Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, August 30, 2012

Rumah oh rumah...

Saya membeli sebuah rumah kecil dibelah dua (semi D) di tepi tasik (tasik buatan, sekangkang kera kecil jea...) bukan tujuan spekulasi untuk dijual. Bukan juga kerana nak beritahu orang kampung yang penghijrahan saya ke Pahang berjaya.

Saya membelinya kerana saya harus ada rumah, kalau kita handsum tak berharta, tak guna juga...(handsum ke saya?). Tetapi kalau tak handsum tak berhata, lagilah parah. Haaa... Saya juga berfikir kalau tak beli pun duit habis begitu sahaja. Saya bukan seperti rakyat jepung yang suka menyimpang duit.

Dan apabila saya ke bandar Kuantan, saya akan ada tempat lepak kat sana. Kira rumah hinggaplah ni. Best sangat.

Apabila kontraktor beritahu rumah saya akan mencecah RM300K, saya tidak terkejut mana. Saya tahu benar akan keadaan pemilikan rumah dan spekulasi rumah di Malaysia. Harganya lebih mahal daripada sesetengah maruah manusia. He he he. Jangan marah.

Dulu sebaik sahaja kawasan perumahan saya siap dibina oleh pemaju, tup-tup sudah ada pembeli rumah yang meletak papan tanda `untuk dijual'!. Ya, ada orang beli rumah untuk tujuan spekulasi. Sebab mereka tahu selepas dapat CF, harga makin tinggi. Haaa... Maksud saya berniaga rumah. Senang-senang dapat untung puluhan ribu.

Tapi baguskah tindakan ini? Sebab ramai lagi orang yang betul-betul mahu beli rumah untuk diduduki anak bini. Seorang kawan saya dah kaya dengan aktiviti begini...tapi tindakan sebegini ada moralnya yang diperkatakan. Bukanlah dia tak bermoral pula maksud saya, kepiah selalu atas kepala... cuma ya lah kan...sudahlah pemaju rumah berniaga, pembeli rumah pun nak berniaga juga? Haaa...

Taukah anda? Membeli rumah semata-mata untuk membuat pelaburan jual semula akan secara langsung menyebabkan harga rumah secara keseluruhan pasaran naik mendadak. Ya la mereka meletakn harga baru di pasaran rumah. Masalahnya akan timbul menyebabkan mereka yang benar-benar nak beli untuk diduduki tidak dapat memenuhi hasrat tersebut. Atau mereka membeli dengan harga yang mahal dari pemilik rumah yang pertama tadi. Pergerakan aktiviti sebegini menyebabkan harga secara keseluruhan naik... Haa...

Saya cadangkan sebuah rumah yang dibeli tidak boleh dijual selagi tidak lebih 5 tahun usia rumah. Dan cukai yang tinggi dikenakan jika rumah tersebut di buat Homesetai.. Buatlah akta kat parlimen ke. Cuba tengok dasar perumahan jiran kita Singapura ke, haaa....

Jan: Ada orang kata rumah kita syurga kita kan? Betul ke? Boleh jadi neraka juga kalau silap gaya kan? he he he.


Wednesday, August 29, 2012

Revolusi duit raya dan saya

Semasa zaman 70an, semasa saya kecil, saya beratur panjang untuk mendapatkan duit raya dari datuk saya yang berjumlah 5 sen. Saya ulangi 5 sen. Adik beradik ayah saya ramai...seramai 12 orang dan panjang juga beratur bersama sepupu-sepupu saya. Beratur untuk 5 sen.

Duit 5 sen itu saya terima dengan hati yang gembira. Bila meningkat dewasa barulah saya rasa datuk saya kedekut, he he he. Sebab pada masa tersebut rata-rata sudah ada beri RM1. Tak baik saya kan, datuk saya sudah lama meninggalkan dunia. Saya harap dia tenang bersemadi. RIP.

Pada masa itu penggunaan sampul raya tidak meluas. Kebanyakan saya terima duit raya tanpa sampul. Selepas itulah baru saya lihat bapa dan mak saudara saya memberikan duit dengan menggunakan sampul. Sampul yang dibuat sendiri oleh mereka. Ada siap cop nama lagi (guna raberstamp). Sempat lagi tu...aa dulu mana ada banyak kerja, berukban pun tak ada, apatahlagi internate. Haaa.

Pada zaman tersebut, saya terima banyak duit raya walaupun ada yang beri 30 sen dan 50 sen. Sekarang saya rasa jarang orang beri duit raya RM1. Paling ciput RM2.

Dan sampul yang diberikan bersama duit raya (yang akan dikoyakan) juga semakin cantik. Sekarang ada juga sampul duit raya yang siap ada gambar pemberi duit raya! Apa agaknya kita rasa bila orang koyak gambar kita sebab nak ambil duit dalam tu? Haa...he he he.

Ya, saya faham dengan RM1 kita boleh beli apa? Tapi kenapa di kepala kita, kita fokus kepada nak `beli' apa? Bukankah patut kita simpan walaupun 10sen? Haaa...

Ada kanak-kanak yang bila koyak sampul rasa hampa sebab ada RM1 sahaja. Mereka kecewa... Ajarlah anak-anak yang 10sen pun rezeki...Tapi itu yang payah kan?

Sekarang saya sudah dewasa, saya tidak lagi menerima duit raya. Saya pula yang memberi duit raya. Saya kira duit raya ini juga sebagai hadiah dan sedekah saya kepada manusia.
Saudara-saudara yang selalu memberi duit kepada saya semasa saya belajar di UM dulu, saya beri duit raya sebanyak RM50. Tapi ada syarat. Syaratnya senang, jangan tanya bila saya nak kahwin. Kalau tanya, siaplah. Sampul duit raya yang kosong pun saya tak hingin beri.

Kalau ada sedara yang belajar di Uitm ke, poliek ke atau u ke saya beri RM50 juga. Syaratnya sama. He he he.

Saya hanya beri RM10 kepada anak-anak saudara saya, biarlah sikit lagipun bukan tunggu raya jea saya beri duit kepada mereka. Dan selebihnya anak jiran kat perumahan saya, yang ketuk sliding door dan beramai-ramai kata "Asalamualaikum, kami datang nak beraya" tu saya beri RM2 sorang...

Jan: Beri sekadar yang ada...

Sindrom Si Tanggang Moden

Dalam dunia ini banyak manusia yang berperangai pelik. Maksud saya bukan cacat minda tetapi buat perlakuan yang mendatangkan keburukan kepada orang lain. Kadang-kadang orang lain itu adalah keluarga mereka sendiri... Haaa.

Kisah ini saya baca semasa saya sedang menunggu giliran berjumpa doktor. Saya deman rindu menghiasi kamar hati. Akhbar tersebut menceritakan si anak yang derhaka kepada kedua-ibubapanya. Dahlah tu, ibubapanya pula yang kena jaga cucu bila si anak bercerai.

Saya rasa kisah-kisah begini dalam masyarakat Melayu bukan satu dua berlaku, bukan tiga empat atau sepuluh sebelah. Berlambak!. Dengan kadar penceraian setiap 15 minit maka banyaklah yang mendapat kesan buruk daripadanya. Haaa.

Rosti Harun (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu), mengecop kes ini sebagai kes `si Tanggang Modeng. Ini kerana si pesalah bergaji besar sebab berpendapatan RM17K sebulan. Bestkan kalau gaji RM17K lebih sebulan. kalau saya gaji sebanyak tu wajib saya guna orang gaji. Saya juga nak beli pasu.

Diringkaskan cerita pesalah dikatakan tidak jenguk pun anak-anak hasil persetubuhan dengan isteri pertama beliau setelah dapat isteri baru. Gitulah kata-kata bapa pesalah sendiri.Hakim tersebut sangat duka cita akan kes-kes sebegini berlaku...

Saya tidak tahu nak kata apa lagi kecuali terkilan dan simpati kepada anak-anak. Ya, sekadar bersimpati dan megharapkan masyarakat kita bila sudah dapat apam/kayu khamat baru janganlah lupa anak-anak. Anak-anak tersebut adalah rezeki, yang menandakan kita pernah bercinta dan bersetubuh sehingga menghasilkan hasil.

Ayah dan mak kita yang tua tu bukan galak sangat nak jaga cucu. Kalau saya pun saya tak nak jaga. Saya nak main yang dah dimandi dan dibedakan. Kalau suruh saya yang menjaganya saya tak mau, selilish malaikat 44. Tapi mereka terpaksa menjaganya kalau anak tak bertanggunjawab.

Jan: Ambiklah iktibar, perkara sebegini boleh berrlaku kepada kita sepuluh atau 15 tahun lagi...ha...


Tuesday, August 28, 2012

Ada orang memang ditakdirkan tidak menjadi kawan kita pun... Haaa...



Pada hari raya kedua saya telah menghantar sms kepada seseorang. Sms tersebut tentu akan membuatkan dia marah dan berkecil hati. Tentu dia teruja dan sangka saya nak ucap selamat hari raya dan bila baca sms tersebut tentu mood raya dia hilang. Tetapi itulah tujuan saya. Jahat kan? Memang.

Namun sebelum saya merasa marah dan berkecil hati, biarlah dia merasainya. Itulah pendapat dalaman hati saya yang buruk. He he he.

Saya harap dia tidak menganggu saya lagi atau mengdambarkan saya lagi. Sebenarnya saya juga rasa bersalah sebab melayannya. Saya melayannya dengan layanan biasa tetapi kalau dah perasan tu, perasanlah juga. Saya rasa dia sudah mabuk. Saya kenal benar orang bila mereka dalam keadaan mabuk...

Saya harap selepas dia baca sms tersebut, dia akan bencikan saya. Atau bertambah sayang? Ha ha ha (ketawa ikut stail pemuda jahat, eh pemuda lagi ke?). Saya tentu akan lega dan aman tenteram kerana tidak diganggu lagi. Dikingkong lagi... Ikhlas saya cakap kadang-kadang perlakuannya amat memalukan saya di depan khalayak ramai. Sehingga saya takut pula nak bercinta, takut jadi bodoh...(jahat saya). Tapi bukan semua kan, ada yang setia bila bercinta, alah bacalah novel atau nonton drama swasta Melayu. He he he. Saya ni pesimis dan sinis? Teruk betul. Tetapi saya percaya ia wujud, cuma `sedikit-sedikit', atau `kadang-kadang' bak kata Tun P Ramlee dalam filem Nujung Pak Belalang. (sedap-sedap jea saya beri gelaran `Tun', ya lah nak tunggu kerajaan beri lambat lagi..)

Kita kembali pada tajuk posting. Saya ni memang melalut, begitu juga semasa berkuliah kadang-kadang pelajar terpaksa `pandu' saya balik ke topik akademik yang dibincangkan bila saya sudah tersasar jauh cerita pasal percutian saya ke Nilai, pasu dan sport rim. he he he. 

Kembali ke tajuk posting. Biarlah nanti dia akan burukan saya dengan bercerita pada orang pada orang yang saya ni nampak saja baik tapi jahat. Ceritakan kat orang saya tergilakan dia pulak (terbalik skrip). Saya dah biasa diumpat fitnah begitu.

Tetapi biarlah dia buat begitu jangan saya pula yang bercerita pada orang dialah yang jahat...

Jan: Tentu dia akan rasa hampa dan kecewa...dan untuk pengetahuan dia itulah yang saya rasai di sepanjang perjalanan hidup saya ini...(sedih pulak dah, huh!)

Jungle Food - Kuantan 2012















Saya dah puas muda - Datuk Sharifah Aini





" Saya juga insan yang tidak terkecuali daripada pertukaran fizikal, saya tidak ramping seperti Sharifah Aini 44 tahun lalu.  Semua orang akan melalui pertukaran ini tetapi saya tidak langsung hairan dan kesal.  Saya sangat bertuah mempunyai peminat yang sangat setia dan menyayangi diri saya seadanya."   

- Datuk Sharifah Aini
   Berita Minggu, 8 Julai 2012

Selamat hari raya sahabat andartu dan antertu



Semakin saya berusia, semakin saya akui perkara yang penting tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Dan kebahagian hidup amat subjektif sifatnya, bergantung kepada individu... Hidup solo juga boleh menuju bahagia dan membuat pahala. Insyallah.

Kebanyakan kawan bujang saya sangat aktif, ligat dan optimis. Mereka secara terang-terangan menyatakan mereka tidak pernah rasa sunyi walaupun tidak berkeluarga. Maksud saya tidak ada anak-anak dan pasangan hidup. Oleh sebab itulah saya tidak pernah mahu menyatakan kepada mereka yang terkadang saya sunyi, dalam kesibukan harian. Bimbang saya akan diejekguraukan...he he he. Atau mereka juga seperti saya, sunyi. Tetapi mereka tidak mahu mengaku? Allahualam...

Sepanjang ramadhan kawan-kawan bujang saya sibuk mengumpulkan baju lama untuk diagihkan, mengumpul derma untuk rumah anak yatim dan mengumpul duit untuk anjur majlis berbuka di surau-surau. Tidak semua aktiviti dia tas saya dapat libatkan diri secara langsung. Kadang-kadang saya cuma bank in duit sahaja. Mereka faham sebab saya sibuk di menara (sebenarnya lara...he he he). Namun kadang-kadang saya agihkan sendiri pakaian lama di tempat saya.

Dan mereka juga sibuk menjaga ayah dan mak dengan lebih agresif bila menjelang ramadhan. Tiap-tiap hari kol ayah dan ibu bertanya khabar. Dan merekalah yang pertama akan sampai di rumah untuk membuat persiapan keluarga kerana adik beradik lain yang telah bekerluarga akan sampai sehari dua nak raya. Dan saya tidak terkejut jika merekalah yang paling banyak mengeluarkan belanja raya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kerana kadang-kadang tidak boleh aktif seperti mereka. Saya juga sedar mereka ini terlalu aktif sehingga tidak sempat membaca blog saya, he he he.

Jan: Namun saya tidak pandai menipu...saya tidak pernah tenang...

Monday, August 27, 2012

Dendam cinta palsu... (biar mereka tahu)


Biar puisi ini dibaca banyak orang,
biar mereka tahu bukan aku saja adalah pelara, mereka juga.
Biar mereka tahu mereka pernah bercinta
yang akhirnya membawa mereka bersatu.
Cuma penamat cerita cintaku pincang...
pabila buah hatiku curang

Puisi ini kukarang dalam saraf otak yang berserabut sarat deritanya...
Biar mereka tahu mereka juga pernah begitu
Tanpa kertas dan pen minda menulis puisi
rancak menari meniti sepi kerana rindu
Cuma rancakku meniti pena dendam
bila ditinggalkan pergi...

Biar mereka tahu mereka sebenarnya juga ada cerita (cuma ceritaku punah)

Pada titik-titik kenangan tersebut, ia bukan nokhtah
cerita baru yang sebahagiannya telah kubukukan
(kerna tak mampu kukuburkan)
Biar mereka tahu aku juga ada perasaan
biarlah puisi ini dibaca banyak orang

Pada mimpi yang palsu
kumahu dia berdiri kaku
di depanku
kumahu dia berhenti bercakap
kerana cakapannya membuatku sedih...
Tuhan ada di hadapan kami

Dia telah lama menang...
dan diri ini telah lama lelah dalam kalah...
kalah yang membawaku ke tempat sunyi dan pilu, dan gelap
yang kurasai hanya...hilang segala.

Biar puisi ini dibaca banyak orang
Biar mereka tahu dalam kegelapan ini
aku tidak pernah mematikan dendamku...

selagi cinta tidak bersatu...

Sekolah satu aliran?





"Kita tidak perlu kepada sekolah yang banyak aliran, bahasa ibunda setiap kaum boleh diselitkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di bilik darjah," 

- Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim

Panaskan `engine'!



Hari ini hari pertama saya kerja selepas bercuti hampir 2 minggu. Rasa malas pulak. Malas berganda sebab hari ini hari isnin...(alasan...)

Nak dapatkan mood kerja bukan senang. Masuk pejabat banyak barang bertaburan lagi, kononnya nak urus lepas raya. Tapi rasa malas pulak.

Teringat pulak kata-kata Tun Mahathir yang orang Melayu ni kalau berlamaan cuti, mereka ambil masa nak panas semula, he he he. Betul la tu...

Namun kita kenalah perangi perasaan ini. Kita dah bercuti rehat panjang dan beraya sakan. Kena mulakan balik kerja. Kerja dengan sakan.

Jan: Mulakan balik dengan hati yang terbuka...rezeki yang halal dan berkat. Haa...

Saya nak minta maaf



Saya nak minta maaf tetapi bukannya maaf macam biasa bila time raya. 

Saya nak minta maaf sebab saya ada menulis perkara yang tidak benar di dalam blog ini iaitu penulisan saya yang bertajuk `|Kisah kawan saya yang beranak 8`. Tujuan sebenar adalah untuk menutup identiti kawan saya. Biasanya kalau menulis saya akan ubah sikit, saya bimbang kawan saya perasaan itu adalah cerita dia.

Sebenarnya anak dia 10 orang, bukan 8 orang. Dan semasa memandu pulang ke Muadzam, saya berfikir banyak perkara. Hasil daripadanya, saya ambil keputusan halalkan hutang dia dunia akhirat tersebut. Kalau saya tunggu pun entah berbayar ke tak. Saya tak mahu mengharap lagi... Saya pinjamkan duit dulu atas sebab anak-anak dia nak beraya. Dan sekarang saya halalkanlah, tidak perlulah dia cari saya di padang masyar nanti, tentu dia juga ada banyak kesalahan lain, he he he.

Saya hanya rugi sedikit sahaja di dunia ini. Lagipun tuhan sudah banyak rahmati saya, walaupun saya tidak berpeluang  merasakan seks dengan isteri dan terlibat dalam proses pembuatan anak, banyak perkara/benda lain yang tuhan telah limpahkan kepada saya. Saya harus bersyukur. Saya banyak dapat kad raya, apatah lagi sekarang myvi saya sudah ada spok ring dan spoiler.

Saya minta maaf sekali lagi kerana dalam penulisan saya kadang-kadang saya harus sedikit menipu untuk menutup identiti sebenar kawan saya yang terlibat. 

Jan: Kebanyakan kebenaran lebih parah berbanding dengan apa yang saya tulis...

Friday, August 24, 2012

Dato Dr Ibrahim Ahmad Bajinid



" Sekolah hanya pilihan ibubapa berasaskan andaian dan pertimbangan tertentu. Soal masa depan anak-anak, tiada satu sekolah pun yang boleh jamin anak-anak kita akan berjaya."

- Dato Dr Ibrahim Ahmad Bajinid
(tokoh kepimpinan pendidikan)


Jan: Haaa...

Berhutang kerana anak 8?

Seminggu sebelum raya, kawan saya yang pinjam duit saya pada 2 raya yang lalu (yang sampai sekarang senyap tak berbayar) sms saya. Mesra bertanya khabar. Saya pun pelik juga sebab dia tanya pasal kesihatan saya dan macam-macam hal. Sehinggalah pada hari ke 3 semuanya terbongkar!.

Ya, dia nak pinjam duit saya lagi. Dia beritahu dia sedih kerana nak beraya tidak ada duit. Saya simpati tetapi bila dia heret isu yang dia tak cukup duit kerana ada anak 8, saya jadi marah sangat. Terus saya suruh dia merancang keluarga. Dan saya juga `terlepas' laku dengan sms memberitahu dia yang sekuat mana dia kerja keras nak buat anak (maksud saya bersetubuh), sekuat dan bersungguh-sungguh gitulah dia kena bekerja, Haaa. Teruk tak saya?.

Saya tidak sebut pun pasal hutang saya sebab saya dah banyak kali sebut dan dia juga ada sebut dia selalu tak ada duit. Saya pula tak kan nak beritahu hutang wajib bayar. Lagipun dia jenis Jimang, jenis kepiah atas kepala tahu segala hukum hakan, tapi hidup sesat!. 


Jan: Lepas tu dia tak sms saya lagi, ucap selamat hari raya maaf zahir batin pun tidak...

Monday, August 13, 2012

DJ Dave hibur anak-anak yatim


Saya mahu belajar pasal kereta

Saya harap saya semakin tahu akan hal-hal kereta. Banyak sangat lagi saya tak tahu hal kereta. Contohnya baru awal tahun ini saya tahu saya tidak perlu keluar daripada kereta jika nak betulkan cermin sisi Myvi saya. Rupanya ada sesuatu yang kita hanya perlu tekan dan cermin sisi kereta akan bergerak sendiri!. Hampir 4 tahun baru saya tahu? Tahniah untuk saya.

Mungkin saya bukan manusia minat kereta. Tapi saya minat kereta Honda sebab bentuknya tak keterlaluan. Semoga suatu hari nanti saya bawak Honda. Tetapi tidak juga terkilan kalau tak dapat. Ada kawan saya dia pakai kereta mahal tapi sekarang dia selalu tak ada duit sebab bulanan kena bayar mahal. Tapi dia dapat la apa yang dia impikan.

Kereta saya selalu tidak kemas. Kadang-kadang ada pasu bunga. Dan meleket. Melekit bukan muntah anak tetapi losen saya meleleh. Saya letak losen tangan dan kaki dalam kereta. Ada juga bekas air tin kosong. Teruk kan?

Tetapi saya berazam untuk jaga kereta ini. Saya ingat lagi pesan kawan saya Sani, yang mengatakan "Tiap bulan kita bayar en sukiman, kita kena jaga la, susah nak dapat kan?". 

Saya akan menjaga kenderaan saya dengan lebih baik, dengan kenderaan itulah ia membawa saya ke sana ke mari.

Jan: Kenderaan terakhir kita jenis apa yea? he he he.

Tingted, sport ring dan spoiler.

Pada hujung minggu yang lepas saya telah pergi ke kedai kereta di Jalan Berserah, Kuantan. Kedai kereta ini menjual tayar dan asesori kereta (tak kan jual alat make up pulak kan?). Saya pergi ditemani oleh Mek Zue (kawan perempuan saya). Tujuan saya pergi adalah untuk `menghadiahkan' sesuatu kepada kereta Myvi saya yang sudah mahu masuk tahun ke 4. Tiap bulan saya bayar RM525.

Honda civik baru buruk sangat bentuknya, jadi biarlah saya pakai myvi saya ini dulu sebelum model baru keluar. Saya mahu pasang tingted. Saya rasa sudah tiba masanya saya hadiahkan tingted kepada kereta saya ini. Kawan saya beritahu sepatutnya saya tingted sebaik sahaja selepas saya beli kereta. Dulu semasa saya beli kereta ini, saya tidak hadiahkan apa-apa kepadanya (kereta saya). Saya terus pakai sahaja. Inilah satu percubaan saya untuk tingtedkan kereta ini. Tidaklah panas saya di dalam kereta itu nanti - kata kawan saya.

Saya juga pasang sepok-ring (sport rim). Saya akui bila pasang sport rim ni kereta saya nampak cantik sikit tetapi saya tetap taklah handsum mana. Kalau saya duduk dekat tayar dan sport rim tersebut mungkin menarik kot. 

Tidak terlintas dalam kehidupan saya, saya beli sport rim. Tidak sesekali. Apa yang telah terjadi pada diriku?.

Saya beli sport rim yang biasa-biasa sahaja. Saya tidak mahu yang menonjol sangat. Tak naklah kereta saya lebih tertonjol daripada saya. Ada sport rim yang jauh lebih cantik tetapi mahal dan katanya tak boleh dipasang di Myvi saya. Katanya kena ikut saiz tayar dan kereta. Tak faham saya. Mungkin kerana kereta saya murah? huh!

Dan paling memeranjatkan saya, saya juga pasang spoiler! Spoiler ni ada macam sekeping letak kat belakang kereta. Payah saya nak terangkan. Sampai hari ini saya tak tahu fungsi spoiler tu. Bila pasang spoiler ni kawan saya kata baru kereta nampak cantik (dulu hodoh sangat ke? he he he). Saya tak faham kenapa nampak cantik. Bagi saya kalau nak nampak cantik letak bunga. Namun saya hulurkan jealah kad kredit untuk pembayaran, sebab tak kan saya nak marah bila orang kata kereta saya nampak cantik.

Oh yea, saya juga beli alas kaki  kereta yang getah tu....

Jan: kawan saya kata mungkin saya dah nak mati...

Akak kata "mereka dahaga kasih sayang..."

Pada ziarah saya ke rumah anak-anak yatim tersebut, saya berbual panjang dengan pekerja yang rumahnya juga di kawasan perkarangan asrama anak yatim tersebut. Maka dia tahu benar akan kehidupan anak-anak yatim ini.

Dan apa yang memeranjatkan saya akak kata ada juga yang bukan yatim tetapi `diyatimkan' oleh bapanya yang tak bertanggungjawab, celaka dan sial. Malas saya nak bercerita panjang bimbang pula saya tak dapat mengawal emosi, saya mencarut.

Cerita akak, banyak yang menarik hati saya. Banyak juga yang mengharukan hati saya apabila mendengar celoteh akak pekerja tersebut. Akak tersebut beritahu perkara yang paling dikehendaki oleh mereka ialah kasih sayang dan perhatian. Haaa... Masa dengar cerita rasa nak menangis dan peluk jea akak tu, tapi apa kata masyarakat nanti? jadi saya ambil kucing yang berkebetulan lalu, saya peluk kucing tersebut. tapi saya pastikan dulu kucing itu gemuk, comel dan tak berkurap!

Kata akak, manusia yang membesar tanpa kasih sayang tidak akan dapat menilai kasih sayang yang diberi. Mungkin akak tersebut berfalsampah. Tetapi saya renung dalam-dalam... Mungkin maknanya mereka jadi kasar dan memberontak sebab jiwa mereka tidak pernah menerima kasih sayang. Meraka payah nak berdisiplin sebab tak ada orang yang betul-betul ikhlas memberi kasih sayang.

Kita yang ada mak bapak, datuk nenek dan moyang ni, tak menyelami apa yang mereka rasai dan lalui. Anak yatim bukan semua kuat, ada yang lemah dan merasai keyatiman tersebut. 

Yatim bererti sedih atau sendiri...

Jan: Dan kita yang mungkin terlebih kasih sayang sebab itu lah hidup tak tahu ke tengah ke tepi...he he he ( baca dengan nada satira)


Video Iklan Raya Bernas 2012 – Mampu Membawa Keinsafan



Dengan gaya kehidupan saya yang mengada modern dan sibuk ini (kononnyalah, padahal tak modern mana pun. He he he. Kadang-kadang kuno jea.), saya jarang menonton tv kecuali HBO. Maka saya terlepas tengok iklan raya BERNAS 2012. Bila kawan-kawan saya memperkatakannya, saya tidak tahu apa saya nak komen pasal iklan tersebut.

Saya tidak tahu rupanya telah ada iklan hari raya sebaik Petronas. Kawan saya Adnanlah yang tolong sendkan melalui email untuk saya melihatnya. Iklan Hari Raya Bernas 2012.

Iklan ini tidak sama dengan iklan lain. Iklan biasa, biasanya menunjukan bunga api, ketupat, datuk-nenek, opah moyang atau bergoyangan punggung/kopek wanita sebab teruja giler bila membeli belah. Ternampak semua lurah dendam dan sewaktu dengannya. Mereka gembira sangat.

BERNAS (Padiberas National Berhad) dulu dipanggil LPN (Lembaga Padi Beras Negara) adalah berkaitan dengan makanan iaitu beras (yang kita makan tiap hari tu). Tetapi bulan puasa ni saya lebih suka berbuka dengan mee goren. Pun begitu apabila ke rumah kakak atau majlis, saya jamah juga sesenduk dua nasi. Rindu.

Walaupun kita banyak mengimpot beras dari luar negara, hampir 50% jugaklah BERNAS memenuhi keperluan (permintaan) beras negara. Namun posting ini bukannya pasal asal usul BERNAS tetapi syahdu iklan rayanya.

Kawan-kawan saya ada menangis bila lihat iklan ini. Subjek utama adalah anak yatim. Satu subjek yang sensitif bagi masyarakat kita.

Jan: Saya tidak menangis, tetapi saya menangis teringatkan seseorang bila lihat iklan ini...(pulak dah).

Friday, August 10, 2012

Kad raya paling kreatif!


 Hari ini hati saya sangat istimewa sebab saya dapat kad raya yang paling kreatif. Biasanya saya dapat kad  raya yang ada tandatangan dan cop jawatan berserta alamat. Tidak ada gambar atau tulisan. Hanya tandatangan.



 Tetapi hari ini berbeza, bila saya ambil kad ini di pejabat, terus saya buka. Ianya daripada sahabat maya saya Nong Andy. Saya rasa malu pula kerana kad yang saya kirim tempohari hanya simple sahaja. Tidak kreatif. 



Dalam kad ada gambar muka saya yang dikomersialkan. Gambar tersebut saya ambil di hotel Istana (dalam bilik air sebenarnya, he he he). Saya akan bawa kad ini balik ke kampung di Besut, Terengganu untuk menunjuk-nunjuk kepada keluarga, rakan dan orang kampung.



Saya amat hargai kad ini kerana ia bukan sembarangan. Walaupun saya dah berusia awal 40an sebenarnya saya simpan kad yang bererti...


Dalam gambar ni ada gambar Shinta bertudung cantik, saya cuba besarkan tapi tak terang.


Jan: Suatu hari saya harap dapat berjumpa dengan sahabat maya saya ini...

Salam ramadhan dan raya untuk lilyliza...


" Salam ramadhan dan raya untuk cikgu sekeluarga, semoga raya ni paling bererti dan bermakna, amin"

-jankaulu.blogspot.com

Di pagi aidilfitri - Rosmaria Abdul Hamid



Kau kirimkan sekeping kad ucapan
bagai pengganti diri engkau tiada di sisi
kutatapi azimat yang bererti
penawar hati pemikat janji

(2)
Dikau tiada kini
Dahku bersendiri menunggu merindu
Tak tertahan airmata
membasahi di pipi di pagi aidil fitri

Kusedari tak harus ku berduka
di hari raya hari bahagia
apalah daya kutelah mencuba
namun kepiluan menguasai jiwa

Sebentar tadi dalam perjalanan mengepos surat kepada para peminat di serata tanah air, saya ditanya oleh seorang kawan. "Ramadhan ini nak ulas lirik mana, sempena hari raya?. Saya memang berhajat nak ulas sebuah lagu hari raya di blog ini. Tetapi masa tidak mengizinkan, semalam setelah berbuka di rumah Ct Marzam, saya bergegas ke kelas. Dan malamnya saya terlepas majlis sambutan hari lahir. He he he.

Dan sudah tentu pilihan saya adalah lagu raya lama yang klassik gitu. Bukannya lagu raya baru tidak menarik tetapi memang tak sedap pun, he he he. Entah apa. (kecuali lagu Datuk Siti dan Kak Pah). 

Tahun lepas saya ada ulas lagu  "Bersabarlah-sayang-sanisah-huri. Tahun ini saya pilih lagu yang dinyanyikan oleh Rosmaria. Mungkin generasi kini tidak mengenali beliau samalah kot di mana generasi akan datang tak mengenali  lagu raya `Setahun sekali' oleh Amy. Atau generasi sekarang pun tak tahu Amy Mastura ada lagu raya? Opps!.

Rosmaria, unik namanya. Beliau jura Bintang RTM 1977


Gambar terbaru Kak Rosmaria, terimakasih kepada http://sezali1970.multiply.com

Orang lama kalau menyanyi meresap ke rongga jiwanya. Kata kawan saya penyanyi sekarang kalau menyanyi meresap kat tajuk lagu sahaja, kemudian lirik gagal disampaikan. Tak pandai menjiwai lagu. Begitulah kata kawan saya yang apabila dia menyanyi saya suruh dia diam. He he he. Ok kita pergi kepada lagu.

Tema dan persoalan lirik lagu ini adalah kesedihan pada pagi hari raya, bukannya petang raya atau malam sebelum raya. Kesedihan tersebut bukan kerana tidak dapat duit raya atau buat langsir baru tetapi kerana buah hatinya tidak dapat bersama di hari raya. Maka pada pagi hari raya beliau bersedih sambil menatap kad raya yang dikirim oleh buah hatinya tersebut.

Lagu ini ringkas lirik dan melodinya tetapi, saya ulangi tetapi `power'nya lagu ini dapat bertahan berpuluh tahun, jadi sebuah lagu malar segar. Penghayatan Kak Rosmaria 7 bintang daripada 7. Mungkin Kak Maria juga mengalami peristiwa dalam lagu? Atau memang penghayatan penyanyi dulu penuh keikhlasan?

Rangkap pertama jelas menunjukan seorang pemuda tersebut telah mengirimkan kad raya kepada mak wenya/pasangannya. Orang dulu-dulu hidup ada budaya kirim kad raya. Dan selepas itu ada yang kreatif menggantungkannya di jendela. Rumah yang paling banyak kad raya bermakna ramailah peminatnya... Haaa. Atau dia beli sendiri? Cari glamour murahan? Haaa.

Kad ucapan raya tersebut adalah pengganti diri kerana berada jauh di mata. Dan dia menatap kad tersebut sebagai sesuatu yang berharga. Dia rasa terubatlah jua rindu seketul dua. Lihat lirik di bawah:

Kau kirimkan sekeping kad ucapan
Bagai pengganti diri engkau tiada di sisi
Kutatapi azimat yang bererti
Penawar hati pemikat janji

Kalau kita perhatikan rangkap di atas terdapat banyak pengulangan huruf `i', menjadikan sebutannya berirama indah. Cuba nyanyikan kalau tak percaya. Kalau suara tak sedap pastikan tiada kawan di sebelah.

Rangkap kedua memperlihatkan keadaan di mana sambil menatap kad raya tersebut berlinangan air mata kerana rindu.  Dia duduk menunggu sambil memegang kad raya (dalam lirik tak ada dia sebut kad raya, tapi tak kan kad maybank pulak). Dan pada pagi raya dia menangis seorang diri (tak kan depan tetamu pulak, nanti malu). Pernahkah para pembaca menangis kerana rindu? Saya pernah. Pernah juga meraung tepi jalan simpang nak ke Rompin, 3 tahun lepas... 

Dikau tiada kini
Daku bersendiri menunggu merindu
Tak tertahan air mata
Membasahi di pipi di pagi aidil fitri

Dalam ajaran agama, pagi raya sebenarnya kita tidak baik menangis dan berhiba. Nabi kita suruh kita gembira meraikan kemenangan. Tetapi daripada lirik tersebut kita tahu yang perempuan tersebut menangis jua walaupun dia tahu tidak patut dia bersedih. Dia mengaku tidak dapat menahan kesedihan.... Kesian kan? Rujuk lirik di bawah:

Kusedari tak harus ku berduka
Di hari raya hari bahagia
Apalah daya kutelah mencuba
Namun kepiluan menguasai jiwa
( ulang 1 & 2 )

Demikian sahaja ulasan saya untuk lirik yang mudah ini. Perkataan yang dipilih adalah jelas dan tidak ada perlambangan atau simbolisma yang kompleks. Budak darjah 1C pun boleh faham. 

Jan: Semuga diri ini tidak menangis lagi di pagi raya...(pulak dah)

Dari FB: Kata-kata

Saya jarang sangat berFB, saya suka berblog. Entah kenapa... Mungkin saya tidak pandai bersosial dan menyampuk. Kalau saya menyampuk perbualan. Saya rasa janggal.

Namun FB penting, sebab itu saya mengikutinya jika ada masa. Contoh saya boleh tahu perkembangan kawan-kawan lama saya, perkembangan pelajar saya atau bekas kawan. Kadang-kadang saya tertarik dengan gambar atau kata-kata hikmah. Ada juga hadis dan ayat-ayat tuhan yang disellitkan.

Dan ada juga cerita suami lewat pulang, anak degil dan majikan tidak adil. Saya hanya membacanya secara senyap. Melalui FB kita juga boleh meneliti sikap dan sifat seseorang. Saya dapati generasi sekarang sangat vokal. Kalau kita old skol ni selalu pendam, mereka tidak. Mereka luahkan. Ada juga positifnya kan?

Ini antara yang saya ambil dari FB:

Kata-kata Pertama di atas, saya setuju. Saya kaya kenangan dalam berkasih sayang (perasan?). Namun rezeki saya setakat memiliki kenangan tersebut. Saya berharap suatu hari saya keterkilanan ini akan pudar... 


kata-kata ke 2 di atas mengenai motivasi yang boleh menambah nilai hidup kita. Kadang-kadang kata-kata yang kita baca boleh bui semangat... Saya suka kata-kata yang bercorak agama yang simple-simple...


Kata-kata ke 3 berserta panduan di atas tak saya amalkan, tetapi sapa-sapa yang ada anak boleh amalkannya. Janganlah nanti anak bukan sahaja jadi perosak keluarga kita tetapi masyarakat... Anak adalah tanggungjawab.


Kata-kata ke 4



Jan: Saya paling suka kata-kata yang ke 4, he he he.

Thursday, August 9, 2012

Selamat Hari Raya buat Nong Andy



" Salam sejahtera, salam hari raya untuk Nong sekeluarga. Semoga raya tahun ini paling meriah dan ceria. Salam juga untuk Shinta yang comel tu"

 jankaulu.blogspot.com

2 helai baju raya, kalori dan Nazim Othman

Semalam saya berbuka di rumah kawan saya, Siti Marzam. Dia ada menalipon saya di opis menjemput saya secara peribadi. Walaupun agak sibuk gila kerana menggantikan kelas cuti raya, saya tidak mahu menghampakan beliau. 

Di rumahnya, saya hanya berbuka dengan sesenduk nasi. Saya makan nasi kerabu. Sebenarnya saya menahan diri daripada menambah. Ya allah bestnya nasi kerabu orang Kelantan buat. Semua ada termasuk budu dan telur masim. Tetapi saya berjaya kawal nafsu saya. Saya tidak menambah nasi. Saya menambah budu.

Saya menahan diri kerana banyak sebab, antaranya saya mahu pakai baju yang cantik pada hari raya. Oleh kerana saya tidak kahwin maka saya berkemungkinan besar akan dipandang tumpu oleh keluarga, sanak saudara dan jiran-jiran pada hari tersebut. Maka saya kena berada pada tahap tersegak. Tidak mahulah nampak terlara dan tidak terurus (padahal dalam hati tuhan jea tahu...).

Saya jarang beli baju, jadi baju raya saya akan dipakai juga sebagai baju basahan biasa selepas hari raya. Saya juga sudah lama tidak membeli baju. Entah kenapa semasa ada offer, saya sambar 2 baju yang saya rasa menarik. Dalam pada itu saya beria berfikir jangan budget melebihi RM150. Saya hanya mahu membeli baju, seluar masih ada yang baru, jarang saya pakai. Saya suka berseluar jeans ke sana ke mari.

Sebenarnya saya beli 2 helai sebab saya tak tahu nak pilih yang mana satu.

Bila saya balik rumah terus saya display di bilik persalinan saya. Saya sengaja tidak membuang tanda harga sebab kononnya nak nampak mewah bila masuk bilik tersebut. Teruk saya kan? He he he.

Saya harap saya nampak segak pada hari raya nanti. He he he. Perlukah kita segak? Rasanya perlu sebab kita nak merayakan kemenangan kita kerana berjaya puasa selama sebulan. Haaa. Insyallah cukup sebulan puasa saya.

Kawan saya kata yang ini lebih cantik. (saya sudah menunjuk kepada kawan-kawan, he he he)

Saya hanya beli baju 2 helai sahaja. Harganya murah sahaja sebab harga diskaun. Saya membelinya saiz kecil sikit dengan berharapan akan muat nanti. Saya juga rasa bersyukur kerana badan saya telah turun kepada 78kg daripada sebelum puasa 86kg. Saya sudah turun 8 kg (8kg x 7700 kalori = 61,600 kalori).

Di East Kost Mol (ECM) banyak baju yang cantik. Tetapi bila saya terai, tidak menarik di badan saya. Bahagian perut saya menonjol. Ya, saya bukan muda lagi. Pelik kan? Masa kita muda banyak baju yang menarik di badan kita tapi kita tak ada duit nak beli, tapi bila dewasa vice versa (sebaliknya).

Kawan saya kata 1kg = 7,700 kalori. Nak hilangkan 100 kalori kena lari 2 pusingan padang atau 15 minit berlari. Berlari 1 km baru hilang 500 kalori. Teruk kan?. Nasib baik berpuasa, hancur luluh juga kalori tersebut.

Tiap-tiap hari saya cuba pakai baju ini dan berdiri depan cermin panjang. Kadang-kadang balik kerja pun saya terai baju ni. Jadi macam penyakit pula, he he he.

Bila saya pakai, saya perasan macam Nazim Othman pun ada. He he he, Tetapi saya taklah handsum sangat macam dia. Saya ala kadar jea handsumnya. Dah 40an...(awal 40an). `SK II for Man' pun tak dapat menentang kudrat alam.

Nazim Othman (bintang baru arena seni lakon Malaysia)


Kembali ke tajuk posting. Pendek kata, banyak baju yang cantik tetapi tidak cantik di badan saya sebab saya gemuk.

Tetapi AWAS menjelang raya... saya akan muncul dengan bentuk badan yang lebih menarik. He he he. Insyallah.

Jan: Harap dapat turun beberapa kilo lagi...untuk hari raya pun jadilah...he he he.

Wednesday, August 8, 2012

Learned my lesson well...


Anak yatim tanggungjawab kita?

Secara psikologi, orang dewasa sekalipun apabila ditinggalkan ayah atau ibu pasti akan merasai kesedihan. Kematian/ketiadaan ayah atau ibu atau kedua-dua sekali akan membuatkan kita bukan sahaja rasa sedih tetapi juga rasa kehilangan. Apatah lagi kanak-kanak yang pada masa tersebut amatlah memerlukan bimbingan dan sokongan hidup.

Dalam ajaran islam anak yatim merujuk kepada anak yang kematian ayahnya sebelum dia baligh. Dalam islam juga ia menyarankan kita mengambil berat akan kebajikan anak yatim, bukannya kerana bukan anak kita maka kita lepas tangan. Dalam islam tidak begitu. Kalau kita selidiki agama kita, semuanya ada peraturan dan sangat cantik perlaksanaannya. Ada hak anak yatim pada kita, pada setiap butiran beras yang kita makan tu. Haaa...

Saya tidak reti nak menulis cara agama, saya menulis stail saya sendiri dalam mengambarkan betapa mahakaryanya kedudukan anak yatim dalam hidup kita. Suatu kehidupan yang kita selalu tak endahkan sebab kita rasa kita tidak ada kena-mengena dengan anak-anak yatim tersebut atau itu adalah tanggungjawab kerajaan semata-mata. Kalau kita berfikiran begitu maka kita adalah salah. Jom kita keluar dari kesilapan kita.

Dalam ajaran agama kita anak yatim apatah lagi yatim piatu harus diberi perhatian khusus kerana mereka adalah golongan yang perlu ditolong dan tidak berdaya untuk berdikari. Kita disarankan supaya sentiasa melihat ke atas keperluan mereka. Dan sebagai ganjarannya, mereka yang mengambil berat akan perihal anak yatim akan menerima ganjaran dan kedudukan yang besar di sisi tuhan. Sangat besar ganjarannya (tanyalah ustad atau buat bacaan untuk pendetailan, boleh beli buku agama. Sekarang banyak di pasaran).

Betapa pentingnya pengumpulan harta untuk kebajikan anak yatim terurus dan terancang, dilarang sama sekali sesiapa yang mencilok harta atau hak anak yatim. Ini telah diberi amaran keras oleh tuhan. Contohnya janganlah gelap mata bila menguruskan harta atau wang anak-anak yatim kerana itu hak mereka. Bukan hak tukang urus.

Kita yang sibuk 24 jam ini, dengan gaya hidup yang moden (konon) masih boleh melibatkan diri dengan anak yatim. Kalau kita guru di sekolah, kita perlulah bersama pihak sekolah mengenalpasti anak yatim yang mana satu. Bukannya masuk kelas angkat ketiak di papan hijau jea. Atau kalau kita bukan cikgu pun wahima pemen sekalipun, kita masih boleh pergi melawat rumah anak yatim, atau paling senang buka mana-mana laman web tentang anak yatim dan sedekah secara online. Sebenarnya kalau hendak, seribu daya. Tiada alasan lagi.

Jan: Teringat cerita P Ramlee  `Tiga Abdul', gembiranya anak-anak yatim bila dapat sekolah baru...he he he. Itu pengajaran dari beliau, bukan lawak semata-mata.


Anak yatim yang bukan yatim...



Saya terharu, terkedu dan terkilan. Kadang-kadang saya rasa nak tampar diri saya sebanyak 2 kali (pastilah tamparan manja). Sebabnya saya selalu sedih bila bab-bab anak yatim diutarakan. Walaupun anak yatim tersebut besar gajah  (sudah dewasa) saya tetap kesiankan mereka. Hidup tanpa ayah adalah sesuatu yang tidak dapat saya bayangkan. Cuba anda bayangkan? Haa...

Sebentar tadi ketika menemani kawan (nama dia Adnan Abdul Hamid, kawan saya ini sudah nampak kurus. Adakah kerana bulan puasa atau kerana dia sudah memiliki mesen ogawa yang berlari setempat itu? Wallahualam...) saya ke pejabat pos. Saya terkesan sayu apabila dia beritahu ada anak-anak yang bukan yatim hidup macam anak yatim. Saya faham benar akan hal ini.  

Lantas saya terkenangkan anak-anak saudara saya. Saya selalu rasa hiba bila terkenangkan anak saudara saya yang tidak tinggal dengan ayahnya. Selepas penceraian tragis tersebut saya semakin negatif terhadap penceraian dan perempuan yang `ganggu' rumahtangga orang. Saya lihat anak-anak saudara saya hidup sendirian. Sebab itulah saya aktif menempatkan diri saya di dalam kehidupan mereka. Ambil tahu serba serbi. Apa yang saya lalui tuhan sahaja yang tahu...

Statistik menunjukan di Malaysia berlakunya penceraian 15 minit sekali. Statistik menunjukan (lagi lagi statistik, lagi lagi statistik, boleh caya ke? Tapi statistik ini diambil dari kajian yang dijalankan oleh badan yang sah. saya sendiri memeriksanya dengan membahagikan dengan tahun, bulan, minggu, hari dan jam. saya dapati... ya berlaku 1 penceraian pada setiap 15 minit. Dan dijangkakan untuk tahun mendatang setiap 5 minit ada pasangan yang bercerai kecuali mereka tidak berkahwin.) hampir 100% penjagaan anak dilakukan oleh isteri selepas penceraian, bukannya si suami. Mereka tidak bergilir melakukan penjagaan. Maka seolah ramai yang jadi `yatim' sebelum waktunya.

Tambah lagi jika si ayahnya jenis `lepas tangan' sebab dapat `apam baru'. Penjagaan anak terabai bermakna nafkah anak-anak terabai tempah tiket ke neraka. Semoga mereka berada dijalan yang sesat itu kembali bertaubat.

Bayangkan anak yatim yang bukan yatim ini ikut pak saudaranya ke pasar ramadhan. Kanak-kanak lain ikut ayah mereka ke pasar ramadhan dan mintak itu ini. Namun kalau ikut dengan pak saudara mungkin malu nak mintak itu ini... Haa...

Yatim dalam bahasa arab bermaksud `sedih' atau `bersendiri'...

Jan: Tak apalah di dunia ini, kita boleh sewenangnya dianiaya atau mengabai tanggungjawab. Di akhirat segalanya diadili walau sebesar kumang. Itu janji allah.

Tuesday, August 7, 2012

Kediaman Abu Nur - Pusat jagaan warga emas, anak yatin dan miskin.

Pada bulan puasa amalan bersedekah sangat dituntut agama. Dengan sedekah kita yang tidak seberapa tersebut sebenarnya boleh berupaya membuat perubahan yang besar. Memberi kesenangan kepada orang yang memerlukan adalah perbuatan yang mulia.



Bukan semua orang bernasib baik macam kita. Bukan semua orang juara oder kueh raya macam kita. Bukan semua orang boleh tukar langsir macam kita atau beli tikar getah baru. Ada orang makan biskut kering sahaja. Menangis beramai-ramai (sebab duduk ramai-ramai, bila sorang menangis terus yang lain ikut) di pagi raya sambil dengar lagu `Pulanglah' dendangan Aishah.

Amalam ini bukan semua orang boleh buat kerana ianya `berbeza'. Orang kaya pun tidak ada `kekuatan' untuk bersedekah kalau hikmah di sebalik bersedekah itu mereka tidak nampak. Atau buat tak nampak?


Alhamdulilah ada juga pihak yang ambil berat...ada tempat berlindung


Kata nabi kita bersedekahlah walau sebutir kurma...

Tidak semestinya orang yang lebai licin jea amalan sedekahnya, ia sesuatu amalan yang berbeza dengan sembahyang sunat. Maksud berbeza tersebut ialah apabila kita sedekah, terus secara fizikal kita nampak kita `terpaksa' memberi. Dan pemberian itu membuatkan hati kita mengatakan kita telah `kehilangan'. Haaa.


 Sedihkan tengok budak-budak ni walaupun mereka riang ria...

Bukan semua budak beruntung macam anak kita...

Sebab itulah amalan puasa sunat atau sembahyang terawikh lebat, ramai yang lakukannya tetapi bila tiba hal sedekah semuanya senyap walaupun mampu. Haaa...

Sesekali manjakan anak kita, apa salahnya sekali seumur hidup manjakan anak yatim piatu, haa. Sebenarnya saya nak buka satu rahsia besar dalam posting ni. Sebenarnya selain pasu dan karpet, kelemahan saya yang lain ialah anak yatim. Saya tidak tenteram bila berhadapan dengan anak yatim. Pernah air mata saya menitis bila saya meninggalkan perkarangan rumah anak yatim. Saya menangis insaf tak henti. Sugul 3 hari. Makan ala kadar jea. Tak apalahkan daripada tak insaf langsung.Haaa..

Katalah kalau kita sedekah hanya RM1, maka kalau 200,000 orang sedekah RM1 dah jadi RM200,000. Senang-senang jea. Binaan renovek rumah anak yatim dapat dibina. Tambah ruang biar mereka selesa. Orang sibuk nak tambah ruang untuk keselesaan kita sibuk nak renovek dapur biar vouge...Haa..

Kita dermalah yea, Semoga ada dermawan yang membaca blog ini.

Kediaman@abunur.net/www.abunur.net. 
No akaun: 02048010043941. Bank Islam Malaysia Berhad.

Jan: Dermalah walau singgit...





Selamat hari raya untuk Adie Achim


"Selamat menjalani ibadah puasa dan menyambut hari raya dengan ceria dan gembira. Semuga keluarga kamu diberkati allah selalu..."

- jankaulu.blogspot.com

Ucapan Pra Selamat hari raya 2012 (bimbang tak sempat...)


Ke hadapan kawan-kawan, rakan-rakan maya yang jauh di mata tetapi dekat di hati. Pada kesempatan ini,  saya Abang Jan ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Khususnya buat pengunjung dan pembaca  blog ini. 
hariraya Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011/1432H
Saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas segala ketidak sempurnaan pada penulisaan saya yang tidak enak dibaca, yang tidak sopan atau terlalu seksi. Dan juga minta maaf jika ada yang meluuuuat atas `mengada' saya ketika menulis. Sebenarnya begitulah perilaku saya kepada yang mengenali saya.
Saya adalah buku yang senang dibaca. Saya adalah insan biasa yang ada kelebihan dan kecelaan. Maaf sekali lagi atas kelemahan diri yang nyata mahu pun tersembunyi.

Jan: Ada Pantun untuk pembaca blog ini

Hilang kekasih jiwa terperap
Di pagi syawal menangis sakan;
Kalau ada salah dan silap
Haraplah sudi saling bermaafan


Lirik Lagu Raya Sharifah Aini Nostalgia Aidil Fitri



Tibanya syawal tanda ingatan
Ku kirim rindu di angin lalu
Kasih yang hilang ku hulur tangan
Di aidil fitri
Di aidil fitri ku pohon restu

Buat mu kasih di aidil fitri
Mengimbas daku kata-kata mu
Andai ku tiada di sisi mu lagi
Merendam doa
Merendam doa ikhlas dari mu

Sesaat takbir bergema
Selama itu dikau di hati ku
Doa ku kirim buat mu kasih
Di aidil fitri ikhlas dari ku

Di hening subuh di pagi raya
Doa ku pohon buat yang tiada
Airmata ku tabur bersama
Terkenang daku
Terkenang daku takbir bergema

Ku tunduk sujud buat mu kasih
Teringat daku kebesaran mu
Bulan ramadan terasa bersih
Di aidil fitri
Di aidil fitri kita bertemu

Selama hayat ku ada
Di hari yang mulia hari raya
Pada mu kasih di aidil fitri
Terkenang daku cinta yang satu

Jan: Lagu ni syahdu...Selamat hari raya untuk yang mahu merayakannya, he he he.

Gambar terbaru Sharifah Aini: Aug 2012

 Kak Pah dengan anak saudaranya Sharifah Noor Adibah

Kak Pah semakin jelita...

 Kak Pah dengan anak kesayangannya



Jan: Gambar-gambar ni saya cilok dari FB Kak Pah.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home