Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, August 19, 2010

Pantun Ramadhan: Versi Bazzar

Sekadar hiasan...




Panas terik terpaksa berpayung,
Meniti pula jambatan reput;
Ramai orang berduyung-duyung,
Penuh sesak berlapar perut.

Pergi ke bazar bawa raga,
Mahu membeli serba maknika;
Hijau, kuning, merah saga,
Pelbagai juadah ada belaka.


lagi sekadar hiasan...



Berpakaian seksi tak kira bulan,
Walau hanya ke bazar ramadhan;
Awas kita memilih makanan,
Kurang takpa terlebih jangan.

Ke bazar ramadhan hari selasa,
Pergi pula waktu senjakala;
Menjual untuk berbuka puasa,
Memang dapat banyak pahala.

Ada penjual sangat bergaya,
Soup dijual tak sedap mana;
Ternampak juga biskut raya,
Pelbagai jenis rasanya sama.

Duduk seorang tak bermanja,
Balut sendiri segala duka;
Makanan dihidang di atas meja,
Hanya tunggu waktu berbuka.

Jan: Selamat ke bazar ramadhan.

4 comments:

uj said...

best ke berbuka sensorang mesti tak best kan..ke biasa ...

tak ajak geng ke berbuka sama...

Jankaulu said...

smalam brbuka di Majlis Kelab2 dan persatuan di kampus, sbelum ni brbuka dgan mak.

memang brbuka ramai2seronok, sbb tulah hajat nak cuti awal sminggu nak buka puasa kat kampung...kalau dapat buat sesuatu yg kita jarang buat tentu seronok...

stakat ni tak ajak sebab trlampau sibuk dgn program dan tugasan...

Unknown said...

ya allah..
saye suke betul kuih
yang atas dia kaler koko
bawah dia ade pulut tu..

sori..komen tak de kena mengena dengan entry..
gambo tu betul2
buat saye
tangkap lelh..

Jankaulu said...

orang kampung saya panggil nama kueh tu `tok aji serebang' mungkin zaman dulu seorang tok aji yang balik dari mekah memakai serban sambil menjual kueh tersebut.

saya pun suka (nak jugak) makan, saya latak dalam peti sejuk. bila sejuk sedap...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home