Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, September 30, 2011

`Dir' - Rahim Maarof

Kemboja berguguran memutih
Menemanimu ke jalan akhir
Persada seni yang kau terangi kini sepi

Suara jenaka dan gurauan
Di sebaliknya kau kesepian
Mimpi-mimpimu retak seribu
Tak siapa yang tahu

( korus )

Dir...
Tuhan lebih menyayangi
Dari kami temanmu yang tak pernah mengerti
Dir...
Hanya setelah kau pergi
Kehilangan amat dirasai

tak siapa yang tahu...

( ulang korus )

Suara jenaka dan gurauan
Di sebaliknya kau kesepian
Mimpi-mimpimu retak seribu
Tak siapa yang tahu

Kehilanganmu...
Kehilangan... kehilangan... mu...
Oh... oh... oh...
Tajuk lagu: Dir, Pencipta: Azmi Hashim/Habsah Hassan, Penyanyi: Rahim Maarof, Pengulas lirik: Jankaulu



XXXXX:

Lagu `Dir' ini dicipta untuk memperkatakan tentang orang yang sudah meninggal dunia. Pelik tetapi benar.

Jarang tajuk lagu yang menggunakan nama lelaki. Lagu ini untuk penghibur terbaik yang negara kita pernah ada, Sudirman Haji Arsyad. Lagu ini diperasaankan oleh penyanyi yang tak lain tak bukan iaitu Rahim Maarof.

Kemboja berguguran memutih
Menemanimu ke jalan akhir
Persada seni yang kau terangi kini sepi


Rangkap pertama baris pertama menggunakan perlambangan bunga kemboja (Plumeria). Ia bermaksud kematian dan perkuburan. `Memutih' ini menjadi perlambangan kesucian (bunga kemboja warna putih). Di sini tidak digunakan bunga Matahari atau bunga tahi ayam dalam mengambarkan suasana kesedihan yang ingin diselitkan di hati pendengar. Baris seterusnya menceritakan akhirnya selain dari tanah, batu nisan dan lalang, akhirnya Dir ditemani dengan bunga Kemboja.

Baris ketiga iaitu `Persada seni yang kau terangi kini sepi' adalah ayat yang mempunyai sifat terus terang dan tidak bersimbolik. Namun keindahan baris ayat ini terselit kepada pemilihan huruf vokal `i', cuba perati:

" Pesada seni yang kau terangi kini sepi " (1;3)

Pengulangan huruf `i' tersebut melahirkan estetika (keindahan) di telinga kita apabila mendengarnya. Cuba nyanyi rangkap ini. Jangan malu, kalau tak sampai bila kita tak belajar. Haaa.

Suara jenaka dan gurauan
Di sebaliknya kau kesepian
Mimpi-mimpimu retak seribu
Tak siapa yang tahu


Rangkap kedua ni sedih semacam je, bila suara garau Rahim Maarof nyanyi rangkap ni saya terasa sangat kesedihannya (nak jugak...).

Seperti yang kita kenal, Sudirman ni kelakar orangnya. Apatahl agi bila bergabung dengan Yusni Jaafar (juga kini sudah tiada). Dengan Kak Nita juga dia melawak. Dia pernah usik Kak Pah dalam lakaran kartunnya. Dia lukis Kak Pah bergemerlapan dengan intan berlian dan gelarkan Kak Pah `Elizebith Taylor' Malaysia sebab banyak intan berlian.

Tapi, daripada cerita Kak Bam dan Habsah Hassan, Sudir sebenarnya kesepian. Kadang-kadang dia datang lepak tengok tv di rumah mereka. Umum tahu Dir bercerai hidup dengan isteri yang dia sayangi iaitu Kay. Apa yang peminat tahu Sudir sangat sayangkan isterinya, dan sampai sekarang peminat tidak tahu apa punca penceraian tersebut.

Mungkin bila orang yang kita sayangi telah tiada. Segala harapan dan ceria hidup terbawa bersama... Apa yang tinggal adalah kita yang hidup terus hidup - hidup terus hidup...(baca blog boleh membaca perengang ni dengan perasaan sedih. Itulah tujuan posting ini ditulis. Haaa.)

Dir...
Tuhan lebih menyayangi
Dari kami temanmu yang tak pernah mengerti
Dir...
Hanya setelah kau pergi
Kehilangan amat dirasai

tak siapa yang tahu...

( ulang korus )

Rangkap ketiga ni seolah satu keredhaan. Lebih kurang bermaksud `biarlah `Dir' tiada pun, tuhan lebih menyanyangi dia sebab tak kan nak biar dia merana dalam dia seorang diri sampai akhir hayat...". Dan satu pernyatan yang apabila dia sudah tiada, kehilangan dia amat di rasai. Ayat ini mudah dan diret.

Suara jenaka dan gurauan
Di sebaliknya kau kesepian
Mimpi-mimpimu retak seribu
Tak siapa yang tahu

Kehilanganmu...
Kehilangan... kehilangan... mu...
Oh... oh... oh...

Rangkap seterusnya diulang balik rangkap kedua dan ditambah dengan sedikit ayat-ayat lain yang membawa maksud kita kehilangannya dan sedih (disebut 3 kali perkataan kehilangan, `oh' pun 3 kali juga di sebut).

Sekian sahaja ulasan lirik untuk kali ini. Seperti biasa saya akan mengulas lirik-lirik lain jika ada kesempatan. Bukan apa, kalau posting pasal ulas lirik ia memakan masa hampir setengah jam, tak macam posting biasa yang pakai hentam tulis jea.
Ok, jumpa lagi diruangan lirik pilihan. Selamat bercuti di hujung minggu.


Jan: Lagu ini bukan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad, he he he.

Wednesday, September 28, 2011

My Ex - Akibat awek ramai...



Pernah tak rasa nak bunuh je kekasih/suami/isteri/majikan kita yang curang? Pernah tak baca akhbar/majalah/buku/internat yang ada pasangan yang membunuh pasangannya bila mereka dicurangi? Tak logik kan? Tetapi ianya ada, selamat datang ke dunia cemburu dan kasih sayang.
Tetapi ada individu bila dicurangi, dia membawa diri, dia redha atas apa yang terlulis... Dia mungkin berhijrah ke negeri lain (negeri jiran) dan bekerja sebagai pensyarah...atau apa-apa saja kerja yang sesuai dengan kelayakan/kemahiran dia. Dia duduk senyap je sampai akhir hayat.
Tetapi cerita filem' My ex' ni lain, setelah dia dicurangi dia juga ingin membunuh tetapi bukan pasangannya yang curang itu mahu dibunuhnya tetapi...jeng-jeng jeng.
Jantina mungkin antara faktor yang mempengaruhi bagaimana seseorang/mereka menghadapi/bertindakbalas terhadap kecurangan pasangan. Orang perempuan biasanya tak boleh terima hakikat bila dia dicurangi. Dia akan rasa terhina, malu, sedih dan marah dengar kadar yang hebat. Lelaki lebih realis, tak tunggu lama akan mencari pengganti. Tak esok, lusa. He he he.
Cerita ini berkisarkan kepada seorang aktor handsum lagi kacak bergaya yang terkenal dan meningkat naik popularitinya dalam dunia perfileman (rujuk gambar di atas. yang pakai baju belang hidung belang). Bertepatan dengan mukanya yang handsum, misa ala-ala ada, ala-ala tak ada, maka ramailah awek yang dambarkan kasihnya cintanya (termasuk seorang pelajar kolej, yang akhirnya mati...kesian)...
" Biasalah, lelaki yang handsum ni Man, bukan saja tak setia malah berkasih seperti menukar baju" Kata kawan saya yang tak pernah dipinang orang.
" Ya, Man setuju! Jarang je yang handsum tetapi setia sehingga usia 40an (awal 40an)". Jawab saya yang tak pernah meminang.
Kita kembali kepada cerita seram ini. Kalau asyik bercerita dan mengulas hal lain, alamaknya tak habislah sinopsis cerita ini. Masa saya tengok cerita ini saya seorang diri. Walaupun dapur dua tiga langkah je dari ruang tamu, saya takut untuk ke dapur nak buat air. Saya biarkan air yang saya panaskan tadi jadi sejuk dicereknya. Seram rasa nak ke dapur sebab tengok seorang diri.
Dalam banyak-banyak perempuan yang dia tidor tu ada la sorang yang `termengandung'. Dan perempuan ini sebenarnya sangat sayangkan Ken. Saya lihat perempuan ini taklah cantik berbanding dengan pelakon-pelakon perempuan lain yang meletup cantiknya dari hujung rambut sampai hujung kaki. Memang apple siam lebih gebu dan padat...
Seperti awan yang jatuh ke bahu, atau gossip pejabat yang tahun ni tak dapat bonus, perempuan mengandung itu terpukul bila Ken selamba badak tanya " Betul ke itu anak aku?" (terjemahan). Sebenarnya saya tak tengok cerita ini dengan sarikata. Saja saya nak belajar faham bahasa filem.


Dalam cerita ni ada adegan yang 18SX, tak sesuai ditonton oleh anak-anak, orang yang terlalu tua atau orang-orang yang jantungnya `unregular heart beat'. Cuba lihat gambar di atas. Perempuan itu pakai bikini tepi pantai, sesuai ke? Memang sesuai. Tak kan nak pakai kat balairaya kan. Tapi maksud saya dia boleh pakai baju renang yang lebih sopan (ada ke?). Lepas tu yang saya tak tahan dia buat manja dan mengoda ngada terhadap kekasihnya, dan buat-buat lari (berlari lari anak)... Huh!
Tapi hero filem ni sopan sikit, dia pakai seluar pendek yang panjang (sekerat lutut), dia tak pakai seluar renang yang kecil.
Seperti filem seram Nang Nak, filem ini tebal dengan unsur kasih sayang. Kalau tak silap saya ada sebuah madah Mankisue yang mengatakan `sebuah kasih sayang yang kuat sahaja boleh melahirkan dendam yang hebat'. Itulah madahnya lebih kurang kot.
Ya, betul perempuan itu bunuh diri dan jadi hantu...dan bunuh sapa-sapa yang cuba goda Ken!
Jan
: Tapi apa pulak kaitan dengan bunga kemboja? Haaa... Suspen ni!

My Ex (Horror Movie)



Jan: " Adakah orang yang kita tinggalkan... akan meninggalkan kita?"




Plumeria (kemboja)

2.5 BUNGA KEMBOJA.
Tanpa bunga kemboja Plumeria acuminata, famili Apocynaceae, tari Legong Keraton di Bali pasti kurang menarik. Bunga ini selalu dipakai di telinga penari semasa upacara tarian itu berlangsung. Bunga kemboja berwarna putih dengan pusat bunga berwarna kuning keemasan. Pokok ini banyak ditanam di halaman candi dan kawasan kubur.
Di Jawa, kemboja dilarang ditanam di halaman rumah kerana bunga ini boleh menimbulkan kesan seram seperti suasana kubur dan juga boleh mengundang roh jahat yang akan mengganggu ketenteraman penghuni rumah. Ada juga sebahagian masyarakat yang percaya bahawa mereka yang berjaya menemukan bunga kemboja yang berkelopak genap (6 helai) akan mendapat rezeki.
Di Hawaii, kalung bunga kemboja dipakai untuk menyambut tetamu.
Di India, bunga kemboja digunakan sebagai bunga persembahan kepada dewa untuk memenuhi nazar.
Di Cina, sari bunga kemboja dipakai sebagai pewangi setelah mandi dan juga sebagai penyegar badan.

Jan: http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a57432.htm

My Ex (Thai Movie 2010)



Selepas setiap kali membunuh mangsanya, dia tinggalkan sekuntum bunga kemboja, kenapa?

Warna-warni bunga kemboja






Kalau nak tanam Kemboja, bolehlah pilih jenis dan warna apa yang disukai. Sekarang yang kelopak berlapis pun ada, kelopak sekerat pun ada, kelopak bentuk runcing pun ada. Haa...pilih jea.

Harga dalam RM80 (yang sederhana tinggi) sepokok hingga RM150 (yang besar), bergantung kepada ketinggian dan bergantung juga pada poket kita jika kita nak beli.

Jan: Kepalsuan kasih dan sayang juga berwarna-warni indahnya. Aku tertipu.

Tuesday, September 27, 2011

Daging rusa Shahputra

Sekoyang-koyangnya Din (rakan sekerja di tempat majikan lama saya) talipon. Dia suruh datang ke Shahputra. Pada masa tersebut saya sedang sibuk buat-buat pandai di rumah Adnan dan memerhati tukang paip memeriksa paip Adnan yang bocor memancut-cut. Sebenarnya sayalah yang bawak tukang paip (sepupu saya) ke rumah Adnan. Biasanya kalau tak kerja sepupu saya potong rumput. Tetapi dia ada kemahiran baiki paip bocor dan pasang paip. Tapi ni bukan pasal posting hal sepupu saya.
Din meminta saya ke Shahputra. Din beritahu ada barang sikit nak bawa balik. Saya duga tentu Din nak angkut barang dengan kereta saya. Saya pun pergilah selamba.
Bila sampai di depan bangunan Shahputra, saya lihat ramai orang. Seolah ada jamuan. Namun jamuan mungkin dah habis sebab saya dapati ada yang dah nak balik. Saya tidak terus masuk ke bangunan Shahputra sebab saya berseluar pendek. Pada masa tersebut juga saya tak ada kredit maka saya minta tolong Azniza sms ke Din beritahu saya tunggu di luar (kredit saya ada 3 sen jea. Saya hanya boleh sms Azniza sebab dia rakan 8Pax saya). Kemudian Din muncul depan lobi. Bila orang dah reda baru saya masuk ke dalam bangunan itu dan saya ke meja Din.
Din adalah sahabat lama saya semenjak saya jejak kaki ke Pahang. Sekarang Din sudah menjadi Din Despeh, dulu Din Server, sebelum itu Din Lab dan pelbagai lagi. Kata Din dia lewat sampai sebab dia pergi hantar surat menyurat dan sebagainya. Masa majlis bermula dia tiada di Shahputra. Kawan-kawan dialah yang tolong bungkuskan untuk dia. Bertuah Din ada yang ambil peduli...
Saya menolong Din angkut barang-barangnya dan saya lihat ada juga makanan yang dibungkus. Kata Din hari ni hari open haus Shahputra.
Oooo sebab itulah saya lihat ramai yang pakai glamour. Di sana saya disapa oleh Kak Chik yang berpakaian glamour, baju raya kot. Berkerlipan macam artis. Saya juga disapa Zarida. Zarida kata " Amboi, sayangnya Din ke kau, dia ada simpan makanan". He he he.
Muka Zarida lain dari 4 tahun dulu, kini dagunya terbentuk, dulu dagunya 2...(puji sikit, he he he).
Namun saya tak keluar daripada tempat meja Din sebab saya tak tutup aurat dan bangunan ni bangunan akademik bukan pantai teluk Chempedak. Seluar pendek saya pendek sangat. Tak tahu pulak kena masuk dalam bangunan ambil barang. Ingatkan Din hulur kat belakang bangunan jea.
Bila balik rumah saya terus masak nasi, saya panaskan gulai dan ada daging yang diasingkan. Saya tanya " bakpe ada dua bekas ni?"
" Ni daging kambing ni daging rusa". Din beritahu.
Berasa juga saya sedikit daging rusa dan kambing tersebut. Pada Malamnya saya rasa pening sedikit tetapi saya tak beritahu Din. Terus saya makan sebiji ubat darah tinggi. He he he.
Jan: Saya doakan Shahputra terus maju dan cemerlang.

Monday, September 26, 2011

Ulasan Buku: Happiness in hard times - Andrew Matthews (2010)





Ada orang berpendapat hidup ini ibarat roda (tak kisahlah roda kereta lembu atau sebagainya.). Susah senang akan silih berganti. Dan masa susahlah orang akan jatuhkan kita semakin ke bawah. Lain keadaannya bila kita senang orang datang nak menumpang. Dan memuja kita.
Kadang-kadang dalam hidup kita ini, kita tidak boleh dengar apa yang orang kata atau kritik kita secara melulu. Maksud saya kritik yang menjatuhkan kita yang sedang naj jatuh (atau hadapi masalah). Sebab yang menanggung dan memahaminya adalah kita. Kadang-kadang suami/isteri kita sendiri pun tak memahaminya.
Lalat Hijau
" Man, saya anggap kritikan mereka tu sebagai lalat hijau je Man". Kata rakan pensyarah psikologi saya yang bergaya macam playboy (yang bermisai lebat macam datuk K) bila saya tanya tak rimaskan apabila ramai orang mengata pada dia.
Maka konsep `lalat hijau' itu saya aplikasikan kepada diri saya bila saya dirundung malang (pembaca boleh juga guna konsep ini). Saya selalu ubati hati saya bila saya terasa hati ditekan tubi. Saya bermonolog dalam hati: "Biarlah orang nak kata buruk pun, ini hidup aku. Bukan orang tu yang lalui, aku lalui".
Dan bukan orang tersebut yang membubuh gaji ke dalam akuan Maybank saya (setiap 27hb). Dan saya rasa pahit manis tersebutlah sebuah kehidupan. Baik buruk yang saya lalui, yang kita tempuhi...
Bangkit dari terduduk
Saya pernah ditimpa musibah, sampai saya seolah tidak berdaya untuk melihat esoknya. Dan peritnya saya menggumpul segala kekuatan mungkin juga sama peritnya CD terbaru (CD lagu inggeris ) Siti Nurhaliza menembusi pasaran hati pendengar Malaysia...
Panduan bagaimana kita nak bangkit masa kita terduduk ada dalam buku di atas (lihat sekali lagi gambar di atas.Walaupun hujan, walaupun payung dia koyak bin rabak. dia tersenyum!).
Saya sambar kembali buku ini (buku di atas) di Popular Bookstore Megamool Kuantan, bila sudah 2 tahun kawan saya yang pinjam buku ini tidak hantar-hantar balik (saya halalkan dunia akhirat). Buku ini berharga RM48, setebal 160 halaman (Rm3.30 selai, maka baca betul-betul. He he he).

Tajuk buku ini pun sudah jelas. Supaya kita hadapi segala kesusahan walaupun susah, walau parah walau berdarah neleh (terjemahan= darahnya menitis...) Kita cuba juga berbahagia dalam kepayahan. Bukan meratapi, meraung macam dalam drama-drama Melayu. Kita boleh MP2 tapi lepas tu kena bangkit (he he he macam saya pernah lalui kot. Why it hurt so bad, why it feel so sad).
Being sad doesn't fix the future
Semasa saya jejak kaki ke negeri Pahang (sepuluh tahun dulu, lagi-lagi cerita lama), tuhan saja tahu remuknya hati saya. Tetapi saya belajar untuk bahagia bila dapat kawan seperti Kak Norbaya, Lokman, Kamal, Diana, Sani dan Azniza (sekadar menyebut beberapa nama). Saya kena berasa bahagia, mula hidup baru.
Buku ini menyatakan kita tak bolehlah bersedih berpanjangan..."If through sadness you can fix the future, then do it! But being sad doesn't fix the future". (Amboi garangnya penulis ni...Muka surat 15).
Kisah keluk kesah Kak Lia
Seminggu kawan saya Kak Lia (nama samaran), berkurung dalam bilik di rumah emaknya sebab tak dapat terima hakikat suaminya ceraikannya talak jumlah bintang di langit. Ceritanya begini, atas dorongan Kak Lia suaminya sambung pelajaran di UKM, selepas tu mahu berkahwin dengan seorang pelajar UKM juga. Pelajar tu pula beri syarat kalau nak ke dia balik kampung nanti ceraikan Kak Lia sebab pelajar tersebut tak mahu bermadu dengan suami orang (tak suka bermadu). Kini Jandalah Kak Lia (demi allah cerita ni sama dengan cerita-cerita yang saya tulis adalah cerita sungguh, saya dan Kak Lia berkawan baik. Semua pekerja tahu hal ini. Kerani di pejabat pun tahu).
Apa kaitan Kak Lia dengan buku di atas? Haaa...kaitannya ialah Kak Lia tak boleh terus duduk menjeruk rasa sebab dia kena teruskan kehidupan ini (kena ingat anak 3 orang yang nak disuap!), dia kena bangkit dan berbahagia dalam kedukaan. Kak Lia kata dalam saat-saat yang payah ini dia kena bahagia dan hidup demi anak-anaknya. Dia kena bahagia, dia tak boleh heret derita. Haa...
Dalam buku ini juga ada cerita tentang ahli perniagaan yang gagal dan bangkit kembali daripada kegagalan. Dan berjaya. Teruk sangat dia jatuh...muflis gitu. Masa dia jatuh dia terpaksa buang pekerja dan dengan isterinyalah dia menguruskan perniagaan dari pagi sampai malam...
7 guni 7 lori
Namun dalam kehidupan ini, realitinya amat payah kan?. Tidak seperti dalam buku-buku dan drama swasta Melayu. Kita kena kuat untuk applikasikan apa yang dalam buku ini tulis. Setiap kali saya baca buku ini, saya kembali mendapat kekuatan untuk teruskan hidup. Tetapi bacalah buku ini 7 guni 7 lori pun kalau kita tak mahu berubah dan tak berani mengubah. Tak guna jugak. Baca dan aplikasikannya!
Dalam hidup saya, saya pernah ditipu, dianiaya. Banyak kali juga sebenarnya (he he he). Sehingga saya tidak tahu apa yang tuhan mahu ajar saya... Saya juga bukan seorang yang selalu betul dalam mengambil pegajaran atas apa yang terjadi dalam hidup saya. Saya tak tahu dalam dunia ini ada ramai juga orang yang nampak baik, berhati kijam (sebut `kejam') dengan membunuh harapan hidup saya (sesuatu yang paling berharga dalam hidup saya...) tetapi sebagai manusia biasa saya mesti ambil pengajaran, mengikut buku ini:
" Every person who walks into your life is a teacher. Even if they drive you nuts, they teach you because they show you where your limits are. Just because people are your teachers doesn't mean you have to like them". (Muka surat 76)
Tujuan hidup ini adalah untuk mendapat keredhaan, untuk bahagia dan membahagiakan orang. Dan betapa payah pun hidup ini, esok mungkin tetap ada (kalu tak mati, he he he). Dan bila esok itu ada, bersediakah kita?
Jan: Kadang-kadang tak reti nak senyum dah...letih dengan gelagat manusia.

Kemboja putih...



Ni Kemboja putih yang kita selalu tengok masa kita kecil tu. Biasanya ditanam kat perkuburan. Pokok Kemboja putih ni besar, dan daunnya hijau pekat keras. Kira ni spesis lama kot...


Sekarang ni sudah banyak warna yang ada. Ada kuning, unggu, oreng dan merah. Merah pula ada yang pink dan merah pekat.


Jan: Tetap tertarik pada warna putih...sebuah hati yang suci (konon...)

Sial Kemboja?



Pernah tak tengok bunga Kemboja. Bunga ini dulunya menghiasi perkuburan (selain lalang, he he he). Namun sekarang pokok ini sudah ada ditanam di hotel, di rumah kediaman dan tepi jalan di Kuantan. Bunga Kemboja berwarna warni. Wangi.
Saya sudah bercadang mahu menanam pokok bunga Kemboja ini di sekeliling pagar saya. Saya berpendapat pokok ini tetap cantik jika dia tak berbunga pun. Kalau berbunga pun cantik juga. Saya akan memilih pokok Kemboja yang berwarna putih.
Ada orang kata bunga Kemboja ini boleh membawa sial? Betul ke? He he he, tentulah saya tak percaya...
Jan: Orang bawa sial? He he he.

Perlukah sebuah taman?

Sekarang saya tengah sibuk merangka taman untuk rumah saya di Indera Sempurna.
Halangan pertama terhadap kretiviti saya ialah wang. Sebuah taman yang cantik memerlukan wang. Namun saya tak naklah menyerah kalah begitu sahaja. Sebab saya percaya, dengan wang yang sedikit kita tetap boleh miliki taman yang menarik secara berdikit-dikit. Haaa...kita kena merancang sabar.
Perlu ke taman? Kenapa kita tak simenkan saja tanah laman kita yang sekangkang kera? Kan senang? Haaa...kepada saya rumah adalah syurga saya di dunia ini (luar rumah? Neraka ke? he he he).
Berpuluh tahun dulu, semasa saya naik kereta sewa bersama kawan saya pulang dari sekolah petang. Selepas kawan saya diturunkan di hadapan rumahnya, pak cik kereta sewa kata "Tak cantik rumah kalau tak tanam pokok-pokok, nampak keras". Beliau merujuk kepada rumah kawan saya.
Haaa... sedangkan pak cik kereta sewa sedar akan keperluan pokok-pokok sekitar rumah, apatah lagi tamang?
Soalan: Hai sukiman, kenapa anda memerlukan sebuah taman?
Jawapan: Saya amat perlukan sebuah taman untuk terapi minda saya yang bercelaru, bertepatan juga dengan kerja saya yang selalu sibuk dan jiwa saya yang selalu kacau, hidup saya yang penuh cabaran...(alasan la tu, alasan nak buat taman he he he).
Soalan: Bila taman tersebut nak dibina?
Jawapan: 5 tahun bermula dari tahun 2011 ini. Itulah rancangan tempoh masa untuk menyiapkan taman saya. Biarlah saya berdikit, mulakan sikit-sikit...
Soalan: Apa kongsep tamanmu?
Jawapan: Saya nak hasilkan taman yang lapang tetapi menyentuh jiwa dan perasaan hati nurani...(amboi...he he he).
Jan: Semuanya bermula daripada angan-angan kan?

Sunday, September 25, 2011

Happiness in hard times - Andrew Matthews



Ada orang berpendapat hidup ini ibarat roda (tak kisahlah roda kereta lembu atau sebagainya.). Susah senang akan silih berganti. Dan masa susahlah orang akan jatuhkan kita semakin ke bawah. Lain keadaannya bila kita senang orang datang nak menumpang. Dan memuja kita.
Kadang-kadang dalam hidup kita ini, kita tidak boleh dengar apa yang orang kata atau kritik kita secara melulu. Maksud saya kritik yang menjatuhkan kita yang sedang naj jatuh (atau hadapi masalah). Sebab yang menanggung dan memahaminya adalah kita. Kadang-kadang suami/isteri kita sendiri pun tak memahaminya.
Lalat Hijau
" Man, saya anggap kritikan mereka tu sebagai lalat hijau je Man". Kata rakan pensyarah psikologi saya yang bergaya macam playboy (yang bermisai lebat macam datuk K) bila saya tanya tak rimaskan apabila ramai orang mengata pada dia.
Maka konsep `lalat hijau' itu saya aplikasikan kepada diri saya bila saya dirundung malang (pembaca boleh juga guna konsep ini). Saya selalu ubati hati saya bila saya terasa hati ditekan tubi. Saya bermonolog dalam hati: "Biarlah orang nak kata buruk pun, ini hidup aku. Bukan orang tu yang lalui, aku lalui".
Dan bukan orang tersebut yang membubuh gaji ke dalam akuan Maybank saya (setiap 27hb). Dan saya rasa pahit manis tersebutlah sebuah kehidupan. Baik buruk yang saya lalui, yang kita tempuhi...
Bangkit dari terduduk
Saya pernah ditimpa musibah, sampai saya seolah tidak berdaya untuk melihat esoknya. Dan peritnya saya menggumpul segala kekuatan mungkin juga sama peritnya CD terbaru (CD lagu inggeris ) Siti Nurhaliza menembusi pasaran hati pendengar Malaysia...
Panduan bagaimana kita nak bangkit masa kita terduduk ada dalam buku di atas (lihat sekali lagi gambar di atas.Walaupun hujan, walaupun payung dia koyak bin rabak. dia tersenyum!).
Saya sambar kembali buku ini (buku di atas) di Popular Bookstore Megamool Kuantan, bila sudah 2 tahun kawan saya yang pinjam buku ini tidak hantar-hantar balik (saya halalkan dunia akhirat). Buku ini berharga RM48, setebal 160 halaman (Rm3.30 selai, maka baca betul-betul. He he he).
Tajuk buku ini pun sudah jelas. Supaya kita hadapi segala kesusahan walaupun susah, walau parah walau berdarah neleh (terjemahan= darahnya menitis...) Kita cuba juga berbahagia dalam kepayahan. Bukan meratapi, meraung macam dalam drama-drama Melayu. Kita boleh MP2 tapi lepas tu kena bangkit (he he he macam saya pernah lalui kot. Why it hurt so bad, why it feel so sad).
Being sad doesn't fix the future
Semasa saya jejak kaki ke negeri Pahang (sepuluh tahun dulu, lagi-lagi cerita lama), tuhan saja tahu remuknya hati saya. Tetapi saya belajar untuk bahagia bila dapat kawan seperti Kak Norbaya, Lokman, Kamal, Diana, Sani dan Azniza (sekadar menyebut beberapa nama). Saya kena berasa bahagia, mula hidup baru.
Buku ini menyatakan kita tak bolehlah bersedih berpanjangan..."If through sadness you can fix the future, then do it! But being sad doesn't fix the future". (Amboi garangnya penulis ni...Muka surat 15).
Kisah keluk kesah Kak Lia
Seminggu kawan saya Kak Lia (nama samaran), berkurung dalam bilik di rumah emaknya sebab tak dapat terima hakikat suaminya ceraikannya talak jumlah bintang di langit. Ceritanya begini, atas dorongan Kak Lia suaminya sambung pelajaran di UKM, selepas tu mahu berkahwin dengan seorang pelajar UKM juga. Pelajar tu pula beri syarat kalau nak ke dia balik kampung nanti ceraikan Kak Lia sebab pelajar tersebut tak mahu bermadu dengan suami orang (tak suka bermadu). Kini Jandalah Kak Lia (demi allah cerita ni sama dengan cerita-cerita yang saya tulis adalah cerita sungguh, saya dan Kak Lia berkawan baik. Semua pekerja tahu hal ini. Kerani di pejabat pun tahu).
Apa kaitan Kak Lia dengan buku di atas? Haaa...kaitannya ialah Kak Lia tak boleh terus duduk menjeruk rasa sebab dia kena teruskan kehidupan ini (kena ingat anak 3 orang yang nak disuap!), dia kena bangkit dan berbahagia dalam kedukaan. Kak Lia kata dalam saat-saat yang payah ini dia kena bahagia dan hidup demi anak-anaknya. Dia kena bahagia, dia tak boleh heret derita. Haa...
Dalam buku ini juga ada cerita tentang ahli perniagaan yang gagal dan bangkit kembali daripada kegagalan. Dan berjaya. Teruk sangat dia jatuh...muflis gitu. Masa dia jatuh dia terpaksa buang pekerja dan dengan isterinyalah dia menguruskan perniagaan dari pagi sampai malam...
Dalam buku ini ada juga lukisan kartun yang berbentuk `sindiran'. Lukisan-lukisan itu lucu jugak. Geli hati saya melihatnya.
7 guni 7 lori
Namun dalam kehidupan ini, realitinya amat payah kan?. Tidak seperti dalam buku-buku dan drama swasta Melayu. Kita kena kuat untuk applikasikan apa yang dalam buku ini tulis. Setiap kali saya baca buku ini, saya kembali mendapat kekuatan untuk teruskan hidup. Tetapi bacalah buku ini 7 guni 7 lori pun kalau kita tak mahu berubah dan tak berani mengubah. Tak guna jugak. Baca dan aplikasikannya!
Dalam hidup saya, saya pernah ditipu, dianiaya. Banyak kali juga sebenarnya (he he he). Sehingga saya tidak tahu apa yang tuhan mahu ajar saya... Saya juga bukan seorang yang selalu betul dalam mengambil pegajaran atas apa yang terjadi dalam hidup saya. Saya tak tahu dalam dunia ini ada ramai juga orang yang nampak baik, berhati kijam (sebut `kejam') dengan membunuh harapan hidup saya (sesuatu yang paling berharga dalam hidup saya...) tetapi sebagai manusia biasa saya mesti ambil pengajaran, mengikut buku ini:
" Every person who walks into your life is a teacher. Even if they drive you nuts, they teach you because they show you where your limits are. Just because people are your teachers doesn't mean you have to like them". (Muka surat 76)
Tujuan hidup ini adalah untuk mendapat keredhaan, untuk bahagia dan membahagiakan orang. Dan betapa payah pun hidup ini, esok mungkin tetap ada (kalu tak mati, he he he). Dan bila esok itu ada, bersediakah kita?
Jan: Kadang-kadang tak reti nak senyum dah...letih dengan gelagat manusia.

How to win friends and influence people - Dale Carnegie



Saya ada seorang kawan yang ramai orang tak sukakannya. Kadang-kadang saya sendiri fikir dia sedar ke tak? Dia sedar tak ramai kawan-kawan lain rimaskannya. Biasanya dia selalu mahu menunjuk dia betul. Dan bila dia betul betul-betul, makin orang meluat kat dia, bukannya kagum.
Saya tidak peduli jika dia tahu segalanya tentang isi dunia dan seluruh jagatraya ini. Saya tak kisah jika ada ramai yang lebih cerdik daripada saya. Yang saya kisah ialah dia kadang-kadang dia membuatkan saya serba salah. Kadang-kadang kawan-kawan saya beritahu jangan jemput dia jika saya nak bersama kawan-kawan yang lain! Kesian dia kan?
Saya akui saya tidaklah ramai kawan. Saya pemilih. Dan saya juga ingat mak saya kata di mana saja kita berada, ada orang suka kita dan ada orang tak suka kita... Tak kanlah semua orang suka kita kan, he he he. Nabi pun ada orang tak suka.
Namun posting ini bukan pasal nabi, atau pasal kawan saya. Ia adalah mengenai buku motivasi yang saya beli. Buku ini bukan buku yang baru saya beli, buku ni dah lama beli. Cuma minggu lepas saya membacanya kembali untuk menyedarkan saya. Bukan tak ada buku yang belum dibaca tetapi buku ini best.
" ...many people fail to make a favorable impression because they don't lisent attentively. "They have been so much concerned with what they going to say next that they do not keep their ears open...." (muka surat 91)
Haa... bila orang bercakap kita kena dengar betul-betul. Jangan fikir sangat apa yang kita nak balas balik. Ada orang bila bercakap balik sibuk selit memberitahu yang dia hebat sampaikan tak ada kena mengena dengan isi cerita kawan yang tengah luah cerita...haaa.
" Very important people have told me that they prefer good liseners to good talker, but the ability to listen seems rarer than almost any other good trait" (muka surat 91).
Haa... penting tau kita mendengar dengan baik. Pendengar yang baik bila mereka jawab kembali, jawapan mereka valid. Ni mana nak beri jawapan atau tindakbalas yang baik jika kita `sama naik' bercerita, he he he.
Pernah tak kita beria-ria sangat mengatakan seseorang itu salah. Dan kita bukan main gembira lagi bila memang orang itu salah. Kita siap cakap `orang kata tak dengar, ambik kau!". Pernah tak? Atau kita suka sangat bila dia salah, he he he. Tapi dalam buku ni kata:
"Even if we are right and the other person is definitely wrong. We only destroy ego by causing someone to loose face... i have no right to say or do anything that disminishes a man in his own eyes. What matters is not what i think of him, but what he thinks of himself. Hurting a man in his dignity is a crime" (muka surat 226).
Kita tak, sesetengah kita memang bertujuan untuk menjatuhkan air muka depan orang ramai. Kita jelah yang betul. Kita hebat, orang lain salah. Huh. Kadang-kadang kita tak sedar perangai buruk kita.
Buku ini setebal 276 muka surat. Bahasa inggerisnya mudah, bukan jenis payah. Cuma dalam buku ni banyak cerita yang ada juga saya tak berapa faham. Cerita-cerita ni nak beritahu kita tentang sifat manusia...
Dalam buku ini juga ada disarankan jika kita nak beritahu seseorang hal buruknya/perkara buruk molek kita beritahu hal yang baik dulu, jangan tup-tup terus kritik/bubuh jea lagaknya. Haaa...
" It is always easier to listen to unpleasant things after we heard some praise of our good points." (muka surat 205). Haaa...
Contohnya, kalau suami/isteri baru balik penat bekerja, jangan kita terus terkam cerita perangai buruk anak-anak kita. Cuba buka cerita yang elok-elok dulu dan kemudian susun ayat yang elok untuk cerita yang si Baharin (nama samaran) anak kita tercurah kicap cap kipas udang di tai/selendang suami/isteri kita yang dibeli di Itali...
Jan: Tak pernah terniat untuk mempengaruhi sapa-sapa supaya menjadi kawanku...he he he

Thursday, September 22, 2011

Perihal Jimang

Akhir-akhir ini ada juga pembaca blog memberitahu bahawa mereka rasa malu untuk membaca kisah `Jimang' yang saya tulis. Banyak alasan yang diberikan. Antaranya penggunaan bahasa saya yang dianggap lucah dan memalukan masyarakat, saya memburukan orang islam, saya suka memburukan orang yang kahwin dan banyak lagi.

Sejujurnya saya cuba berlaku jujur pada diri dan penulisan saya. Contohnya kalau penggunaan bahasa dipertikaikan, perkataan `beruk' `babi' dan `konek' memang ada dalam kamus hidup kita. Cuma penggunaannya haruslah kita kawal supaya tidak mencarut atau bercerita sehingga pembaca naik berahi. Contohnya (contoh lagi), kalau saya berniat nak stingkan (memberahikan daya seksual) pembaca blog jankaulu, sudah lama saya postingkan posting saya yang bertajuk `Kemut Puaka'.

Ada pangajaran moral yang sarat berdasarkan watak `Jimang' dalam siri posting `Ambik Kau!' tersebut. Kalau kita ambil positif, kita boleh katakan tidak perlulah kita memburukan orang bujang telajak atau anak dara tua, atau seangkatan dengannya. Itu niat saya.

Saya berpendapat manusia `Jimang' ni memang banyak dalam masyarakat kita. Jimang mewakili sebahagian watak dalam kehidupan Melayu islam kita. Cuma kita saja diamkan atau buat tak nampak sebab kita sibuk. Jimang adalah spesis suami yang pagi-pagi buka tudung saji, tengahari buka tudung saji dan malam selepas buka tudung saji, selak kain bini. Kalau tak selak kain bini ada di antaranya selak kain anak!

Dan jika makanan tak ada semasa buka tudung saji, dia jadi marah-marah sedangkan dia tak beri nafkah sepatutnya. Nak makan sedap-sedap jea. Bila tak ada makanan dia pukul bini dia, bila bini sudah tidak dapat tahan perangai suami, bini lari rumah orang lain... (dan dia cop bini dia dengan jenama derhaka pula!) Selamat datang ke dunia Jimang. Inilah cerita manusia-manusia yang bernama `Jimang'.

Dalam kes Jimang ini, semua orang kampung tahu hidup anak bini Jimang bagaimana, menderita. Anaknya yang sepatutnya dah darjah satu tapi tak disekolahkannya... Dan Jimang yang selalu berulang ke surau tu memang bukan saja tak bertanggungjawab tetapi baik disumbatkan ke Zoo Negara sahaja. Bercakap pasal Zoo Negara, kali terakhir saya pergi ke Zoo Negara adalah pada tahun 1991. Dah lama benar tu, masa tu saya kurus jea. Mungkin sekarang sudah banyak berubah. Mungkin semakin banyak binatangnya. Jimang boleh duduk situ. Boleh kentut kuat-kuat.

Sepatutnya masyarakat kita sudah jauh berubah. Dan sebenarnya patut sangat-sangatlah berubah. Saya tegaskan di sini Jimang mewakili masyarakat Melayu lama yang tak bertanggungjawab pada keluarga dan masyarakat. Hidup cara lama dan tak mahu berikhtiar usaha. Dan suka membanggakan diri...

Contohnya (alamak macam bersyarah pula): Jimang bangga di kedai kopi kat kampung. Dia sorang sahaja yang tak payah bayar bila makan minum sebab dia ada buku (buku hutang). Orang lain tak ada... Hello, eksekius me Jimang! Buku-buku ni orang dah tak main dah. Kat kedai kopi sekarang lepas makan bayar tunai! Pakai buku tu zaman dulu. Tak malu ke? Makan pun berhutang. Tapi awak pelik, awak bangga!

Jan: Tak berniat mengutuk institusi kekeluargaan (perkahwinan), tak ada ayah dan ibu tak adalah kita...

Ambik kau! Bahagian 3 (season finale)

Saya kumpulkan segala kekuatan dan bangun berdiri, saya kata:

“Kalu tok iman tok leh ( terjemahan = tidak dapat) nasihat orang macam ni, biar saya nasihat ” . Saya pandang tepat kat muka tok iman yang sudah separuh abab umurnya. Saja saya nak heret tok iman dalam isu ni, biar tambah dramatik. Tok iman terlopong…

“Bo kahwin (terjemahan = setakat kahwin) tapi tok tanggungjawab wat gape? Baik jadi kambing. Anok berceridar (anak ramai) bini tok cara (kebajikan isteri tak ambil tahu). Bini lari rumah orang tok tahan prangai mung, bini mitok beras rumoh orang nak makan. Bukan kita tok tahu, sekampung tahu! Orang leni nok gi bulan doh, nok gi planet Marikh pulok. Anok bini kita merempat!" Lancar mulut saya melafazkan dialog. Tahniah untuk saya.

Saya lancar je buka aib dia. Biarlah saya berdosa pun, saya nak ajar dia kali ni. Bukan sekali dua dia malukan saya. Bukan.

Saya lihat muka tok iman serba salah, dia terlopong dan agak terkejut beruk bila lihat saya jadi `hulk'. Beberapa orang yang lain yang berada di serambi cuba mententeramkan Jimang.

" Gini lah kita orang Melayu islam, ginilah rupa. Ambik air mayang berkoloh doh, cakap agama lebat tapi dok besarkan diri, dok ngata orang. Rumohtangga sendiri macam kandang babi". Saya sambung lagi dengan nada tegas.

Habis jea saya kata gitu, saya terus bersalam dengan tok iman (yang masih lagi terpana). Selepas saya ambik selipar saya di rak, saya terus turun melenggang pulang.

Jan: Masa saya turun tu saya rasa puas sangat. Macam buat seks dengan 7 0rang sekaligus!.

Wednesday, September 21, 2011

Ambik kau! Bahagian 2

Ketika ramai sedang berbual-bual inilah Jimang seperti biasa membuat kesalahan. Memang menjadi tabiat Jimang kalau jumpa saya dia nak gura beruk (bergurau tahap melampau). Namun dia tak tahu kali ini dia memang buat silap besar.

Perbualan saya dengan Jimang menarik perhatian semua orang di serambi surau tersebut bila Jimang mula bertanya status single saya. Masa itu semua orang termasuk tok iman seolah mahu mendengar jawapan saya.

Tonasi suara saya dan Jimang menjadi semakin kuat dan keras, saling sindir menyindir. Tok iman ada menyuruh Jimang dan saya bersabar. Namun kali ini saya tak akan bersabar lagi sebab Jiman mempersoalkan konek saya (kemaluan saya, sesuatu yang berkaitan dengan biologi pembiakan). Kali ini saya memang nak ajar Jiman dan ahli-ahli surau yang menyokongnya!. Biar sampai mati mereka akan ingat.

" Doh sapa bila mung tok kawin-kawin, tak kan nak simpan konek sampai berkarat, berlumut?" Jimang bertanya setelah sebelumnya saya telah menjawab bernada berlapik sebab tak nak keruhkan suasana. Saya beritahu jodoh tak ada lagi (sebagaimana jawapan standard kaum kami (kaum yang bujang telajak)).

" Nanti karat berlumut batang, he he he" Jimang dengan bangganya buat jokes atas konek saya yang tidak digunakan mengikut difinasi seksnya. Di rumah allah tersebut saya rasa terpikul sebab beberapa jemaah surau sudah tersenyum lucu. Saya rasa janganlah malukan saya. Saya yang jahil tukir ni pun berpendapat persoalan konek ni janganlah disebut di surau atau masjid. Pada saya sama ada saya nak gunakan konek saya atau tidak ianya hal peribadi. Konek saya milik abadi saya, ianya bukannya menyusahkan orang, bukannya polimek dan isu antarabangsa.

" Padang aaah, milih sangat. Tua nanti tak ada yang cara. Nanti dapat yang ruas baru tahu, konek tok leh guna" Jebek Jimang meletakan kesalahan 100% ke atas diri saya sebab saya tak kahwin. Sebab saya tak guna konek saya seadanya. Pada masa itu getar suara saya sudah naik frekuangsinya. Bayangkan saya dibadutkan depan orang yang saya kagumi (tok iman dan beberapa orang lagi) oleh orang yang bodoh seperti Jimang. Hingga kini saya masih dapat lihat tok iman terkesima melihat gelagat Jimang yang mencarut itu. Dan beberapa orang lain yang banyak itu pun terdiam seolah menunggu jawapan saya terhadap penyataan Jimang yang telah mempersoalkan keupayaan fungsi konek saya `hidup' atau `mati'.

Saya kumpulkan segala kekuatan, saya bangun berdiri saya kata:






Jan: Janganlah memalukan orang, nanti diri kita dimalukan pula kan...

Ambik kau!

Selepas saya membetulkan kain pelikat la la la la saya, sengaja saya cari tempat yang agak terpencil untuk duduk bersela di serambi surau. Sebagai seleberiti tempatan (cuma terkenal di kalangan kampungan) saya tak mahu eksposekan diri jika saya ke surau atau masjid. Lagipun jarang teramat saya ke surau berbanding ke library. Ikhlas cakap.
Di serambi tersebut saya juga nampak tuk iman bersila lendik sedang gulung rokok daun, bersantaian bersama beberapa orang ahli surau yang juga duduk bersila. Maklumlah tadi lepas berdoa kami makan. Di kampung begini, ginilah gayanya... kami saling bersalaman, bertanya khabar, bermanis muka, dan merokok bersama (bukan semayang saja beriman, merokok juga beriman, he he he). Saya tidak merokok walaupun saya perokok. Entahlah, saya tak selesa merokok di surau atau masjid.
Dari serambi surau nampak bulan yang terang, bintang yang berkelipang. Suasana amat nyaman, burung-burung berkicauan (burung belatuk), jem dan jerebu tidak ada, rasa sangat kekampungnya. Alangkah indahnya...
Topik politik, sosial dan ekonomi dibincangkan dengan tertib. Saya juga ada memperbetulkan pandangan ahli surau bila sampai kepada bab-bab ekonomi. Namun saya betulkannya dengan cara berhemah dan rendah diri. Semua yang ada di situ lebih tua daripada saya dan Jimang.
Siapa Jimang? (sebenarnya Jimang tu hanya nama samaran, kalau diikutkan hati saya beri nama `beruk' saja, atau `babi hutan!').


Jan: Minat cerita Planet of the apes...

Tuesday, September 20, 2011

Kalau dia bercerai...

Kalau dia bercerai saya tidak tahu pihak mana yang akan lebih untung atau rugi... Dia mungkin rugi sebab bininya seorang guru yang banyak harta... Atau bininya rugi sebab hilang seorang lelaki.
Cuma bagi saya, saya dapat banyak untung. (Tentulah penceraian tersebut juga ada baik dan buruknya. Antara yang mungkin saya dapat:
Saya akan dapat semula seorang sahabat yang sangat baik. Saya akan dapat suruh dia bawak (pandu) kereta saya jika saya berjalan jauh (balik kampung dan sebagainya). Saya boleh kol dia bila-bila masa bila saya mahu jalan-jalan ke mana-mana.
Namun demi allah (unsur agama) saya tidak berniat mahu melihat dia bercerai jika bersatu adalah terbaik. Namun untuk mencegah satu penceraian di mana di dalamnya ada yang teraniaya, bukan kudrat kita. Biarlah pejabat kadi uruskannya. Saya sudah menasihati dan tiba masanya saya biarkan mereka (pihak berkelayakan) membuat keputusan.
Di pihak saya, saya sedia hulurkan kedua belah tangan saya, dengan syarat dia kena cepat sembuh dan tidak meratap hiba atas penceraian tersebut...


Jan: Ada pihak mengatakan dia akan semakin nak bercerai sebab dia lihat hidup saya bebas, aktif dan bahagia... Ya allah mereka hanya melihat luaran...apa yang saya lalui hanya allah, saya dan Azniza saja tahu...

Oh mengapa...



Sudah 2, 3 hari dia tidak sms saya. Saya lega bercampur resah. Namun saya percaya tidak lambat-cepat saya akan menerima sms daripada dia yang menyatakan dia sudah ceraikan bininya. Dia sangat-sangat benci kepada bini dia. Saya tahu.
Saya dapat rasakan tiada apa yang sudah boleh dibuat untuk menyelamatkan rumahtangganya. Saya tidak akan ambil kisah jika dia bukan sahabat baik saya. Dia sahabat baik saya, mungkin yang terbaik yang pernah layan saya di muka bumi ini. Saya ada bukti.
Mungkin perceraian adalah yang terbaik, sebab itulah ia sesuatu yang dihalalkan. Kita tidak diminta hidup merana oleh dek orang yang tidak sayangi kita. Saya rasa kesihan untuk kedua belah pihak. Namun gembira dan duka perkahwinannya, merekalah patut tanggung, saya cuma makan bunga telur sahaja...
Saya pernah dengar dia menyumpah seranah bininya melalui handphon. Dan segala binatang yang tidak halal divokulkan oleh mulutnya. Mulutnya yang saya percaya suatu waktu dulu amat manis dan bermadu seri rayu... Rayuan sukma untuk kekasihnya (sekarang bininya).
Saya hanya menasihati mana yang patut sebab dia kaki masjid dan pernah bertabligh. Dia tahu halal haram dan selok agama berbanding saya yang terkadang ala USA...Paris dan Qualerberg (Kuala Berang, Hulu Terengganu).



Jan: Mangapa orang yang paling kita sayang menjadi orang yang paling kita benci? Mengapa...

Pokok manggis III : Perihal pucuk

Semasa ayah saya mula tanam pokok manggis ini hati saya tengah parah terluka. Namun apalah yang saya boleh buat, saya insan biasa. Saya teruskan jua kehidupan ini. Saya berpura-pura tidak ada apa-apa yang berlaku.



Pokok manggis ini lambat besarnya. Saya tahu saya kena bersabar. Dan dalam bab-bab sabar ni saya rasa saya sudah pakar. Kalau tak mungkin lama saya dah memadamkan diri...



Pokok manggis ini memerlukan teduhan. Kalau tak pucuk dia akan terbakar hangus seperti hati retung ini. Ikhlas cakap saya tak pernah membaja pokok manggis ini. Saya tidak tahu sukatannya, jika dibubuh banyak, mungkin mati...


Ikhlas cakap saya tak pernah tak mencuba mengubati hati ini... saya selalu mencuba.

Gambar di atas pokok mangga pertama kali berpucuk baru. Saya rasa dalam setahun ada 2 kali jea dia berpucuk. Dia tidak seperti pokok lain yang selalu berpucuk.

Dan seperti hati ini, tidak ia selalu berputik kasih...(pulak dah).





Masa berlalu, saya sudah buangkan teduhan yang menaung pokok manggis saya ini. Dan sekarang pokok tersebut sudah mula pandai berpucuk-pucuk. Masa akan terus berlalu, dan pokok ini akan terus berpucuk. Semoga jangan mati pucuk. Nantikan merana dalam diam...

Masa berlalu, saya telah membunuh kenangan. Namun kenangan itu tidak semati-matinya. Kerana kenangan itu adalah saya dan saya adalah kenangan (kami bersatu)... Saya cuba membunuh kenangan tetapi kenangan itu tidak mati. Saya cuba bunuh diri saya namun diri saya juga tidak mati. Kerana diri saya adalah kenangan yang tidak akan mati...

Jan: suka pucuk muda...(cicah budu)

Monday, September 19, 2011

Belangungkawa: Kucing dalam kenangan




Kucing besar yang selalu datang rumah saya sudah mati.
Pada suatu petang kawan saya datang rumah beritahu kucing itu mati di bawah keretanya. Saya terus pergi ambil kucing tersebut...
Saya sudah menduga kucing itu akan mati sebab dia terlalu tua dah.
Sebelum ini. Jika dia tak ke rumah saya, saya tertanya-tanya mungkin dia sudah mati. Saya selalu berfikir dia akan mati di tepi jalan atau longkang. tapi tuhan izinkan saya melihatnya buat kali terakhir...
4 tahun dulu kucing inilah menjadi teman karib saya. Perhubungan kami aneh, kami tak banyak bercakap sebab dia sombong sikit berbanding dengan kucing lain. Dia juga suka bergerak secara solo. Dia tidak seperti kucing lain yang selalu menerpa ke arah saya bila lapar. Dia hanya datang dan renung saya, dan saya tahu dia lapar. Saya akan beri makanan asing untuknya. Dia tidak suka berebut dengan kucing-kucing lain.
Jan: Kawan saya beritahu di syurga nanti tuhan akan penuhi apa saja permintaan kita. Antaranya saya nak minta ialah saya nak jumpa kucing-kucing yang pernah sayangi saya, termasuk Jhonny dan Kafie... (kucing saya masa saya di 6 rendah).

Kawan datang beraya 2011

Suatu pagi ketika saya sedang duduk bersantaian di kerusi batu, saya terima sms daripada Nora (rakan pensyarah). Nora dan kawan-kawan nak datang beraya. Saya beritahu tak ada masalah. Saya pun tak ke mana hari tersebut, rehat kat rumah jea.

Petangnya saya terus ke kedai beli sebelah ayam untuk dimasukan ke dalam mee goreng. Memang biskut raya dah habis. Saya juga beli kek coklat dan kek biasa. Gambar di atas adalah bahan-bahan nak buat mee. Telur, bawang, lada dan tomato semua dah ada dalam peti. Saya cuma beli ayam dan sawi.



Gambar di atas adalah Nora dan Zue. Mereka datang tanpa suami masing-masing...(mereka tak ada suami). Saya juga menyambut mereka tanpa isteri (saya pun tak ada isteri, he he he).





Gambar di atas yang baju belang tu adalah Amy. Sebenarnya Amylah yang datang masak mee goreng tersebut. Terbalik kot kan? Tetamu pulak yang kena masak. He he.


Tetapi di dunia ni banyak perkara yang tak logik contohnya walaupun saya banyak berkorban tapi akhirnya saya dikhianati, ditikam dari belakang tanpa belas kasihan tak berhati perut. Saya dijadikan bagai orang yang tak berbudi. Hanya allah sahaja yang tahu betapa runtuhnya harapan saya untuk melihat hari esok...Tetapi saya teruskan jua kehidupan ini. Peritnya allah saja yang tahu...



Saya tak sempat nak berkemas, habuk di sana sini. Namun saya alihkan barang-barang yang bersepah ke bilik belakang, he he he.








Air juga disediakan oleh tetamu, he he he. Bestkan? Saya tak payah buat apa sangat. Makan jea. Mee goreng Amy sedap. Tak sangka dia boleh masak. Mungkin dia boleh buka kedai makan bila bersara nanti. Saya mungkin bekerja di kedai dia sebagai maskot kedai.




Mee, keropok dan kek sahaja. Maklumlah orang bujang (terlajak...).






Mee goreng Amy...



Farah menghidangkan air... Farah juga datang tanpa suami...(dia masih mencari kot). Maklumlah di dunia sekarang ni dalam selori belum ada satu lelaki yang baik budi (memetik kata-kata kakak saya).



Tima kasih kepada Amy dan Zue yang sudi bertandang ke rumah saya yang tak seberapa ni. Tima kasih teramat kepada Amy yang sudi buat mee goreng. Saya sebenarnya takut nak buat sebab takut tak jadi...Lama sangat dah saya tak masak.


Jan: Ada juga yang sudi datang beraya...terharu.

Thursday, September 15, 2011

Majoriti yang salah...




Dulu saya buat satu ekpriment dalam kelas saya. Saya tanya pelajar saya sama ada setuju atau tidak kuliah minggu depan dibatalkan atau ditangguhkan, hampir semua pelajar angkat tangan tanda setuju... Wal hal silibus masih tidak habis lagi dan masa saya terlalu suntuk dah. Tapi majoriti setuju!

Majoriti tidak semestinya betul. Saya mesti mengikut ketetapan jadual dan imbangan minda saya sama ada tindakan itu perlu atau tidak. Saya tidak akan meletakgunakan sistem demokrasi kerana sistem ini juga ada kelemahannya.

Adakah sebagai pemimpin kita mesti menerima permintaan majoriti rakyat, memenuhi keperluan mereka (kalau tak mereka tak akan undi kita?)? Dan persoalannya cerdikkah rakyat kita dalam menilai apa yang terbaik untuk mereka? Bagaimana tahap pelajaran masyarakat kita, corak kehidupan dan apa bahan bacaannya? He he he.

Kita ada konsep demokrasi terpimpin, yang membawa makna pemimpin membawa negaranya ke suatu arah pembangunan yang pemimpin itu yakin akan definasinya dan destininya. Pemimpin memimpin rakyat melaksanakan apa yang mereka (para pemimpin) rasa betul tanpa melihat kepada bantahan rakyat. Kerana ada sesuatu dasar mengambil kesan yang lama untuk melihat kejayaannya.

Jan: kumpulan minoriti, h e he he...

Wednesday, September 14, 2011

7 panduan mengadakan rumah terbuka...

Di sini saya perturunkan panduan untuk sesiapa yang ingin mengadakan rumah terbuka. Setelah beberapa tahun membuat pemerhatian, saya perturunkan beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh tuan rumah, antaranya:
1. Pilih hari dan masa yang sesuai.
Pada hari raya pertama dan kedua biasanya masyarakat kita beraya sesama keluarga mereka. Bagus juga dengan diadakan rumah terbuka pada mana-mana hari sabtu atau ahad selepas hari raya, bolehlah kita beraya di rumah kawan-kawan kita. Atau kawan-kawan kita beraya di rumah kita. Kita raikan khas untuk mereka. Walaupun mereka sepejabat? He he he.
Dan ingat, jangan lah sesekali kita buat rumah terbuka sama tarikh dan masa dengan jiran sebelah rumah atau majlis rumah terbuka bos kita. Bos kita yang memberi nilaian prestasi kerja kita untuk mendapatkan bonus dan inkrimeng...
2. Pastikan tepat masa pintu rumah terbuka.
Ya lah kan, kalau tertutup macam mana nak masuk? Maksud saya kalau boleh dari luar tetamu dah nampak ada majlis. Begitulah saya dan Din (kawan saya) yang teragak-agak masa nak pastikan adakah benar tuan rumah adakan majlis berbuka sebab depan rumah dan tepi sliding door tak ada pun mee atau air oren... Lama kemudian barulah kami nampak mereka mengusung meja ke ruang kereta dan meletak makanan.
3. Niat tu penting (unsur agama).
Tanggungjawab tuan rumah ialah niat ikhlas untuk mengeratkan silaturrahim kerana Allah Ta'ala dan tidak ada niat untuk menunjuk-nunjuk atau riak. Janganlah niat nak membandingkan kelebihan-kelebihan antara satu sama lain, termasuk pasu. Buatlah kadar kita, mampu kita... Kalau jiran kita pasang khemah, janganlah kita nak pasang khemah, wal hal kawan kita ada la dua tiga kerat. He he he.
Jangan biarkan amalan rumah terbuka memungkinkan datangnya beban pada pihak tertentu. Kita atau tetamu...
4. Senaraikan dengan teliti
Tang mengajak/menjemput ni sensitif sikit. Jangan kita suruh orang lain mewakili kita (kecuali ada sebab yang konkrit, contoh mulut bengkak) untuk menjemput tetamu. Kalau boleh kita sendiri menjemputnya, lebih manis berkrim, atau antar je email. Selamat datang ke dunia siber.
Dan haaaa... jangan pula kita terlupa jemput orang yang jemput kita ke rumah terbuka mereka...he he he. Kalau terlupa silap besar tu sayang... Apa kita nak jawab?
5. Boleh selitkan unsur agama
Amalan rumah terbuka adalah adat dan amalan biasa sahaja bukannya budaya Islam pun, namun jika niat tuan rumah itu ikhlas untuk menjamu tetamu dan mengeratkan silaturrahim amalan ini molek sangat.
Kata kawan saya yang beraliran agama molek jika tuan rumah memulakan rumah terbukanya dengan bacaan doa selamat dan tahlil agar perkara baik yang dilakukan beroleh rahmat daripada Allah.
6. Pastikan makanan dan layanan cukup
Perkara ini pernah terjadi pada kawan saya. Makanan tidak cukup. Senang sahaja bedah siasatnya, dia oder makanan tak mencukupi jumlah para tetamu. Dan ada tetamu yang bengong tau pau sedangkan majlis tak selesai lagi.
Sebab itulah tuan rumah kena perhatikan dengan peka. Sebab kita nak menjamu orang, bukan kambing...
Kalau para tetamu kita ramai, carilah pembantu untuk menolong kita takut nanti tak menang tangan (tak selesa) nak layan tetamu.
7. Ucapan terakhir tuan rumah
" Terima kasih laaaaa...kerana datang" Masa nak sebut `la' tu kena panjang sebagai menampak kan keikhlasan dan kesungguhan kita. Kalau nak tambah " Maaflah kalau ada terkurang..." pun boleh. Masa tu kena senyum dan manis muka, jangan masam dan pakai spek hitam!
Jan: Malam ni saya nak ke rumah terbuka gabungan 10 orang sahabat! Pasti hebat!

Tuesday, September 13, 2011

Perihal rumah terbuka dan satey




Banyak makanan di atas meja, ada nasi minyak, nasi dagang, mee goreng, ketupak rendang dan soto. Biskut raya pun ada. Namun saya dapati makanan yang paling laris adalah satey.

Saya duduk di penjuru kerusi sofa (Sofa L), saya perhatikan gelagat rumah terbuka kawan saya. Tadi saya dah jamah nasi minyak, saya rehatkan perut seketika untuk makan soto...nanti.

Rumah terbuka ini bermula pada pukul 5 petang sampai 11 malam. Rajin yea tuan rumah melayan tetamu. Kalau saya tak kuasa lah lama-lama. Saya akan pilih pukul 8 malam sampai 10 jea. He he he. Memang saya terus nak balik selepas makan tadi tetapi tuan rumah suruh duduk lepak dulu dan balik pukul 11 malam. Katanya kalau balik, malam ini kena datang lagi.... "Nanti ramai kawan-kawan datang tak seronok kalau Man tak ada..." Tambah tuan rumah. Saya yang naik riak, terus duduk untuk seketika.

Tapi ni cerita satey. Secucuk satey harganya dah 50 sen. Kalau kita makan 5 maknanya RM2.50. Namun saya lihat sekeluarga tersebut makan lebih daripada 5 cucuk seorang, he he he. Katalah kalau makan 5 cucuk, rm2.50 x4 = RM10. Maklumlah 4 anak tengah besar suka makan satey. Saya juga lihat pasangan suami isteri tersebut juga giat makan satey. Mereka makan satey dulu baru makan makanan lain. Secara kasar saya menjumlahkan lebih daripada RM15 bagi keluarga tersebut sahaja... kalau 10 keluarga dalam RM150...saya menghitung.

Saya bukannya mengira/kedekut tetapi saya kesian sebab tetamu yang selepasnya tak dapat pun merasa satey. Saya rasa kalau pergi rumah terbuka kena juga berhati-hati dalam makan, maksud saya makanlah 3 cucuk sahaja sebelum makan makanan lain. Sebab satey yang disediakan adala sebagai sampingan sahaja.kalau lapar sangat nak makan satey pergilah ke kedai satey, he he he.

Mahal juga harga satey kan, ya lah sekarang semuanya mahal.

Jan: Kemudiannya masa saya makan soto tu, saya makan dengan tertib, saya bimbang ada pulak orang mengira berapa ringgit harga makanan yang saya makan, he he he.

Apa maksud `rumah terbuka'?




"Bila Man nak buat rumah terbuka" Saya disapa ketika melenggang turun tangga nak ke tempat pakir. Hari ini saja sudah 5 orang yang tanya. Saya agak rimas sebab saya memang tak bercadang langsung nak buat rumah terbuka. Kepada saya, kalau sapa-sapa nak datang beraya di rumah, silakanlah... Datanglah bila-bila masa, cuma beritahu dulu. Nak kemas rumah sikit, he he he.

Seingat saya konsep rumah terbuka lahir daripada perubahan kemodenan masyarakat kita. Zaman kucing kiron dulu konsep ini tidak ada. Pada awalnya saya dapati pelopor rumah terbuka adalah merujuk kepada membuat jamuan raya berskala besar dan dihadiri oleh pelbagai masyarakat majmuk. Mereka adakan jamuan ini di padang, dewan atau ruang pejabat. Mereka gunakan perkataan `rumah' walaupun jamuan tersebut diadakan di padang bola. Bukannya kita nak pengaruhi mereka (yang bukan agama islam) masuk agama kita tetapi lebih kepada memupuk persefahaman dan perpaduan.



Apabila masa silih berganti dan pabila senja melabuhkan layarnya (stail Ziana Zain), konsep rumah terbuka didefinasikan pula kepada tindakan isirumah yang menjadikan satu hari khas sebagai hari untuk meraikan hari raya (selain hari pertama raya). Biasanya selepas seminggu raya. Dan biasanya jamuan ini menyediakan makanan berat. Kalau isirumah buat rumah terbuka tetapi hanya jamuan ringan, tengoklah nanti apa yang diumpat di pejabat, kantin dan tempat bangku tunggu penjual ikan (biasanya di kampung). Selamat datang ke Malaysia.

Konsep rumah terbuka kini menjalar...tetapi bukan barang wajib diadakan... tak buat tak apa. Kan?

Oleh kerana isirumah saya adalah saya (terkadang kucing jiran), maka bukan sesuatu yang senang saya nak organisasikan satu `rumah terbuka'. Sebab itulah saya tak buat rumah terbuka secara solo. Dan saya rasa tak selesa pulak bila ditanya bila nak buat rumah terbuka setelah saya menghadiri rumah terbuka mereka, he he he.

Namun oleh kerana saya agak terkenal (perasan tak habis-habis, sepatutnya sedarlah diri sikit, masa dah berlalu...), saya buat juga rumah terbuka dengan berpakat dengan kawan-kawan rapat saya. Rumah terbuka tersebut tidak diadakan di rumah saya atas faktor ruang sempit dan bimbang anak kawan-kawan musnahkan pasu-pasu saya... Saya buat di rumah kawan saya yang besar, dan tak banyak pasu. He he.

Jan: Rumah terbuka, hati tertutup?...tertutup hatiku. Biarpun pedih kuteruskan jua...(pulak dah)

Rumah terbuka? Saya tak dijemput...

" Saya tak dijemput..." Saya tunduk dan buat-buat malu (sebenarnya memang malu pun, he he he).

" Eh, kan Mang kawan baik dia, tak kan dia tak jemput". Kawan saya yang bujang talang (bercerai tapi tak ada anak) makin galak bertanya.

" Itu dulu, lagipun saya pensyarah biasa" Kata saya walaupun dalam hati terkilan jugak sebab saya tak dijemput. Sedangkan dulu kat bus stop, masa dia berlari dalam hujan (sebab cinta tak diterima oleh kawan saya), sapa yang sabarkan dia? (kira mengungkit la ni, he he he).

Tapi memang konsep rumah terbuka ni kena ada jemputan sebab bukan datang beraya secara biasa...

Jan: Kan? kan?

Monday, September 12, 2011

Ulasan Buku: P Ramlee: The Bright Star

Semester baru akan bermula pada 19hb 9 minggu depan. Sementara masih ada masa, saya beli beberapa buah buku untuk dibaca. Bila semester bermula saya tak ada banyak masa untuk membaca buku (alasan ni...he h eh). Maka antara buku yang telah habis baca (selepas raya) ialah P Ramlee: The Bright Star yang ditulis oleh James Harding.
James Harding (dr) ini dulu merupakan pensyarah di di Universiti Greenwich. Beliau pakar dalam muzik, teatre dan kesusateraan Francis. Banyaklah pencapaian beliau yang saya tak mampu tulis di sini. Kalau kira, dah lebih 20 buah buku beliau hasilkan (kita ada buku 5 je...he he he).
Tetapi yang menariknya, beliau menulis mengenai P Ramlee kita. Kawan-kawannya di sana pelik sebab sebelum dia mati, dia selalu berulang alik ke negara kita untuk kaji P Ramlee kita. Dia minat giler pada hasil karya P Ramlee. Dengan bantuan Ahmad Sarji (Tun), beliau hasilkan buku ini.
Beliau kagum dengan P Ramlee kerana P Ramlee banyak menggunakan ilmu dalam menghasilkan karya. Malah dia beritahu dalam bukunya P Ramlee adalah luarbisa. Saya ada kawan yang tak suka cerita P Ramlee. Saya no komen...(saja jea kata no komen, kot-kot nanti saya posting satu penulisan komen pasal dia, he he he). Buku ini setebal 280, terbitan MPH juga. Harga RM39.90. Oleh kerana diterbitkan dalam bahasa inggeris, saya membacanya dengan lambat dan lemah gemalai, dan dengan bantuan Dewan Bahasa dan Pustaka (kamus dewan). Oleh kerana buku ni orang luar buat, saya dapati ada `index' kat belakang. Senang kita nak buat rujukan. Ada senarai lagu dan lengkap dengan butirannya.
Gambar pun ada....
P Ramlee, ada karisma yang tinggi dan auranya walaupun Jins, Ahmad Mahmud, Mustafa Maarof (sekadar menyebit beberapa nama) lebih `balak' dan handsum tetapi P Ramlee terhebat! Tiada tara gaya dan pesonanya... Lihat gambar di atas, dengan pokok buluh pun beliau bergambar.
P Ramlee masa muda...remaja. Gel rambutnya bukan main banyak yea...
Ayah dan ibu P Ramlee...
Buku ini lebih merupakan kajian dan perincian akademik tentang P Ramlee. Kalau pihak luar nak tahu tentang P Ramlee kita, moleklah mereka syorkan membaca buku ini. Kalau nak beri buku Melayu, haram mereka tak faham.
Setelah saya membaca buku ini, kekaguman saya kepada P.Ramlee menjadi berlipatganda/kuasa dua. Jan: Sayu dengar lahu "Engkau laksana bulan"....

Rumah terbuka yang tertutup...

Gambar: Sekadar hiasan...







Hujung minggu lalu saya ke rumah kawan biasa saya (kawan tak rapat). Sempena raya ni dia buat rumah terbuka yang tertutup, he he he. Sebenarnya saya tak nak pergi ke rumahnya tetapi sebab dah satu kereta dengan kawan-kawan lain, saya pun ikutlah.


Biar saya terangkan maksud rumah terbuka yang tertutup tu dalam posting ini. Saya rasa jika saya bukan seorang pensyarah yang handsum tentu saya tak diundang. Para tetamunya terdiri daripada doktor, loyer dan seleberiti domestik (terkenal tapi peringkat daerah je).


Ya allah rumahnya cantik. Majlisnya nampak rasmi sangat. Semasa saya dan kawan saya masuk ke rumahnya bak rusa masuk supermarket. Semua orang pandang kami. Kami berpakaian santai sangat. Kawan saya pun pakai baju kurung jea, tak bermake-up. Sedangkan tetamu perempuan lain pakai sangat cantik dan sekdi dihiasi batu permata...he he he. Tanpa make-p tu, saya nampak kawan saya macam mayat hidup di tengah-tengah perempuan-perempuan cantik yang lain. He he he.


Makanan di rumahnya ya allah sedap giler. Semua kek adalah daripada Sekeret Rasipi. Air oren dan air ribena mereka tak main (mereka tak sediakan). Saya tak tahu air apa tetapi sedap airnya walaupun masam sikit.


Di dalam kereta semasa ala balik, saya buat satu pengumuman kepada kawan-kawan saya. Saya kata " Tulah sebenarnya contoh yang baik bagi rumah terbuka yang tertutup". Kawan saya hanya jemput kawan berjawatan pegawai ke atas sahaja, kerani dan opis boy ke, mereka tak main (tak dijemput).


Saya pernah dengar dulu dia kata (kawan saya kata) " Saya ni berkawan dengan semua orang, tak kira siapa".


Jan: Tahi... (dalam bahasa Melayu)

Friday, September 9, 2011

Hilangnya pejuang bahasa Melayu

Ditulis oleh Ku Seman Ku Hussain (Dikemaskini pada 6 Sep 2011), Hilangnya Pejuang Bahasa Melayu, Utusan Melayu, 04.09.2011.


KEPADA pejuang bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan nasional, tidak usahlah menganggap kepulangan pejuang bahasa Melayu, Datuk Hassan Ahmad satu "kehilangan" kepada bangsa dan negara. Mereka tidak kehilangan apa-apa.






Dalam perjuangan memartabatkan bahasa Inggeris, kepulangan seorang yang bernama “Hassan Ahmad” pada 31 Ogos lalu pada usia 75 tahun bukan kehilangan.

Mereka yang berasa kehilangan adalah rakan seperjuangan dan pencinta bahasa Melayu. Ini kerana kepulangan Hassan adalah gugurnya tokoh yang berjuang meletakkan bahasa Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan. Hassan lantang mengutarakan pandangan, penuh tanggungjawab tanpa bimbang kedudukan terjejas. Hassan sanggup turun ke jalan raya memprotes Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), satu-satunya pendekatan mengubah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, seterusnya meminggir bahasa Melayu secara terhormat dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Ada sesetengah pihak menganggap pejuang bahasa Melayu menolak bahasa Inggeris kerana mereka tidak mahir bahasa Inggeris. Ini salah sama sekali kerana banyak pejuang bahasa Melayu mahir bahasa Inggeris. Hassan juga mahir berbahasa Inggeris. Tetapi mahir berbahasa Inggeris bukan bermakna mahu menggantikan kedudukan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Buktinya Hassan bukan seorang yang menentang bahasa Inggeris, cuma yang ditentang ialah merendahkan kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Hassan mendapat pencapaian peribadi tertinggi sebagai Duta Malaysia ke UNESCO pada 1988. Tetapi baginya , kejayaan sebenarnya ialah apabila berjaya meletakkan kedudukan bahasa Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan. Bagaimanapun hingga hari terakhirnya bahasa Melayu terus dipinggirkan termasuk kalangan pemimpin Melayu sendiri.

"Dasar Bahasa Kebangsaan kita semakin melemah. Ini memusnahkan nilai bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, sedangkan selama 30 tahun bahasa Melayu sudah terbukti mampu melahirkan banyak ahli sains dan perubatan serta pakar-pakar dalam pelbagai bidang," demikian tegas kepada saya dalam satu wawancara pada tahun 2009 mengenai bahasa Melayu.

Jawatan

Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1976 hingga 1988 ini seorang yang sangat mencintai bahasa Melayu. Buktinya Hassan sanggup meletak jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah Pontian pada 1962 untuk menjadi Pegawai Penyelidik di DBP pada 1963. Kalau memilih kedudukan dalam masyarakat, Allahyarham tentunya tidak meninggalkan jawatan itu untuk menjawat jawatan yang lebih rendah dan tidak popular.

Walaupun Hassan pulang terlalu awal dalam keadaan bahasa Melayu yang merempat di negara sendiri, setidak-tidaknya meninggalkan satu jalur perjuangan kebahasaan dan kesusasteraan kepada generasi selepasnya. Hassan tidak pernah jemu dengan perjuangan bahasa Melayu yang selalu menemui jalan buntu, malah terus bersemangat menyampaikan pidato, menulis dan memberi kenyataan kepada media tentang bahasa Melayu.

Menduduki kerusi panas Ketua Pengarah DBP memberi peluang kepada Hassan mentadbir institusi yang ditugaskan membina dan mengembangkan bahasa dan sastera. DBP diperhebat sebagai penerbit karya-karya kesusasteraan dan bahasa Melayu yang terbesar di negara ini. Kesungguhan dan pengalaman yang luas dalam lapangan penyelidikan menjadi pemangkin pentadbir yang cukup disegani. Malah telah memberikan perhatian yang serius terhadap perancangan bahasa dan sastera. Dari segi bahasa, DBP bawah pimpinannya berjaya memperkemas dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang moden dan saintifik. Serentak dengan tugas tersebut, DBP juga telah menumpukan lebih perhatiannya kepada masalah kesusasteraan, malah memperluas kegiatannya dan menjadi penerbit buku kesusasteraan Melayu yang terbesar di negara ini.

Hassan dilahirkan pada 8 Disember 1936 di Muar, Johor adalah anak sulung daripada lapan adik beradik dan menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Mersing (1942-1943) dan Sekolah Melayu Muar (1945-1948). Kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi Muar hingga lulus peperiksaan Sijil Persekolahan pada tahun 1955. Memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan lulus Sijil Tinggi Pelajaran (1957). Mulai tahun 1959, Hassan melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera.

Hassan adalah antara 13 mahasiswa yang menentang cara pengajaran dan sistem pengajian Melayu di universiti ketika itu. Malah pernah berucap bagi pihak kumpulan 13 menyeru supaya diwujudkan suatu sistem pengajian terbuka. Turut terlibat sama dalam peristiwa itu ialah Allahyarham Ali Haji Ahmad dan Kassim Ahmad. Ternyata perjuangan Hassan terhadap bahasa dan kesusasteraan semarak sejak zaman remaja lagi.

Antarabangsa

Sebagai Ketua Pengarah DBP, Hassan kesempatan melawat ke luar negara atau menghadiri persidangan-persidangan antarabangsa di Amerika Syarikat, Eropah, Rusia, India, Jepun, Korea, Filipina, Thailand, dan Indonesia. Pada tahun 1982, Hassan diundang oleh National Book Trust of India mempengerusikan salah satu sesi dalam Seminar on Book For All at Low Cost di New Delhi. Kemudian sewaktu Persidangan Editor Asia di Singapura pada 1982 Hassan diundang membentangkan kertas kerja mengenai masalah dan teknik terjemahan serta adaptasi. Ternyata tumpuan utamanya bukan sahaja terhadap lapangan perancangan bahasa dan sastera malah malah dalam bidang terjemahan. Setakat ini tiga buah buku tentang organisasi dan pengurusan telah diterjemahkan, masing-masing berjudul Eksekutif yang Berkesan (1984), Aspek Kemanusiaan dalam Perusahaan (1984), dan Sukarnya Membuat Pilihan (1986).

Di samping itu menghasilkan dua buku, Syair (1964) dan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan-Pertubuhan Khasnya (1966) yang kedua-duanya diterbitkan oleh DBP.

Setelah bersara dari DBP pada tahun 1988, Hassan dilantik sebagai Duta Malaysia ke UNESCO. Memandangkan pengalamannya yang luas dalam bidang penerbitan buku, sekembalinya ke Malaysia, Hassan dilantik sebagai Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan hingga akhir hayatnya.

Hassan pernah melahirkan kebimbangan kepada saya tatkala kami berjumpa tahun lalu mengenai sikap sesetengah orang Melayu terhadap bahasa Melayu. Pesannya saya ingat sampai hari ini, "Orang Melayu mesti sedar kalau mereka membiarkan bahasa Melayu musnah, perjuangan mereka juga berakhir sebab bahasa bukannya sistem linguistik sahaja tetapi alat membentuk pemikiran dan budaya bangsa. Kalau orang Melayu sudah tidak pandai lagi berfikir dalam bahasa Melayu, mereka akan jadi bangsa kacukan dalam berfikir."




Jan: Banyak berjasa orangnya...tokoh yang dihormati...tahu apa yang harus diperjuangkan dan berpanjangan perjuangannya.

Berita Harian Online | KWSP digesa beri dividen sejajar prestasi



Orang macam saya ni memang bergantung sangat kepada simpanan KWSP selepas bersara. Bukan apa, contohnya selepas bersara pun saya masih lagi kena bayar pinjaman perumahan selama 10 tahun dan ia melibatkan ratusan ribu juga. Maka saya menyokong benar agar KWSP beri dividen yang mengikut pasaran/prestasinya.
Mengenai kehebatan KWSP kita, memang seluruh jagatraya dah tahu yang sistemnya antara terbaik di dunia. Dan dana terkumpul juga antara terbanyak di dunia. Kita tak nak nafi, maka `terjemahkanlah' ianya dalam bentuk dividen.
Saya bukannya gesa mereka aktif berniaga (bimbang bangkrap pulak, he he he) tetapi tentulah kumpulan jumlah wang yang banyak itu, kalau diperam pun membawa kepada jumlah pulangan yang tinggi. Dan kita sedia maklum masa kini (dari dulu, hehehe) pulangannya adalah rendah bagi setiap individu pencarum (akhir tahun). Sebab itulah ada sistem yang kita boleh ambil dan laburkan dalam unit teras (trust).
Saya pecaya sangat keperluan terhadap wang, semakin kita dewasa akan semakin tinggi. Bila kita sudah berumur kita juga mahu dapatkan yang terbaik walaupun hanya keperluan, bukan kehendak.
Jan: Terkenang kepada ayah kawan saya, dia yang dah pencen beritahu kawan saya nak bayar sewa rumah pun mintak kat dia...no komen (buat masa ni).

Berita Harian Online KWSP digesa beri dividen sejajar prestasi

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home