Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, October 29, 2009

Basah kuyup...

Sekarang petang-petang hujan lebat di daerah Muadzam. Tengahari panas memancar tidak sangka pula petang akan hujan. Buat masa ni kalau pagi dan tengahari nampak cerah memancar jangan gatal-gatal nak sidai baju ke, kain ke. Sah akan hujan lebat lewat petangnya. Itulah pemerhatian saya sejak dua menjak ni.
Kalau hujan lebat memang saya tunggu dulu biar reda sikit baru memandu pulang... saya buatlah kerja dalam pejabat sambil mengenang nasib diri, nasib bangsa, nasib negara dan dunia (nasib baik dan nasib sebaliknya).

Pada suatu petang nan lalu bila hujan dah nampak nak reda saya pun seperti biasa melenggang ke tempat parking kereta. Bila saya sampai saya terkejut. Ya allah kereta saya tak ada! Ke saya salah parking kat tempat lain?. Dengan bantuan beberapa orang mak cik mantaineng, barulah saya tahu, katanya:

'' En Sukiman parking dekat bangunan paling belakang sekali hari ni, bukan sisi bangunan''. Katanya memberitahu. Ada juga orang perihatin terhadap saya, terdetik di hati saya...
Memang saya selalu ajar parking merata sebab saya percaya saya kena asuh minda saya biar sentiasa segar dan aktif. Saya tak mahu parking satu tempat sahaja.

Hujan masih rintik, hari ini saya parking jauh pula dari bangunan. Saya berlari anak ke kereta sambil tangan menutup kepala dengan katelog Cavensi yang Amy berikan. Bagaimana Amy tahu sekarang memang saya tengah proses mencari perabut yang sesuai untuk konsep rumah saya nanti. Ke memang saya dah canang seluruh block pentadbiran? He he he.

Daripada jauh saya picit butang hijau. Bila sampai saya buka pintu kereta Myvi saya tu tapi tak dapat. Saya picit lagi tapi tak bernyala pun. Saya dah hampir basah ni..., saya rasa mungkin kunci sensor ni dah rosak. Saya picit beberapa kali tak bernyala, tak berbunyi. Saya cuba membuka pintu kereta beberapa kali tapi tak dapat juga.

Saya jengok dalam kereta. Ya allah, saya nampak tasbesh hijau dan CD yang digantung pada cermin kereta yang nak tengok kereta di belakang tu. Sah, ni bukan kereta aku. Bila pulak aku islamik?.

Selepas itu saya secepat kilat memandang ke kiri kanan untuk melihat adakah orang atau pelajar yang melihat gelagat Mr Bean saya tu. Nasib baik tak ada.

Saya terus berlari anak melalui beberapa buah kereta dan kali ini saya picit sensor kereta beberapa kali, menyala dan berbunyi. Saya buka kereta dan lihat ada himpunan CD Madonna dan Kak Pah. Hah sah kereta saya.

Inilah terjadi kalau saya sering lupa nombor kereta saya sendiri, payah nak hafal CCJ 8824. Saya rasa saya dah pilih nombor yang paling senang nak hafal. Kadang-kadang saya hafal dan ingat tetapi selalunya saya lupa...

Petang tu habis basah kusyen kereta, saya memandu pulang dalam keadaan basah kuyup. dah lama tak mandi hujan...


Jan: Tak semestinya orang bawak kereta tak basah waktu hujan kan, he he he.

Wednesday, October 28, 2009

Tuhan tak tunai...II

KETIKA kita baru mengalami patah hati, kita berdoa jauh di sudut hati yang dia tak akan bahagia dengan pasangan barunya. Kita berdoa sungguh-sungguh dia akan mendapat balasan atas apa yang dia perlakukan terhadap kita. Apa salah kita? Biar dia ditinggalkan sebek oleh kekasih barunya, baru padam muka. Tak sedikit lebih, tak sedikit kurang dia akan rasai apa yang kita rasa... Biar dia rasa terbakar seperti hangusnya hati kita yang rentung. Tup-tup kita dengar dia bertunang!


Kita berdoa pulak agar dia putus tunang, agar dia tetap akan merasai bagaimana mendungnya hidup ini apabila ditinggalkan kekasih. Bagaimana rasanya bila hidup tiada arah tujuan...Biar dia rasai apa yang kita rasai. Bila putus tunang lagi parah, biar dia insaf diri. Itulah pembalasan yang setimpal (kononnya) atas perbuatan puakanya itu...Tup-tup kita terima sekeping kad undangan, dia menikah!


Kita terus berdoa lagi agar perkahwinannya tak kekal lama, ada la tuhan balas nanti (kita libatkan tuhan...). Dia tak akan bahagia sebab dia membina kebahagian tersebut atas air mata kita. Mana ada kebahagian yang tumbuh kekal segar bugar bila ianya dibina atas kehancuran hidup orang lain? Mana ada! Kita nampaknya yakin benar memang tak akan ada. Kita pasang lagu kumpulan Lestari iaitu `Mahligaimu dari airmataku', kita pasang, kita layan, kita ulang. Kita pasang, kita ulang, kita layan.

Tuhan maha adil tak kan kita je yang merana, tak kan kita yang selalu terkena dan terduduk... Kita yang kurus kering ni terpaksa berhijrah ke negeri lain, daerah lain (daerah Pekan misalnya?) untuk mulakan hidup baru. Nak lupakan segalanya... nak bunuh kenangan.

Payah benar kita nak bangkit, bangun dan pandang dunia yang luas...tapi kita gagahkan juga kerana hidup perlu diteruskan... Dia sedap-sedap bersetubuh siang malam. Mana keadilan? Kita teruskan doa kita agar dia rasai apa yang kita rasai ini. Tup-tup kita dengar dia dah ada anak dan sedang mengandung lagi anak ke dua!

Ala ada banyak anak bukannya tanda kebahagian. Kalau bersetubuh tak pakai kondom tentulah beranak. Itulah fikiran singkat yang hanya kita mampu ada sebagai makanisme membela diri. Kita teruskan hidup sambil menunggu doa-doa kita dikabulkan...sambil tu kita selang-selikan doa-doa kita tu dengan sumpah seranah. Huh!

Ada orang nak kat kita sampai menangis-nangis pun kita tak layan, sebab kita asyik memandang satu pintu, kita tak nampak dah ada pintu lain yang terbuka...

Tup-tup kita dengar dia laki bini baru balik daripada mengerjakan umrah, pada masa itu kita juga baru balik dari Bali mengerjakan santai (pergi melancong...)

Maka kita terus berdoa lagi...he he he.


Jan: ...yang sudah tu sudahlah...jangan habiskan masa dengan meracun hidup.

Tuesday, October 27, 2009

Sharifah Aini dan bahasa inggerisnya...

Salah satu album inggerisnya yang bertajuk Rasa Sayang (feeling Love).





Sebagai peminat yang agak setia, saya perasan yang Kak Pah selalu bercakap dalam bahasa inggeris bila ditemubual oleh wartawan. Pernah dalam satu temubual saya dapati beliau bercakap seratus peratus dalam bahasa inggeris apabila wartawan menyoalnya menggunakan bahasa inggeris. Saya tidak boleh berbahasa inggeris dengan baik tetapi saya mampu untuk mengenali/mengetahui beliau menggunakan bahasa inggeris yang betul dan sebutannya sangat sempurna.


Ada pihak yang menulis dalam internate menyampah dengan sikap Kak Pah ini. Saya no komen. Semua orang bebas melahirkan pendapat. Cuma saya kagum dengan sikap mahu belajar beliau. Ketika beliau mula jejaki kaki ke Kuala Lumpur, sepatah haram pun beliau tidak tahu berbahasa inggeris.

Namun beliau gigih belajar bahasa ingeris dengan menghadiri kursus di Universiti Malaya. Saya tidak ingat nama pensyarah tersebut tetapi pensyarah itu bukan orang Melayu. Pada masa tersebut beliau selalu berulang alik ke UM dengan menyewa teksi. Begitulah ya kalau sudah nekad dan tahu apa yang dicita-citakan. Beliau mahu belajar bahasa inggeris kerana tahu kepentingan bahasa tersebut. Saya percaya semasa berulang alik ini tidak terlintas pun yang suatu hari nanti dia akan jadi jutawan dan dianugrahkan sebagai Biduanita Negara.

Hasilnya beliau dapat berkomunikasi dengan baik dalam bahasa tersebut dan telah berjaya merakamkan lebih sepuluh album inggeris. Saya ada la juga dengar lagu inggerisnya daripada keaterage ayah saya. Suaranya masih suara dan gaya Sharifah Aini, itu yang penting. Tak payahlah nak buat-buat jadi suara nyaring macam penyanyi kulit hitam atau berdesus-desus bunyi macam orang kulit putih.
Jualan album inggerisnya ketika itu purata 20,000 sahaja. Tetapi 20,000 pada masa tersebut sudah boleh dikatogerikan sebagai laris. Pada masa tersebut jualan album inggerisnya menandingi album inggeris Anita Sarawak dan Sudirman.

Dan dengan berbahasa inggeris juga beliau telah mengadakan beberapa persembahan concert secara ekslusif di Germany, UK, Holland, Hawaii, Kuwait, Bahrain, Saudi Arabia, Turki, UAE (Dubai, Abu Dhabi), Hong Kong, Korea, Taiwan, China, Japan, Australia, Thailand, Filipina, Brunei, Indonesia, dan Singapura.


Ketika artis sekarang yang terkeakeng soyok, terkinja-kinja konon nak go international atau dengan `world'nya...rupanya Kak Pah dah lalui semua itu. Beliau sudah `world'kan Malaysia pada zaman kegemilangannya. Cuma biasalah orang kita kurang meneliti sejarah dan menghargai apa yang telah berlalu, apa yang mereka pernah ada.
Jan: Masa sekolah dulu paling benci subjek bahasa inggeris, kedua PJ (pelajaran jasmani), dan ketiga...taraaa...matematik.



Tuhan tak tunai...

Kita tetap berdoa walaupun kita tau sangat adanya kemungkinan besar doa tu tak dipandang pun, he he he. Sebabnya? Sebab kita ni bukan jenis islamik sangat, he he he. Tetapi kita tetap juga berdoa kerana kita percaya tak kanlah orang yang islamik sangat je doanya didengari dan dikabuli...
Walaupun ala Amerika, kita penggemar Madonna dan bukannya Waheda, kita tetap berdoa. Kita tetap berdoa dan mengharap... sebab kita juga mengharap tuhan bertolak ansur...
Kawan-kawan kita pulak kata kalau kita nak kita kenalah berdoa dan jangan sesekali berputus asa, malah ustad yang ada di depan mata pun mengiakannya. Kita kena berdoa, kita kena meminta-minta, kita tak boleh angkuh!
Pada malam-malam sunyi kita bangun berdoa. Walaupun rasa mengantuk giler kita bangun jugak untuk pakai baju dan seluar sebelum berdoa. Tak kan kita nak berdoa separuh bogel walaupun dalam bilik tu kita je yang ada...
Doa tu kuat kuasanya, ajaib dan misteri... kita teringat kata-kata dari buku agama yang kita beli dari pasar malam. Lagipun kita tahu tak ada pada sesiapan pun lagi boleh menolong, banyak perkara adalah di luar kemampuan manusia. Kita percaya...kita pasrah.
Kita bangun sebab kita percaya sangat malam-malam hening disepertiga malam ia kemungkinan akan didengar dan dikabulkan... Lagipun kat mana lagi kita nak minta tolong? Kat mana nak mengadu nasib? Kalu cerita atau mengadu kat kawan, silap-silap haribulan dan tahunan mereka buat modal menjatuhkan atau memperlekehkan kita balik (kawan yang berbulu musang).
Kita cuba susuri hidup ini sebaik mungkin, kita usaha, kita buat yang terdaya walupun kita tahu daya kita tu tak cukup mana lagi untuk tuhan beri berkat. Tapi kita berdoa juga, lagi dan lagi...
Tahun berganti tahun, dekat berganti dekad, tiap hari kita berdoa...tiada bukti pun doa kita tu akan tertunai... kita berusaha dah terdaya dayi, sampai terduduk...
Tapi tak nampak lagi walaupun bayangnya...tapi kita terus berdoa, berdoa dan berdoa, he he he. Kita degil!
Jan: No komen...

Monday, October 26, 2009

Hotel Residence
















































Dua malam saya bermalam di Hotel Residence UNITEN, Putrajaya, 23-24/10/09. Hotel Uniten Putrajaya terasa selesa walaupun tak mewah. Harganya RM200 lebih semalaman.
Ada katil 2, sebab bilik dah penuh terpaksa juga tidur yang ada 2 katil. Seram jugak tengok katil di sebelah kosong...he he he. Kot-kot terjongol... jo oun, hantu jepun yang popular.
Tiba-yiba terfikir, tapi entahlah rasa mahal sangat sebab taklah mewah sangat...entah.

Kalau tak jadi wakil kepada bahagian akademik tak merasa la tidur dalam airkon, dan tengok cerita secara LCD.
Bila dekan suruh jadi wakil terus je setuju, he he he.

Sejuk nyaman terasa, maka tidur kenalah pakai baju. Kalau mati dalam tidor kira senonohlah sikit, he he he.




Hajat nak oder makanan ke dalam bilik, tapi tergamang bila tengok harganya. Huh mahal sangat. Sekadar angkat bawa ke bilik bukannya jauh sangat. Makanan dibawa guna lif bukannya tangga...Baik makan kat luar...






Jan: Best tidur, kalau boleh tak nak bangun...

`Knowing...': Kita tak tahu...


'' i always thought you were supposed to sense when the people you love are in danger but i didn't feel anything, life was just a string of random accidents and mistakes...''
Itulah kata-kata (quotes) Nicalos Cages (John Koestler) dalam filem Knowingnya yang menusuk hati saya.
Saya sambar DVDnya semasa ke Megamol, bila sampai rumah kakak kat Kem Galing, terus layan...

Dalam cerita tersebut beliau memegang peranan profesor duda (yang berterusan bersedih hati di atas kematian isterinya) dan yang tidak mempercayai adanya syurga dan neraka.
Dan kepercayaan ini makin utuh bila isterinya mati tertelang asap semasa menginap di hotel semasa dalam rangka kerja lawatannya. Pada masa isterinya lemas tertelan asap beliau berada di halaman rumah duduk saja-saja dan dia tidak terasa isterinya dalam bahaya.

Tetapi apa yang saya nak kupas bukan plot dan cerita tersebut. Saya hanya tertarik kepada kata-kata beliau tadi.
Saya tertanya-tanya...Ia ke bila kita sayangi seseorang itu kita akan merasai sesuatu ketika mereka dalam bahaya? Ke saja-saja nak sedapkan cerita?
Dulu memang saya amat mempercayainya, dan saya ada bukti. Walaupun aneh dan tak masuk akal tetapi saya mengalaminya. Kami melaluinya... Itulah cinta dan kasih sayang sejati yang penuh keajaiban. Sesuatu yang kita tidak tahu, sesuatu yang misteri (tapi bukan jenis misteri nusantara)...
Tetapi lebih banyaklah yang kita tak tahu tentang dunia ini kan...
Jan: Kalau dia curang? kita terasa tak?

Hidup ini sekejap sahaja...

'' Hidup ni sekejap sahaja...'' Itulah kata-kata Nik kepada saya di majlis PARHILO yang kami adakan minggu lepas. Di sebalik gurau senda dan lawak saya, saya sebenarnya sembunyikan duka nestapa.
Saya tidak mahu menolak atau membangkang kata-kata Nik kerena saya tahu itu sebuah pernyataan yang benar. Cuma berat untuk saya aplikasikan...
Dalam perjalanan hidup saya, ada saya berjumpa berbagai jenis manusia. Termasuk yang durjana, jahat dan puaka. Walau seribu tahun, seribu mawar tak bisa mengharumkan hati saya. Hati saya sakit, tercalar dan terkilan.
'' Serah ke tuhan, kita manusia biasa, biar tuhan yang balas...''. Kata mak saya pula apabila saya lahirkan kekecewaan yang sarat ini. Saya tahu mak saya selalu maafkan semua orang yang pernah menyakitinya di sepanjang jalan hidupnya. Dia tidak berdendam. Pelik.
Jan: Tetapi luka itu sangat dalam... aku malu.

Wednesday, October 21, 2009

Koleksi buku Lady D...





















Jan: Saya ada juga memiliki beberapa buku mengenai Lady Diana. Saya telah membacanya beberapa kali dan paling best ialah buku bertajuk The day Diana died...sedih pilu jugak membacanya...

Monday, October 19, 2009

Lelaki ini...

Kehendaknya tidak kompleks, dia hanya mahu memiliki wanita yang mempunyai kecantikan, cantik matanya memandang (kalau seksi bergaya kira bonouslah). Apabila mencari pasangan dia tidak cerewet. Dia tidak demand, dia tidak perlukan sifat lain yang kompleks seperti bijaksana, bertanggungjawab, berpandangan jauh, berpendidikan, bervisi, berani, kuat, beragama dan sebagainya. Kecantikan sudah melebihi segalanya, dia tidak tamak.
Apabila sudah menjadi pasangan di cuma mahu dijagai bukan disoal atau dikawal. Dia berharap rumahnya lebih kemas teratur berbanding zaman bujang. Dia mahu sentiasa ada makan dan minum di dalam rumah, dan boleh bersetubuh dengan kerap. Tak banyak mana dia mahukan daripada pasangannya, dia bersifat mudah. Kehendak golongan ini mudah (keperluan asas zaman batu atau ice age, sehingga kini mereka tak berevolusi sangat,he he he).
Namun begitu berada di sampingnya menuntut kesabaran, kesabaran, dan kesabaran (tiga kali tu, he he he) . Golongan ini sukar memahami kiasan yang kita berikan, kadang-kadang walaupun diksi kita tepat, dia masih kelihatan selamba dan tidak memahaminya. Apabila kita menangis barulah dia faham kita tersinggung dan bersedih. Memang golongan ini mudah memahami action berbanding drama. Eloklah kita baling pinggang mangkuk dan kuali untuk masa-masa yang sesuai, lahirkan action. He he he.
Dia gagal dengan cemerlang untuk membezakan antara merajuk dan kebiasaan. Walaupun anda telah lama hidup bersamanya (contohnya melebih 10 tahun), anda bukan sahaja masih tidak dapat memahaminya malah pada waktu yang sama anda juga merasai tidak difahami olehnya. Dia lebih faham/peka perbezaan pelbagai model kereta (yang bagi kita sama je iaitu ada stering dan empat tayar, he he he).
Dia tidak faham bahasa kiasan sebab dia selalu cakap secara diret. Lebih senang baginya jika menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas (mungkin golongan ini SPMnya, BM dapat 8). Dia tidak pandai lahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata, kita ni lah yang 24 jam kena berjaga-jaga dengan tindak tanduknya kerana selalunya perbuatannyalah melahirkan rasa hatinya.

Paling memboringkan, dia tidak pandai bercerita dan kalau dia nak buat jenaka, kita yang kena buat-buat tertarik dan ketawa (padahal taklah lawak sangat, lebih teruk daripada lawak Senario), tetapi penting untuk kita tunjukan kepadanya bahawa dia lucu. Hairan kan? Semuanya kita kena buat dan dia tak pernah sedar, he he he. Diulangi TAK PERNAH SEDAR, he he he.

Apabila dia ada masalah dia diam, bila dia marah dia diam, bila dia gembira pun dia diam juga. Payah juga nak menelaahinya.

Dia lebih rela menunggu di kereta berjam-jam atau duduk di kedai kopi seorang diri sambil membunuh diri secara perlahan (hisap rokok) daripada menemani kita membeli belah. Dan dia marah apabila kita membeli penuh troli walaupun sebenarnya semuanya menggunakan duit kita. Diulangi MENGGUNAKAN duit kita.

Jangan sesekali mengkritik, dia akan rasa terpukul. Dia merasai dia harus menjadi ketua yang semua keputusannya adalah betul dan tepat. Mungkin sebab itulah dia sukar untuk bersikap terbuka untuk menerima kritikan daripada pasangannya. Kita kenalah berhati-hati dalam memberikan pandangan. Jangan sesekali kita tunjukan kita bijak atau ada buah fikiran yang baik. Walaupun kita ada master dan dia ambik SPM tiga kali (tapi tetap tak score), tugas kita masih mesti menunjukkan bahawa dia pandai, hebat dan super berbanding kita. Dan kalau ada idea-idea yang bernas eloklah kita kata:

``Eh, laaaa.... kan abang yang bagi idea tu dulu''. Walaupun sebenarnya kitalah yang mencadangkan idea tersebut suatu waktu dulu, he he he. Huh!


Seperti budak kecil, sangat merbahaya membiarkannya bersendirian. Haruslah pastikan pagi petang kita tahu dia di mana, bukannya dia tak pandai berdikari tetapi golongan ini tak pandai bawa diri, he he he. Bimbang bila di luar jadi tak sedar diri pulak, haaa... Golongan ini tidak boleh dipercayai langsung apabila hilang dari pandangan mata. Mereka ini lemah luar dan dalam. Paling lemah yang dalam tu...he he he.
Kita mestilah berwaspada dan tahu dengan siapa dan jenis mana kawan-kawannya. Kalau boleh ambil alamatnya sekali, he he he. Buka apa supaya senang apabila ada apa-apa terjadi, senang istihar perang.

Sesayang mana kita kat dia, sekasih mana kita kat dia, secinta mana pun kita kat dia (dan perkara ini dia tahu), jaga makan minun, pakai dan segalanya itu tidak bermana dia tidak tergamak tinggalkan kita. Tidak ada suatu jaminan pun di dunia ini dia boleh setia, hatinya seperti daun... Kenalah berhati-hati 24 jam. (Kadang-kadang terfikir jugak semuanya bergantung kepada nasib sebab dalam memantau 24 jam pun...pun, he he he....)

Kadang-kadang kita kena jadi sahabat kepadanya barulah kita dipandang tinggi, jika kita hanya bersifat sebagai pasangannya dia tidak kagumi kita.
Dia suka berjimat kepada benda-benda yang penting, yang perlu dan yang semua jiran kita dah ada...
Begitulah sedikit daripada banyak sifatnya...Haaa... cuba teka?

Jan: Entah...

Disebut Jangan Dikenang Jangan

Sebutir embun menitis
Seribu kuntum mengembang
Sepatah aku berjanji
Kau sebut kau ulang-ulang

Mencurah hujan membatu
Meresap ditelan bumi
Segala sumpah janji mu
Tak satu yang kau tepati

( korus )
Tiada ku duga
Tiada ungkitan
Bagi mu tuan
Ku rela dilupakan
Ku diumpat jangan
Dikenang jangan

( 1 )
Berlalu kisah di taman
Bak mimpi diganggu siang
Disebut diingat jangan
Tak guna dikenang-kenang

( ulang 1 )


Jan: Lagu ni saya dengar Tok Pah nyanyi...dulu Rafeah Buang nyanyi, sebelum tu saya tak tahu sia penyanyi asal.

Sunday, October 18, 2009

Beritahulah dulu ya...

Beritahu dulu ya...he he he, eh ya dulu beritahu, eh, hu hu

Daripada meja di tengah ruang tamu, saya melompat bangun bergegas ke dalam bilik persalinan (bilik tengah). Saya capai seluar panjang (tercapai seluar kerja) dan sauk baju t'shirt berkolar (tetapi terpakai terbalik)...
Memang daripada tadi saya ada dengar asalamualaikum-asaklaimualaikum. Saya ingatkan tetamu nak datang rumah sebelah, namun apabila mereka ketuk sliding door barulah saya tahu, rumah saya!.
Tadi saya berseparuh bogel sedang marking projet paper, nak buat carry mark. Huh kaget dan berdebar dibuatnya.
` Saja tak sms tak nak menyusahkan....' katanya apabila menyambar kuih tat nenas yang adik saya berikan kepada saya. tat tu dah lebih sebulan usianya, he he he. Nasib baik ada lagi. Ada la dua tiga jenis biskut tinggal saki baki...
Saya rasa eloklah apabila kita nak bertandang ke rumah orang, wahima hari raya pun hendaklah kiranya kita memberitahu tuan rumah dulu. Bukan apa sebenarnya dan hakikatnya lebih menyusahkan tuan rumah jika tetamu bertandang secara tiba-tiba.
Alasan tak nak menyusahkan orang dah jadi menyusahkan orang sebenarnya, cuba sama-sama kita fikir:
1. Keadaan rumah.
Bukan semua rumah ada orang gaji. Dan bukan semua rumah 24 jam elok macam hotel. Pastilah tuan rumah kelam kabut. Kalau rumah macam titanic pecah macam mana? Kalau kita datang ketika mereka tak kemaskan rumah tentu mereka rasa malu dan tak selesa dengan kehadiran kita kan, kan?. Kita buat mereka malu...
2. Ada hal lain.
Mungkin masa tu tuan rumah sebenarnya nak ke rumah orang lain (dah janji pun). Bila kita datang mereka tak tergamak pulak meninggalkan kita, sedangkan dia dah janji dengan tuan rumah lain. Tak ke menyusahkan orang.
3. Adat kita.
Orang datang rumah nak juga kita hidangkan makan minum serba sedikit. Kalau kita tiba-tiba terpancul depan pintu, mereka rasa tak selesa. Kalau kita beritahu awal-awal bolehlah mereka buat meegoreng ke, atau beli je pisang goreng kat kedai berdekatan rumah.
Maka sebab itulah saya berpendapat, adalah lebih elok beritahu dulu. Apa salahnya sms dulu. Sekarang dah ada khidmat sms. Atau lebih sopan kalu kol bukannya sms.
Pengajian moral dan siviknya:
Kesiannya terutama yang dah berlaki bini kerja dan dah ada anak-anak. Mereka perlukan masa sedikit untuk siapkan persediaan untuk tetamu. Kalau kita terjah je, mereka dahlah penat balik kerja, kita kerjakan mereka pulak.
Kita datang bertandang nak rasa selesa di kedua belah pihak, dan berbual mesra, biarlah tuan rumah rasa mereka dah buat yang terbaik.
Kita kena beritahu yang kita gatal nak bertandang...pada sekian-sekian, pukul sekian-sekian!
Jan: Selamat bertandang...he he he emo sikit, jangan mare...

Bisikan hati - Rafeah Buang


Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatan ku yang telah lalu
Bersama berjanji sehidup semati

Kini tinggal hanyalah kenangan
Dikau hilang di mana gerangan
Tiada berita ku dapati
Hanya ingatanku di masa yang lalu

( 3 )
Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkanlah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu

( 4 )
Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji

( ulang 3 & 4 dengan suara yang sedikit kuat, tapi pastikan jiran tak dengar... )


Emak saya berpendapat suara Rafeah Buang sedap, tetapi taklah sesedap (merdu) mana. Jika nak dibandingkan dengan alunan suara Sharifah Aini, suaranya ketinggalan di belakang sedikit.
Namun secara peribadi saya berpendapat suaranya merdu dan ada sikit husky dan jauh lebih baik daripada penyanyi generasi baru yang berlambak-lambak kini (yang menyanyi tak sampai `key' pas tu mulalah terjerit keluar urat leher, dan terangkat anggota badan sana sini, he he he). Suara Kak Peah ni tersendiri, lembut dan malu-malu kucing.

Semasa bekerja di Kolej Shahputra, Pekan, Pahang. Saya ada berpeluang melihat allahyarhamah Rafeah Buang mengadakan persembahan, menyanyi apabila pihak kolej mengundangnya. Beliau nyanyi lagu Yayadan (lagu Datuk Sharifah Aini). Suaranya merdu semerdu dalam albumnya.

Daripada jauh saya lihat beliau menyanyi diiringin oleh para pelajar. Para pelajar turut memberi sumbangan menyumbangkan lagu tersebut, he he he. eKak Peah, tidak sukar baginya menyanyikan lagu dakwah tersebut (walaupun beliau sudah tidak aktif menyanyi). Nyanyian beliau merdu, dengan gayanya sendiri.

Saya memang bercadang nak beli CDnya yang menghipungkan lagu hitsnya. Banyak lagunya yang sedap didengar termasuk lagu duet bersama Datuk Ahmad Jais. Dalam banyak-banyak lagu beliau saya suka lagu `Gurindam Jiwa', `Bisikan Hati', dan `Kalau rindu'. Lagu `Kalau rindu' lagu YM Raja Idris Shah cipta katanya.

Bila muncul penyanyi baru (yang sesetangahnya memang bagus dan berbakat), penyanyi lama dilupa jangan.
Selamat menghayati lirik lagu di atas (kalau ada masa la...he he)
Jan: Bila layan lagu `Bisikan hati'..., terus bersedih hati tringat perbuatan puakanya! Huh!

Friday, October 16, 2009

Salah sebutannya!

Memang dua tiga kali juga saya cuba menyebutnya, belajar menyebutnya. Lidah saya keras dan gagal menyebutnya dengan sempurna. Setelah berputus asa saya hentam je sebut guna nahu bahasa Melayu. Sedangkan barangan tersebut, barangan luar negeri...


Sebenarnya, saya mahu belajar menyebutnya supaya senanglah nanti menjawabnya apabila ada orang yang bertanya. Tapi sampai kini saya masih gagal menyebutnya dengan betul. Sebutannya tak semudah menyebut `Dunhill', `Hugo Boss' atau `Bulgary' yang pernah saya beli/orang hadiahkan...


Kali ini ia merupakan minyak wangi yang paling mahal saya pernah beli. Botolnya kecik tak sampai pun 100ml tapi harganya dah RM353. Saya beli botol kecil je, tak mampu beli botol besar, lagipun saya juga tahu lama-lama ianya akan sebek situ je...he he he.

Bagaimana saya tertarik untuk membelinya? Ini ceritanya...

Saya tercium baunya di Lapangan Terbang Kuching Sarawak Ogos tahun lalu. Masa tu dok tunggu kapal terbang balik ke Semenanjung. Jalan punya jalan sampai kat kedai minyak wangi (masih segar diingatan penjualnya berkulit putih dan memakai skit pendek). Saja hanya nak try-try bau wangi-wangi...bukan nak beli pun. Duit cukup-cukup buat bayar tambang ke semenanjung.

Tetapi tiba-tiba, jeng-jeng-jeng... Mentari cinta cahayanya sinar jua, cahaya tiba gemilanglah suasana, jeng-jeng-jeng. Bila saya terbaunya rasa syahdu, rasa nak rebah. Rasa dilahirkan semula...Wangi sangat, rasa mewah, rasa muda, rasakurus dan rasa bergaya!. Semua elemen rasa-rasa tersebut tidak ada pada diri saya kan... he he he.


Saya bertanya berapakah harga botol paling kecil. Setelah jurujul yang seksi tu memaklumkan harganya... saya perlahan-lahan beransur hilangan diri daripada kedai tu... Tetapi di dalam hati kecil tersemat dalam diri pada suatu hari nanti saya akan mendapatkannya juga. Akan membelinya juga!.


Masa berlalu, bulan berganti, minggu berlalu, hari berganti...


Maka apabila berpeluang KL setelah menghadiri syarahan perdana di UM, saya ke KLCC, ikut kawan-kawan shoping. Saya mencari ada ke minyak wangi yang saya hidu pada Ogos tahun lepas tu di Kuching tu. Saya beritahu kawan saya, setahun lalu dah saya mengidam nak beli, nama dia `jin pau gutel tu ' , wangi sangat. Saya beritahu baru sekarang saya ada sedikit duit. Tetapi saya tak reti nak sebut dengan betul, saya menyusahkan kawan saya dan jurujual-jurujual di situ. Puas juga kami berlegar di setiap penjuru kedai mencarinya.
Tetapi akhirnya saya berjaya jua temui kaunternya!


Kawan saya kata: `Jimatnya mung Mang, kalu tengok cara mung tu dah ada 3 buah rumah dah!. He he he'. Saya tahu kawan saya tu banyak duit, kalau dia nak terus sambar. Saya kena kumpul duit dulu pas tu berperang dengan diri, patut ke aku beli? layak ke aku pakai...


Jan: Teringat kata Adibah: `Biarlah tak tahu menyebutnya en sukiman, asal mampu beli. he he he'. `Kalau lancar je sebut tapi tak mampu beli tak jadi jugak kan?'. Jawap saya pula, he he he. Semoga dib sihat selalu, seronok borak dengannya.

Kerana dia perempuan...

1. Saya memandu penuh ketakutan, memandu jauh sejauh lebih 100km...(pergi balik sejauh 200km lebih).

2. Saya memandu untuk berjumpa dengannya. Saya nak buat suprise.

3. Namun saya yang disuprisekan! Saya tidak dapat bawa dia bukan sahaja ke kedai makan berdekatan, tetapi ke mana juga.... Bukan untuk hari itu saja tapi untuk selamanya-selamanya...

4. Saya meminta-minta untuk berjumpa kerana saya datang daripada jauh...., walaupun di tepi pagar pun tak apalah...(saya kirimkan sms kepadanya...)

5. Dulu saya selalu berangan apabila saya sudah berani bawa kereta ke Kuantan, pertamanya saya akan ambik dia pergi jalan-jalan dan buat perkara yang kami suka. Makan. Juga tengok barang-barang mahal kat kedai yang kami tak mampu beli.

6.Tetapi tiada yang kekal, semua akan berubah akan hilang...

7. Namun begitu selamat berbahagia....terima kasih kerana pernah menemani hidup ini, menjadi sebahagian daripada diri ini.

8. Sepanjang memandu di sepanjang perjalanan balik ke Muadzam, hati saya terusik.

Jan: Ada sesuatu yang hilang tak akan berganti....

Thursday, October 15, 2009

Teka...siapa dia?

SEBELUM bersamanya dia sangat lemah lembut dan ayu. Kita cakap apa pun dia akan setuju! Dia beria benar beritahu dia akan terima kita seadanya dalam hidupnya tetapi bila kita sudah bersamanya, berhabisan belanja (pinjam duit bank rakyat) dia mula nak ubah (reform) hidup kita...

Dan kemudian itu kita semakin tidak faham sebab kerap-kali bila bila berkomunikasi apa yang dilafazkannya tidak dimaksudkannya. Jika dia berkata `tak mahu' tu ertinya mungkin juga bererti `mahu'. Kalu `tak nak' tu mungkin juga bermakna `nak'...!

Dia suka merungut, membebel, merajuk dan menggunakan kelembutannya untuk menang dalam semua perkara. Termasuk perkara yang kecil!

Keikhlasan kononnya amat penting bagi perinsif hidupnya... Dia henadak kita jujur dan ikhlas terhadapnya. Ikhlas dan jujur kononnya akan memanjangkan hayat perhubungan (katanya)...dia mahu kita cerita segalanya dengan jujur. Tetapi bila kita cerita hal yang sebenarnya tak sampai sekerat pun dia dah mula marah, melompat, melenting, mengugut dan merajuk...(tu pun bukanlah kita cerita semuanya, he he he).

`Tak apalah awaklah keluarlah dengan bekas kekasih awak tu..., saya profesional ' Dia kelihatan memberikan jawapan yang matang dengan penuh keyakinan. Dan sesungguhnya bila kita keluar dengan bekas kekasih kita tu...kesudahannya kita dihalau keluar rumah atau dia yang bawak beg keluar rumah balik ke rumah maknya!.

Kalau menulis apa yang hendak dibeli tu sangat teliti, kalah ceti. Semuanya tersenarai siap dengan budget dan harganya. Berminggu buat senarai tetapi dia akan hilang akal bila sampai di pusat beli belah, dia shopping sakan, penuh satu teroli! Seolah tiada esok lagi baginya.

Kalau kita keluar rumah berlama-lama lepak dengan kawan2, lepak kat kopitiam ke, dia marah. Dia merungut, katanya kita tak reti nak duduk rumah ke?. Kalau kita duduk rumah tengok astro, dia kata '' Tak ada kerja lain ke asyik tengok tv!''.

Dia hendak mengetahui semua pasal kawan-kawan kita. Kalau boleh semuanya dia nak kenal!. Tapi kawan-kawan dia, dia tak mahu kita kenal pun. Terutama yang cantik, muda dan bergetah. Tanya nama pun dah melenting, tuduh kita gatal! Ya allah.

Bila kita tak ada duit dia akan tenang dan damai. Katanya adalah rezeki kita tu nanti. Dia seolah-olah tak rungsing langsung dan yakin akan datang rezeki nanti. Kelakuannya tenang, tetapi bila kita mula banyak duit dia mula kelihatan resah gelisah dan berada di dalam ketakutan...

Dia mahukan kita lafazkan kata-kata manis sumpahan janji sayang kat dia selalu, setiap hari. Diulangi SETIAP HARI!. Dia hendak melihat/merasai kita berterusan buat benda-benda yang mencerminkan/menjaminkan kita menyanyanginya. Dia mahu jaminan (walaupun dia bukan bank). Benda tu mesti tiap hari kena buat! Diulangi kalau boleh 3 kali setiap hari.

Dia merungut kononnya kita tak pernah belikan hadiah kepadanya, tapi bila kita belikan hadiah dia tiba-tiba mempersoalkannya dan tuduh/fitnah kita curang di belakangnya!

Dia suka beli barang-barang yang cantik, pelik dan mahal (tetapi taklah berguna sangat...)

Teka, siapa dia?

Jan: Perempuan kot?

Tuesday, October 13, 2009

Tak faham weh...

Keluarga saya terdiri/terduduk daripada 6 orang. Bilangan lelaki dan perempuan sama banyak. Saya, ayah saya dan adik lelaki saya adalah lelaki. Emak saya, kakak saya dan adik perempuan saya adalah perempuan.
Walaupun saya lebih rapat dengan mak saya, saya lebih memahami perangai ayah saya. Saya banyak tidak memahami perangai mak saya, terutama apabila berhubungan dengan ayah saya, agama dan pandangannya tentang kehidupan.
Kakak saya apatah lagi... Kakak saya paling saya tidak fahami mengenai pemikiran dan kehidupannya, berbeza sangat dengan saya. Kadang-kadang saya merasakan kehidupan kakak saya pelik di mata saya. Mungkin citarasa kami jauh berbeza. Saya agak rapat dengan adik perempuan. Kami pernah pergi ke saloon bersama kerintingkan rambut dan berbelanja sakan di bandar Jerteh (sehingga bila balik dengan teksi ke rumah terpaksa mintak duit dengan mak untuk bayar tambang teksi tadi, he he he). Namun saya juga kurang memahaminya dalam beberapa pegangan dan cara hidupnya...he he he.
Saya ramai kawan perempuan. Dari darjah satu hingga ke peringkat master saya ramai kawan perempuan (bila di alam pekerjaan barulah saya ramai kawan lelaki). Malah dalam hidup saya, sahabat baik saya ramai perempuan. Sepatutnya bila dah didedahkan dengan ramai perempuan saya fahamlah perangai perempuan. Sekali lagi saya mengakui saya tidak memahami mereka.
Namun saya selesa berada dengan mereka sebab mereka cantik, wangi dan lembut. Saya suka bau wangi (tetapi saya bukan suka pakai minyak wangi pun). Sebab itulah saya tak hirau sangat minyak wangi lelaki ke perempuan. Saya membelinya jika baunya wangi.
Sebenarnya saya tidak fahami banyak perkara mengenai perempuan. Megapa mereka jadi begitu. Atau memang tuhan buat begitu? Saya tidak faham banyak perkara sehingga saya tak tahu apa yang hendak ditulis mengenai ketidak fahaman tersebut. Namun saya perhatikan gelagat, pemikiran dan gaya mereka dalam melalui kehidupan.
Saya selalu bergaul dengan mereka. Banyak sangat ilmu pengetahuan yang kita dapat terutamanya cerita-cerita sensitif yang saya suka sangat dengar. Kadang-kadang macam tak percaya. Saya juga ada menambah apa yang patut dan terfikir...he he he.
Namun saya paling tak selesa apabila mereka mula start cerita mengenai kebaikan suami mereka. Ada yang cerita suaminya baik hati kerana selalu ambil kain di ampaian untuk dilipat, disusun. Dan sorang lagi akan menambah yang suaminya pun baik juga (nak jugak) iaitu bangun pukul 2 pagi untuk lipat kain anak-anak dan kainnya!. ''Eh pertandingan bercerita `lakiku terbaik ke'? Apa hadiahnya? Saya bermonolog tersenyum sendiri terasa lucu di dalam hati. Bila saya tersenyum terus mereka berkata `Laaa, mang dengar la akak nak cerita ni ...oooi?. Saya pun macam biasa terus buat-buat tertarik untuk mendengar cerita mengenai suami mereka yang baik hati tu he he he...tapi masih meragui dalam hati ada ke laki macam tu? Ada kot.
Berbeza dengan kawan-kawan lelaki saya sepatah haram pun mereka tidak pernah cerita mengenai isteri mereka. Apalagi memuji kebaikan dan kelebihan isteri mereka depan kawan-kawan... kalau mereka cerita mungkin saya sepak kot! tetapi mereka mencerita kecantikan perempuan lain!
Paling saya rasa nak berguling atas tanah atau sembunyi bawah meja ialah apabila mereka start cerita kehebatan, kepandaian dan kebaikan tingkah laku anak masing-masing. Tetapi saya dengar je dengan perasaan yang bagai berak tak lawas. Ada ke budak yang baik? Anak-anak saudara saya yang kecil semuanya ya allah...ke anak-anak saudara saya sahaja yang terlebih gula?.
Tetapi kebanyakan situasi saya diam sahaja sebab saya kena faham betul-betul. Kadang-kadang apa yang mereka katakan tak bermaksud apa yang mereka nak ceritakan. Yang mereka ceritakan bukan semuanya mereka nak menunjuk. Payah sikit kan nak hurai. Kaum lelaki kalau bercakap terus terang atas muka. Tetapi perempuan mem`buai'kannya terdahulu. He he he.
Jan: Perlu ke kena faham?

Sunday, October 11, 2009

Memahami orang lain...(orang yang tak kawin)

Kata seorang ustad, penulisan di blog jankaulu secara tidak langsung menampakan sikap negatif saya terhadap institusi kekeluargaan... seolah menyokong konsep hidup solo. Saya dengan segera berdrama sebabak:

'' Astarafirullah ustad, saya tak ada niat begitu pung..., banyak orang yang kahwin hidup bahagia...dan kalau ada jodoh, saya kahwinlah'' Saya buat muka terperanjat dan bersalah. Saya buat muka sayu seolah meraih simpati. Saya guna juga unsur islam (`astarafirullah' dan jodoh tadi..) bagi menyesuaikan isu, watak dan suasana.

Benarkah apa yang dikatakan oleh ustad tadi...? Saya mesti adil melihat dalam setiap penulisan saya. Ya memang ada isue mengenai keruntuhan kekeluargaan, curang (puaka) lara jiwa sana-sini dan pasangan yang pentingkan diri. Ada juga tentang ibu bapa tak pandai `ajar' anak dan anak tak pandai kenang jasa ibu bapa.
Ya la kan, mungkin juga jika banyak menulis secara langsung menggambarkan sikap dan pemikiran kita. Oleh sebab itu saya juga boleh dilebelkan sebagai seorang yang anti kekeluargaan/perkahwinan jika asyik menulis mengenai keruntuhan rumahtangga. He he he, nasib baik tak anti seks.

Saya terus berfikir mungkinkah saya menjadi cemburu sebab orang lain ada isteri, anak bini atau perempuan simpanan? sedangkan saya berlumutan dan berkaratan terlontar sepi. Tetapi tidak pernah pula saya berniat memandang negatif, negatifnya hanyalah kepada pihak yang tidak hargai apa yang dimilikinya.
Saya lebih senang berkawan dengan kawan yang senasib dengan saya (nasib malang? ke nasib baik?, he he he). Mereka boleh menerima saya, seadanya. Ada di antara kawan baik saya adalah orang yang tak kahwin, sama ada andertu atau antertu, janda dan duda!.

Memang manusia suka berada dan bergaul dengan orang yang ada persamaan dengan mereka (tentulah kan). Kalau tak perlu ada persamaan berkawanlah dengan kuda ke, kambing? atau dengan bunga Melur.

Persamaan membuat kita rasa selesa dan selamat sebab ia ada mengandungi unsur memahami dan penerimaan (bukannya unsur menghakimi). Golongan ini tentulah tidak mengissuekan status saya, mungkin sebab kami serumpun.
Sebab episod hidup orang lain tak sama dengan episod hidup kita, sebab itulah kita memerlukan keupayaan untuk memahami orang lain... Orang putih kata `masuk dalam kasut orang lain'....

Teringat pula suatu tragedi di tempat kerja lama. Rakan sekerja melukakan, calar hati saya. Dia tak reti basa..., syarahkan saya sebab katanya saya nak hidup senang dan tak nak ada tanggungjawab. Dia bersyarah tu pulak depan kawan saya (yang jugak spesis ranum juga...).
Bodoh sungguh, malulah saya kan...? Dan kemudiannya kawan saya yang turut mendengar saya `dibasuh' tadi kemudiannya beritahu bahawa `dia' (pensyarah bebas tu tadi) juga ada anak saudara yang andertu...so dia sepatutnya memahami.
'' Sepatutnya?, saya rasa tak...nanti suatu hari bila anak dia dah besar dan tak kahwin-kahwin barulah dia faham...'' jawab saya geram dalam haru...


Jan: Suka berkawan dengan kawan yang ikhlas dan tak hipokrit walaupun dia tak ada laki atau tak ada bini, mati laki atau mati bini, bercerai ataupun tak bercerai...

Hidung Datuk Sharifah Aini







Ha, gitu-gitu je hidungnya dulu, macam hidung kita je... (he he he)



Kak Pah dapat bertahan dalam industri muzik bukan kerana hidungnya, jauh sekali kerana `gunung-ganang'nya. Terkenal bukan kerana kahwin datuk dan sebagainya tetapi kerana suaranya dan juga usaha gigih mahu mencuba dan belajar.
Isu hidungnya selalu timbul tenggelam, so saya cari gambar-gambar lama beliau di cover album (seperti gambar di atas) untuk melihat bentuk hidungnya pada awal pembabitan dalam bidang seni suara.







Beliau memberikan sumbangan pada industri muzik negara, kegigihannya sangat luarbiasa. Penyanyi datang dan pergi, komposer datang dan pergi...dan beliau terus menghasilkan album, beliau juga menulis lirik (lebih 300 buah). Yang terbaru tajuknya `Malam Gelisah', daripada CD Syahdu.





















Saya juga rasa kagum sebab dia pernah menyanyi di eropah. Di Jerman dan juga di Mesir. Begitu juga diundang oleh di beberapa negara serantau di Asia seperti Jepun, Korea, Hong Kong, China, Singapura, Brunei dan Indonesia. Contohnya Kak Pah jadi penyanyi Asia pertama yang telah diundang membuat konsert 'Legendary Voices in One Unforgettable Night' di dewan eksklusif Victoria Concert Hall pada 8 Februari 2000. Ada diiringi oleh 70 pemuzik Orkestra Simfoni Singapura (SSO). Sapa penyanyi kita yang boleh nyanyi dengan Orkestra seramai itu. Presiden Singapura pun hadir melihat konset tersebut, juga ramai orang kenamaan pelbagai bangsa yang hadir.

Kak Pah juga pandai berlakon, tetapi hanya menerusi tiga buah filem, 'Hapuslah Airmatamu', 'Sumber Ilhamku' dan 'Bintang Pujaan'. Secara jujur katanya dia lebih meminati bidang nyanyian dan mungkin tawaran filem yang diterima hanya sebagai percubaan meneroka dunia seni lakonan atau kehendak semasa memandangkan namanya yang begitu besar ketika itu.






Tiada anugerah besar yang diterimanya menerusi filem-filem tersebut walaupun Festival Filem Malaysia telahpun wujud ketika itu. Bagaimanapun agak memeranjatkan apabila beliau telah dianugerah sebagai Pelakon Harapan Terbaik menerusi filem sulungnya 'Hapuslah Airmatamu' di Festival Filem Asia di Korea Selatan. Pelik kan?






Banyak lagi kejayaan yang dicapainya, tetapi tentulah kejayaan tersebut bukan kerana hidungnya, pipinya dan dagunya... Banyak lagi kejayaan besar yang diraihnya tapi bukanlah jenis kejayaan dapat anugerah yang dapat piala, he he he.





Jan: Ramai orang kata hidung saya besar dan kembang...

Wajah terbaru Datuk Sharifah Aini






























Apabila Wawa sms tanya saya kenapa muka Kak Pah dah nampak semacam, saya tak dapat jawabnya sebab saya tak tengok lagi. Katanya hidung, pipi dan mulut dah lain benar...





He he he, saya pun carilah beberapa gambar terbaru, sedikit gambar rupa paras terbaru Kak Pah semasa prebiu (preview) darpada Konsert Inilah Sharifah Aini.





Dirakam pada 2 Oktober 2009 nan lalu oleh RTM...., sekarang umur Kak Pah dah 55.






Jan: Rupa taklah handsome mana tapi taklah tak handsome langsung... (jangan marah, he he he)

Thursday, October 8, 2009

Lepas raya duit tak cukup?

Apabila kawan-kawan di sekeliling mula bercerita mengenai ketidakcukupan duit selepas meraikan hari raya, saya senyap sahaja (walaupun saya juga agak tidak cukup). Saya senyap tak menyampuk, saya senyap kerana beberapa sebab:
PERTAMA. '' Tok soh nawok (menipu) la, Mung tak pa la skeamea (sukiman) tok kawin, tok banyok belanja, boleh simpan duit lagi ''. Itulah sebab pertama berdiam diri. Jika saya buahkan sedikit pemikiran. Mati hidup baliklah dialog di atas akan muncul. Baik membatu.
Memang orang tidak berkahwin tidak berbelanja untuk anak bini pada hari raya. Tidak perlu membeli pakaian anak, membeli mercun atau merancang itu ini berkaitan keluarga sendiri. Tetapi mereka tetap ada komitmeng lain. Malah mungkin berbelanja lebih daripada yang berkeluarga. Contohnya kawan saya yang bujang beritahu dia habis RM3K lebih untuk agihkan sebagai duit raya sahaja. Itu tak termasuk beli benda-benda lain persiapan raya untuk keluarga. Kita boleh simpulkan ianya atas individu.
Orang kahwin pun boleh ada duit selepas raya jika mereka merancang dengan baik. Boleh sisipkan duit perbelanjaan untuk lepas raya. Perbelanjaan dibahagikan dengan bijaksana di antara pasangan. Contoh siapa yang kena sediakan makanan untuk hari raya, persiapan lain raya yang hanya benar-benar perlu. Dan siapa pula yang kena beri duit raya bila kanak-kanak bertandang raya ke rumah. Mereka suami isteri boleh tampung sana sini bila hari raya tiba.

Yang bujang, andertu wahima antetua situasai sebelum raya ialah bayar rumah, kereta, api-air hatta ubat gigi semuanya atas batu jemala sendiri. Dan bertambah juga perbelanjaan bila nak raya. Mentang-mentang kita bujang tak kan nak biarkan mak dan ayah sponser belaka. Kita tolong selesaikan mana yang mampu, hulur mana yang patut. Sebab itulah awal-awal saya himpun sikit-sikit buat tampung sana sini lepas raya.


Saya bukan merungut, jauh juga nak menunjuk tetapi memang tidak setuju penyataan yang orang berkahwin sahaja bila lepas raya tak cukup duit.



KEDUA: Saya senyap sebab ala terkedu. Manalah nak cukup jika laki bini dua kali lima je asyik berbelanja. Bulan ramadhan selalu makan di luar, kalau beli lauk pun saya perasan macam 10 orang nak makan. Tempah baju kurung 3 pasang dengan harga yang mahal. Langsir untuk raya sahaja RM3K!. Semasa dia beritahu dia buat langsir RM3K saya buat-buat impres sebab orang kampung saya pun ada yang buat langsir RM5K!. Saya tak hairan perkara begitu. Yang saya hairan dia selalu tukar langsir, he he he.
KETIGA: Sebab ketiga (yang kadang-kadang jugak jadi sebab pertama ) ialah saya bimbang mereka akan nak pinjam duit saya yang juga tak berapa banyak ini. Bila kita tak beri dia label kita kedekut. Sebabnya saya juga ada komitmen sendiri yang tak payah saya nyatakan satu persatu di dalam blog ni. Kalau terberitahu tu, maaflah, he he he.

Pada pandangan saya yang cetek ni, kita tak perlu jadi bujang untuk ada banyak duit. Malah ada yang kata bila bekerluarga rezeki akan berganda? Tok gitu?


Kita cukup duit atau tak cukup duit lepas raya adalah kerana sikap kita, bukan kerana status kita. Kawan saya ada pernah beritahu dia sekarang lebih ada banyak duit daripada masa dia bujang sebab katanya masa bujang dia tak berjimat jermat. Bila berkeluarga barulah dia urus duit dia dengan baik....ha kan? Huh!.

Nak ke kita pinjamkan duit ke orang yang boros dan tidak merancang? Kita sebulan sekali pun tak baham pizza hurt, dia 4 kali sebulan baham misalnya. Nak ke kita beri pinjam kepadanya? Kita tak pernah facial muka tapi dia paling kurang 2 kali sebulan!. Kita boleh jadi pemurah, tetapi nak beri pinjam pun kena la tengok orangnya dulu, layak diberi pinjam ke tak (kira macam bank jugak). Kita kena lihat corak dan gaya perbelanjaan dia sebelum ini.

Jan: Baru je bayar hutang kawan RM3K pada raya ke tiga, huh lega...!

Sebab sebenar ke UM: Prof Dr Wan Zawawi Ibrahim...

Gambar tak jelas, handphong saya murah je...he
Sebab sebenar saya ke Universiti Malaya bukan sahaja mahu gatal-gatal mengimbau zaman pengkampusan sebagai pelajar atau melihat balik kesan tapak kaki `di jalanan' yang pernah saya jejaki...tetapi juga untuk menghadiri syarahan perdana salah seorang pensyarah yang saya kagumi. Beliau pernah mengajar saya dalam subjek pembangunan ekonomi.
Beliau jugalah yang kompose lagu hit ` Doa buat kekasih ' yang Ramli dan Kathy alunkan. (yang bila balik hari raya tu saya berduet dengan anak saudara saya, he he he). Masa lagu tu hit saya baru dalam tingkatan 4 atau 5 kot. Masa tu pertama kali saya bercinta/perasan (konon), so lagu ni jadi antara lagu kami, he he he. Jangan marah...
INAUGURAL LECTURE BY PROFESSOR DR. WAN ZAWAWI IBRAHIM :

6 OCTOBER 2009 02 Sep 2009

Title: “The Anthropology of the Malay Peasantry: Reflecting on Colonial and Indigenous.
Itulah tajuk syarahan perdananya. Walaupun ada juga dua tiga kali saya terlelap, saya tetap menghayati syarahan perdana tersebut. Bayangkan selama lebih sejam beliau berucap, semua orang menghayati, tidak bercakap sepatah, tiada yang terlelap! (kecuali saya, he he he).
Pak Engku (Prof diRaja Engku Aziz) masih mencuri perhatian ramai...

Antara yang hadir Prof diRaja Engku Aziz dan ahli akademik lain. Dia nampak sihat dan bergaya. Cuma saya lihat ada sesuatu alat kecil kat telinganya... mungkinkah alat membantu pendengaran?. Semoga Pak Engku sihat selalu.
Saya juga ada nampak pengarah tersohor U-Wei Haji Shaari, ada juga Othman Putih dan juga beberapa kenalan Dr Wan Zawawi dalam bidang kreatif lain. Payah nak cari lecturer yang dalam masa yang sama terlibat dengan dunia kreatif kan, yang terlibat dalam jualan langsung banyak...

Jan: Terpegun melihat mereka yg berkarismatik ...

UM: Pilihan yang saya buat.

Tangga `batu cave' yang selalu saya daki tiap hari suatu waktu dahulu.

Kalau terjatuh? Bayangkan...he he he

Keinginan mendalam saya adalah dalam bidang kesusasteraan, kalau berpeluang saya mahu belajar sastera. Sebabnya saya mencintai kehalusan, kecantikan, keindahan, dan kelembutan. Namun result STPM tidak mengizinkan saya daftar masuk Fakulti Sastera dan Sains Sosial di UM. Saya juga sebenarnya tidak mengambil matapelajaran sastera sebab di awal persekolahan saya cenderung untuk menjadi doktor, rupanya saya yg perlu dirawati...heheh.
Kata mak saudara saya (yang juga lulusan UM) unit terkumpul saya rendah kalau mintak juga Fakulti Kesusasteraan dan Sains Sosial (FKSS) grenti tak dapat. Tapi katanya kalau mintak Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran (FEA) di UM grenti dapat sebab katanya result saya agak baik dalam subjek ekonomi.

Semasa saya belajar di UM, bangunan ini masih tidak dibina.
Batu mozek ni pun tak ada dulu...

Perkara kedua terpenting adalah duit. Dan pada masa tersebut saya melihat ekonomi ada kaitannya dengan duit. Pilihan kedua saya ialah ambil jurusan ekonomi (walaupun saya tak berapa minat sangat sebenarnya). Dan tentulah saya pilih UM sebab cikgu saya kata masa dia belajar di UM, tiap minggu boleh tengok wayang. Terengganu mana ada panggung wayang kan? Terima kasih Cikgu Zaiton.

Maka pilihan pertama saya dalam borang UPU ialah belajar ekonomi di UM, pilihan kedua belajar ekonomi di UKM, pilihan ketiga belajar ekonomi di UUM. Begitulah pilihan saya buat kepada 5 universiti Awan tersebut, (dulu ada 5 je).

Melihat kembali perjalanan yang kita pilih, pernah tak kita tertanya bagaimana diri kita sekarang jika kita memilih/mengambil pilihan lain?

Saya selalu macam tu. Maksud saya selalu tertanya-tanya jika saya memilih pilihan lain. Kalau ambik jurusan sastera misalnya. Tentu novel `Puaka ' saya sudah siap diterbitkan. Tentu Adnan tak asyik menanyakan lagi bila novel tu akan siap. Malah tentu novel tu bersiri dan Sue tentu simpan koleksinya bersama koleksi buku-buku yang lain....dan banyak `tentu-tentu' lagi yang sebenarnya belum tentu, he he he.
Pilihan menjadi terlalu banyak apabila kita meningkat dewasa. Pilihan yang saya maksudkan adalah pilihan yang besar-besar, bukan setakat pilihan nak pakai baju kerja mana esok. Atau nak beli DVD citer apa?.

Kita memilih terkadang kerana pengaruh cikgu, pengaruh keluarga atau tidak mustahil kerana pengaruh penyanyi pop yang kita puja. Namun yang bertanggungjawap dan tukang pilih ialah kita sendiri, kepercayaan dan keyakinan kita. Yang mendapat akibat daripada pilihan kita tersebut tentulah kita juga khususnya.

Apabila siri menjejaki kaki ke UM bermula, saya tidak menyesal. Malah saya semakin yakin pilihan saya buat hampir 20 tahun lalu adalah tepat. Malah rasa bangga sebab pernah menjadi sebahagian daripada UM. Kalau saya tak ambil jurusan ekonomi di UM hampir 20 tahun dulu, tentu sekatrang saya tidak mengajar ekonomi di UNITEN. Tentu perjalanan hidup saya berlainan dan belum tentu ia juga menarik.
Teringat kata-kata kawan saya yang tuhan sebenarnya akan beri apa yang kita mampu/layak bukan apa yang kita nak saja...

Jan: Pernah tak terfikir kalau mak dan ayah kita tidak bertemu, tidak membuat pilihan dan tidak berkahwin, kita ada di mana?

Friday, October 2, 2009

Nak gi UM, mengimbau kenangan...

Rasanya lepas habis master dah lebih sepuluh tahun tak ke UM. Masa jejak kaki pertama dulu buat degree umur baru 21 tahun, kurus, handsome dan tak boroi.
Rasanya tak sabar menunggu hari isnin ni, nak pergi melawat tempat bersejarah tersebut 2, 3 hari. Nak mengimbau sejarah. Dulu datang sebagai pelajar kini datang diri dah sebagai pensyarah. Di UM penuh dengan kenangan pahit manis, lucu lucah dan sebagainya. Maklumlah masa tu muda belia.

Gaya semasa muda belia di UM. Ada kawan gelar saya Bon Jovi, kalau dia lihat saya sekarang mungkin dia gelar Boroi Jovi.

Dulu saya guna beg galas yang sauk ikut tangan kiri dan sauk ikut tangan kanan macam kura-kura. Kedua tangan pegang walkman. Apa handphone? ala kita tak main handphone kita main public phone, he he he.
Pakaian pula jean yang sebulan tak dibasuh dan tShirt bulat sahaja. Di UM saya bukan belajar berkuliah saja, banyak saya belajar perkara lain juga, he he he. Sangka pulak lain jadinya bila di dunia nyata (di luar universiti).

15 Tahun dulu...:

'' Mang mung nok wat tak master lepas ni? '' Tanya kawan baik saya semasa kami melalui jalan ilmu menuju ke tempat menunggu bas. Kawan saya sorang ini sekarang dah jadi manager bank, di salah sebuah bank yang terkenal di Malaysia. Sekarang dia dah jadi orang yang berjaya dan bergaya dalam hidup. Duit tak pernah jadi masalah. Cuma rumahtangganya saja hancur lebur jadi debu... (debu merah berterbangan...)
'' Huh nok wat master? nok habis hok ni pun nok terberok rasa, aku bukang pandai sangat '' Balas saya yang kini sebagai pensyarah biasa dan dah 8 kali di`Puaka'kan. Sambil menghisap ais krim batang tanpa segan silu, galas beg di belakang, berseluar jeans dan Tshirt kolar bulat je... berjalan-jalan, melonct, berjalan jalan, meloncat macam orang tak betul.
Saya juga nak lawat tingkat dua bangunan kuliah. Tempat tulah saya nak terjun bunuh diri sebab saya nampak orang yang saya minat berjalan mesra dengan seorang kawan baik saya juga. Kawan baik saya sendiri dah ada mak we tetapi kenapa masih minat kepada pelajar dari Sabah tu?. (masa tu fikiran saya singkat sepatutnya soalan tu tak timbul kan, kita lelaki memang macam tu). Sampai hari ini saya boleh nampak jelas mereka berjalan... mesra!
Tapi salah saya juga kan, saya ni kalau minat mati hidup balik pun malu nak beritahu, he he he.
Saya juga nak lawat tangga berpusing tempat saya dihalau macam anjing kurap oleh pensyarah saya. Saya dihalau sebab bertanyakan soalan. Dia marah sebab 3 bulan nak exam baru nak tanya soalan katanya. (Tentu dia pengsan jika saya beritahu student saya minggu depan nak exam baru nak bertanya soalan. Atau dia akan mati terus bila saya beritahu pelajar saya esok nak exam, malamnya antar sms tanya bab mana keluar!)
Jan: Masa boleh berlalu... kulitku boleh berkedut, penglihatanku boleh kabur. Namun kutak berdaya menghalang mukim ingatanku padamu... (kau benar-benar puaka!!!)

Thursday, October 1, 2009

Oh Oprah...

Kata Oprah, sekurang-kurangnya kita mesti ada simpanan gaji sebanyak 8 bulan untuk digunakan pada waktu kecemasan. Katanya lagi sebuah syarikat yang besar juga ada kemungkinan besar mengalami masalah kewangan kerana ekonomi dunia hari ini tidak seperti dulu. Katanya lagi dan lagi duit tersebut cukup untuk membantu kita selama beberapa bulan sebelum kita mendapat kerja baru atau majikan kita `pulih' daripada `sakit'nya. Banyak lagilah pembebelannya yang saya anggap logik dan ada kebenarannya.
Bagi saya, saya terus ber`Alamak' kerana buat masa ini ianya suatu yang agak mustahil. Saya tak ada simpanan gaji sebanyak 8 bulan. Buat masa ini simpanan saya masih ciput bin sikit. Kalau beritahu pun ramai yang tak percaya ataupun pengsan. He he he. Atau panggil saya penipu atau sebab kononnya ke mana laaaa duit tu pergi sebab tak ada anak bini, dan perempuan simpanan!
Kepada kebanyakan orang mereka bukan sahaja tidak menyimpan, malah perbelanjaan bulanan melebihi pendapatan bulanan (termasuk saya, he he he). Dan mungkin ada yang menyatakan bahawa gaji mereka kecil, bagaimana nak simpan? Nak beli KFC pun tak dapat? Nak menyimpan apa ke banda? Begitulah cara-cara kita membela diri kita. Dan lagi kita akan cakap ''Ala... tak kan sampai 3 bulan majikan tak bayar gaji? Baik aku berenti kerja je!''. (dan kita seolah tak tahu apa yang akan sebenarnya akan terjadi apabila kita berhenti kerja sebab proses mendapatkan/mencari kerja baru bukanlah senang pada zaman ekonomi tak galak ni).


Tetapi macam mana ya jika kita tidak dapat gaji selama 3 bulan?:


1. Macam mana nak bayar perbelanjaan tetap kita seperti kereta, rumah, primium insurans, hutang bank kita (bank rakyat, rakyat tu kita la, he heh e) tuisyen anak (bagi sapa yang ada anak, he he he)?. Siapa nak bayarkan?


Nanti kereta kena tarik, rumah tak berbayar, primium insurans kita jual, gelang anak bini kita gadaikan, dan mampukah kita yang sibuk ini mengajar sendiri anak-anak kita (yang kadang-kadang lebih bijak daripada kita mahu pun dalam matapelajaran bahasa Malaysia? he he he).


2. Belanja berubah kita yang semakin galak meningkat seperti barangan dapur, bil talipon, bil api-air, makan di luar, minyak kereta, beli surat khabar, pakaian dan baju. Dan jangan lupa benda-benda tak berfaedah tu, yang kita beli. He he he. Siapa nak keluarkan belanja?.


Nok cari duit mana kan, nok korek mana? Sebab tulah untung benar bin besar kepada si polan yang suka menabung. Mereka boleh terus menguruskan kehidupan dengan baik waktu gawat. Eh jangan kata mustahil kita tak dapat gaji sampai 3 bulan! Syarikat besar pun ada berhentikan pekerjanya bila waktu gawat. Tak kan kita tak nak ambil pengajaran gawat 97 dulu.


3. Dan jangan lupa kekasih lama kita yang kekadang menyakitkan tu (kad Kredit) he he he?


Alah tak payahlah bayar bukannya masuk jel! Paling teruk pun naik mahkamah je. Kita pandai pulak membela diri, pada hal ustad dah beritahu banyak kali yang kalau orang mati syahid pun ditarik balik kesyahihan tu jika orang tu tak bayar hutang!.


4. Kutu-kutu kita? Rokok? Astro yang tayang cerita sama 18 kali tu? tiba-tiba kereta rosak atau kita sekeluarga deman kura?


Malaslah nak jawab, nanti menitis air mata. Kenang dahku dalam doamu...Waaa...Ya allah mana nak korek ya?. Tak kan nak pinjam keluarga? Kat kawan-kawan?.


Bolehkah kita ada simpanan selama 3 bulan? Tetapi kalau tak ada kita akan susah nanti. Pening kepala dibuatnya nanti. 3 bulan pun kita tak mampu, apalagi nak ada wang tunai selama 8 bulan gaji. Oh Oprah!


Jan: Tidak terlambat rasanya merancang kewangan, cuma sapa yang bersedia lebih awal kuranglah risiko mereka kan...



Bila rumah tak berpagar...

Gambar 1: Ada pulak pokok hiasan saya letak dalam kolam tu, he he he.
Sekarang saya beralih kepada gaya taman mini. Saya pelihara ikan sebab katanya kena ada unsur air dan hidupan barulah boleh digelar taman. Saya beli ikan gupy kat pasar minggu Muadzam, dan entah ikan apa 2 ekor ikan kecil kecil warna merah. Bolehlah saya bercakap dengan ikan-ikan tu kalau rasa boring.
Pasu kolam tu kawan saya kat nurseri yang hadiahkan. Di nurserinya ada dijual yang baru tetapi saya suka yang nampak antik dan berlumut, so saya mintak beli. Pasu kolam ni sebenarnya dia display kat nurseri dia.
Suatu petang dia datang antar dengan van. Bila dia beri percuma, saya tergamang dan terpegun sebab rasa gembira sangat. Dah lama saya minat pasu kolam antik ni sebenarnya, he he he. Bila dia hantar ke rumah dia ada kata `biar abang gembira'. Apa muka saya nampak sedih sangat ke? He he he.
Gambar 2: Amboi besarnya cengkerang siput tu, ambik kat Pulau Perhentian ke?
Kat bawah pangkal batang pasu saya rimbungkan dengan pokok-pokok pasu kecil. Saya letak juga kulit kerang dan kulit siput yang besar, biar nampak semulajadi sedikit kononnya. Kulit siput dan kulit kerang tu saya ambik semasa saya balik beraya tempohari.

Gambar 3: Amboi kerusi duduk mengadap, ala kot kadang-kadang Ja datang ke?

Saya letak pulak 2 buah kerusi, senang duduk malam-malam ambil bayu. Kadang-kadang duduk dalam rumah panas. Tak kan nak berseparuh bagel 24 jam kan?. Maka boleh duduk rehat malam-malam kat bucu ni. Isap rokok ke untuk bakar diri.

Keluasan tak seberapa, kena pandai-pandailah aturkan segalanya dengan teliti. Kalau silap atur semuanya tak bererti.



Gambar 4: Ikan dah bertukar jadi siput?
Bila saya pulang daripada kerja, saya dengan gembiranya melenggang lenggang kangkung nak pergi tengok ikan di dalam kolam kecil ni. Gembira sangat rasa, kot-kot ada dah yang beranak.... Saya dapati kulit kerang dan kulit siput besar ada dalam kolam mini saya (rujuk gambar di atas)! Saya angkat semula letak ke bawah pasu. Saya cari ikan-ikan saya, ya allah tinggal sekor!
Jan: Doktor tu tak faham apa-apa, dia suruh saya berehat je...



Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home