Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, December 24, 2008

Kuliah Poverty


Bila saya masuk ke bilik kuliah, saya pasang LCD, selepas cocoh pen drive di lap top, saya keluarkan gambar di atas (masa masuk tadi tak beri salam pun, buat-buat muka serius macam rimau sakit gusi je, maklumlah topik hari ni agak serious).

`Do you think that dis childereng have a bright future?' Itulah perkataan pertama saya lontarkan ke tengah khalayak dewan dengan muka serius gila. Walaupun dengan sebutan ke mana, tatabahasanya ke mana saya bertanya bertanya dengan yakin dan serious.
Saya perhatikan ramai mata terpaku kepada gambar di atas, namun masih ada lagi yang baru nak buka beg, baru nak keluarkan pen dan kertas. Dan ada yang konon menulis sesuatu...sambil mengangguk nganguk kepala, konon fahamlah tu gamaknya...tau jawapannya.

`Keng yu angser my questiong Ahmad Saiful? Saya menunjukkan tangan ke arah Saiful. Bagai tersentak saya lihat muka Saiful seperti ayam berak kapur memandang ke kiri kanan kawannya. Saya lihat dia bercakap sesuatu dengan kawannya, mungkin mencari jawapan. Sebenarnya saya hanya tahu nama dia sahaja, nama student lain saya tak hafal, he he he. Tu pun sebab Saiful adalah ketua mereka.

`Yu keng get help from your loyer to answer dis question...' dengan muka bagai tak puas hati saya mengerling ke arah Saiful dan kawannya di sebelah yang membantunya. Kawannya di sebelah dah mula serba salah... Huh tu la nak tolong sangat...

Sebenarnya pada hari tu saya memang kena ajar pasal kemiskinan, konsep kemiskinan, jenis kemiskinan, sebab kemiskinan berlaku kawasan luar bandar dan kawasan bandar, jugak peranan kerajaan dalam menghapuskan kemiskinan.

Saya tunjukan lagi beberapa slide yang saya buat, bergambar tema kemiskinan seperti di bawah:



`Did yu now that poverti in Malaysiais measured on the basis of the prevailing standard of living in the countri? both absolute and relative terms? Bertalu-talu pulak saya menanyakan soalan tersebut, padahalnya sayalah yang kena terangkan kan...he he he.
Seterusnya saya berikan definisi kemiskinan mengikut beberapa tokoh ekonomi pembangunan dan juga definasi bagi kemiskinan mutlak, kemiskinan tegar dan kemiskinan relatif.
Kuliah saya, campur-campur dengan menggunakan bahasa Melayu dan pada bahagian-bahagian tertentu banyak guna bahasa Melayu pulak dah (kecuali untuk penerangan konsep secara umun dan bahagian-bahagian kerangka yang memang kena guna bahasa inggeri).
Saya hanya bercakap sahaja tak henti-henti pasal kemiskinan di Malaysia, ni subjek Malaysian Economy maka saya kena tahu banyak pasal kemiskinan di Malaysia. Saya ada baca beberapa artikel dan saya juga rujuk kemiskinan di Afrika, India dan China. Saya buat-buatlah pakar dalam bidang ni, yalah kan nanti apa kita nak ceritakan kepada mereka.
Saya cerita pulak tentang kawan saya yang miskin... bagaimana kemiskinan itu meragut masa depan mereka...syahdu seketika para pelajar...
Tiba-tiba...
`Sir tentu banyak duit kan, siar tak pakai kereta..., rumah tak berbayar' Ada budak perempuan yang ada di hadapan saya bertanya...
Seketika saya terkedu tetapi sepantas kuda saya terus menjawap:
`Yu are rong!' So orang yang tak ada rumah tak ada kereta tidur bawah jambatan tentu banyak duitlah? noned to pey the house and their car? saya menjawap walaupun sebenarnya saya rasa jawapan saya tidak betul, just nak cover apa yang sebetulnya saya tak tahu nak dicover apa.
Oleh kerana saya menjawap dengan penuh perasaan dan memek muka, bahasa badan yang over, maka kelas semuanya diam seketika...
`Ok we continue with PPRT, What is PPRT? saya kembali menyoal, Huh lega rasanya... Saya pun terus ceritakan program pembangunan untuk rakyat termiskin (kemiskinan tegar - hard core poverty) yang kerajaan buat untuk golongan miskin ni....

Jan: Letih juga walaupun menggunakan suara sahaja, tidak menyanyi, menari atau berlakon...nak cari makan beginilah, kena buat kelas hidup.

Tuesday, December 23, 2008

Awal remaja...zaman persekolahan.

Gambar-gambar lama dibuang jangan. Moleklah disimpan dengan elok. Semakin kita melalui masa ianya akan menjadi semakin bernilai, menjadi khazanah. Bukannya makna bernilai maka boleh dijual di pasaran (Sapalah yang nak beli gambar kita kan? he he he). Maksudnya merujuk kepada nilai `sentimental value'...
Sekeping gambar mewakili sebuah zaman, lebih daripada seribu perkataan, seribu cerita atau seribu luka di hati...(pulak dah) terutama kepada pemilik gambar tersebut. Gambar-gambar tersebut membawa kita mengimbau masa lampau... tahap mana dan `jauh'nya perjalanan yang telah kita lalui...ah syahdunya.




Menikmati gambar...





Terkadang bila free, setelah buat air nescafee panas, pasang CD slow-slow, saya buka album lama. Apabila membelek album-album usang, kita tersengeh sorang diri macam budak muda pertama kali jatuh bercinta... dan terkadang termenung kerana ada di antaranya mengusik perasaan...dendam tak sudah atau kasih tak kesampaian...



Gaya bersahaja sekitar awal 80an... akhir 70an



Gambar di atas adalah sekeping gambar yang dipukul daripada alam persekolahan saya di Sekolah Menengah Tengku Mahmud. Sekolah ni jenis lama, lihat saja bangunan setingkatnya itu dan ada pokok Rhu. Kalau cikgu marah kita loncat saja dari tingkap tu, dulu tak ada tingkat nako atau bangunan tinggi kat sekolah. Sekolah ini dulunya sekolah aliran Inggeris.

Dalam gambar tu saya bukannya sedang tersengeh tetapi memang gigi saya maju ke depan atau jongang.

Arnab...

Gigi saya macam arnab so tidak hairanlah ada kawan-kawan mengelarkan saya Mr Rabbit atau Mr Jhon semasa di sekolah dulu. Tapi saya tak kisah, saya tak berkecil hati asal glamour.

Syukur kepada tuhan walaupun gigi macam arnab saya taklah cacat rupa paras. Malah beruntung jugalah muka saya dapat dikatogerikan agak handsome jugak (maka dapatlah cover secara keseluruhan paras rupa). Contohnya ada la juga kawan yang `suka' ke saya kat sekolah dulu, he he he. Apa khabar dia sekarang? dah beranak pinak kot? atau dah bercerai berai?

Zaman persekolahan dulu-dulu...





Pada masa tersebut iaitu pada awal 80an keglamouran dan kegayaan tidaklah penting sangat di alam persekolahan. Kami ke sekolah untuk belajar dan jupa kawan-kawan dan cikgu, seronok sangat...
Tiada tution2 yang menganggu kami pada waktu petang atau di hujung minggu. Kalau ada pun time menjelang periksa besar macam SRP atau SPM sahaja. Itu pun dekat-dekat nak exam cikgu sekolah buat, free pulak tu.


Zaman persekolahan dulu aman...tak adalah kena buat latihan yang banyak, buku kerja ni satu perkataan asing bagi kita, kita salin apa yang cikgu ajar je dalam buku yang bergaris tu. Dan tidak kedapatan guru tution yang menyibuk yang tidak percaya pada sistem pendidikan Malaysia.



Pemain terbaik...

Saya juga ada terlibat dalam sukan kat sekolah dek dipaksa oleh cikgu senaman yang bengis, menyampah betul. Cuba bayangkan saya main hoki dan main bola! Huh! Namun siap dapat pemain bola terbaik bagi kelas saya. Ya lah kan saya memang baik dan tak pernah `peteh' kaki orang bila main bola. Dan bila bola menuju ke kiri saya lari ke kanan, bila bola ke kanan saya larikan diri ke kiri, bila bola menuju ke arah saya, saya lari lintang pukang...

Begitu juga saya masuk acara lari keliling padang sebanyak 8 kali. Semangat saya berkobar sebab saya fikir saya kurus dan langkah kaki saya panjang tentu saya menang. Dan memang saya dapat tempat ke dua dalam pertandingan itu (dua dari belakang). Pun begitu saya rasa kembang kerana depan guru-guru dan kawan2 lain saya dipuji oleh cikgu sukan yang bengis tadi kerana mampu habiskan larian, kerana ada beberapa orang yang berhenti bila separuh padang, tercungak-cungak.

Pun begitu pada hari tulah saya bersumpah tak akan melibatkan diri lagi dengan aktiviti berfizikal sukan, huh! menyampah. Bukan bidang saya...




Remaja normal





Gambar tersebut juga membuktikan kepada khalayak yang pada zaman awal remaja badan saya steady. Pada masa tersebut badan saya standard budak-budak sebaya saya. Cuma sekarang badan bagai dipam-pam.





Namun kini bila saya lihat budak lepasan sekolah agak berusia, bila mereka tamat SPM masuk ke diploma atau ijazah badan mereka sesetengahnya dah macam mak bapak orang...





Bangunan sekolah rendah-rendah je...



Gambar-gambar lama ni saya akan terus menyimpannya hingga ke anak sedara dan cucu sedara. Bila saya dah tak ada nanti tentu ada di antara mereka melihat legansi saya dan bertanya `Sapa eiman ya, dia tu bagaimana pemikirannya ya?' Saya dikenali dengan nama eiman oleh anak-anak sedara saya dan keturunan selepasnya...
So mereka bolehlah melihat gambar-gambar saya sementara saya pula sedang berehat dengan aman, insyallah.





Jankaulu:
Banyak pukul gambar masa sekolah dulu, tapi sayang tak beli bila kawan jual, menyesal pulak.

Monday, December 22, 2008

Sesekali masak...

1. MEMANG jika kita sering makan di kedai ia akan membawa mudarat kepada batang tubuh kita. Makanan di kedai di`over'kan dengan garam, pengawet, pewarna, gula, ajinamoto dan lain-lain bahan.

2. Namun saya tetap makan di kedai. Saya akui dan tak pernah rasa nak nafikannya. Hubungan diri saya dengan kedai makan di Muadzam dah sehati sejiwa, tak boleh dipisahkan. Saya memang perlukan kedai makan sebagaimana kedai makan perlukan saya.

3. Semasa bekerja di Kolej Shahputra dulu saya lebih kerap memasak sebab kadang-kadang jadual membolehkan saya balik lebih awal. Kalau ada kelas pada pukul 8 pagi, maknanya bila dah cukup 6 jam saya dah boleh balik.

4. Di Muadzam, dengan turun kerja 7. 15 pagi dan punch 5. 30 petang (kalau tak ada kelas pukul 5 atau 6) saya jarang masak di rumah. Bila balik kerja saya dah separuh nyawa keletihan, tak kan nak masak.

5. Kadang-kadang balik kerja terus menuju kedai makan. Kalau ada bini surirumah tak apalah, dah terhidang semuanya... kalau bini jugak kerja? Tak kan nak gesa dia pulak kan? Sama-sama letih...

6. Cuma pada hujung minggu saya sesekali masak sendiri... (sebenarnya itu pun kadang-kadang je, kemalasan menebal sebab hujung minggu nak berehat, nak berkebun, nak membelai diri, nak membaca, nak membasuh, nonton DVD atau atau ke Kuantan?, he he he)

7. Kalau saya masak pun bukan beradom sangat macam `makan beradat' orang khawin. Taklah masak macam Chef Wan (yang bahan-bahannya sukar nak cari dan mak oiii mahal!). Saya masak simple-simple je seperti sayur air (sawi), goreng ayam atau ikan, dan telur dadar. Dan sekarang saya ada juga belajar buat sambal bilis, he he he.

Goreng banyak sekaligus, tapi separa masak. Kalau nak makan goreng semula.


Sambal bilis: Maaf pukulan gambar tak berapa terang.


8. Saya masak untuk diri saya sendiri je, untuk orang lain tak berani... kalau berani pun jemput Ja je datang makan.

9. Bila kita masak, untung sebab boleh makan banyak dan kita juga boleh kawal kesihatan. Contohnya bila masak nasi bila gelegak boleh kita buang air kanji tersebut dan ganti dengan air lain, barulah tak berkanji sangat (kes tak mampu beli beras mahal, he he he).

Bila nak goreng bubuh tomato dihiris halus...

Ni tak kanlah tak kenal, iaitu nasi. Anita Sarawak pun kenal nasi.

Sayur air (sawi) yang saya masak sekejap je supaya tak hilang zat.
10. Dan bila kita masak dapat nyah keluar tekanan hidup... Masak sambil mendengar lagu atau masak sambil menyanyi... Keakeng pintu dapur luas-luas biar angim masuk. Best masak ni kalu kita ikhlas dan ceria. Lepas tu boleh kita masak sambil belakon, contohnya:
`Dar (darling) tunggu jap ya.., Abang tengah masak ni, ari ni Abang masak special campur madu untuk Dar, ahhh..he he he jangan la kacau geli...he he he' Ni kalau kita pegang watak baru seminggu kahwin. Masa masak datang pulak isteri kita memeluk daripada belakang dengan manja sekali sambil meletakkan pipinya yang gebu ke bahu kita.
`Gi main jauh nu..., Ayoh nok masok, bowok adik main jauh. Masok ayah panggil' Ini dialog yang dilontarkan oleh seorang duda yang ditinggalkan isterinya. Dia tabah memelihara anaknya yang seramai 8 orang dan tidak pernah terniat untuk berkahwin lagi. Kerana dia tak mahu membahagikan kasih... (atau dah serik?)
Boleh cuba watak-watak lain yang bersesuaian... Boleh reka sendiri.

11. Yang penting pastikan masakan masak dengan sempurna. Nak menyannyi ke, berlakon ke melompat ke tak apa asal fokus juga kepada masakan kan.
12. Dan akhir sekali lepas masak tu pandai-pandailah kemas balik dapur, lainlah ada orang gaji...


Jan: Tak pernah makan makanan daripada air tangan isteri... (isteri orang lain ada la...he he he)

Tuesday, December 16, 2008

Budaya orang dulu yang perlu diubah

1. Berkemban tak kena tempat.

Pernah tak tengok perempuan berkemban? (Bukan macam kat sungai-sungai dahulu kala yang ada adengan gadis sunti mandi manda dan basuh kain. Yang lepas tu ada pulak watak pemuda hodoh datang sekodeng dan tiba-tiba muncul konon hero handsome menyelamatkan kedaraan gadis tersebut).
Juga bukan fesyem berkemban yang menutup hanya sebahagian lurah dada yang artis pakai tu. Artis lainlah kan sesetengahnya nak glamour sangat-sangat, kalau makan sabut kelapa tu glamour...tentu rela makan sabut kelapa.
Ni berkemban kat rumah!, guna kain batik. Lalu lalang depan suami atau anak-anak, mak mertua ayah mertua. Rambut pula tak disanggul cantik, dibiarkan je berjurai (macam perempuan meroyan). Dan tergopoh gapah masuk bilik pakai baju bila kawan suami datang bertandang membawa setandang pisang.
2. Berbogel...
Pernah tak tengok beberapa orang berbogel sekaligus selain dalam CD blue atau dalam internate? Tapi yang saya nampak ni bukanlah dalam internate atau filem blue, ni memang depan mata saya sendiri.
Saya lihat sorang lelaki dan dua orang perempuan. Mereka begitu mesra tak endahkan saya. Tak tahu malu, entah apa projek mereka buat.
`Amram, Kiah, Ta, naik umah, pakai baju! tu orang datang tak malu ke? Bo la main pasir! Kedengaran daripada tingkap rumah. Ketiga-tiga anaknya naik ke rumah tanpa banyak membantah.
Saya hanya tersengeh. Tolonglah jangan biarkan anak-anak kita berbogel!
3. Pakai lempar je...
`Nok buae mano kulit rambutan ni?' Saya segan-segan arnab hendak bertanya sebab saya nampak tak ada pulak bekas untuk kulit rambutan. Tadi maknya melengang je bawak segugus rambutan terus letak atas meja.
`Makea la mokcik kait sdiri'. Kata mak kawan saya tu.
`Timo kasih mak cik' saya menyantunkan diri macamlah dia nak jadi mak mertua saya. Besar ruang tamu rumah ni, sofa cantik, tentu mahal. langsir pula ala Francis, ropolnya mengalahkan rambut Sharifah Aini.
`Ala Man mung buae ikut tingkat je' Kata kawan saya Tuan Zul (nama sebenar) sambil meleparkan kulit rambutan ke luar rumah melalui tingkap dengan selamba.
Tuan Zul kawan baik saya masa tingkatan 3 hingga ke tingkatan 5. Selalu ada orang nak ke dia di sekolah, tapi dia tak berapa layan. Orang nak sebab dia baik dan nampak sempurna.
Dia baik tiada cacat celanya, budi bahasa dan pandai, semua hampir sempurna sampailah kepada aksi dia melepar kulit rambutan tu buat saya berfikir mahu mendefinasikan semula erti `baik' tersebut. He he he.
4. Buah...pagi-pagi hari...
`
Tu la orang dah kata jangan makan buah pagi-pagi ni! Degil! kan dah sakit perut. Makan nasi lemak ni!!
Jerit mak tiri Shahruk sambil memulas telinga sehingga 90 darjah (anak hasil perkongsian suaminya dengan isteri yang terdahulu. Isteri yang ketiga sebenarnya, yang tengah lazat memulas telinga tadi isteri ke 4).
` Kan dah ada nasi lemak ni, makan nasi elok pagi-pagi. Makan banyak sikit nanti lapar pulak kat sekolah' Sambungnya lagi sambil menyediakan bekal. Bekal nasik lemak juga, huh!.
5. Masak sayur lama-lama...
`Kalau kita masak sayur lama-lama, tidak kah ilang khasiatnya...kan? Tanya adik perempuan Timah Malaya sambil menjenguk ke dalam periuk vision, semasa kakaknya dok syok mengodel sayur air.
`Tapi tak best kalau sekejap tak ummp, tak sedap makan' Kata Timah Malaya sambil menjuehkan bibirnya, dengan angkuh tanpa menoleh kepada adiknya yang sedang menunggu dengan perut yang lapar.
Kalau ada tali molek benar terus ikat bibirnya. Cetum sokmo mulut.
6. Kurang kajian...
`Dulu ada ular besar lalu sebab tu la sungai tu belok-belok gitu tu' kata pak tua yang seronok main dam haji tanpa menyedari ikan yang bininya suruh beli dah naik busuk.
Sedangkan `orang putih' pergi ke sungai, kaji jenis batu. Ada batu lembut ada batu keras sebab itu sungai beralun... he he he geografi fizikal katakan.
jan
: Apa lagi ya?...he he he...

Kalau berminat...







Bukan Muzium...

Jangan salah sangka, gambar-gambar di atas bukannya gambar Muzium, ia adalah gambar rumah kakak saya, he he he.
Konsep hiasan dalaman rumah ni dikatogerikan konsep rumah lama atau antik. Dalam rumah ni ada banyak barang antik dan barang ala-ala antik. Contohnya almari, pasu, tempayan, barangan tembaga dan lain-lain lagi. Ada juga ukiran kayu dan lampu yang benar-benar antik.
Majalah Impiana pernah datang pukul gambar rumah ni dulu untuk dimuatkan dalam majalahnya. Rumah ini menapak di perumahan Taman Setali dekat dengan Galing Kem, Kuantan.

Pintu pagar ni tak dicat,memang sengaja...

Tempayang dibiarkan berlumut dengan sengaja juga...
Kadang-kadang mak saya kata dia rasa nak gahar (gosok dengan sabuk atau memberus) tempat-tempat berlumut. Tapi saya mengucap panjang supaya jangan campur tangan urusan rumah tangga orang. Saya terangkan konsep rumah tersebut dan beberapa konsep hiasan dalaman lain seperti minimalis dan juga konsep medeterenian.
Mini Tropikal

Ada laman mini berkonsepkan tropikal. Lihat gambar di gambar di bawah. Daun pandan pun ada, tapi jangan pulak gatal nak ambik kerana itu dijadikan pokok hiasan. Kalau nak masak pergi beli kat kedai awal-awal.

Ada tumbuhan ezotik paku pakis dan lain-lain tumbuhan yang saya tak pernah tengok. Kehijauan taman mini ni dapat la merehatkan mata kita di hujung minggu dan petang-petang lepaskan tekanan hidup bila tension.

Abang ipar

Abang ipar saya sukakan hiasan dalaman dan hidup di dalam kekemasan sepanjang hayat beliau. Sebenarnya sebelum kakak saya tinggal di rumah ini, rumah ini diduduki oleh abang ipar saya semasa dia bujang.

Abang ipar saya ni jenis mengumpul. Maksud saya semasa dia bujang pun dia dah ada memiliki banyak barangan dan kehidupannya juga sudah teratur (janganlah mentang-mentang bujang, sudu garpu pun tak ada atau mentang-mentang bujang nak julur kaki pun tak ada ruang dalam rumah...). Ni bukan kes nak puji abang ipar sendiri tapi begitulah adanya...

Dia juga ada `main' bongsai dan lain-lain hobi lagi yang saya rasa menggunakan duit sikit. Macam sayalah suka menanam pokok (nak jugak pulak dah...jangan marah).


Jarang bertandang...

Personaliti kakak saya berbeza dengan saya, bak harga beras dulu dan harga beras sekarang. Banyak karektor yang dia miliki tidak berapa ada pada saya... he he he. Dia tegas dan fokus dalam hidupnya, dia serius dan ada pegangan prinsipnya sendiri.

Zaman 80an saya gelarkan kakak saya Margaret Thatcher, perdana menteri British pada masa tu... (1979 -1990).

Saya jarang bertandang ke rumah kakak saya. Kecuali apabila keluarga saya ada di sana, saya bertandanglah untuk memenuhi fungsi kekeluargaan.
Cuma semenjak akhir-akhir ini hubungan semakin rapat dan kerap bertandang. Paling terbaru melihat anak sedara saya bersunat. Memang azam saya tahun 2008 ingin merapatkan lagi hubungan keluarga, selain ingin beli rumah, kereta dan ... Okey kan azam tu. Tapi posting ini bukan pasal azam saya...


Kakak beli rumah baru...

Masa duduk syok mengunyah roti tempayang pada suatu petang, kakak saya bertanya `Abang nak beli tak rumah ni?
`Nantilah Abang fikir dudu' Jawab saya.

Rupanya dia dah beli rumah baru di Jeram Estate, maka dia nak jualkan rumah ni kalau saya berminat.

Pada masa tersebut saya sebenarnya sudah dalam proses membeli rumah. Cuma saya tak dicanangkan lagi, he he he. Alasanya saya nak mak dan ayah saya pihak pertama tahu saya beli rumah....

Kalau berminat...

Kalau ada kawan-kawan atau musuh-musuh atau sesiapa saja berminat nak tengok rumah ni bolehlah kontek saya, saya beri no handphone Abang ipar saya. Itu je saya boleh buat (eh macam iklan pulak...)

Kalau berminat dengan barang-barang sekaligus pun boleh juga. Manalah tau kot suka barangan antik.

Tengoklah gambar-gambar ni yang saya pukul sendiri, ia mungkin menceritakan hal rumah tu sedikit sebanyak... nak tau lebih banyak lagi tahulah apa yang nak buat kan...


Ni gambar depan rumah.

Anak saudara yang bersunat hari tu, muka bukan begitu, memang dibuat-buat sedikit.


Ni pintu pagar depan


Rumah ini end lot

Ada pokok sirih pulak dah...


Jankaulu: Tak naklah kata rumah ni molek sangat, tapi kalu berminat datanglah tengok...no hal.

Monday, December 15, 2008

Rumah baru kakak...


Batang tiang yang besar buat rumah kelihatan gagah...




1. Ni rumah baru kakak yang dia beli kat Damansara, Kuantan. He he he kalau dia tahu rumah ni masuk blog jankaulu mesti dia marah. Dia memang begitu.




2. Hujung bulan sebelas hari tu, g la bertandang rumah dia kat Kuantan, dia ajak pergi tengok rumah dia kat Jeram Estate, kat Damansara (dekat dengan rumah Kamal dan Dib).




3. Kebetulan pulak kan, dia beli rumah saya pun beli rumah. Cuma berbanding dengan rumah saya rumah dia lebih besar, lebih selesa dan, lebih cantik (dan tentulah lebih mahal bayaran bulanannya, he he he).




4. Buat masa sekarang kakak saya tinggal perumahan Taman setali berhampiran Galim Kem, Kuantan. Dia kata nak jual rumah yang dia duduk sekarang. Kalau berminat boleh lah gi tengok rumah dia tu.



5. Rumah ni jauh lebih besar daripada rumah saya, harganya pun boleh beli 3 buah rumah saya, luas jugak rumahnya bila masuk ke dalam.

6. Semasa gi tengok rumah, kakak saya sibuk kata rumahnya kecil sahaja. Saya rasa dia patut tengok rumah saya beli, he he he. Atau heret dia tengok reban ayam, kah kah kah.


7. Bagi saya rumahnya itu dah merupakan rumah idaman saya, ada 3 ruang termasuk ruang tamu...tiangnya pun besar, itu yang saya suka sangat.



Nampak kat luar kecil, bila masuk agak besar juga.




8. Lepas tu kakak saya pun bersuara `Abang, kita gi tengok rumah Abang pulak?'. Saya terkedu, Ya allah malunya, apa aku nak beri dalih ya?




9. `Tak boleh pergi la rasanya Kak Tie, sebab tengah jalan dia bina parit, kan leni nak hujan', selamba je saya beritahu.




10. Selamat...he he he


11. Ruang tamu yang luas....rupanya rumah idaman saya tu bukan merupakan rumah idaman kakak saya...dia masih lagi kata bilik di rumahnya kecil.




12. Dalam hati saya `Kak Tie kena tengok bilik rumah abang, barulah kak tie rasa dan tau betapa besarnya bilik dan rumah kak tie'.










12. Saya pernah jugak beberapa kali beritahu Adnan yang rumah saya kecik terutama biliknya... Adnan kata `Bersyukurlah, rumah orang lain lagi kecil...



13. Adnan selalu buat saya terharu...memang benar kata dia kan...



Jan: Susahkan nak bersyukur sebab ia soal hati bukan soal mulu. Mulut kencang je kata alhamdulilah...hati terima ke?

Siti Aisyah

1. Ini anak sulung kepada adik perempuan saya yang tinggal di Ulu Yam, Selangor.





2. Siti Aisyah agak pendiam berbanding dengan adiknya Siti Sarah. Mereka dua beradik sahaja.



3. Gambar zaman riang kanak-kanak sambil belari anak...

3. Ni cikgu dia bantu turun dari bas, semuga cikgu ini diberkati...



4. Haa...dok beratur kat belakang sambil galah bag. Kalau saya ada anak perempuan harap begini la, tak naklah yang seksi sangat (kdang-kadang bukannya lawa sangat, seksi je lebih kan).


5. Bagus jugak ajar pakai tudung daripada kecil, nanti taklah susah sangat bila dah sampai umur.




6. Bpaklah yang mencorakan anak daripada kecil. Pakai tudung bagus, walaupun begitu bukan semua orang pakai tudung bagus. Dalaman diri yang penting kan, bukan luaran je...



7. Apa-apa pun saya berharap semoga dia akan menjadi perempuan yang bijak dan dapat menyesuaikan diri dengan kehendak zaman, bak kata Saidina Abu Bakar.



Jankaulu: Selalu jugak dedahkan aurat, he he he.



Saturday, December 6, 2008

Membeli alatan sekolah...

1. Saban hujung tahun membeli alatan persekolahan sudah menjadi aturcara tahunan saya.
2. Alatan persekolahan ini bukanlah untuk semua anak-anak saudara saya, cuma untuk beberapa orang sahaja yang saya kira layak berpandukan status kewangan ibubapa mereka, dan berpandukan juga kepada beberapa faktor lain yang juga berubah melalui masa.

3. Seperti biasa saya akan ditemani oleh adik perempuan saya, biasanya kami pergi ke Mydin. Time akhir tahun ni Mydin menawarkan banyak barangan peralatan sekolah. Pilih sahaja dengan harga yang berpatutan.
4. Ramai sungguh kaum ibu sibuk membeli barangan sekolah anak-anak mereka. Rasanya sekolah lambat lagi dibuka, namun mungkin mereka bersiap lebih awal. Baguslah, sudah ada sifat bersedia lebih awal, tidaklah nanti kelam kabut.

5. Sebenarnya saya lebih banyak memerhati berbanding terlibat secara langsung, barangan sekolah adik perempuan saya yang memilihnya. Dia pun ada anak yang bersekolah, dia tahu yang mana barang yang diperlukan, yang mana kurang perlu.
6. Memang saya dah budgetkan lebih kurang RM200 untuk membeli peralatan tersebut. Antara barang yang wajib dibeli ialah pencil box, pen, pencil, pembaris, gam, clip kertas dan pemadan. Kecuali pencil box, semua barangan dibeli segugus.
7. Boleh mereka gunakan di sepanjang tahun hadapan. Barangan yang lebih disimpan oleh mak mereka.

8. Selain tu ada beli juga kalam cat air, pembalut plastik yang nak balut buku, kalam cat luna, liquid paper dan gorek.
9. Bagi baju sekolah semuanya sudah disediakan mengikut saiz yang dijahit mengikut umur. Senang membelinya, tak perlulah membawa anak ke Mydin, buat gelewak je kalu bowok. Kalau nak bawak jugak, boleh bawak. Tak ada orang nak larang.
10. Dalam pada itu saya juga sempat menyambar beberapa peralatan untuk diri saya sendiri, he hehe. Biasalah tu...
jankaulu: Tak semestinya orang bujang tak perlu beli peralatan sekolah...

Thursday, December 4, 2008

Naluri keibuan?

Adakah naluri keibuan merupakan sesuatu perkara semulajadi yang ada pada setiap wanita? Inilah persoalan terbaru apabila saya melihat seorang ibu menonyohkan bubur sup ke mulut anak kecilnya dengan kasar, manakala suaminya dengan lahap makan seolah-olah tak ada anak bini di depannya. (Keadaan ini berlaku di East Cost Mall).

Dan pada hari isninnya, saya terus menanyakan hal tersebut pada salah seorang pelajar lelaki saya. Jawapan yang saya terima memang jawapan yang telah diagak. `Memang semulajadi sir, tak kanlah orang lelaki ada sifat keibuan pulak’. Jawabnya separa melawak.

Apa itu sifat keibuan…?

Daripada pemahaman saya, sifat keibuan secara ringkas boleh dikatakan bukan sahaja sifat mengambil berat terhadap bayi/anak tetapi juga suka (wilingness) terhadap suatu keadaan untuk melindungi anak-anaknya, dan menyukai untuk memberikan perlindungan, melayan keranah. Atau dengan erti kata lain `suka’ kepada budak. Golongan ini bila jumpa budak terasa teruja, ibarat itik mendapat dedak atau bak orang kampung mendapat subsidi baja (selepas tu menjualnya begitu sahaja).

Bila jumpa bayi/budak mereka rasa semacam, dan mulalah sentuh pipi budak tu, nak dukung la atau cium bertalu-talu. Ada kalanya mereka boleh duduk berjam-jam melayan bayi/budak (kalau ada orang tua tengok mesti nak buat menantu) dan kadang-kadang buat pulak dah muka `hodoh’ dengan harapan bayi/budak kecil tu ketawa. Kita boleh nampak sinar muka perempuan sebegini walaupun ada yang taklah over cubit sana cubit sini seperti saya gambarkan di atas.

Pada pendapat saya sifat keibuan (sifat-sifat di atas) tidak lahir secara semulajadi pada setiap wanita. Malah ada yang memalsukannya, kalau kita perati betul-betul kita akan sedar ada di antaranya hanyalah sebuah lakonan sahaja. Bukan semua perempuan mempunyai sifat keibuan walaupun mereka berupaya beranak pinak. Macam mana nak terangkan ya…?

Tak suka baby, tak suka budak...

Jika dilihat statistik penderaan anak-anak, wanitalah yang kerap mendera anak-anak berbanding dengan lelaki. Ibu-ibu lebih kerap terlibat dalam hal-hal macam ini. Mungkin mereka lebih lama berada di samping anak tersebut berbanding dengan si bapa, dan kemungkinan faktor masa menyebabkan mereka boring apatah lagi jika terdapatnya tekanan-tekanan lain dalam kehidupan yang menyebabkan ia mendera anak. Maka jika ada naluri keibuan, ternyata naluri keibuan ini dikalahkan dengan tekanan menyebabkan terjadinya penderaan. Apatah lagi jika tidak ada naluri keibuan, makin sedaplah mereka mendera.

Begitu juga terdapat orang gaji (perempuan) yang tidak suka kerja-kerja mengasuh budak kecil, mereka lebih suka menguruskan hal rumah, sama ada memasak atau mengemas rumah. Suruhlah apa sahaja mereka suka, namun bila time jaga budak atau buat sesuatu kerja berkaitan dengan budak, ia tiba-tiba jadi malas. Mereka tidak gemar melayan karenah budak. Pada pandangan mereka mungkin apalah best sangat bayi, terutama bila berak, he he he.

Kita pandang kepada surirumah itu sendiri pulak, kalau ada bini pandang pada bini kita (yang tak ada bini, duduk diam dan perati je). Memang ada wanita lebih suka kesibukan di tempat kerja berbanding dengan kesibukan di dapur, he he he. Ini pendapat saya sahaja, dan saya tak naklah masuk campur juga. Golongan ini kalau boleh tidak sabar-sabar menanti hari esok, nak ke pejabat sebab best berada di pejabat, di rumah kadang-kadang letih. Nak buat kerja rumah lagi, nak layan anak-anak lagi, malamnya nak layan ayah anak pulak, he he he.

Isteri yang baik tidak akan merungut, namun suami yang bijak haruslah memikir akan kemungkinannya boleh berlaku dalam rumahtangga mereka sendiri…

Proses keibuan (pulak dah…)

Kasih sayang seorang ibu...

Ramai orang berpendapat naluri keibuan akan datang secara semulajadi kononnya apabila seorang perempuan itu mengandung… (kalau tak mengandung? Tak datang ke? Sapa nak jawab?) Bila seseorang wanita mengandung fikirannya berlegar yang dia akan mencintai sayangi anak itu apabila dilahirkan kelak. Gamaknya di sinilah proses keibuan itu berlaku, (kalaulah ia merupakan suatu proses… pulak dah). Ini pendapat saya, saya bukan pakar ibu mengandung. Secara naluri dia tahu keperluan dalam diri untuk menyayangi bayinya.

Seorang bayi sedang mengopek...

Maka apabila beranak, jeng jeng jeng… Adakah mereka akan sayang kepada anak mereka secara automatik? Sekali lagi saya tidak setuju jika jawapannya ya!. Para rasa awal terhadap anak tidak akan datang secara automatik, ia datang secara perlahan atau tak datang-datang, he he he.

Ada yang apabila melihat muka anak rasa nak meroyan. Tapi meroyan ini pulak bukanlah kerana perubahan hormon dalam badan wanita mengandung, bukan semua wanita yang lepas bersaling berbakat untuk meroyan.

Perempuan tak beranak?

Perempuan yang tidak berpeluang melahirkan anak, tidak ada naluri keibuan, tidak ada sifat keibuan? Ramai berpendapat perempuan yang tidak mempunyai anak tidak memenuhi peranan semulajadinya iaitu beranak (melahirkan anak). Oleh itu dia akan menjadi kecewa dan murung diri. Ada yang rasa rendah diri sehinggakan terlupa bahawa kebahagian hidup itu pelbagai ragamnya, rupanya dan bukan kepada satu dua perkara sahaja (perkara yang orang lain ada, kita tidak ada). Dan perempuan yang tidak mempunyai anak ini, janganlah pula kita sifatkan tidak mempunyai sifat keibuan. Ada dia antaranya memang sukakan budak.

Masyarakat kita banyak menghukum, banyak buat `Law’… Contohnya kita menyatakan semua perempuan mesti berkeinginan menjadi ibu. Saya rasa ada perempuan yang tidak selesa menjadi ibu, atau tidak mahu menjadi ibu, atau tidak layak menjadi ibu (yang bunuh anak atau jual anak). Ungkapan `mesti’ membawa tekanan kepada perempuan yang sudah kawin tetapi tidak mempunyai anak, atau ibu yang mempunyai anak tetapi bukan atas keinginan diri yang positif. Mungkin sebab tekanan sosial di sekeliling, contohnya masyarakat kata `Bila dah kawin tu kenalah ada anak…' dengan muka-muka sekali (mentang-mentang dia ada 8 anak...).

Adakah seorang perempuan dikawal oleh naluri keibuannya iaitu untuk memiliki anak? Adakah keinginan ini lebih tinggi daripada si suaminya (sebab perempuan ada naluri keibuan?)?.

Kita pergi lebih jauh lagi…bagaimana pulak dengan kebahagian rumahtangga? Bagaimana jika ada pula pasangan yang membuat keputusan untuk tidak mempunyai anak? (mesti kita kata…ala tak kan ada, buat apa kawin?). Bolehkah kita beranggapan wanita yang tidak mempunyai anak ini kurang bahagia daripada mereka yang mempunyai anak? Tak boleh kan…terutama jika mereka tidak mempunyai langsung naluri keibuan…he he he, kalaulah ada konsep naluri keibuan.

Atau wanita yang tidak ada naluri keibuan tidak akan sebahagia wanita yang ada naluri keibuan? Jangan bimbang, penulisan ini dah nak habis. Tak payah fikir lama-lama lagi ya…

Jan: Macam mana dengan naluri kebapaan?

Wednesday, December 3, 2008

Kalaulah saya jadi penyanyi...4

JADI PELAKON PULAK?

Kepada peminat saya, jangan terkejut jika saya muncul dalam filem nanti....

Sebenarnya bidang lakonan dan nyanyian sangat jauh bezanya, ibarat langit dengan tanah liat. Macam nak banding guru besar sekolah dengan tukang kebun sekolah. Namun begitu kerapkali kita dapati di Malaysia, penyanyi akan jadi pelakon kemudiannya...

Sebagai penyanyi saya juga bergaul dengan orang filem dan juga orang drama. Ramai juga kawan-kawan saya yang terkenal sebagai seleberiti dalam dunia lakonan. Banyak yang kita boleh belajar tentang dunia seni kita. Contohnya, bila sudah bergelar insan seni barulah saya tahu dengan lebih mendalam pasal perangai artis di Malaysia. Apa yang media gambarkan sebelum ini amat bertentangan sekali. Contohnya ada kumpulan nasyid yang menyombong bagai nak gila sedangkan dalam media macam tok iman lagak baiknya. Dan kalau saya beritahu seorang penyanyi terkenal merokok, pasti mati hidup balik peminatnya tidak percaya!. Kadang-kadang betul juga sesetengah orang berpendapat dunia artis kita penuh hipokrit. Tapi sudah tentulah tidak semuanya...

Ya memang saya menolak tawaran berlakon daripada KRU Procuction, M Nasir dan terbaru Shuhaimi Baba. Saya bukannya jual mahal, jauh sekali nak berlagak. Saya ada sebab-sebab yang tersendiri kerana menolaknya. Kalau bakat setakat suam-suam kuku, tak ada ilmu, janganlah duga lautan yang luas nanti lakonan keras macam pembaris kayu.
Dan baru-baru ini Yasmin Ahmad ada menalipon bertanya sama ada saya berminat untuk berlakon dalam filem terbarunya, `Mesen basuh Toshiba'. Saya rasa serba salah sebab dulu saya ada menolak tawaran beliau untuk membintangi filem `Sepet'nya.

Filem yang sarat dengan mesej

Sesungguhnya saya simpati juga kepada beliau, tiada penaja hendak menaja filemnya sebab bukannya tema cinta biasa seperti anak-anak muda kita tu yang bercinta hu ha- hu ha bagai nak rak. Filem ini bukan pasal cinta terhalang pas tu berjaya, happy ending. Tidak ramai penerbit berminat untuk menaja filem yang sarat dengan mesej.
Untuk filem terbarunya Min (panggilan saya untuk Yasmin) menghadapi masalah yang sama. Namun agak bernasib baik apabila kompeni Toshiba sanggup biayainya, tulah tajuk jadi `Mesen Basuh Toshiba". Mulanya tajuknya ialah `mesen basuh di flat 15' sahaja. Filem ini mengisahkan bagaimana sebuah mesen basuh yang digunakan selama 15 tahun di sebuah flat berfungsi sebagai alat perpaduan, sebab mesen basuh tu digunakan secara bergilir-gilir di antara penghuni flat tersebut (penghuni flat aras 15). Sehinggalah ada yang mendapat jodoh dan beranak pinak akibat bertemu semasa nak membasuh baju. Begitu juga perpaduan antara kaum yang menghuni flat 15 tersebut.

So saya bersetuju untuk muncul sebagai cameo saja. Watak sebabak ini dalam 3 minit sahaja. Saya jadi tukang baiki mesen basuh tulah. Tapi saya di make up selama 3 jam untuk dijadikan agak berusia, sekali tengok saya sendiri tidak mengenali diri saya dalam cerita tu. Saya sendiri tak kenal wajah saya. Syabas kepada juru soleknya. Kepada peminat saya, jika mahu melihat saya jangan lupa ke pawagan berdekatan.
Peminat setia `Abang Nor ' kita.

Rosyam Noor juga ditawarkan berlakon dalam filem mesen basuh ni (tentu Mek Zue gembira). Bercakap pasal Rosyam Nor, saya ada berjumpa beliau secara peribadi, selain nak melihat cara dia berlakon, saya juga nak minta tip kerana kami akan belakon dalam filem yang sama. Walaupun watak saya 3 minit saya dah hafal dialog. Saya hafal tiap hari, saya bawak dialog dan skrip tersebut ke hulu-ke hilir. Saya hormati skrip. Tak macam sesetengah artis yang letak skrip di belakang but kereta! dan tak hafal pulak!. Sampai di lokasi tergagap-gagap.
Pada masa tersebut saya sedang menunggu Rosyam di set pengembaraan drama `Gelora di Hati Sara'. Masa tu juga saya nampak Jee sedang berehat sambil minum sirap bandung. Jee ada melambai ke arah saya, namun saya segan untuk menghampirinya sebab...? sebab saya malu, he he he. Sebab dulu masa saya study kat UM saya ada minat kat dia sikit masa tu dia belum kawin dengan Tengku Budriz.

JEE

Semasa berjumpa Rosyam, saya ada juga menceritakan perihal peminat nombor satu dia (Mek Zue). Dia sangat berbesar hati dan beliau mengucapkan salam dan berterima kasih pada Mek Zue. Ada dia kirim hadiah berupa biskut (setelah saya beritahu kegemaran Mek Zue adalah antaranya menguyah kerepek), Namun saya telah memakan sebahagian besar biskut tersebut semasa dalam perjalanan ke Kuantan tempohari. Nasib baik Mek Zue maafkan…(setelah saya berikan sekeping gambar Rosyam Noor yang ditandatanganinya, gambar dia sedang makan nasik lemak).



Isteri Rosyam, syahdu mata memandang...

TAK GELAP MATA

Sebenarnya berebut produser filem dan pengarah filem hendak mengambil saya membintangi filem mereka. Ada yang nak pasangkan saya dengan Maya Karim la, dengan Karim Pin la. Namun saya tidak akan membuat kesilapan, saya akan menolak dengan baik. Saya beritahu mereka buat masa ini saya memang tidak minat berlakon dan tidak boleh berlakonmana. Lagipun saya bukan jenis yang tamak, saya tahu dunia lakonan bukan dunia kecintaan dan kepandaian saya.

Namun jika saya ada masa terluang saya mungkin akan melibatkan diri dalam dunia perfileman, tetapi bukan untuk berlakon, hanya mahu mencari pengetahuan dan pengalaman. Saya pernah bercita-cita untuk menerbitkan filem... (bila saya sakit hati melihat mutu filem Melayu…).


Jan: Kalau saja jadi pengarah filem...?

Tuesday, December 2, 2008

Kalaulah saya jadi penyanyi...3

BAHASA INGGERIS

Sebagai seorang penyanyi yang menuju taraf antarabangsa, saya perlu menguasai bahasa inggerís dengan baik. Terutamanya berkaitan dengan bunyi penyebutan yang pekat dengan slang. Walaupun begitu ia pernah dikatakan unik apabila diperdengarkan di peringkat antarabangsa. Macam suara pekat likat merdu Julio Iglesias (ayah Enrique Iglesias).

Lawak pulak apabila lihat gambar di atas, gambar ni dipukul pada masa pembabitan awal dalam bidang seni suara. Masa ni saya buat persembahan di Agro Resort Taman Pertanian Setiu. Memang saya tak ada stail pada masa tu, namun dapat juga tepukan gemuruh daripada hadirin. Saya bawak dua buah lagu, lagu pertama lagu `Hijau' nyanyian Zainal Abidin dan lagu kedua lagu ` Joget Pahang'...lagu seniman agong kita.

Saya hanya menggunakan daun palas sahaja untuk membuat persembahan, saya masih tidak tahu berkreatif. Saya hanya menyesuaikan diri dengan pentas dan khalayak. Sekarang saya lebih kerap membuat persembahan di bandar-bandar, pun begitu ada juga di kawasan pendalaman.

KELAS DAN KURSUS
Saya mengaku memang saya menjalani kursus bahasa ingerís di Kosmopoing. Saya mahu mencotohi Datuk Sharifah Aini yang pada masa kecil jual kueh daripada rumah ke rumah. Bukan nak ambil contoh jual kueh tersebut tetapi sikap beliau terhadap bahasa inggerís. Beliau belajar tidak tinggi dek kerana kemiskinan Namun semangatnya tinggi untuk menjadi seorang penyanyi yang celek bahasa. Contohnya pada peringkat awal pembabitannya dalam industri nyayian dia selalu berkereta sewa ke Universiti Malaya (ambik kursus bahasa inggerís). Pada masa tersebut mana dia ada kereta, jauh lagi lesen kereta. Tapi dia cekal, dia tahu bahasa inggerís berguna pada masa hadapan. Hasilnya dia telah memiliki 8 album dalam bahasa ingerís yang rata-rata mengutip jualan lebih daripada 20,000 unit.

Wajah datuk di zaman 70an biasa-biasa sahaja, tapi semangat luarbiasa. Pukul gambar pun tepi lalang je, bersama daun kemucuk.

Dalam masa yang sama saya juga ke kelas tarian dan kelas vokal. Saya belajar tarian bukan kerana mahu menjadi penari kebudayaan. Saya tidak mahu la apabila menyanyi saya berdiri tegak macam tiang talipon, sedangkan lagu muzik rancak bagai nak rak. Begitu juga kelas vokal, walaupun suara saya dinobatkan antara suara terbaik Asia, saya masih lagi merendah diri buat kelas tambahan dengan Syafinaz dan Hazami.

Syafinaz, guru vokal saya yang selalu memuji vokal saya, katanya `Man, tak perlu dah diajar sangat..., dah hampir sempurna'...he he he.

Hazami bengis sikit, pernah saya dihukum ketuk ketampi 8 kali kerana tersalah `key' bila menyanyi, dia mintak key Y, saya bagi key chain, he he he. Saya seluk poket seluar beri la key chain. Konon nak guraulah tu, tapi dia serius...hampeh!

Dan satu ni malu saya nak sebut, saya juga hadiri kursus penampilan diri, bukan apa bila dah jadi seleberitinya kenalah jaga penampilan, tak kan nak berseluar pendek dan berpagoda je setiap masa. Kadang-kadang kita kena jaga penampilan dengan berlebihan sedikit, sebab kita artis. Tetapi janganlah berlebihan sangat. Tetapi buat artis perempuan baiklah berlebihan dari bertidakcukupan (kain), he he he.

Pendek kata apa yang saya hendak gambarkan ialah dunia nyanyian bukanlah dunia yang simple atau dunia nak `begalok' sahaja. Bukan seperti yang media kita gambarkan, banyak kerja yang perlu dibuat, disiplin yang mesti diikuti.


Saya lihat ramai juga pendatang baru yang hanya mahu glamour dan mahu wang. Bakat seni tak seberapa, jika tak pandai jaga diri, menyesal nanti. Sebab itulah saya selalu berpesan kepada bakat-bakat baru terutama yang baru menang rancangan realiti (he he he), supaya sedar diri. Mereka menang pun kerana jari-jemari tak berkualiti harapkan populariti je. (But some of them are really good…)

Jan: Disiplin, disiplin dan disiplin...

Monday, December 1, 2008

Kalaulah saya jadi penyanyi... 2

POPULAR

Walaupun saya seleberiti paling popular, saya tidak akan sesekali atau dua tiga kali berlagak sombong. Saya tetap menghormati ibubapa saya, guru-guru, tok iman dan para peminat.
Saya sentiasa mendengar teguran dan pendapat daripada keluarga. Saya mahu menjadi anak seni bukannya menjadi anak derhaka. Selepas membuat persembahan di televisión contohnya, saya akan menalipon keluarga, mahu mendengar pendapat mereka. Keluargalah yang paling ikhlas terhadap kita, jika persembahan saya buruk saya percaya mereka akan mengatakan persembahan tersebut buruk dengan senang hati.
Paling saya hargai dan hormati adalah sokongan daripada para peminat. Siapalah saya tanpa peminat (klise kan ayat ni, he he he). Contohnya pada ramadhan nan lalu saya sendirilah yang membalas kad ucapan selamat hari raya yang dikirimkan oleh para peminat saya daripada serata tanah air. Walaupun berguni-guna saya terima kad ucapan raya, saya tetap membalasnya, biasanya selepas sahur dan sembahyang istikarah saya mula menulis dan membalasnya sampai lah ke pagi cerah. Saya hargai peminat saya. Bukan itu saja saya lampirkan juga sekeping gambar saya yang bertandatangan untuk mereka.

Bagi album terbaru saya nanti saya akan hadiahkan sehelai poster untuk peminat saya yang membeli album. Bolehlah mereka tampalkan di mana sahaja, di bilik tidur, di bilik air, di dinding tempat menunggu bas, di mana sahaja hatta di library (sebab poster tu ada gambar saya sedang membaca...). Pasti pensyarah atau cikgu-cikgu yang malas membaca akan terpukul hebat, he he he. Tetapi itu bukan niat saya, saya hanya nak menumbuhkan semangat membaca di kalangan para peminat saya, kalau terasa tu nasib le...

KONSEP ALBUM

Oh ya, saya masih tidak terangkan bagaimana rupabentuk muzik atau konsep muzik album terbaru saya. Berpadanan dengan personaliti saya, saya senang dengan muzik pop.

Namun jangan terkejut jika saya akan selitkan juga satu dua lagu Melayu asli dalam setiap album yang saya keluarkan. Saya amat meminati muzik Melayu. Saya tak mahu menjadi barat di tengah-tengah timur, dan saya tetap mahu jadi timur di tengah-tengah barat. Saya meminati Tan Sri S M Salim, lagu beliau penuh nasihat (terutama lagu `Apa dah jadi?' he he he). Saya berpendapat penyanyi Melayu mestilah tahu lagu Melayu, sekali lagi cuba lihat Sudirman, dia nyanyikan juga lagu Melayu Asli dengan baik.


Saya berpendapat sebagai penyanyi kita juga mempunyai tanggungjawab sosial untuk menyambunghayatkan muzik Melayu kita. Tak kanlah kita nak harapkan taukeh sarkas untuk kesinambungan identiti dan khazanah warisan Melayu ini kan.

Kalau boleh saya mahu menghasilkan duet, saya hendak mencari pengalaman berkolobrasi dengan insan seni yang lebih senior dan bukannya hendak tumpang glamour. Lagipun saya percaya kemunculan saya di persada muzik negara sudah cukup kuat, saya mempunyai personaliti tersendiri dan suara saya tidak mirip-mirip sesiapa pun... Kemunculan saya merupakan suatu ledakan hebat, Mawi mungkin menangis dan terpaksa balik semula ke Felda...(jangan marah peminat Mawi, ambil sebagai gurauan je ya, saja nak buat lawak kat perenggang ni, he he he)

Mungkin saya akan muatkan juga satu lagu inggeris dalam album saya. Saya kena terus belajar, terus mencuba. Ya pastilah saya ambil kelas bahasa inggeris di KL, berlambak. Saya tidak mahulah nanti saya tidak tahu berbahasa inggeris, bukan apa...kemungkinan saya akan ke Albert Hall macam Sudirman? Siapa tahu?. Mungkin suatu hari nanti saya akan jadi senator? Sekarang ini pun saya sudah tertanya siapa boleh ganti Jins Shamsudin nanti? Norman KRU? Rosyam Nor? atau Aznil Nawawi?...

BUKAN PENYIDAI

Seperkara lagi saya memang pantang lepak-lepak di tempat yang tidak sepatutnya. Saya akan sembunyikan diri daripada khalayak ramai. Bukan sombong tetapi tidak mahu sidaikan muka kat Central Market atau di mana-mana sahaja. Saya mahu saya ada nilai sebagai bintang. Saya tidak mahu jadi jenis penyanyi yang suka lepak, buat-buat selamba bila orang tengok. Saya tidak akan ke disko atau ke tempat sepertinya kecuali ia amat tertutup dan eksekutif. Saya mahu jadi seorang penyanyi yang betul-betul penyanyi bukan penyidai.

Namun memang benar satu khabar angin mengenai saya, saya tak nafikan..., saya memang selalu ke Perpustakaan Negara!. Malah ada wartawan kata kalau nak jumpa saya atau tengok saya, pergi ke perpustakaan negara. Memang saya gemar membaca. Di rumah saya pun ada 5000 buah buku, saya buat bilik khas, saya nak jadi artis yang berilmu, luas pengetahuan. Saya tak nak jadi artis yang H2O pun tak tahu... atau tidak kenal yang mana satu Jaffar Onn yang mana satu Onn Jaafar.

Ni ,Onn Jafaar (Datuk)

Ni pulak Jaffar Onn

Dan memang benar juga saya bersahabat baik dengan Datuk A Samad Said. Sebenarnya saya mahu beliau menulis lirik dalam album terbaru saya nanti. Ada saya cuba-cuba kompose lagu saya sendiri tajuknya ` Bumbung angkasa', tapi saya tak tahu nak buat lirik puitis. Lagu ni kesinambungan dari lagu wajah yang Jack nyanyi. Ia menceritakan hal poverty di kalangan ibu tunggal.

Datuk A Samad Said
Saya harap sangatlah lagu ini dapat memberi kesedaran terhadap isu ibu tunggal di negara kita ni...kalau nak tau lebih lanjut dapatkanlah album terbaru saya nanti, dapatkan poster saya sekali ya!.


Jan: Banyak sebenarnya langkah yang boleh diambil untuk memajukan diri dalam industri hiburan ni kan..., ni tak asyik `hu ha - hu ha' je.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home