"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, December 6, 2012

PML: Kekadang rindu menghiasi kamar hati...

Setiap orang ada hobinya, tanya Yuna kalau tidak percaya. Namun saya rasa saya ada banyak hobi yang bila saya perhalusi, iannya pelik. He he he.

Orang yang tidak minat, tentulah tidak memahami apa yang hati nurani saya rasa....(sebagaimana juga saya tidak memahami perangai kawan saya yang suka tukar sport rim kereta, he he he). Ya, kadang-kadang saya rindu akan Pinggan Mangkuk Lama (PML) saya. Pelik kan.

Saya menjalani hidup yang tidak normal. Maksud saya, saya membeli rumah jauh dengan tempat kerja saya. saya cuma jenguk rumah saya seminggu sekali pada hujung minggu atau kalau sibuk, seminggu sekali sahaja. Dan sekarang, saya amat jarang balik ke rumah saya...


Ada kawan saya kata tidak elok malah berdosa kalau tidak guna semata untuk tujuan menunjuk kat orang. Kawan saya yang di rumahnya pun tak ada sudu garfu tersebut (akibat 24 jam makan kat luar) beritahu lagi, jangan kufur nikmat. Saya senyap sahaja. Kepada saya, saya mengumpulnya sebagai hobi sahaja, bukan nak buat pemujaan, bukan untuk menunjuk-nunjuk kat orang. Hanya untuk kepuasan diri. Lagipun rumah saya tidaklah selalu ada orang datang, he he he. 


Untuk mengumpul PML ini, kita memerlukan masa yang panjang. Ada duit pun belum tentu dapat memilikinya kerana penawarannya terhad di pasaran. Dan rupa-rupanya permintaan terhadap PML ini tinggi. Barang-barang ini semakin sedikit di pasaran sebab semakin ramai mahu membelinya untuk dijadikan sebagai koleksi/hobi, bukan mahu menjualnya balik. Pendek kata makin ramai yang `main' PML ni.

Almari lama saya sudah penuh, saya ada juga berniat nak beli yang baru. Namun niat itu saya hentikan bila memikirkan kalau ada banyak almari antik, bimbang rumah jadi muzium, he he he.

Saya juga ada berniat untuk menjual PML saya yang lebih. Namun setiapkali memikirkan saya harus bungkus dan pos, dan melibatkan keluar masuk akaun, menjawab panggilan dan sms pelanggang, saya memikirkan semula niat saya tersebut.  

Saya selalu sibuk. Lagipun PML saya bukannya banyak, he he he. Tetapi niat nak jual yang lebih tu memang ada sebab mungkin ada peminat yang mahu melengkapkan koleksi mereka...Mungkin suatu hari nanti...

Jan: Orang lama jiwa baru...

No comments:

.