"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, June 11, 2012

PML: Ikan emas saya...


Cuba renung seketika. Kadang-kadang dalam perjalanan hidup kita, kita lakukan perkara yang tidak pernah kita lakukan. Atau perkara yang pada suatu waktu dulu kita malu untuk lakukannya...

Bila balik Besut (daerah kelahiran saya), kini sudah menjadi rutin saya akan pergi ke kedai terpakai. Saya memandu sehingga ke Tok Bali. Saya pergi ke kedai terpakai untuk cari PML (pingang mangkuk lama). Harganya sangat murah berbanding di internate, saya sendiri tak percaya.


Dia longgok begini sahaja pml tersebut. Saya kali ini saya pilih yang ada gambar ikan emas. Saya memang perhatikan satu persatu. Sah ianya lukisan tangan sebab ikan tersebut tidak sama saiznya. Dan anak saudara saya juga mengesahkannya. Dia fokus pada mata, kata anak saudara saya matanya tak sama.


Inilah rupanya setelah disabunkan. Saya hanya menyucikannya dengan menggunakan sabun sahaja. Saya tidak berniat untuk pakai, nak letak dalam almari sahaja. lagipun ada yang sumbing dan retak. Seretak hati saya dalam mendaki kehidupan ini.


Inilah saja yang ada bakinya. Tak cukup satu dozen.


Saya bawanya ke Kuantan dan letak dalam almari. Almari tersebut dekat dengan bilik air dan bilik tidor saya. Bila lalu di depan almari, saya tersenyum sorang diri...(sebab saya hidup sorang diri dalam rumah tersebut).

Saya harap hobi saya ini akan bertahan lama. Setakat ini ia memang mengembirakan hati saya. Seolah terapi merawat hati yang terluka...(pulak dah, he he he).

Jan: saya suka...

4 comments:

aima said...

wah jelesnya ngan set bunga ros tu, yg lama punya lebih cantik dr yg kini yg vantage tu.....

bro, apa nama kedai kat tok bali tu? belah mana?

Nong Andy said...

ha... arwah mak saya dulu suka simpan pingan mangkuk dlm almari mcm tu.. buat hiasan. tapi ntah bila dia dah takde dan kami dah pindah rumah, tak tau dah gi mana semua

sukiman said...

aima,

setuju. yg lama kaler dia krem sikit. Dah bunganya dah terbukti bertahan lama. Cuma retak sebab letak nasi panas kot.

Tak tahu pulak nama kedai tu apa tapi kalau nak gi dari Kuala Besut sebelum jambatan Tok Bali, belah kanan.


Nong,

Haaa tu kena angkut oleh peminat PML tu. Koleksi saya ni pun untuk letak dalam lemari jea. Tu pun tak cukup setnya lagi.

makan masa nak kumpul...

Eja said...

sy pun suka tgk...

.