila keganasan sudah tidak dapat dibendung dengan kelembutan, tolenrasi, pujukan, perbincangan dan sewaktu dengannya...kekerasan diperlukan untuk melindungi hak.

Kita memerlukan pihak yang lebih kuat berbanding kita dari segi fizikal dan mental. Kita ni yang jenis tak bersyukur (tapi tak sedar diri, tak sedar slip gaji), yang merungut hampir setiap hari bukanlah jenis yang boleh diharapan. Angkat sekilo gula pun tak larat, bau tahi kucing pun tak tahan, tengok ulat bulu pun ketar.  Belum pukul sepuluh pun dah mengantuk! Haaa... Kitalah tu.

Saya percaya pada masa-masa akan datang akan muncul konflik yang lebih besar dan hebat akibat pertembungan perbezaan agama, bangsa dan wilayah. Saya bukanlah pakar mengkaji perilaku manusia namun saya yakin gitu. Ini kerana masyarakat di planet bumi sekarang digerakan oleh teknologi yang menjurus kepada pencapaian material dan miskin jatidiri dan sifat kemanusiaan. Dan pada masa tersebut mereka yang mempunyai barisan yang kuat dan besar akan menang. Dan pada masa itu kemenangan adalah kebenaran...(kononnya).

Namun alangkah eloknya jika kita cerdik dan benar...dan kuat BARISANNYA.

Jan: Suka dengar lagu `Inilah barisan kita'... Saya suka.

Wednesday, March 13, 2013

Perasaan bila diaudit

Pada pendapat saya setiap pekerja bila diaudit akan merasa gementar. Ini kerana pekerja akan beranggapan tugas juruaudit adalah `mencari' kesalahan. Ada-ada sahaja yang mereka tanya dan terperincikan. Sesedia mana kita bersedia, kita akan rasa seram sejuk. Kita akan bertambah gusar kerana kita mewakili jabatan atau kumpulan kita. Haaa...


Pengalaman diaudit...



Pernah tak diaudit di tempat kerja? Dengar perkataan audit dah seram kan? Begitulah saya. Tapi saya ambil positif tempoh segalanya. Audit dalaman tidaklah menyeramkan berbanding dengan audit luaran yang melibatkan pihak yang kita tidak pernah lihat.

Saya percaya saya bukanlah handsum mana dan tidak mempunyai penampilan yang menarik. Tapi saya sangat percaya handsum dan mempunyai penampilan yang menarik dan yakin diri sangat penting. Ia memberi impak ke atas sekeliling. Kepada juruaudit tersebut.

saya tahu tarikh audit yang dijalankan. Sudah seminggu saya berjalan cepat mengelilingi tasik kampus. Sudah seminggu tepek pisang yang saya ramas di muka dan tidur berlapiskan lendir lidah buaya di muka. Saya juga makanlgel lidah buaya hatta saya letak juga dalam tea o saya. Saya mahu muka saya berseri dan sekata. baru ada keyakinan diri.

Hari ini saya berpakaian kemeja paling mahal yang saya miliki RM125.90 (selepas diskaun 15%). Saya juga menggosok baju itu belah (bahagian) dalam sahaja sebab kain dia agak baldu di luar (takut cair) dan koten (cotton) di dalam. Baju ini saya basuh dengan tangan, takut rosak basuh dengan mesen basuh. Lagipun saya ada sehelai dua jea baju mahal. Bukannya banyak.

Sebab itulah saya terkejut bila kawan perempuan saya beli kain sepuluh pasang (sepasang paling murah harga RM360). Katanya nak dipakai untuk semester akan datang... Haaa... campur upah agak-agakknya berapa yea...

Saya juga bubuh setopok gel Gabsi kat rambut saya (sesuatu yang saya tidak lakukan setiap hari). Untuk hari ini sahaja saya sikat rambut belah tepi. Biar nampak budiman, ayu dan tak berdosa. Kalau tidak pada hari biasa saya tidak sikat rambut. Saya biarkan gerbang secara semulajadi. Biar nampak natural dan seksi. Kalau ditiup angin silap-silap nampak macam orang meroyan. Tapi yang penting ilmu di dada bukan gel di rambut. 

Hari ini para pensyarah yang bernasib `baik' akan diaudit. Dan saya terkejut kerana berjaya menjadi salah seorang `mangsa" audit. Namun saya sudah bersedia dengan pakaian yang rapi dan kemas macam pekerja yang baru mula bekerja (pukul 12 tengahari pun pakai tai).  Dekan bukan main ketawa bila nama saya terpilih...sebab sebelum itu saya ada berseloroh nak ambik MC sebab darah saya naik.

Audit ini mahu melihat fail-fail pengajaran saya dan menguji pengetahuan saya mengenai segala prosess yang ada di sekeliling saya yang berkaitan dengan akademik. Pendek kata nak menguji komitmen kita. Sebenarnya sudah seminggu saya siapkan fail saya. Tambah nota sana sini sampai penuh. Nescaya kalau fail tersebut saya hempuk di kepala kekasih yang curang. Pasti merana tujuk keturunan. 

Saya mengusung fail dengan berdebar-debar menuju bilik mesyuarat. Selepas memperkenalkan diri saya duduk berhampiran dengan juru audit yang sedang mengadap lap topnya. Beliau memperkenalkan dirinya. Sesi audit telah bermula dan saya menjawabnya dengan jujur dan tidak berlakon. Saya cerita apa yang terjadi agar kalau ada lompang sana-sini dapatlah organisasi saya perbaikinya. Haaa....

Jan: Bagaimana dengan audit akhirat? Haaa....

Tuesday, March 12, 2013

Girl on fire (Alicia Keys)



She's just a girl, and she's on fire
Hotter than a fantasy, lonely like a highway
She's living in a world, and it's on fire
Feeling the catastrophe, but she knows she can fly away

Oh, she got both feet on the ground
And she's burning it down
Oh, she got her head in the clouds
And she's not backing down

This girl is on fire
This girl is on fire
She's walking on fire
This girl is on fire

Looks like a girl, but she's a flame
So bright, she can burn your eyes
Better look the other way
You can try but you'll never forget her name
She's on top of the world
Hottest of the hottest girls say

Oh, we got our feet on the ground
And we're burning it down
Oh, got our head in the clouds
And we're not coming down

This girl is on fire
This girl is on fire
She's walking on fire
This girl is on fire

Everybody stands, as she goes by
Cause they can see the flame that's in her eyes
Watch her when she's lighting up the night
Nobody knows that she's a lonely girl
And it's a lonely world
But she gon' let it burn, baby, burn, baby

This girl is on fire
This girl is on fire
She's walking on fire
This girl is on fire

Oh, oh, oh...

She's just a girl, and she's on fire

Monday, March 11, 2013

Ulasan Buku: Tuntutan Filipina Terhadap Sabah (Buku untuk dibaca semula)

Kulit hadapan 


Tajuk buku: Tuntutan Filipina terhadap Sabah: Implikasi dari segi sejarah, Undang-undang dan politik  ( terjemahan daripada The Philippines Claim to Sabah)
Katogeri: Sejarah
Oleh: Mohd Ariff bin Dato Hj Othman  (seorang peguam)
Prakata: Tan Sri Haji Abdul Kadir bin Yusof
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Cetakan: pertama (1988)
Bil m/s: 146.
Usia buku: 25 tahun. (2013) 


Istimewa untuk rakyat Sabah


Kandungan

1 LATARBELAKANG PERTIKAIAN (M/S:1)
2. HAKMILIK BRITISH TERHADAP SABAH BERASASKAN DOKUMEN  (M/S:9)
3. TUNTUTAN BRITISH TERHADAP SABAH: DARI SEGI UNDANG-UNDANG  (M/S:30)
4. TUNTUTAN FILIPINA TERHADAP SABAH: DARI SEGI UNDANG-UNDANG  (M/S: 62)
5. PEMILIKAN DAN PENGUKUHAN ASAS HAKMILIK BRITISH TERHADAP SABAH (M/S:93)
6. ASAS KEMERDEKAAN DAN INTERGARSI SABAH DALAM MALAYSIA (M/S: 107)
7. ALTERNATIF CARA PENYELESAIAN (M/S:125)

POST -SKRIP (M/S:134)

Triti, Pemberian, penyerahan, Statut, perjanjian, perisytiharan dan Resolusi (M/S:127)

Bibniografi (M/S: 144)

Peta:

i. Borneo: Menunjukan tanah yang diserahkan  oleh Sultan Brunai dan Sulu kepada syarikat Utara British, 1881 (146a)
ii.  Peta Borneo Utara british, 1886 (146b)
iii. Peta Borneo Utara British, 1894 (146c)
iv. Peta Borneo Utara, 1919 (146d)
v. Negeri sabah, 1962 (146d)



Di belakang buku ada peta-peta dilekatkan (sila guna kata pembesar)

Peta yang sangat terperinci...(sila guna kata pembesar)

Bila terjadi sesuatu isu, iaitu isu semasa, pelajar saya asyik bertanyakan saya mengenainya. Maka moleklah saya membaca semula isu ini. Dengan sedikit pengetahuan bolehlah saya memahami apa yang berlaku di sekeliling kita. Dok gitu?

Riwayat buku ini. Buku ini saya beli semasa saya dalam `proses' berkawan dengan seorang budak Sabah (semasa di UM dahulu). Pastilah saya kena tahu asal-usul dan sejarah negerinya. Kita kena selidik dahulu sebelum berkawan. Dia sangat baik hati. Contoh 1: Semasa saya bermalam di asramanya (Kolej Kediaman ke 8) dia rela tidur di atas simen sebab saya tidor di atas katilnya. Haaa.. Dan kemudiannya beliau menjadi sahabat baik saya. Nama dia Fauzi. Saya panggil dia Fauzi Sabah sebab ada lagi kawan saya bernama Fauzi (saya panggil dia Fauzi Kelantan. Pandai-pandai saja kan?). Contoh 2: Dia selalu taya saya dah makan ke belum?

Mungkin dia nampak saya kurus? Sebab itu dia tanya? Tetapi sekarang kalau jumpa tentu dia akan beritahu "kamu berhentilah makan-makan", he he he. Saya harap kalau dia terbaca posting ini, dia hubungi saya. Dah lama benar terputus hubungan. harap dapat berjumpa sebelum tutup mata, timbus pasir.

Buku lama ini saya letak di bahagian `Red Spok', yang bermakna buku yang saya sendiri tidak boleh keluarkan daripada bilik (library mini saya). peliki kan? Sepatutnya saya boleh keluarkan kan? Maka saya keluarkanlah sehingga ke pejabat saya. Haaa.

Saya cuba membaca semula dan ia amat memeningkan kepala sebab banyak sangat informasi dan rujukan. Kira sehelai kena baca dalam 20 minit sebab kena betul-betul faham (dan sebab otak saya lembab, lemak berkrim). Kalau helaian nak diselak, kena pastikan helaian terdahulu difahami. Haaa... saya pula bukannya muda lagi, cuma handsum jea lebih.

Sekarang ni bila kawan-kawan bercakap pasal Sabah, saya diam sahaja buat-buat tak tahu (jahat saya kan?). Saya fikir betul ke fakta yang dia orang cakap. Kot-kot pandai hembus jea. Saya bandingkan dengan apa yang saya baca.

Saya juga masih tidak berani menulis mengenai tuntutan/isu negari Sabah. Saya tak mahulah nanti menulis tidak berdasarkan fakta dan main sedap sahaja. Saya tahu ramai yang tak tahu menahu pun peristiwa penubuhan Malaysia yang terdiri daripada Sabah tersebut tetapi bila bercakap berdegar-degar kononnya tahu sangat. Gitu.

Jadi baiklah kita sama-sama cari ilmu melalui pembacaan buku yang bersifat akademik. Prof di UKM juga ada mengeluarkan buku pasal tuntutan ini. 

Boleh cari baca atau nak lebih senang tutup mulut. He he he.

Jan: Tertutup hatiku untuk bercinta lagi... demi allah (aku bersumpah) dia akan merinduiku di sepanjang hayat...(pulak dah)

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home